LABEL BUKAN DALIL, PARTI BUKAN AKIDAH









Rujukan tertinggi kamu apa wahyu atau akal?" Soalan retorik sebegini memang sedap dijadikan pembuka ceramah.


Namun dalam tradisi ilmu Islam yang murni, akal tidak pernah menjadi musuh wahyu. Akal amat diperlukan untuk memahami nas, menilai realiti sivil, dan berijtihad dalam perkara duniawi (perkara yg bersifat zanni dan ijtihadi)


Jangan biarkan label menggantikan hujah. Menyebut “sosial demokrasi” tidak secara automatik membuktikan seseorang menolak Islam, begitu juga istilah “sekular” tidak boleh terus dijadikan hukuman terhadap keimanan seseorang.


Ini bukan hujah ilmiah, tetapi lompatan daripada label kepada kesimpulan. Seorang Muslim tidak menyerahkan akidahnya kepada mana-mana logo parti. Pegangan tetap berpaksikan tauhid, syariah serta neraca halal dan haram.


Dalam fiqh siyasah, Islam menetapkan prinsip asas seperti keadilan, amanah, syura dan menolak kezaliman, tetapi tidak menetapkan satu bentuk sistem politik moden yang wajib digunakan pada setiap zaman.


Bentuk pentadbiran, mekanisme pilihan raya dan institusi politik merupakan ruang ijtihad yang boleh berubah mengikut zaman, tempat dan maslahat, selagi tidak bercanggah dengan prinsip syariah.


Maka menggunakan sesuatu mekanisme politik moden tidak secara automatik bermakna seseorang menolak agama. Yang perlu dinilai ialah prinsip, dasar dan kesannya bukan sekadar labelnya.


Jika mahu mengkritik, bezakan antara ideologi parti, dasar yang dilaksanakan, kerangka Perlembagaan negara dan persoalan akidah. Jangan campurkan semuanya menjadi satu kesimpulan.


Jika dikatakan sesuatu dasar bercanggah dengan Islam, tunjukkan dasar yang dimaksudkan, nas yang qat‘i serta hubungan percanggahannya. Jangan melompat daripada perbezaan pilihan politik kepada persoalan iman dan keislaman seseorang.


Islam tidak bergantung pada mana-mana logo, bendera atau parti untuk berdiri. Kalau wahyu benar-benar dijadikan neraca tertinggi, maka ia juga mesti membimbing cara kita bercakap tentang lawan iaitu berlaku adil dan tidak terdorong oleh kebencian. (Surah al-Ma’idah 5:8)


Nilai parti berdasarkan prinsip Islam. Jangan jadikan pilihan parti seseorang sebagai ukuran tahap keislamannya.


IBNU ALI





Russia bermula dengan Presiden kaki mabuk ? negara hampir hancur








Boris Yeltsin adalah Presiden Russia yang pertama dalam sejarah.


Dipilih pada 12 Jun 1991, masa tu negara masih bernama RSFSR (Republik Soviet Russia).


Lepas Soviet bubar 25 Disember 1991, dia automatik jadi Presiden untuk negara baru - Persekutuan Russia (Russian Federation) - dari 1991 sampai dia letak jawatan 31 Disember 1999.


Problem gila ‼️ Zaman Boris Yeltsin (1991-1999) orang Russia panggil "Lihiye devyanostye" - The Wild 90s. Sampai sekarang kalau kita tanya mak pak di Russia, diorang trauma dengan zaman tu.


Bukan problem sikit, negara hampir hancur... 


1. Ekonomi runtuh terus. Soviet dulu semua barang kerajaan punya. Yeltsin ikut cakap penasihat Amerika, buat "shock therapy" - semua di-swasta-kan dalam satu malam. 


Hasilnya ? Kilang tutup, jutaan orang hilang kerja. Duit Ruble jadi kertas sampah. Inflasi 1992 naik 2,500%.


Maknanya duit simpanan seumur hidup mak kau dalam bank, esoknya tak boleh beli roti.


Tahun 1998 paling teruk, Russia isytihar bankrap. Kerajaan tak boleh bayar hutang. Bank semua tutup.


2. Lahirnya Oligarki. Masa swastakan tu, kroni Yeltsin dan bekas KGB beli syarikat minyak, gas, aluminium dengan harga murah macam beli goreng pisang. Sekali gus jadi bilionair. 7 orang bilionair ni kawal TV, surat khabar, dan Yeltsin sendiri. Orang panggil "Semibankirschina" - 7 banker yang kawal negara.


Rakyat biasa ? Berebut makanan.


3. Mafia jadi kerajaan. Polis tak ada gaji, tentera tak ada gaji. So mafia ambil alih. Tahun 90-an Moscow macam filem gangster. Setiap kedai kena bayar "krysha" (duit perlindungan) kat mafia.


Pembunuhan kontrak depan jalan tu benda biasa. Wartawan, banker, ahli perniagaan mati kena tembak tiap minggu.


4. Negara hilang maruah. Tentera Russia yang dulu ditakuti NATO, zaman Yeltsin askar jual minyak kereta kebal untuk beli vodka. Kapal selam karam, kapal perang berkarat di pelabuhan. Kalah perang dengan Chechnya yang kecik tu buat satu dunia gelak.


Di luar negara, Yeltsin selalu nampak mabuk. Ada video dia mabuk turun dari kapal terbang, tak boleh jalan lurus depan presiden Ireland. Amerika dan Eropah langsung tak hormat dia.


5. Yeltsin sendiri sakit dan mabuk.

Dia ada masalah jantung teruk, 1996 kena bypass. Banyak masa dia masuk hospital, negara tak ada bos. Bila keluar TV, muka merah, cakap merapu. Rakyat panggil dia "Tsar Mabuk".


Sebab tu bila Putin naik tahun 2000, dia cakap satu je : "Saya akan bagi balik ketenteraman."


Walaupun Putin tu ganas, ramai orang Russia tua sanggup terima dia sebab diorang masih ingat zaman Yeltsin - gaji tak dapat 6 bulan, ubat tak ada di hospital, dan gangster tunggu depan rumah.


Zaman Yeltsin tu bebas, tapi bebas yang lapar. Zaman Putin tak bebas, tapi kenyang. Tu dilema Russia sampai sekarang.


25 Disember 1991 Soviet Union bubar. Gorbachev letak jawatan. Bendera Soviet turun dari Kremlin. Esoknya, jawatan Presiden Soviet tu hilang terus.


So Yeltsin terus jadi presiden untuk negara baru yang dipanggil Persekutuan Russia.


Kalau nak tanya siapa bos Russia sebelum tu ikut sistem k0mun1s :

• 1985 - 1991 : Mikhail Gorbachev (General Secretary, lepas tu Presiden Soviet)

• Sebelum dia : Konstantin Chernenko, Yuri Andropov, Leonid Brezhnev - semua dipanggil General Secretary, bukan Presiden.


Begitulah yer

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG





Makin rosak masyarakat kita.. Baca malas..Cakap POLITIK main cakap.

 


Makin rosak masyarakat kita.





Mereka tak tahu ke yang UiTM Holdings dah rugi beratus juta dan masuk dalam berita. 


PMX sebut pun sebab ada peserta program yang tanya direct pada PMX ketika sesi QNA.


Kalau takda yang tanya, takkan tiba2 beliau nak sebut. 


Tapi, bukahkan bagus PMX terus arahkan siasatan sebab UiTM sampai sekarang alami defisit.


Kesannya, kolej yang dulunya free, kena bayar. Duit program dipotong, fasiliti sukar ditambah baik, bantuan berkurang. 


Semoga UiTM dapat kembali pulih