
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi di Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 28 Sep – Syarikat milik penuh Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, RUA AlHaram AlMakki, sedang meneroka kerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi pembangunan berorientasikan transit di kawasan Jabal Al Kaabah, Makkah.
Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, potensi kerjasama itu adalah disifatkan sebagai satu manifestasi keyakinan pelabur terhadap keupayaan Malaysia, di samping membuka peluang baharu kepada perniagaan dan tenaga mahir negara.

“Petang tadi saya menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi beliau.
“PIF adalah antara dana kekayaan berdaulat terbesar di dunia dengan aset di bawah pengurusan melebihi AS$900 bilion.

“Peranannya sebagai pemacu Wawasan 2030 Arab Saudi turut membuka ruang kerjasama yang luas dengan rakan antarabangsa,” katanya ujarnya.
Pada kunjungan hormat itu, Anwar berkata, beliau bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama ekonomi Malaysia-Arab Saudi, khususnya dalam sektor pembinaan, infrastruktur, pengurusan kemudahan, tenaga dan ekonomi halal.

“RUA ialah pemaju induk bagi pembangunan King Salman Gate di kota suci itu.
“Saya berharap lebih banyak syarikat Malaysia dapat menembusi pasaran serta memperluas kerjasama di Arab Saudi dan mengambil bahagian dalam projek yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.

No comments:
Post a Comment