MARI KITA BACA APAKAH MAKNANYA GAMBAR INI ?

A.KADIR JASIN






1. Ungkapan Inggeris berkata, a picture tells a thousand words. Maksudnya apa yang kita tengok daripada sekeping gambar sama dengan cerita sepanjang seribu perkataan.

2. Contohnya, daripada gambar ini kita boleh  tengok betapa mesranya Mohd Najib Abdul Razak dengan Mohamed Azmin Ali seolah-olah di wajahmu kulihat bulan.

3. Kita juga boleh baca bahawa Azmin tidak lagi berkecuali atau boleh berkecuali dalam perbicaraan kes jenayah berat Najib yang sedang berlangsung sekarang.

4. Kita juga boleh baca, kalau Azmin terlibat dengan pengampunan di raja terhadap Anwar Ibrahim, apakah dia juga akan terlibat dalam peristiwa yang sama berkaitan Najib di satu masa nanti?

5. Kita juga boleh baca dan bertanya adakah ini yang tergambar di fikirkan Hakim perbicaraan apabila dia bersetuju menangguhkan perbicaraan supaya Najib boleh berkempen dalam pilihan raya kecil DUN  Chini?

6. Kita juga boleh baca dan sedar tentang betapa berbezanya layanan sistem kehakiman negara kita ini terhadap orang ternama yang dituduh dengan jenayah jutaan ringgit seperti Najib berbanding seorang rakyat biasa yang mencuri beberapa ringgit bahan makanan kerana anak di rumah kelaparan.

7. Najib diberikan kelepasan untuk berkempen pilihan raya sedangkan si miskin secepat kilat disumbatkan ke dalam penjara.

8. Hakim-hakim sering berkata, "justice is blind" dan keadilan tidak memilih warna tetapi orang kayangan macam Najib diberi masa untuk berkempen pilihan raya sedangkan ibu tunggal dipenjarakan 30 hari kerana langgar PKP.

9. Hanya selepas mahkamah pendapat umum (the court of public opinion) mengutuk hukuman berat sebelah itu barulah hukumannya dipinda kepada denda.

10. Banyak lagi yang boleh dibaca daripada gambar yang menyakitkan hati ini tetapi memadailah kalau saya kata, amat buruk padahnya bagi sesiapa pun, termasuk Kehakiman, memperkecilkan "verdict" mahkamah pendapat umum.

Wallahuaklam.Terima kasih.

No comments: