BUAT REPORT SEBAB PLAT NUMBER...ELOK ALEXANDEE P BUAT REPORT BALAS .,


Prog Agus tempelak kenyataan Menteri Alam Sekitar tentang masalah air di Kelantan!

30-40 tahun untuk selesai masalah air. Jangan remehkan keluhan rakyat.
1. Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan masalah air Kelantan akan selesai dalam 30-40 tahun lagi kerana kosnya yang besar. Oleh itu, penyelesaian masalah ini akan dilakukan secara berperingkat.
Berapakah jumlah yang akan dipohon itu? Tidakkah setiap RMK cuma lima tahun sekali sahaja? Berapa RMK lagikah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan ini?
2. Reaksi pertama saya ialah mengapa begitu lama? Jika kosnya besar, berapa besar? Kos ini tidak disebut, melainkan menyatakan “[Kementerian] akan memohon peruntukan kepada UPE, JPM bagi membolehkan peruntukan berkenaan dimasukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).”
3. Berapakah jumlah yang akan dipohon itu? Tidakkah setiap RMK cuma lima tahun sekali sahaja? Berapa RMK lagikah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan ini?

4. Jika dahulu, rakyat boleh terima ketidakupayaan kerajaan negeri menyelesaikan masalah ini atas faktor kewangan. Kini, selepas wang ehsan RM400 juta sudahpun diterima dan menterinya sudahpun dari parti yang sama dengan kerajaan negeri, dan Menteri Ekonomi yang menjaga EPU juga dari Kelantan, mengapa hal ini masih diperlambatkan untuk diselesaikan?
5. Projek ECRL melangkaui beberapa sempadan negeri, tetapi tempoh pelaksanaannya cuma 5 tahun sahaja, dijangka siap pada tahun 2026. Kosnya besar, RM65.5 bilion dan jimatkan oleh kerajaan dahulu sebanyak RM21.5 bilion dengan penjajaran baharu. Kos projek air Kelantan tidak sampaipun sejumlah itu, dan tidakpun melangkaui sempadan negeri, tetapi mengapa mengambil masa yang begitu lama?
6.Selepas itu, baharulah masuk ke tahap kedua melibatkan keluasan 40 ribu hektar dari tahun 2025-2029 untuk pembangunan infrastruktur lainnya seperti markas besar tentera dan polis, pendidikan, kesihatan, universiti, taman sains dan teknologi, pusat industri berteknologi tinggi, pusat penyelidikan, pusat sukan dan pusat membeli belah. Tahap ketiga bila siap semuanya akan melibatkan pembangunan di tanah seluas 250 ribu hektar dalam masa 40 tahun.
7. Pertanyaannya, apakah projek air Kelantan ini lebih luas dari projek ECRL dan ibu kota baharu Indonesia sehingga perlu mengambil masa antara 30-40 tahun untuk selesai?
8. Pemimpinku, janganlah remehkan keluh kesah rakyat. Carilah jalan untuk mengatasinya secepat mungkin. Buat momento besar untuk kebahagiaan rakyat.
Prof Agus


POLEMIK PERTUKARAN KERAJAAN



Ahmad Lutfi

Terlintas di fikiran mahu menamatkan cerita tak berkesudahan tentang polemik calon perdana menteri dalam hikayat panjang merebut kembali pemerintahan yang dirampas akhir Februari lalu.
Peluang dan potensi terbuka luas apabila gabungan rapuh kerajaan pintu belakang terus gagal mempamerkan keabsahan di Dewan Rakyat.

Sidang Parlimen pun menjadi sendaan apabila pademik virus korona menjadi benteng menutup kebaculan. Pelbagai krisis nasional dan masalah negara tidak dapat dibahaskan secara tuntas oleh wakil-wakil rakyat kitsa. Prestasi sebahagian besar anggota Kabinet langsung tidak menyerlah.

Hatta nama-nama mereka pun tidak dikenali rakyat, apatah lagi dasar-dasar baru atau program-program berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat. Yang heboh, agihan ghanimah berbentuk jawatan pengerusi GLC berimbuhan lumayan. Syarikat strategik yang dipimpinan tokoh profesional dan berpengalaman, di bawah era PH kini disumbat oleh politikus PN. Belum lagi dirincikan proses tender projek-projek yang kini dimonopoli oleh kroni.

Umno dan Bersatu khususnya sibuk menunjukkan taring masing-masing bagi melonjakkan diri sebagai parti dominan kerajaan. Tunggulah perang besar tiga parti Melayu itu menjelang proses agihan kerusi PRU15. Parti tertentu dan beberapa personaliti wakil rakyat di Borneo bersikap tunggu dan lihat memerhati perkembangan, sebelum mengesahkan apa-apa sokongan.

Malangnya kesempatan berharga untuk mendaulatkan mandat rakyat PRU14 seperti disia-siakan PH. Mesyuarat tak habis-habis; masyarakat awam sudah naik muak dan jelak. Dua sosok utama pembangkang, Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim gagal mencapai persefahaman, kembali bersengketa, macam anjing dengan kucing, seolah-olah bersedia untuk saling kempunan. "Kalau aku tak dapat, biar hang pun tak dapat juga." Tidak puas sindir-menyindir setiap kali membuat hebahan media.  Dilihat perdebatan terbuka di alam siber, situasi 1998 nampak berulang, tembak-menembak, londeh-melondeh, gelar-menggelar. Sentiviti setiap kelompok tidak dipedulikan lagi.  Seolah-olah bukan daripada regu yang sama.
Mendabek dada bagaikan hanya kita berpegang prinsip, pihak lain yang kemaruk kuasa, yang sebenarnya menjarakkan lagi dengan peluang yang asalnya terbuka luas untuk kembali memerintah dan menyambung agenda pembaharuan yang tertunda .

Sedangkan momentum kian lemah dan terkulai ekoran tertangguh dan terus tertangguh. Ramai khalayak mengimpikan PH kembali mentadbir tetapi mereka juga bosan dengan percakaran dalaman itu. Pertemuan demi pertemuan diusahakan, ke sana ke sini, selama lebih 100 hari tapi tetap gagal. Mahathir-Anwar pun sukar berbincang dari hati ie hati, empat mata. Masing-masing ada hujah sendiri dan tidak berganjak walaupun setapak (baca: keras kepala), konon komited dengan idealisme. Parti Amanah Negara dan DAP cuba berperanan sebagai orang tengah dan pendamai. Malang sekali kedua-dua parti ini juga turut dilabel panggilan jelik. Tiap kumpulan hanya mahu mendengar pandangan yang serasi dengan mereka. Ditohmah gian untuk kembali ke pejabat menteri. Bukankah kuasa itu memungkinkan pembaharuan dan pembaharuan? Maka ada sindirin halus, sepanjang 22 bulan pentadbiran Mahathir-Wan Azizah, apa perubahan yang mampu dilakukan? Saya akan menulis catatan khusus, respons terhadap persoalan ini.
Susahnya mencari persepakatan dan persetujuan; rela terus menjadi pembangkang walaupun mandat rakyat jelas bersama Pakatan Harapan. PH juga kelihatan seperti dirobek kesatuannya. Tidak mustahil situasi berbeda bakal melakari senario baru menjelang PRU15. Mungkin timbul blok ketiga ataupun blok-blok sedia bakal berubah dengan drastik sekali. Musuh bersama, rakan bercerai! Kepada yang seronok mencanangkan lebih baik kita bersiap siaga hadapi PRU15 daripada menyusun taktik merampas balik kuasa, harus beringat, kesatuan pembangkang belum pasti seperti sekarang ketika itu. Pelbagai kemungkinan boleh tercetus, termasuk yang mengejutkan ataupun yang tidak terjangka.

Di pihak PN, semasa menggulingkan kerajaan mandat rakyat dulu, nampak seperti mudah pula Muhyiddin diangkat menjadi kepala gerabak keretapi biarpun konspirasi itu mempunyai ramai ketuanya. Target utama, kerajaan PH mesti diruntuhkan dahulu, cerita berbangkit kemudian akan ditangani bila tiba masanya; ikut tertib dan keutamaan.

