DUA BAPA SAUDARA FAWWAZ SOKONG PAKATAN HARAPAN


Kiriman HASSAN HOT.



 

GAMBAR GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON DUN DI PARLIMEN PERMATANG PAUH.


Kiriman : Hassan HOT




ORANG LAMA ZAMAN 98 JOHARI KASSIM DUN SEBERANG JAYA.PERMATANG PAUH.




DUN PENANTI-PERMATANG PAUH

USTAZ ROSIDI.




SDR- FAIZ FADZIL- CALON DUN PERMATANG PASIR.PERMATANG PAUH.




 

STEVEN MEMBANTU LAGI



Rumah baru sudah siap dibina🏰, kini bina semula kehidupan baru 👨‍👩‍👧. 


Ketika Kak Lang bagitau saya kisah suaminya Abang Zul yang ada penyakit jantung dan paru-paru tetapi masih berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kadbod di tempat pembuangan sampah untuk dijual, hati saya terasa amat sayu sekali.


Abang Zul pernah rebah ketika mencari kotak kadbod. Mujur ajal belum menjemput🤲🏻. Bila saya berjabat atau memeluk Abang Zul, dia segan menolak kerana dia kata bajunya kotor dan berbau. 


Kadang kala orang miskin bukan malas, tapi mereka tidak diberi peluang😔. 


Abang Zul dan Kak Zul hari tu minta kami bina tandas untuk mereka🚽, kami bina sebuah rumah baru🏰.


Kini rumah baru dah siap, saya nak bantu Abang Zul dan Kak Lang bina semula kehidupan mereka.


Abang Zul tak usah pi kutip kadbod di tempat sampah lagi. Kak Lang kata arwah ibunya ajar masak laksa sedap. Saya tanya sama ada Kak Lang sanggup usahakan gerai laksa depan rumah? Modal saya keluar, dengan bantuan program kerajaan negeri Pulau Pinang untuk usahawan kecil. 


Kak Lang walaupun bertongkat, dan terpaksa cuci buah pinggang 3 kali seminggu terus menjawab bahawa dia sanggup. Asalkan boleh bantu ringgankan beban suaminya. 


Saya bantu dia set up gerai cantik-cantik😆 depan rumah barunya. Letak simen, pasang bumbung. Sebelum bumbung siap kami pinjamkan bumbung jenis payung. 


Asalnya saya agak ragu-ragu juga bab masakan Kak Lang. Tapi selepas mencupa laksa resipi arwah ibunya, saya boleh cop sign, memang surr punya. 


✅️Hari pertama dia buat bisnes depan rumah jual laksa resipi ibu, pisang goreng, cempedak goreng dan air bancuh, Kak Lang dapat RM360👍🏻. Dulu Abang Zul sebulan pi merata kutip kotak, kutip kertas, barang-barang kitar semula, nak cecah RM600-700 sebulan pun payah. La ni niaga sehari dah dapat separuh dari itu. Syukur.


Rumah mereka sebelah Masjid Al Marbawi Merbau Kudung. Saya harap dengan gerai Kak Lang di situ, mungkin pengunjung masjid boleh menyokong bisnes mereka. Abang Zul dan Kak Lang tak minta sedekah, mereka hanya minta peluang untuk mencari nafkah secara halal. Jom kita sokong mereka.


Jalan teruih!👍🏻


Restoran kak lang:

https://maps.app.goo.gl/WXr61FPGHdjUhU468



MAJLIS PENAMAAN CALON PRN KE-15-SRI PALONG

 MAJLIS PENAMAAN CALON PRN KE-15

.

📆 29 Julai 2023

⏰ 7:30 Pagi

📍 Dewan Sri Palong, Felda Palong 5

.






Alhamdulillah, selesai penamaan calon pada hari ini sebagai permulaan bagi BARISAN NASIONAL dan PAKATAN HARAPAN untuk bergerak bersama. Perpaduan demi Kestabilan dan Kemakmuran.

.

Dengan rasa syukur dan rendah diri saya memohon sokongan dari seluruh warga Palong agar saya diberi mandat sekali lagi untuk terus berkhidmat demi kesejahteraan warga palong yang saya sayangi 🤗.

.

Doakan saya, Mustapha Bin Nagoor, calon NO 02 untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini, demi.. PALONG KITO PUNYO 💪💪

.

#Inilahmasanya 

#KitaGerakBersama

#palongkitopunyo

#PRNNegeriSembilan

#BNMenang

#NegeriSembilanKekal

.

