VIDEO DS KES ANWAR 24.02.2011.wmv

Himpunan Bersih sekali lagi



Hazayani Zakaria

JASIN, 25 Feb: Pakatan Rakyat memberi peluang kepada BN untuk mengubah kelamahan mereka dan tidak mustahil himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berulang bagi menuntut pilihan raya yang adil.

"Kita mahu BN membetulkan kelemahan-kelamahan ini. Kita masuk pilihan raya kecil sebab nak tengok sejauh mana BN membuat perubahan.

"Kalau BN tak mahu buat perubahan, bila umur panjang dia nyanyuk dan akan jatuh akhirnya. Kami masih memberi peluang kepada BN untuk membuat perubahan dalam demokrasi.

"PAS akan mencadangkan satu himpunan Bersih sekali lagi untuk mendesak kerajaan membuat perubahan ke arah demokrasi dan pilihan raya yang adil," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Dun Merlimau di Markas Solihin, dekat sini, malam tadi.

Mengenai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, beliau berkata PAS yakin dengan kebolehan calonnya, Yuhaizad Abdullah untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka khususnya mewakili orang muda.

Katanya, berkata, PAS meletakkan calon muda kerana sebahagian pengundi merupakan generasi muda.

"Anda semua sudah dengar kebolehan Yuhaizad berpidato. Kita yakin Yuhaizad boleh berhujah membawa suara PAS dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

"PAS mencalonkan orang muda kerana sebahagian pengundi baru ialah pengundi muda," kata beliau Yuhaizad, 38, merupakan anak tempatan dan memegang amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Abdul Hadi juga berkata, PAS optimis merampas kerusi Merlimau dari BN sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara adil dengan memberikan ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat secara menyeluruh.

"Tak mustahil kita boleh menang. Kita pernah menang, kita pernah kalah dan kita boleh menang. Cuma kita harap pilihan raya itu mesti adil, bukan sahaja adil dari segi mengundi tapi dari laporan media.

"Harapan untuk menang ada kerana kita telah berjaya mengubah undi daripada 2004 dengan menurunkan seribu undi BN pada 2008," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Terdahulu, berucap di hadapan lebih 6,000 penyokong Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, PAS menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui demokrasi yang sebenar.

"Pakatan rakyat menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui pilihan raya dan kita mahu pilihan raya diadakan dengan adil. Kita beri peluang kepada BN yang memerintah negara ini yang bertanggungjawab memimpin negara supaya memodenkan demokrasi kerana masa sudah berubah dan demokrasi mesti direformasikan," katanya.

Menurut beliau, rakyat berhak menegur dan menukar pemerintah yang dilihat sudah pincang dari segi pentadbiran melalui pilihan raya bagi memastikan kesejahteraan negara.

"Demokrasi adalah mahkamah rakyat melalui pilihan raya untuk memlih kerajaan yang sihat kerana tidak ada ketua negara yang hidup selama-lamanya. Bila sampai umur dia mati dan tidak ada parti yang boleh memerintah selama-lamanya," katanya.

MAT SABU:SPR JANGAN JADI BARUA UMNO, ATAU RAKYAT KE JALANRAYA


Kerdau-Sewaktu berceramah dalam sessi penamaan calon DUN Kerdau semalam, Sdr Mat Sabu menjelaskan bahawa kejatuhan regim-regim di Arab sekarang adalah kerana kebebalan pemerintah yang bukan sahaja tidak menghormati demokrasi , malahan mereka telah tidak mehjlankan amanah dan tangung jawab yang di harapkan rakyat.

" Pemerintah bukan sahaja kaya raya, tapi rakyat miskin.Bukan itu sahaja , keengganan membenarkan rakyat mendapat maklumat yang tepat seperti penggunaan FB, menjadikan pemerintah mahu menyekatnya"

Beliau juga mengingatkan pemerintahan negara ini agar tidak dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan jentera kerajaan yang di angap sebagai harta rakyat dan bukan kegunaan parti olitik tertentu, malahan betita dan tv di gunakan bagi menghalalkan tindakan yang di annggap tidak demoraktik.

"Ingat, saya ingin memberikan amaran keras kepada pemerintah Najib, Jika SPR disalahgunakan sebagai jentera untuk memenangkan jentera Bn , maka, kita tidak teragak-agak mengunakan pilihanjalanraya" disambut dengan laungan takbir puluhan ribu yang hadir walau pun dalam keadaan hujan lebat.

GAMBAR PENAMAN CALON PAS KERDAU.PULUHAN RIBU HADIR DI PENAMAAN CALON KERDAU













Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.