Secara personal, saya turun terkesan dan lelah dengan permainan kuasa elit politik ini. Berpusing-pusing di persimpangan yang sama, gagal menyeberang walaupun lampu isyarat sudah bertukar warna hijau berkali-kali.
Justeru, terlintas persoalan, sampai bila aku terus membuang masa melayani karenah dua orang tua ini? (Soalnya, sewaktu terlantar uzur ini, masa lapang saya begitu lumayanšŸ¤£)
BERSAMBUNG


BUAT PAIP


Group Temerloh.

Perbadanan air Pahang paip punya pengurusan daerah Temereloh macam lahanat haramjadah...sejak tuko dari jba jadi paip kerap sangat takde air sama ada dengan notis atau tanpa notis...kekadang seminggu sekali takde air..kalau bernotis pun kabo sehari je  takde air tapi meleret sampai 3-4 hari...

Lepas tu kalau bab bil,bab surat merah,bab tambahan caj laju plak buat kerja.

Kawan nok maki bahagian pengurusan sebab macam gampang,staff paip jangan terasa sebab kome faham bos bos aokme te hok tak reti buat kije..entah entah dapat jawatan pakai kabel...

NAMPAK GAYA..BERSATU KENA TINGGAL...


Hari Ini bersama dengan semua kepimpinan Pengerusi2 Perhubungan , Timbalan Pengerusi dan SU Perhubungan UMNO, dan Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya dan SU Perhubungan Pas, dari seluruh negara, dalam taklimat tatakelola dan struktur pengurusan Muafakat Nasional di setiap negeri dan parlimen.

Muafakat Nasional perlu di perkasakan... Insha Allah


AHLI PKR AMPANG 20K, 250 KELUAR TERUS BUBAR?

MUDAH JADI PAS..SIAPA JADI PM DIA AMPU

Shahbudin

Senang jadi Pas, siapa saja jadi PM, dia ampu. Najib PM, Najib dia ampu. Mahathir PM, Mahathir dia ampu. Muhyiddin PM, Muhyiddin dia ampu.

Najib hari2 berkempen, dia tak puji tapi Muhyiddin yang tak turun berkempen, sebaliknya hanya tulis surat dalam FB pula yang dia puji.

Sebab apa? Tentulah sebabnya kerana Muhyiddin adalah PM.

Esok lusa bertukar PM, orang itu pula dia ampu dan puji.

Janji ada syurga....

GERAK 98 MENYOKONG SARANAN LANTIKAN RAFIZI


1.GERAK98 memandang positif saranan beberapa pimpinan dan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar Sdr Rafizi Ramli diberikan peranan menjadi Timbalan Presiden PKR.

2.Tanpa niat untuk mencampuri urusan parti, GERAK98 hanya ingin membawa perhatian berhubung peranan Sdr Rafizi dari sudutpandang/perspektif perjuangan reformasi.

3.Saat ini perjuangan reformasi diserang hebat dari pelbagai sudut.Tumpuan tentunya kepada PKR sebagai parti yang dibina atas semangat reformasi sejak 1998.Koalisi yang dipimpin PKR, Pakatan Harapan (PH) tentunya juga menjadi sasaran serangan.

4.Kita seharusnya sedar,serangan melalui pengkhiantan dalaman dan luaran memuncak apabila perjuangan Reformasi menghampiri kemuncaknya apabila tokoh reformasi Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

5.Dalam ketika dan saat ini, sosok muda pejuang reformasi wajar diberi peranan penting didalam parti.Rafizi menepati ciri2 ini.Beliau adalah pemimpin muda yang berani,cerdas dan telah membuktikan kesungguhan luarbiasa menghadapi ujian perjuangan.

6.Kami difahamkan juga, dari sudut perlembagaan parti, kedudukan Rafizi sekarang sebagai Naib Presiden membenarkan proses mengangkat beliau menjadi Timbalan Presiden berlaku.

7.Justeru, demi memperkukuh perjuangan reformasi, GERAK98 menyokong sebarang usaha memberikan peranan penting kepada Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR.


Mohamad Ezam Mohd Nor
GERAK98

5 Julai 2020/ 14 Dzulqaidah 1441H.

*Tenung gambar di bawah dan jawab soalan ini..*


Hashim Razak

1)dimana duit yg membuat kamu menunjuk merasa diri hebat?
2)dimana cantik rupa yg membuat kamu bangga dan sombong?
3)dimana kereta mewah yg membuat kamu berlagak?
4)mana sijil taraf pendidikan tinggi yg membuat kamu memaki org yg kurang ilmu pengetahuan?
5)dimana orang yg kita anggap selama ini yg sentiasa di sisi kita?
6)secantik manakah rupa kita di dalam kubur?
7)dimana harga kekayaan yg diperolehi dengan cara menjatuhkan orang lain?

Ada baiknya bila kita kaya di dunia, ada baiknya bila rupa kita cantik tetapi biarlah sifat berperikemanusiaan itu sentiasa menjadi keutamaan di dalam hidup kita. Janganlah memperlekeh menghina menjatuhkan orang lain kerana inginkan kekayaan semata-mata. Kerana di tanah kubur kaya dan miskin tiada bezanya apabila semua taraf, rupa dan kekayaan menjadi sama rata. Ketika itu hanya dosa dan pahala di dunia yg akan berbeza.

Tubuh badan manusia selepas mati.
*3hari selepas mati kuku mulai tertanggal
*4hari selepas mati rambut tertanggal dari kepala dan seluruh badan tertanggal rambut dan bulu
*5hari selepas mati anggota dalaman dan luaran yg membawa kita ke arah dosa mulai mereput
*6hari selepas mati kulit mulai mereput
*60 hari tiada yg tinggal melainkan tulang sahaja
Jadi:
Mengapa terlalu bangga?
Mengapa terlalu riak?
Mengapa terlalu sombong?
Mengapa terlalu mementingkan diri?
Mengapa terlalu dengki?
Mengapa terlalu kejam?

Adakah kamu berfikir kamu adalah milik kamu sendiri? Tidak..kerana akhirnya badan kamu sndri juga tidak akan menjadi milik kamu.
Kesimpulannya apa salahnya kita merendah diri? Apa salahnya kita menyebarkan kasih sesama manusia?
Kita hidup diatas takdir Nya. Kongsikan ini dan bersama kita sebarkan kasih dan kesedaran sesama kita agar sentiasa bersyukur atas kehendak dan takdir yg sudah ditentukan oleh Nya.

BELOM BAYAR MACAMANA KATA KORUP?

Image

MENGKRITIK KERAJAAN BUKAN HASUTAN. TETAPI TEGURAN UNTUK PEMERINTAH SEDAR DAN PERBAIKI PENTADBIRAN



MUKRIZ MAT RUS



Jangan jadikan seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia sebagai Akta Hasutan II, apabila digunakan ke atas pengkritik menteri dan kerajaan. Mengkritik kerajaan adalah bukan 'hasutan' selepas pindaan dibuat ke atas Akta Hasutan pada 2015. Baca rang undang-undang pindaan ini:



Image

KENYATAAN MEDIA

KEAHLIAN 25000..KELUAR 2500..MACAMANA PULAK TERBUBAR?TAK KAN MAK LAMPIR TAK ADA, MAK LIMAH TAK BOLEH HIDUPKAN ?




PKR Ampang didakwa terbubar, majoriti pemimpin keluar parti

AJK nafi PKR Cabang Ampang terbubar
NURHIDAYAH HAIROM | |

Sidang media Nallan (tengah) bersama AJK Cabang, Wanita dan AMK PKR yang mengumumkan keluar PKR, semalam.


SHAH ALAM - Sekumpulan ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang menafikan Cabang berkenaan terbubar serta-merta.


Ia berdasarkan satu kenyataan yang ditandatangani 18 ahli jawatankuasa yang dipilih dan tiga ahli jawatankuasa yang dilantik serta Pengerusi Tetap Wanita Keadilan Cabang Ampang, hari ini.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya tentang pembubaran Cabang Ampang. Kami ahli jawatankuasa Cabang Ampang masih kekal setia dan yakin dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor," menurut kenyataan itu.

Kenyataan turut menyebut, mereka akan meneruskan perjuangan parti itu meskipun beberapa pemimpin Cabang itu bertindak keluar parti.

"Sebagai ahli jawatankuasa Cabang Ampang yang sah, kami akan meneruskan aspirasi mandat rakyat yang telah diamanahkan kepada PKR walaupun beberapa pimpinan telah memilih untuk mengkhianati mandat ini.

"Usaha reformasi selama 22 tahun tidak akan berhenti hanya kerana segelintir yang berniat khianat bertindak keluar parti. Anggota Keadilan Cabang Ampang yang sedia ada tetap komited agar obor reformasi diteruskan," katanya.



MUHYIDDIN DITOLAK OLEH UMNO, BERSATU MESTI SEDIA DITINGGAL NANAR SENDIRIAN



Nampaknya kecenderungan pemimpin tertentu dalam UMNO dan Pas mahu menamakan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, tidak mendapat sambutan yang diharap-harapkan.
Ahli MT UMNO merangkap Setiausaha Agung BN, Annuar Musa dan dua pemimpin utama Pas, Hadi Awang serta Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini telah menyatakan sokongan agar Muhyiddin terus dikekalkan lagi selepas PRU15 akan datang nanti.
Annuar memberitahu, secara prinsipnya Muafakat Nasional yang dianggotai UMNO dan Pas telah bersetuju dengan perkara tersebut, manakala Tuan Ibrahim mengatakan, sokongan kepada Muhyiddin kerana kepimpinannya diterima rakyat.
Hadi yang turut menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional menghadapi PRU15, bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan mengapa Muhyiddin wajar dikekalkan lagi.
Beberapa pemimpin UMNO jelas menolak cadangan tersebut dan mereka sebaliknya lebih mahukan pemimpin UMNO sendiri menjadi Perdana Menteri selepas ini, bukan mengekalkan lagi Muhyiddin di jawatan tersebut.
Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin berkata, UMNO tidak harus terburu-buru menamakan calon Perdana Menteri kerana parti itu mempunyai ramai pemimpin berpotensi yang layak diketengahkan.
“Kerana itu, dalam PRU akan datang, UMNO mesti menawarkan calon Perdana Menterinya sendiri jika ia memenangi kerusi terbanyak.
“Malah jika UMNO tidak memenangi jumlah kerusi terbanyak pun, ia mesti bersedia dengan calonnya jika calon tersebut boleh menggembleng sokongan untuk membentuk kerajaan,” tegas Khaled lagi.
Menurut beliau, walaupun ketika ini ada cadangan menamakan Muhyiddin agar dikekalkan lagi sebagai Perdana Menteri, UMNO tidak harus terburu-buru menghadkan pendiriannya.
Ahli MT UMNO, Dr. Puad Zarkashi pula menyifatkan tindakan mahu mengekalkan lagi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri merupakan amalan “politik pajak gadai”.
“Cukuplah UMNO dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat masuk PPBM kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan.
“Sebab itu amat pelik apabila TG Hadi Awang dan TS Anuar Musa mencadangkan supaya TS Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU ke 15.
“Kemenangan besar di PRK Chini adalah “signal” dari rakyat, orang Melayu dan ahli UMNO-PAS yang mahu UMNO dan MN kembali memimpin walaupun lawannya hanya calon Bebas.
“Keahlian parti UMNO dan PAS hampir 5 juta orang manakala keahlian parti Bersatu tak sampai 100,000 orang.
“Justeru cadangan TG Haji Hadi Awang dan TS Anuar Musa itu, seolah olah jawatan Perdana Menteri boleh dipajak gadaikan,” tegas Dr. Puad lagi.
Malah beliau juga menempelak mereka yang terus mahu menamakan Muhyiddin itu sebagai pemimpin yang tidak mampu berfikir dengan baik.
“Jika mereka tak mampu berfikir, biar akar umbi yang fikirkan,” tambah beliau.
Mengulas hal yang sama, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Shahrir Samad berkata, banyak perkara perlu difikirkan sebelum mahu memuktamadkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang.
“Apabila sudah dinamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, apabila diadakan PRU15, tentunya akan banyak kuasa penentu yang dipegang olehnya.
“Adakah Pengerusi BN sendiri mampu menolak keputusan bakal PM itu apabila digunakan kuasa penentu itu dan ianya disokong kuat pula oleh pemimpin parti-parti lain dalam gabungan Perikatan Nasional?” soalnya.
Selain itu, Shahrir juga mempersoalkan kekuatan Muhyiddin dan parti yang dipimpinnya selepas calon Bersatu hilang satu kerusi Parlimen apabila kalah dalam PRK Tanjung Piai sebelum ini.
“Selesakah bakal PM kita tu?
“Kalau BN dan PAS sudah tahu jumlah undi masing-masing dalam PRU14, berapakah undi asas bagi Bersatu di setiap kawasan yang ditandingi,” soal Shahrir seterusnya.
Berdasarkan respon awal yang negatif itu, adalah jelas bahawa impian Muhyiddin untuk berada lebih lama di kerusi Perdana Menteri tidak semudahnya untuk diterima oleh UMNO.
Mereka rata-ratanya hanya mahu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan saja dan selepas PRU15, Perdana Menteri baru daripada UMNO hendaklah dinaikkan pula.
Dalam dapatan lain secara rambang di kalangan pemimpin peringkat pertengahan dan akar umbi UMNO, mereka juga rata-rata mahukan calon daripada UMNO sendiri sebagai Perdana Menteri selepas ini.
Tambahan lagi, dengan beberapa kejayaan BN dalam banyak PRK sebelum ini, bagi mereka, ia adalah hujah paling kukuh bahawa rakyat mahukan UMNO kembali memimpin negara ini.
Dalam hal ini, mahu tidak mahu, Muhyiddin harus sedar realiti buruk bagi masa depan dan kedudukannya yang hanya sementara sekarang ini, walaupun bersama-sama dengan UMNO dan mereka juga diberikan banyak jawatan dalam kerajaan PN yang diterajuinya.
Ibarat habis madu, sepah dibuang, Muhyiddin bukan saja mesti sedia diundur dan tidak diperlukan lagi oleh UMNO, bahkan juga wajib bersedia untuk melihat Bersatu ditinggalkan nanar sendirian apabila tiba detik waktu berbahagi kerusi nanti.