Salam Perjuangan

PAK MUS

Calon No. 02 (N 06) Palong



GANG LOKLAQ TIPU ORANG KAMPUNG ? IJAZAH PALESU.....

 




Keempat-empat mereka dinyatakan sebagai mempunyai MBA dari Marshall University, Huntington, USA. Kemudian mereka jelaskan yang ada kesilapan teknikal dalam paparan skrin di majlis pengisytiharan calon.


Jadi sekarang siapakah sebenarnya yang ada MBA itu?


Hj Radhi Mat Din yang dalam biodata dicatatkan sebagai pernah menjawat jawatan kerani di PKNK dan bermain bolasepak? Bilakah beliau melanjutkan pelajaran ke US?


Atau Chuah Chee Seng yang biodatanya hanya menyatakan yang beliau berkelulusan SPM di SMJK Keat Hwa, dan aktif dalam Lion's Club Kedah? 


Atau Hj Dzowahir Ab Ghani yang tidak menunjukkan sebarang kelayakan akademik dalam biodata beliau?


Atau Rashidi Abdul Razak yang rekod menunjukkan beliau memiliki sijil SPM dan Ijazah Perubatan Islam Darussyifa'? Adakah ijazah ini diterima untuk memasuki program MBA Marshall University USA?


Pengundi perlu tahu untuk mereka memilih calon yang sesuai.....


Ahmad Kailani Muhammad



BAGI PMX 10 TAHUN.


Gino Marvela.


 SESUNGGUHNYA saya confused dgn dia ni ikhlas ke sokong PMX? Sbb Media-media yg dia punya saham dan pengaruh asyik belasah PMX dan Kerajaan MADANI. 🤔



NAMUN, betullah apa dia kata, bg peluang pada PMX, Rakyat Malaysia akan rasa bangga. 


InsyaAllah.


- Zus Din 

30072023

https://focusmalaysia.my/give-anwar-10-years-and-msians-will-be-proud-of-their-country-says-johari-ghani/?fbclid=IwAR2FMKVL2VpGUjhwG1kUAMY8GWNoSXLetgGoJdslszEWDNMo4QxwWTtT6tE


TAK BERANI DEBAT

 

Mereka katakan kononnya ekonomi telah gagal, namun seorang demi seorang menyuruk tak mahu berdepan Rafizi..






ADA WALAUN SETUJU DEBAT- TAPI KALAU DIA PAKAR DALAM EKONOMI, TAKKAN LAH KELANTAN NEGERI PALING MISKIN

 

Syahir tunggu surat Rafizi untuk debat

Rafizi Ramli melontarkan cabaran terbaharu itu selepas Azmin Ali dan Sanusi Nor menolak untuk berdebat.


Rafizi Ramli mencabar Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman dari PAS untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi negara.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata beliau menunggu surat daripada Rafizi Ramli selepas timbalan presiden PKR itu mencabar beliau untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.

Syahir berkata ketika ini beliau masih berada di kawasan Parlimennya di Bachok, Kelantan.

“Patutlah batuk-batuk sejak semalam. Rupanya ada orang jauh sebut-sebut nama kita.

“Saya ada di Bachok ini. Kita tunggulah surat itu sampai,” katanya di Facebook.

Semalam, Rafizi mencabar Syahir berdebat selepas tawaran sama dibuat kepada Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor.

Bagaimanapun, Azmin dan Sanusi menolak cabaran Rafizi itu.

Rafizi berkata, pihaknya akan mengutus surat jemputan kepada Syahir dan berharap cabaran terbaru itu disahut.

Kata Rafizi, beliau akan terus meminta untuk berdebat dengan wakil PN kerana budaya ini perlu dibawa demi pembaharuan negara.

“Kalau betul kamu anak jantan…datang ke pentas berdebat dengan saya. Tunjuk anak muda dalam PAS dan PN lebih ‘jantan’ daripada senior kamu yang ada macam Azmin dan Sanusi,” katanya ketika berucap dalam jelajah Madani DUN Sikamat di Negeri Sembilan..

PN Selangor tiada tawaran istimewa, hanya main isu kaum, agama - Kamil




Perikatan Nasional yang bercita cita merampas Selangor dalam Pilihan Raya Negeri tidak mempunyai agenda yang jelas apakah yang akan merekalakukan sekiranya diberi kuasa memerintah negeri.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Muhammad Kamil Munim (gambar atas, kanan), PN Selangor malah enggan berdebat dengan calon calon Pakatan Harapan bagi dinilai kualiti

pemikiran dan idea mereka oleh rakyat.

