BALIK LA SANUSI...HANG MAI PENANG NI INGAT ORANG PENANG NI MACAM ORANG KEDAH KA.?


 

HARAKAHDAILY TAK COVER LAGI NI.


 

ANWAR UMUM SEWA SERENDAH 200.


 

CONTOHI SYED MOKHTAR.

 

MADROSLI


Ini kalau puak sebelah sana tengok bertambah sakit hati kat PMX




MERASMIKAN GERAI MAKANAN MELAYU

 









YBrs. Tn Azman Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri mengiringi YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan YB Dato' Seri Dr. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ke Majlis Perasmian D' Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak.


Turut serta dalam majlis ini Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali.


Dalam Majlis ini juga Perdana Menteri mengumumkan bayaran setiap lesen perniagaan berjumlah RM400 untuk 24 gerai di D’Anjung Selera Madani, Bandar Tun Razak dikurangkan sehingga RM200 bermatlamat mengurangkan beban penjaja di kawasan berkenaan.


Pembangunan mestilah sejajar dengan hala tuju untuk memastikan gerai, warung dan medan selera di Kuala Lumpur mempunyai fasiliti yang bersih, cantik, moden serta tersusun.


[Admin]


#MalaysiaMadani



RAKYAT NEGERI LAIN PUN BIJAK JUGA. TETAPI MEMBAWA IDEA NEGERI LAIN TU UNTUK MAJUKAN NEGERI SENDIRI. INI TIDAK. DIA TAK BAWA APA APA IDEA UNTUK NAK MEMBANGUNKAN NEGERI DIA. SEBAB APA , SEBAB MAHU NEGERI DIA TAHAP LAMA. MAKNA KATA TAK BIJAK JUGA.



Anak Kelantan bijak tu diakui. Yang jadi masalahnya kerajaan yang tak semengah, sampai anak Kelantan terpaksa berhijrah sebab kalau kekal dalam negeri sendiri, tak dapat gunakan kepandaian yang ada. Tak ada peluang sebab pemerintah negeri tak reti buat kerja langsung. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MB TARAF WALAUN


 

USTAZ ABDUL SOMAD- NASIHAT DAN DAKWAH


 

KURUNG JA DIA KAT UMAH.


 

RAKAN MUDA DENGAN WAJAH BARU


 

TAK DAPAT TANDUK, TELINGA DIPULAS


 

DOKUMEN MISTERI. NANTI MENJAWAB LAH .


 

MAAF. MUNGKIN DIA SESUAI DI KEBAJIKAN MASYARAKAT, PELANCONGAN....TAPI BUKAN DI MEDIA UTAMA KERAJAAN PERPADUAN.

 

DAHLAN MAAMOR



Saya setuju dengan cadangan Shahbudin Husin .Semoga pandangan ini didengari.


Ya, Sdr Fahmi mungkin ada peluang ditempat lain,bukan di KKD.  Ini antara yang sepatutnya diganti. 


Sebagai seorang Menteri biarlah kita mempamirkan sikap yang matang Dan tidak hanya tujuan publisiti.

Sikap Dan perilaku diperhatikan.


Wallahuaklam.



SHAHBUDIN HUSIN


Terlanjur Anwar Ibrahim sendiri sudah memberi laluan untuk mengemukakan cadangan, maka dengan hormatnya dicadangkan agar menteri tak semenggah  ini diganti dengan orang lain dengan segera….


SEBAB ITULAH DIA DIKENALI SEBAGAI MAHAZALIM DAN MAHAFIRAUN.

 

BURUKNYA PERANGAI MAHATHIR, SIKAP BAIK HATI ANWAR TAK DIHARGAI TAPI KERJA JAHAT PAS YANG DIALU-ALUKANNYA


Hanya sehari selepas Pas mengumumkan mahu membawa usul percaya kepadanya di Parlimen, Tun Mahathir Mohamad didapati mengeluarkan kenyataan bahawa penentuan akhir bagi lantikan Perdana Menteri selepasnya perlu berdasarkan majoriti yang boleh diperolehi bakal penggantinya di Dewan Rakyat.


Katanya, walaupun beliau berjanji dalam soal peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, kuasa muktamad akhirnya terletak kepada Parlimen.


“Korner baring” kenyataan Tun Mahathir itu dengan jelas membuktikan beliau berhasrat ingin berkuasa dengan lebih lama dan memungkiri janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya sejak sebelum PRU14 lagi.


Hari ini pula, apabila ditanya wartawan mengenai usul percaya yang bakal dibawa Pas itu, Tun Mahathir dengan rasa gembira yang tidak terselindung, mengucapkan terima kasih kepada “parti Islam yang tidak berwatak islam” itu.


Menurut Tun Mahathir, walaupun tidak tahu menahu mengenai usul itu, beliau tetap mengalu-alukannya.


“Saya tidak tahu apa yang akan mereka (PAS) lakukan.


“Saya sudah menjadi Perdana Menteri. Jika mereka mahu menyokong saya, terima kasihlah,” katanya ringkas.


Benarkah Tun Mahathir tidak tahu menahu mengenai usul Pas itu?


Tidak mungkinkan tindakan Pas membawa usul percaya itu merupakan perkara yang dirancangnya bersama parti Islam itu?


Bukankah beliau beberapa kali berjumpa dengan pemimpin Pas sebelum ini?


Jika tidak tahu menahu, mengapa rentetan peristiwa yang berlaku seolah-olah diatur dengan sempurna?


Dari segi logiknya, sebagai parti pembangkang, Pas sepatutnya mengemukan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan bukannya usul undi percaya.


Usul percaya sebaliknya mesti dikemukakan oleh parti kerajaan yang sedang mendokong Perdana Menteri apabila terdapat sesuatu keadaan yang menyebabkan kerajaan tidak stabil atau kedudukan ketua kerajaan dipertikaikan oleh pembangkang.


Tetapi, apa yang berlaku sekarang memperlihatkan keadaan jadi terbalik kerana pembangkang yang beria-ia memberi sokongan kepada Perdana Menteri.


Dalam hal ini, harus difahami tujuan Pas membawa usul percaya itu hanyalah untuk memecah-belah dan memporak-perandakan PH menjelang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.


Sebaik saja usul percaya itu berjaya dibentangkan, maka disitulah bermulanya PH akan berpecah di mana Pas yang bekerjasama dengan UMNO percaya hanya dengan cara itu mereka lebih mempunyai harapan untuk menumbangkan kerajaan dalam PRU akan datang.


Mesti difahami, Pas hanyalah menyokong Tun Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal dan ia adalah semata-mata kerana parti itu takut, dengki dan iri hati kepada Anwar yang bakal menjadi pengganti selepas itu.


Walhal, kedudukan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir sudah pun dipersetujui oleh PH dan tidak perlu campurtangan pihak luar mengenainya.


Selepas usul itu diluluskan dan PH berpecah kerana dengan sendirinya janji peralihan kuasa terbarai,!Pas akan tetap meneruskan kerjasamanya dengan UMNO untuk mengalahkan PH dalam PRU akan datang.


Dalam keadaan PH yang sudah berpecah, sudah tentulah Pas yang bekerjasama dengan UMNO dan BN mempunyai peluang lebih baik memenangi PRU15 nanti.


Maka, adalah teramat bodoh jika PH, khususnya Tun Mahathir terpedaya dengan permainan politik jahat Pas yang berselindung di sebalik agama itu.


Selain itu, tindakan Tun Mahathir mahu menyerahkan kepada Parlimen berhubung perlantikan Perdana Menteri selepasnya dan berterima kasih kepada Pas berkaitan usul undi percaya yang mahu dibentangkannya adalah jelas menunjukkan beliau tidak menghagai sikap baik hati dan tolak ansur Anwar dalam soal peralihan kuasa.


Meskipun sebelum ini telah dijanjikan dengan kata-kata Tun Mahathir akan menyerahkan kuasa kepadanya dalam tempoh dua tahun dan kemudian Perdana Menteri meminta lanjutan enam bulan lagi sehingga Sidang Apec pada November, Anwar secara terbuka telah menunjukkan sedia bertolak ansur dan memenuhi permintaan itu.


Kata Anwar, kalau beliau boleh menunggu selama 20 tahun, apalah sangat dengan tempoh enam bulan itu.


Tetapi, apakah reaksi Tun Mahathir terhadap sikap baik hati Anwar itu?


Beliau bukan saja memberi dalih baru dalam soal peralihan kuasa dengan mengatakan kedudukan Anwar sebagai penggantinya bakal ditentukan oleh majoriti Ahli-Ahli Parlimen, malah mengalu-alukan usul undi percaya Pas yang mahukannya kekal sehingga habis penggal.


Sikap dan perangai Tun Mahathir itu jelas membuktikan beliau mahu memungkiri janji peralihan kuasa dan ingin kekal bertakhta di singgahsana jawatan Perdana Menteri sehingga tamat penggal.


Perangai buruk Tun Mahathir ini menunjukkan beliau sudah lupa akan jasa dan pengorbanan Anwar serta keluarganya sehingga beliau dapat diterima dengan baik oleh PH dan seterusnya berjaya beroleh kedudukan sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.


Bolehkah manusia seperti ini terus kita sokong lagi? (ShahbudinHusin 10/02/2020)



KUMPULAN PARTI KAFIR KINI BERSAMA. JANGAN UNDI PARTI KAPIR.

 

RMS


Alhamdulilah, Perancangan Allah dah cukup sempurna..

Hadi kata UMNO yang dipimpin Tun Mahathir dan Mahiaddin Yassin kafir,  Tun kata PAS pun kafir, Mahiaadin kata PAS Parti Ajaran Sesat.. akhirnya berkumpul bersama sama..


Jadi, Umat Islam dah tahu siapa musuh mereka..


MEDIA PROBONO MELUKUT ...


 

Skandal MB terengganu ada kaitan dengan Hadi?


2.6.23 UMNO bagi amaran pada Puad. Skandal MB terengganu ada kaitan dengan Hadi? Yiidn desperate kerjasama dengan Mahathir. Polis siasat Dr M. 8 Billion air kelantan - audit dulu


SILA SKIP KEHADAPAN-RAKAMAN SEMALAM.


BELIA DIBEBASKAN DARI STATUS BANKRAP WAJAR TERUS DIBANTU


AKTIVITI PERNIAGAAN, PELABURAN DOMESTIK BERKEMBANG PESAT


RAFIZI SARAN N SEMBILAN PERLUAS SEKTOR PERTANIAN, PENTERNAKAN


SELANGOR BINA LOJI RAWATAN AIR TERBESAR DI ASIA TENGGARA


KUALA LUMPUR JADI HUB SYARIKAT PEMULA, INDUSTRI DIGITAL SERANTAU


DASAR KERAJAAN PAS MISKINKAN KEDAH


KITA CUBA USAHAKAN YANG TERMAMPU.KITA TAK SAKAW DAN SIAPA YANG BERSALAH ITU TUGAS SPRM DAN PEGUAM NEGARA.KITA TAK KHIANAT ORANG MELAYU


 

ADAKAH PM10 PANDAI BERKATA KATA ?


 

ANWAR MEMBERI PELUANG KETIKA BELIAU MENJADI MENTERI PERTANIAN.


 

SANUSI BAKAL DITAHAN ? TAPI DIA NI TAK BIJAK UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN. DAN SUMBER LAIN


 

KERJASAMA KERAJAAN SWASTA. SAYA BINCANG DENGAN SYED MOKHTAR.


 

HAAA...HANGPA KENA KUAT KEEJA LA. PONDOK PANAS DI GUAR PERAHUBPUN TAK DAK. JENTERA MUDA MUDA PUN HILANG MANA HABIH.?


 

IDEA SANUSI SEBENARNYA UMPAMA MAHU MENJUAL TANAH DAN KUASA MELAYU KEPADA BANGSA LAIN. DIA SEMBANG BERKAITAN AGAMA DAN BANGSA,TETAPI IDEA DIA AMAT MERBAHAYA BUAT ORANG KEDAH..



Elok la Pulau  Pinang bawah kedah.  Kerusi PH ada 46(33+13) PAS  hanya 24 (23+1). Maka KM Penang akan jadi MB  kedah. Penang dah sendat boleh la rakyat Penang hijrah ke kedah yang banyak lagi tanah kosong. 


Untung orang Penang. Macam wilayah konon takut DAP maka diistihar wilayah pada 1 feb 1974. Sekarang Selangor dan wilayah pun sudah bawah harapan.

Siapa kata idea Sanusi kolot. Sanusi tak cerdik. Bila kita masuk Kedah, Pas dah tak boleh kuat lagi Sanusi nak menjahanamkan Pas dan orang Penang, Melayu atau cina, kita dah biasa duduk muhibah. 

Pemodal Melayu dan Cina Penang boleh kerjasama. Kita boleh kawteam beli tanah bendang , dan kita buat kondo. Orang Melayu dan cina boleh tinggal di flat atau kondo bersama dan menjadi jiran.Kita dah biasa di Penang.

Kita sekolah pun bercampur. Kita kerja pun bercampur. Kita boleh jadikan kedah kaya raya kerana Sanusi tak punya modal nak bagunkan Kedah.Kita boleh lakukan dengan kebijaksanaan kita menguruskan Penang.

Idea Sanusi memang bengap. Dia nak miskinkan lagi rakyat Kedah. Kalau sesiapa yang tolak idea Sanusi, mereka tidak memikirkan jangka panjang.

Kita tak perlu lagi berebut Sungai Muda dan bayar lagi pada Kedah. Duit itu kita bangunkan Kedah menjadi seperti Penang..tiada miskin semua ada rumah industri kita kembangkan Wilayah P.Pinang. Bendera kita gabungkan padi dan jambatan. Wilayah Pulau Pinang. Sanusi masa tu jadi tukang lawak.

Kita jadikan sawah padi lebih banyak pengeluaran. Macamana kita buat di Penang. Padi kita lebih banyak hasilnya walau tanah  kitab sedikit. Kita keluarkan hasil pertanian dan majukan pertanian.


Kita boleh lakukannya. Sanusi memang tak punya idea lain selain nak lingkupkan Melayu. Angan angan Mat Jenin beliau tidak mampu dilaksanakan. 


Lagu mana rakyat Kedah ?  Hangpa nak bersaing ka macamana kami bersaing sama ada dalam bidang pendidikan dan lain lain. Hangpa tengok sendirikan..walau anak Melayu tak ramai tapi rata rata punya pendidikan . 

Kami maju 40 tahun ke depan berbanding Kedah. Kami lalui persaingan dalam berbagai bidang. Sebab itu ramai warga Penang terkenal dalam banyak bidang.

Untuk orang Kedah , idea ni camdek. Tapi hangpa jangan kata idea ni tak boleh jadi.Nak ubah Kedah hangpa kali ni lah supaya ayaq ada balik. Anwar akan kotakan janji dia. Hangpa nak harap apa pada MB yang suka bekelahi dengan semua orang. Hangpa tengok Kelantan. Maju mana depa. ???. Tak dak..apa pun depa tak boleh buat.

Oleh kerana negeri kita maju, kita tak perlukan lagi lapangan terbang angan angan Sanusi. Dari Buterworth/ Bagan punya port. Kita boleh sambungkan ke HiTech Kulim Insudtries dengan jaringan jalan keretapi. Pengangkutan melalui jalan keretapi lebih jimat dan banyak kontena kita dapat angkut ke Butterworh Penangport.. Kita telah rancang ini 7 tahun yang lalu. Idea sanusi memakan tanah orang Melayu. Tetapi Melayu tertinggal.

Pengambilan tanah untuk keretapi dari kulim tak seluas membina sebuah lapangan terbang baru. Kita boleh sediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat kedah. Tidak seperti Sanusi, idea dia sukar dilaksanakan kerana kekangan kewangan dan sikap sombong sanusi.

Akhir kata ,bagi walaun di Kedah, hangpa kena bersedia 10 tahun lagi kalau hangpa menangkan Pas dan idea untuk satukan Penang dan Kedah,orang Melayu di kampung akan hilang banyak tanah untuk penempatan baru,rumah banglo dan lain lain kediaman yang mewah. Kami orang Penang suka dengan suasana sawah padi hijau menguning dan kesesakan jalan sudah boleh dikurangkan. Idios orang Kedah. Idea Sanusi meruntuhkan bangsa Melayu Kedah.


Idea  : WRLR.




RASUAH. SPRM SILA SIASAT JIKA BENAR BERLAKU.



Mukhlis Eddi


 Laki juai tanah milik rakyat  ke bini dia dengan harga yang amat murah ... 


Wajah sebenar penunggang agama ...



WANJANA TANYA , TAK PAYAH PM JAWAB. PM TAU KAU YANG TAK TAU.


 

DATARAN KHAIRULNISA SKANDAL KERAJAAN PAS TERENGGANU. SPRM JANGAN PEJAM MATA JIKA IANYA BENAR BERLAKU.


 

ISU GULA TAK JALAN.

 


Walaun sibuk main isu gula. Sebelum ni aku pernah post yang walaun sendiri mengaku mereka yang sorokkan gula di Pantai Timur demi nak burukkan pentadbiran DS Anwar.


Sekarang ni sibuk cerita gula naik harga RM4.60/kg padahal itu harga gula premium. Kerajaan benarkan penjualan gula premium bagi membantu kilang gula untuk buat keuntungan.


Sebab tu harganya lebih sebab tak dikawal. Kalau rasa mahal, tak mampu, masih boleh beli gula pasir  biasa. Harga gula tu masih sama. Sebab ia barang kawalan, ada harga siling.


Jangan dok sibuk dengan gula premium. Nama dah premium maknanya ia bukanlah level biasa-biasa. Contoh macam DS Anwar. Itu pemimpin premium. Bukan pemimpin biasa-biasa.


Nak dapat pemimpin premium memerintah bukan senang. Banyak dugaan. Banyak halangan. Banyak pengkhianatan. Terpaksa berdepan dengan begitu banyak fitnah dan tohmah. Tak murah.


Bukan macam Mahiaddin. Dia tu sama macam gula  pasir biasa. Dapat jadi PM pun ikut pintu belakang. Melalui pengkhianatan. Tak ada kualiti kepimpinan. Sama je dengan Sanusi.


Apa lagi Hadi. Senang cerita Hadi tu macam gula Melaka la. Pakai masa nak buat kuih je. Mana ada orang guna gula Melaka untuk buat air.


Tapi itu pun tak tepat. Yang tepatnya Hadi umpama gula expired. Nampak macam gula tapi nak buat apa pun tak boleh. Nak buat air ke, nak buat kuih ke, memang tak boleh pakai la.


Jadi walaun kalau nampak perkataan premium tu, sila jauhkan diri. Sebab yang premium ni bukan untuk walaun. Walaun bukan reti menghargai. Bagi walaun sesuai gula expired je.


Harap dengan penjelasan ini, walaun tak ada la nak meroyan lagi. Gula premium bukan untuk korang. Jadi tak usah bising. Orang yang beli gula premium tak kecoh pun. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SYOK SENDIRI ? TOTAL EKSPORT KERAJAAN PERPADUAN KINI.


Adrian Lim Chee Añn.



Penyokong2 PAS dan Kerajaan Negeri Kedah tak sedar ke, dengan menyebar poster ini, mereka sebenarnya mengiktiraf kewibawaan Kerajaan Perpaduan dalam bab ekonomi?


Penang (DAP/PH): RM33.2 bil

Johor (UMNO/BN): RM22.9 bil

Selangor (PKR/PH): RM18.3 bil

Sarawak (PBB/GPS): RM7.4 bil

Kedah (PAS/PN): RM4.9 bil


Total Top 5 Kerajaan Perpaduan: RM81.8 BILION

Total Top 5 Perikatan Nasional: RM4.9 BILION


Apalah sangat RM4.9 bilion PN kalau dibandingkan dengan RM81.8 bilion Kerajaan Perpaduan??????


Ini ibarat budak sekolah berasa bangga sangat sebab dapat 4 markah dalam peperiksaan lalu dia mendabik dada dan kutuk murid-murid lain.


Tapi dia tak sedar, murid-murid lain yang dia kutuk itu mereka dapat sejumlah 81 markah.


NAK MAKI PUN BUAT BERDOSA JA. LANTAK LA ORANG NYANYUK BUKAN BOLEH LAYAN.

 



Ibrahim Mat Isa.


Pendek kata, semua berkait orang yang tak sokong PAS tak elok belaka menurut Pak Haji ni. Nak carut banyak tapi sayang pahala sendiri. Tak dicarut, kepala kusut tahan geram!



SANUSI BAWA CERITA ANWAR BULI BILLIONAIR MELAYU. JOM LIHAT . RASA AKU SANUSI TAK PERNAH JUMPA SYED MOKHTAR

 



Ibrahim Mat Isa


Aku masih blur mengenai Orientalisme Paintings nih. Jap lagi nak Google apa bagaimana siapa dan untuk apa.


Tapi yang lebih menarik ialah kebersamaan dan kemesraan PMX dengan jutawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary itu lebih menonjol.


Lebai politik sebelum ni duk bawa cerita kununnya Kerajaan Perpaduan nak pelingkop usahawan Melayu dah boleh terima hakikat yang pemimpin PAS hanya kaki auta..



AWESOME TV TIDAK BAYAR GAJI DAN KENYATAAN FITNAH


 

APA SEBAB SANUSI NAK AMBIL KEDAH ?


 

PN TERIMA DANA JUDI ?


 

KONONNYA MAHIADDIN DITUDUH TANPA BUKTI DAN PENDAKWAAN POLITIK