(Shahbudindotcom 05/07/2020)


Biar betul… Pelajar buat ‘parti Covid’ bagi duit siapa jatuh sakit dulu



Orang pertama yang positif bila buat ujian Covid-19 dalam parti itu akan dapat sejumlah wang hasil pertaruhan. (Gambar fail)

Pelajar-pelajar di Alabama dikatakan menganjurkan parti bersama pesakit-pesakit Covid-19 dan akan berikan duit kepada sesiapa yang menjadi orang pertama dijangkiti virus maut ini.

Menurut Daily Star, pihak berkuasa di Alabama terkejut bila mengetahui yang pelajar-pelajar ini menganjurkan “parti Covid” dengan niat untuk dapat jangkitan.
Trend tak masuk akal ini dibuat oleh orang-orang muda, di mana mereka akan jemput orang yang ada jangkitan Covid-19 dan buat pertaruhan tetamu mana yang mungkin akan terjangkit dulu.
Sesiapa orang pertama yang positif bila buat ujian Covid-19 akan dapat sejumlah wang hasil pertaruhan tersebut.
Parti-parti ini dilakukan walaupun kes positif Covid-19 di Amerika Syarikat sudah mencecah lebih 2.74 juta dengan kematian sebanyak 130,000.
Ketua bomba di Tuscaloosa, Alabama barat berkata, ketika dia dengar laporan tentang parti Covid ini, dia ingatkan yang ia hanyalah bahan lawak.
“Mula-mula kami ingatkan khabar angin tapi lepas buat siasatan, doktor pun sahkan perkara ni. Parti ini sudah berterusan sejak beberapa minggu lalu,” katanya.
Ahli majlis bandar Tuscaloosa, Sonya Mckinstry pula mengatakan yang berita ini telah menjejaskan usaha mereka untuk melawan Covid-19 dan tindakan pelajar-pelajar ini memang tak masuk akal.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? 