"Kalau kita lihat pepimpin PN yang datang ke Selangor tidak ada satu tawartan dasar atau polisi yang jelas tentang apa nak dibuat

diSelangor, dan hanya terikat dengan elemen politik dan perkauman

sempit.

"Bahkan terakhir, terpaksa di pihak kita melalui Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli mengundang untuk mereka

berdebat (tetapi tidakdisambut), kerana kita mahu hentikan bercakap

soal agama, kaum. Supaya kita adanilai politik baru

"Namun setakat hari ini (debat) itu pun tak mampu dilaksanakan pihak sebelah sana," katanya ketika ditemui berkempen bersama Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli di

Hulu Kelang, tengahhari tadi.




Syed Ibrahim (berkemeja putih) menyapa pengundi

di Melawati Mall


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pula berkata, pengundi di DUN Hulu Kelang wajar memilih wakil rakyat

wanita yang berwibawa dan rajin berkerja.

"Kita nak tampailkan wakil rakyat wanita yang berwibawa. Tampilan kita melalui idea dan hujah, bukan melalui 3R (kaum,

agama, raja) danlain lain.

"Saya harap pengundi di Hulu Kelang melihat dari segi kepentingan Kerajaan Negeri dan Persekutaun yang dipimpin oleh

Datuk Seri Anwar," katanya lagi.

(Terkini) Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Ceramah Mega Arus Merah Kuning Di ...

HAAAAA- TIAP HARI KAMI SUPPORT SAIFUDDIN SUPAYA HANG JANGAN GAGAP NAK JAWAB.


 

DULU KAMI JELING PUTERI UMNO YANG MANEH


 

DUN SIKAMAT- BERSATU GANTI PAS-WALAUN BOIKOT


 

Sidang Media Saifuddin Nasution di Kedah Mengenai Kecurian REE & Pemerda...

PUNYA LEKEH.- HANGPA KATA HANGPA TERRER. HARAP NUSI MULUT CAM PELAQ PUN TAK MAU...LEKEH AIHHH SANUSI NI.

 



Jarang berlaku! Biasanya pembangkang ajak menteri berdebat.. tapi di era Kerajaan Perpaduan, menteri yang ajak berdebat untuk bicara soal pembangunan ekonomi..


Dah ajak Azmin Ali, tapi ditolak mentah dengan alasan tidak munasabah!



GILIRAN SEORANG WANITA MUDA, JUWAIRIYA ZULKIFLI PULA UNTUK KUBURKAN AZMIN ALI DI HULU KELANG



Nampaknya pengkhianat yang kontroversi dalam skandal sumbang di Hotel Sandakan iaitu Azmin Ali telah hilang punca ke mana mahu lari.  Pada PRU15 yang lalu, di tengah2 kesombongan dan keegoannya, beliau telah dimalukan dan dikuburkan oleh Sdr Amirudin Shari di Parlimen Gombak, yang beliau gelar anak didik dan cicak mengkarung.


Menyelami perasaan yang teramat aib dan malu tidak semalu beliau bersama Haziq di hotel Sandakan, kita faham mengapa selepas terkubur di Gombak, beliau umum untuk bercuti dari politik.  PRN kali ini, Azmin Ali tidak mahu berhadapan lagi dengan orang jantan.  Dia serik untuk ditelanjangkan lagi untuk kali kedua.  Maka, paling dia rasa selamat adalah membuka gelanggang untuk bertarung dengan seorang wanita muda yang juga bekas anak buahnya dulu di dalam Keadilan.  


Nampaknya pasangan Haziq ini tersilap langkah.  Dia tidak sedar risiko besar dan keaiban maha dahsyat bakal berlaku, InsyaAllah,  apabila beliau dilondehkan oleh seorang wanita yang berpangkat anak kepadanya.  Seandainya beliau tewas di tapak kaki lelaki, tidaklah semalu dan seaib tergolek di bawah tapak kaki wanita.  Memilih Hulu Kelang untuk menjadi kuburan keduanya adalah pilihannya sendiri sebelum dia betul2 bersara dalam politik. 


