Ahli PKR Ampang 20k, 250 keluar terus bubar?
Kredit: MSO
Dilaporkan seramai 250 orang ahli PKR Ampang keluar parti. Mereka termasuk pimpinan Wanita dan Angkatan Muda peringkat cabang itu. Dalam politik demokrasi, nombor dan angka adalah penting. Tetapi 250 orang itu kalau dibanding dengan majoriti dikutip Zuraida Kamaruddin dalam PRU-14 lalu di Parlimen Ampang sebanyak 41,956 angka atau jumlah ahli PKR yang keluar parti kerana ikut Zuraida itu tidak berasa apa dan tidak berbaloi pun. Ia umpama sebuku garam dicampak ke tengah samudara sahaja.
PKR tidak perlu sedikit pun gentar dengan tindakan 250 orang ahli itu. Lainlah kalau separuh dari jumlah majoriti dikutip Zuraida yakni 20,000 ahli PKR Ampang keluar parti, mungkin PKR di cabang itu boleh tutup kedai. Boleh jadi pengumuman 250 keluar parti itu menjadi inspirasi pula kepada penyokong Reformasi yang sebelum ini terbiar disebabkan diskriminasi politik Zuraida dan geng akan kembali aktif semula. Yang aktif dalam PKR mungkin lebih daripada 250 orang.
Harap Zuraida dan para penyokong akan berusaha untuk tambah angka yang keluar parti itu sekurang-kurang 2,500 dalam semiggu dua ini. Kalau gagal, bermakna impian Zuraida untuk menjadi ahli Parlimen Ampang sepenggal lagi selepas ini hanya terkafan dalam igauan sahaja.