VAN JENAZAH UEL PUN KENA CLAMP


Osman Mat

Aaduuuh...berdiri bulu roma terkejut...
Kalau benar...minta sangat-sangat ,buang aje Islam pada parti.....rosak-rosak .
Apa jenis spesis ,x boleh buat budi bicara ka dulu. 46 Kes libatkan juta-jutaan duit pun bebas boleh ,ni parking berhenti makan.
..... ish...x leh terus ,emosi.


USUNG BINI MASUK MEETING....

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan dalam

HENTIKAN GANGGUAN TERHADAP PARLIMEN DIGITAL

KHALED NORDIN BERITAHU UMNO ADA RAMAI CALON PM

Semangat dalam PH jangan dirungkai, kata Anwar

Semangat dalam PH jangan dirungkai, kata Anwar


RENTASAN MINGGUAN 072 | PANAS!!! PENCALONAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM-9 DIBANTAH PIMPINAN VETERAN UMNO?



MENARIK DALAM RENTASAN 072
1. BETULKAH UMNO SETUJU MUHYIDDIN PM LEPAS PRU15? 2. SIAPA MUSUH PAKATAN HARAPAN? 3. BMF HANYA ILUSI BUAT MAKCIK KIAH 4. RUPANYA MUAFAKAT NASIONAL PUN TIADA CALON PERDANA MENTERI.




BETULKAH UMNO SETUJU MUHYIDDIN PM LEPAS PRU15?


“BERSATU tak payahlah nak berdolak-dalik untuk memanjangkan hayat politik mereka. Hanya pilihan raya umum segera (snap election) sahaja boleh memberi penyelesaian kepada kemelut politik negara sekarang khususnya buat `hayat politik pemimpin mereka’,” kata beliau seperti dipetik portal online SUARA MERDEKA dua minggu lalu. Sementara itu Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Muhamad Hassan pula berkata pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti mereka tidak akan menggunakan simbol tunggal untuk bertanding.

EBIT LIEW -8 TAHUN TINGGAL DIBANGSAL LEMBU



Terkejut tengok 8 tahun tinggal di kandang lembu. Dibersihkan dijadikan tempat tinggal. Tak sangka ada orang tinggal tempat macam kandang atau reban. Ya Allah.. Rumah dekat dengan Pantai cahaya bulan Kota Bharu. Rumah dulu terbakar. Panas rumah ini. Sempit tapi bersih kemas. Pasangan suami isteri bersama anak masih kecil. Abang ni buat beberapa jenis kerja. Tadi dah petang. Anak lelaki sulung 12 tahun tolong-tolong jaga kedai orang. Dapat upah rm10 sehari katanya.


Sampai petang ini happy keluarga ini. Disebalik wajah mereka betapa kasihan anak ini. Rumah ini buat hati ni sayu. Duhai hati betapa berbeza hidup mereka dengan kita.

Doakan saya ingin bawa keluarga ini pindah dan mulakan hidup baru demi anak-anak insyaAllah.


Anwar Ibrahim: Masa Depan Dan Kedudukan Terkini Pakatan Harapan



Anwar Ibrahim: Pesan Khas Kepada Pimpinan Dan Aktivis KEADILAN


Anwar Ibrahim: Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia Tatkala Covid-19



Barisan Kepimpinan (Ketua-ketua parti) Kerajaan PN: 4 Melayu Islam, 8 Bukan Melayu Islam.


Tok Peti belah Utara hidup lagi ka..? Langsung takde bunyi pulak Melayu Islam terancam... šŸ¤£
1. YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin (BERSATU)
2. YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
3. YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (PAS)
4. YB Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA)
5. YBhg Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee (MIC)
6. YAB Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (PBB)
7. YB Prof Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian (SUPP)
8. YB Dato’ Sri Tiong King Sing (PDP)
9. YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (PRS)
10. YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS)
11. YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS)
12. YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR).

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, termasuk Natrah Ismail, orang berdiri dan teks


KEJAYAAN DI CHINI ADALAH PENGIKTIRAFAN UNTUK NAJIB. NAMA MUHYIDDIN BOLEH DIPADAM


PRK Dun Chini berakhir dengan kemenangan bergaya calon BN, Mohd Sharin Md Zain yang berjaya mengalahkan dua calon Bebas dengan majoriti 12,650 undi.
Beliau memperolehi 13,872 undi, manakala calon Bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Shukri mendapat 1,222 undi sementara seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli memperolehi 137 undi.
Kedua-dua mereka hilang wang deposit atau pertaruhan pilihanraya.
Walaupun kemenangan BN di Chini, satu DUN dalam Parlimen Pekan yang dipimpin Najib Razak sudah boleh dijangka awal kerana pencabarnya hanya calon Bebas, selain kawasan itu juga merupakan kubu kuat UMNO, tetapi kemenangan besar ini juga memberi beberapa petunjuk yang menarik.
Kemenangan di Chini adalah kemenangan Najib, setidak-tidaknya dalam lingkungan 80 peratus kerana beliau boleh dikata berkempen hampir sepenuh masa sejak penamaan calon pada 20 Jun lalu.
Malah pentingnya penglibatan dan kerja kuat beliau untuk berkempen turut mendapat perhatian mahkamah sehingga kes perbicaraannya pada Khamis lalu ditamatkan lebih awal bagi membolehkannya balik ke Chini meneruskan kerja-kerja kempen.
Dalam kempen pula, sebagaimana yang boleh dilihat di media sosial, Najib memang bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan kepada BN sentiasa dalam genggaman.
Sepanjang kempen, meskipun lawan yang dihadapi hanya calon Bebas, semua pembesar UMNO juga telah turun berkempen untuk memastikan kemenangan itu.
Ini dengan sendirinya memberi gambaran Najib masih diikriraf sebagai pemimpin besar, ada pengaruh besar serta punya masa depan yang besar selepas ini.
Jika tidak, memandangkan hanya calon Bebas yang dihadapi, untuk apa semua pemimpin UMNO berduyun-duyun datang ke Chini seolah-olah lawan yang bertanding adalah pencabar yang boleh memberi cabaran berbisa?
Tidak lain, hadirnya mereka itu adalah suatu pengiktirafan kepada Najib serta masa depannya.
Selain itu, kerana mengiktiraf Najib juga, selain ramai pimpinan Pas yang turut berkempen, Azmin Ali sendiri terpaksa meluangkan masa dan menebalkan muka untuk turun sama berkempen ke Chini.
Mengimbas pelbagai cemuhan dan kejian Azmin terhadap Najib sebelum ini, apa lagi lawan di Chini hanyalah calon Bebas, jika bekas Timbalan Presiden PKR itu tidak datang berkempen pun ia tentu saja boleh difahami dan tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada UMNO, BN atau sesiapa sekali pun.
Tetapi, memandangkan Azmin sedar pengaruh Najib masih kuat dalam UMNO dan beliau dalam masa yang sama mengharapkan ihsan parti itu untuk memberinya laluan mudah bertanding di Parlimen Gombak, wajah miripnya yang kabur dalam “video Haziq” telah menjadi cerah serta bercahaya dilihat oleh pengundi-pengundi Chini.
Untuk itu, meskipun semasa kempen di Chini ini turut dibayangi dengan beberapa kenyataan yang kononnya Muafakat Nasional mahu mengekalkan lagi Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, kemenangan besar di Chini pada hakikatnya lebih melonjakkan lagi nama Najib sebagai faktor utamanya.
Berdasarkan penerimaan, sokongan pemimpin dan keputusan pilihanraya itu, Najib langsung tidak dilihat sebagai pemimpin yang sedang dibicarakan atau dalam laluan menuju ke penjara.
Kemenangan di Chini juga mengesahkan bahawa MN melalui UMNO dan Pas saja pun, tanpa Bersatu ada menyelit di dalamnya, cahaya mengambil semula kuasa sudah boleh tergambar dengan terang.
Dengan begitu, tentu saja gambaran Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang sudah boleh dipadamkan mulai sekarang.
 (Shahbudindotcom 04/07/2020)