Juwairiya Zulkifli  adalah serikandi Keadilan yang sanggup tinggalkan gelanggangnya untuk bertempur dengan sesiapa sahaja di mana sekalipun beliau diamanahkan.  Apatah lagi bertempur dengan pengkhianat seperti Azmin, tentunya akan menaikkan lagi imej anak jati Hulu Kelang ini sebagai wanita besi yang berani dan berhati waja.  Rekod cemerlang bekas Adun Bukit Melawati selama ini tidak boleh dinafikan samasekali.  Maka, kepimpinan parti mahu agar keupayaannya itu dilimpahkan pula ke kawasan lain pasti akan digalas dengan sebaik mungkin sekiranya beliau menang di Dun Hulu Kelang pada PRN kali ini.


Hulu Kelang bertuah memiliki calon wanita muda yang komited dengan amanah dan tanggungjawabnya selama ini di dalam membantu pembangunan di negeri Selangor.  Pengundi2 muda terutama golongan wanita di Hulu Kelang tentunya bersyukur dengan kehadiran Juwairiya Zulkifli. Rakyat di Hulu Kelang pasti bertuah kerana insan yang menjadi kepercayaan MB Selangor sebelum ini bakal berbakti di sini.


Saya yakin, Juwairiya Zulkifli mampu meneruskan komitmennya bersama rakyat Selangor di mana sahaja.  Saya percaya rakyat Selangor ada maruah,  tidak akan memilih wakil rakyat yang khianat kepada parti yang pernah mengangkatnya, khianat kepada rakyat dengan menjatuhkan kerajaan PH serta memiliki banyak isu kontroversi yang memualkan.  


"SOKONG PH, SOKONG KERAJAAN PERPADUAN, UNDI JUWAIRIYA ZULKIFLI"


WFAUZDIN NS



TUN MAHATHIR CALON PM SEKALI LAGI, BAKAL BERTANDING DI KELANTAN SELEPAS PRN?



Di ketika pemimpin-pemimpin PH begitu yakin kerajaan perpaduan tidak akan tergugat, meski apa pun keputusan PRN pada 12 Ogos nanti, malah Anwar Ibrahim sendiri menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan pimpinannya adalah kukuh, stabil serta sukar dijatuhkan, khabar terbaru ini barangkali tidak harus dientengkan begitu saja.


Berdasarkan hubungan Pas dengan Tun Mahathir yang kian akrab sejak kebelakangan ini, difahamkan kini sudah ada rancangan untuk memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri itu kembali sebagai Ahli Parlimen selepas berakhirnya PRN akan datang ini.


Sudah tentu, syaratnya ialah jika PN beroleh keputusan cemerlang berjaya menawan lima negeri – Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan atau sekurang-kurangnya memenangi semua kawasan Melayu di enam negeri yang terlibat PRN itu.


Diberitakan kerusi yang akan diberi laluan untuk Tun Mahathir bertanding itu ialah di Kelantan di mana seorang Ahli Parlimen Pas dikatakan sudah sedia untuk berkorban mengosongkan kerusinya bagi tujuan tersebut.


Langkah tersebut adalah menyamai seperti mana dilakukan Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini, Danial Balagogal Abdullah yang mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding pada 2018 lalu.


Jika Anwar diberi peluang menjadi Ahli Parlimen itu untuk tujuan menjadi Perdana Menteri, memberi laluan kepada Tun Mahathir juga adalah dengan maksud yang sama.


Tindakan Pas sedia memberi laluan untuk Tun Mahathir bergelar Ahli Parlimen di Kelantan itu adalah semata-mata untuk memungkinkan lagi Anwar dapat dijatuhkan.


Dua kombinasi – kemenangan cemerlang PN dalam PRN dan kembalinya Tun Mahathir bergelar Ahli Parlimen – dilihat satu-satunya resepi asakan yang paling berkesan menjadikan apa yang dirancang benar-benar menjadi kenyataan.


Dalam hal ini, kesediaan Pas memberi laluan kepada Tun Mahathir bertanding di Kelantan difahamkan juga bukan saja sebagai perkiraan Hadi Awang untuk meletakkan Pas mencipta sejarah di mana Ahli Parlimen parti itu akhirnya berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri buat pertama kali, malah untuk tujuan mengangkat negeri Melayu dan Islam iaitu Kelantan dan Terengganu lebih banyak menerima limpahan pembangunan selepas itu.


Selain itu, di sebalik gegak-gempita yang berterusan mahu menjatuhkan kerajaan, Pas juga dikatakan menyedari bahawa PN tiada calon Perdana Menteri yang benar-benar berwibawa bagi menggantikan Anwar.


