ADUN BERAPIT SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR





BUKIT MERTAJAM-ADUN Berapit YB Pn Ong Kook Fooi telah bersama-sama dengan umat Islam dari Kampung Kovil,Kampung Flat Bukit Noning dan juga penduduk Taman Mutiara Indah.

Majlis berbuka puasa di adakan di padang awam taman Mutiara Indah dimana mendapat kerjasama Oleh Jawatankuasa Surau Taman Mutiara Indah dan juga penduduk setempat.Majlis di dahului dengan ucapan YB Ong Kook Fooi dimana beliau menjelaskan bahawa majlis berbuka puasa muhibbah ini adalah kali kedua diadakan bersama umat islam di kawasan DUN beliau.

Seramai 20 fakir menerima sumbangan beras dan barang keperluan dapur sempena dengan majlis berbuka puasa dan juga ramah mesra bersama penduduk dibawah kawasan beliau.Dalam majlis yang sama beliau juga menjelaskan kepada penduduk bahawa pejabat beliau yang bertempat di kawasan Taman Tampoi Indah ,Kampong Baru Bukit Mertajam , boleh dilawati dari Isnin hingga Sabtu kecuali hari Khamis.
YB Ong Kook Fooi juga menjelaskan bahawa pegawai khas beliau En Suhaimi b Mukthar adalah pegawai khas beliau yang dilantik bagi menjaga kebajikan dan juga bagi warga emas yang berumur 60 tahun yang belum mendaftar sebagai warga emas bolehlah mendaftar di pejabat beliau, malahan beliau juga meluluskan sebuah unit komputer untuk surau Taman Mutiara Indah, sebuah printer dan juga 3 buah kipas kilang untuk kemudahan penduduk kawasan tersebut.

TAK JADI BINA

Kerajaan Selangor akur tidak bina kuil di Seksyen 23

05/09/2009 1:37pm

SHAH ALAM 5 Sept. – Kerajaan negeri akhirnya akur dengan desakan supaya memindahkan lokasi pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini ke tempat lain yang berdekatan dan difikirkan sesuai.

Keputusan dicapai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan dialog dengan penduduk di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Terdahulu, dialog itu terpaksa dihentikan serta-merta apabila berlaku perang mulut yang hampir mencetuskan pergaduhan ekoran tindakan seorang penduduk India cuba membangkitkan isu azan.