Kerajaan Selangor akur tidak bina kuil di Seksyen 23
05/09/2009 1:37pm
SHAH ALAM 5 Sept. – Kerajaan negeri akhirnya akur dengan desakan supaya memindahkan lokasi pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini ke tempat lain yang berdekatan dan difikirkan sesuai.
Keputusan dicapai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan dialog dengan penduduk di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.
Terdahulu, dialog itu terpaksa dihentikan serta-merta apabila berlaku perang mulut yang hampir mencetuskan pergaduhan ekoran tindakan seorang penduduk India cuba membangkitkan isu azan.