Sementara Mahiaddin tergolong dalam kluster mahkamah dan tidak sesuai diangkat sekali lagi sebagai Perdana Menteri, Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang pula dianggap belum cukup merit untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dalam keadaan politik yang amat mencabar ketika ini.


Pas melibat hanya Tun Mahathir yang sesuai dalam menerajui gerakan menumbangkan Anwar dan seterusnya mengambil alih kerusi Perdana Menteri serta menerajui negara, selain bekas Perdana Menteri dua kali itu juga dipercayai mampu menarik sokongan sebahagian Ahli-Ahli Parlimen UMNO/BN yang kemudian dipercayai akan diikuti dengan sokongan daripada Sabah dan Sarawak akan turut menyusul.


Apa pun, penentuannya ialah keputusan PRN pada 12 Ogos ini.


Di zahir mata, memang kerajaan Anwar ternampak kukuh, sukar digugat serta memiliki sokongan majoriti dua pertiga, malah Ketua Menteri Sabah dan Sarawak juga dilihat kerap bersamanya.


Cuma, Anwar jangan sesekali leka serta sentiasalah berhati-hati kerana pujangga juga kerap meninggalkan pesan – adalah biasa dalam politik, kawan dan musuh boleh menukar kiblat sokongan mereka sesingkat dua minit sekali. – ShahbudinHusin 30/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/



BUKAN CALON TANGKAP MUAT




Altimet ni bukan calon tangkap muat macam PN ambil Dayangku Intan dulu. Altimet setahu aku dah lama dia aktif dalam Keadilan.


Selain itu, kalau dengar lagu Altimet kebanyakannya berkisar tentang rakyat. Lagu macam Kotarayaku (feat. Noh), Bunga dan Amboi adalah cerita hidup masyarakat yang real.


Altimet bukan menyanyi lagi meleweh, lagu cintan cintun putus cinta nak bunuh diri dan sebagainya. Juga Altimet bersih, tak pernah ada skandal apalagi  ditangkap menagih dadah.


Aku bukan peminat Altimet tapi mempersoalkan Altimet sebagai calon tu tindakan tak bijak. Altimet lebih berwibawa sebagai calon berbanding pemain bola yang tiada matlamat politik


Ade ke masuk bertanding sebab nak pertahankan individu. Patutnya sebab nak bela rakyat. Kalau nak pertahankan individu,  baik jadi bodyguard je. Tak payah jadi calon. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


BILA SEMBOYAN TERSUMBAT.

 

W. Faudzin





Patut la bila Sanusi hina raja,  dia senyap macam setan bisu...kahkahkah...



WALAUN BODO




 Demi politik, demi nak tunjuk pemimpin yang dia tak sokong tu useless, dia sanggup harga barang naik. Dia sanggup derita tak cukup duit.


Begitu singkat fikiran walaun. Tak fikir panjang dah. Dia ingat kalau dia susah lebai akan tolong. Terlupa pengalaman 33 bulan rakyat diabaikan.


Malangnya harga barang tak naik malahan turun yang menandakan menteri Kerajaan Perpaduan tak useless macam yang dia sangka. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



LA NI DEPAN PENYOKONG HANG ....CAKAP BESAQ LA.,.HANG KUTUK,HANG HINA SAPA SAJA...HANG JAGA..HANG KENA SAJA MASUK JEL BARU HANG ADA AKAI.


 

ANAK MUDA BIJAK SUDAH TENTU PILIHAN JUGA BIJAK


 

BERSEDIA UNTUK HILANG DEPOSIT



Ken.


 Hang ni dahlah penakut🐁🐁... perasan pulak tu macamlah kami peduli kat mana hang bertanding🗳🗳... tunggulah nanti bila Low-Buy2 Bayan Lepas tu sabotage hang.... standby utk hilang deposit💰💰.


🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢



LEBAI SUKA PERLEKEH PANDANGAN RAKYAT. WALAUN JA KENA CING NGAN LEBAI.

 

Bila rakyat bangkit isu air tak ada, dia kata air belakang tesco banyak….


Bila rakyat pertikai beli mercedez, dia kata takkan nak pakai viva…


Bila rakyat merungut jalan jem, dia kata pakai setahun sekali je…


Suara rakyat ni bukan nak ambik serius, kira nak perlekeh je…



SANUSI DENGAN PROJEK MAT JENIN DI KEDAH. SATU APA PUN TAK JADI


 

LAMA NAK JADI PM. SEKARANG TUHAN BERIKAN- AKAN LAKUKAN YANG TERBAIK


 

KITA LAWAN DEPAN DEPAN...


 

PAS MANA BOLEH BERKAWAN DENGAN SIAPA PUN- SEJARAH DAH TUNJUK.

 

Pencalonan Pengerusi Gerakan diboikot, Pas tiada semangat setiakawan



                 AUN BARU SEDAR MEREKA KENA CING DENGAN PIMPINAN MEREKA

Oleh: Abdullah Zaid

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyifatkan tindakan Pas memboikot penamaan calon Pengerusi Gerakan Dominic Lau, membuktikan bahawa komponen PN itu tidak mempunyai semangat setiakawan.

Oleh itu, Ketua Peneranganya, Abshar Nurasyraf berkata Gerakan seharusnya mempertimbangkan semula kerjasama parti pelbagai kaum tersebut bersama PN yang diterajui Pas.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_dd6e8ca67d3a4da4a079e65273b97ad7~mv2.jpg/v1/fill/w_360,h_241,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_dd6e8ca67d3a4da4a079e65273b97ad7~mv2.jpg

Abshar Nurasyraf


"Bagi saya tindakan Pas yang sengaja memboikot penamaan calon Gerakan (Dominic Lau), dan ia juga adalah bukti Pas tidak mempunyai semangat setiakawan.


"Sebaliknya, Gerakan sepatutnya sedar bahawa kerjasama mereka antara Bersatu dan Pas hanya sekadar untuk mencantikkan sahaja gabungan itu," katanya

Untuk rekod, pada penamaan calon semalam, Pengerusi Gerakan itu dinamakan sebagai calon DUN Bayan Lepas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Namun, apa yang memeranjatkan pemimpin PN itu diboikot apabila kehadiran jentera hanya dizahirkan sekitar 100 penyokong sahaja.

Sebelum ini, media melaporkan keinginan Pengerusi PN Pulau Pinang itu bertanding di kerusi 80 peratus pengundi Melayu kerusi itu mendapat tentangan kuat daripada AJK Pilihan Raya Pas Negeri Anas Soffy Abd Wahid.

"Sepatutnya sebagai seorang tokoh heavyweight, dia patut bertanding dengan (mencabar) calon heavyweight seperti Chow Kon Yeow atau Lim Guan Eng, atau di tempat lahir dia di Tanjung Bungah.


"Mengapa dia nak melangkau (DUN Bayan Lepas) ini?" tanyanya sbagaimana dilapor media arus perdana.




Rangka kerja MADANI angkat nilai murni masyarakat


 Rangka kerja MADANI yang dibawakan kerajaan bukan hanya memfokus kepada proses penyelesaian masalah tetapi juga nilai-nilai murni bagi membina moral yang baik dalam kalangan masyarakat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan di 'Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri' di Seri Perdana semalam berkata, rangka kerja MADANI adalah kaedah terbaik bagi menjana masyarakat yang lebih baik terutama dalam kalangan generasi muda.


"MADANI bukan sahaja berkisar mengenai kemampanan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan tetapi juga menggariskan tentang falsafah, nilai-nilai murni serta integriti dari segi membina akhlak yang baik," katanya.

Anwar memperkenalkan konsep Malaysa MADANI pada 19 Januari lalu, ia berteraskan enam tunjang utama iaitu kemampanan (keMampanan), kesejahteraan (kesejAhteraan), berdaya cipta (Daya cipta), hormat (hormAt), keyakinan (keyakiNan) dan ihsan (Ihsan).


Terdahulu, Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyertai 20 jemaah menunaikan solat Maghrib yang dipimpin oleh Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu Muhammad Hazri Othman sebelum meluangkan masa kira-kira sejam dalam sesi perkongsian ilmu bersama Omar.


Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.


Sementara itu Anwar menzahirkan penghargaan kepada pengasas merangkap Presiden Institut Penyelidikan Islam Yaqeen Dr Omar Suleiman kerana menyampaikan syarahan MADANI.


Perdana Menteri menyifatkan beliau sebagai seorang intelektual dan aktivis muda yang diperlukan dalam setiap masyarakat.


"Saya mengikuti setiap syarahan yang disampaikan oleh Omar dan saya rasa suara beliau mampu menyentuh serta mempengaruhi masyarakat," katanya.