PM Anwar Ajak Hadirin Hadiahkan Surah Al-Fatihah Atas Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan 2026 (IFC 2026) di Kuala Lumpur pada 28 September 2026. Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Sep – Sejurus menerima berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah buat keluarganya atas pemergian Allahyarham.

Perdana Menteri ketika itu sedang berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan 2026 (IFC 2026) di ibu negara dan Anwar mengambil sedikit masa untuk mengajak hadirin bersama-sama mendoakan pemergian Allahyarham dan membacakan Surah al-Fatihah.

“Izinkan saya berkongsi berita dukacita mengenai pemergian Tun Siti Hasmah Mohamad Ali. Semoga Allah merahmati rohnya dan marilah kita sama-sama membacakan al-Fatihah,” katanya.

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah berusia 100 tahun dan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai lalu. Foto Reuters

Hadirin yang mendengar perkhabaran duka itu kemudian bersama-sama Perdana Menteri menghadiahkan Al-Fatihah dan bagi bukan beragama Islam bertafakur selama tempoh itu.

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur kira-kira jam 9.20 pagi ini dan disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Tun Dr Siti Hasmah dilahirkan pada 12 Julai 1926 dan berkahwin dengan Tun Dr Mahathir pada 5 Ogos 1956.



No comments: