NAK BAGI ELAUNS PADA KABINET BAYANGAN PN.MASA JADI KERAJAAN PUN DEPA BUNGKUIH MACAM MACAM....YANG MAKAN GAJI BUTA DOK SAJA PUN ADA...MENTERI PUN TAK KENAI...BAYANG PUN TAK NAMPAK....NAK BAGI ELAUNS...???

 



Bersih mahu Kerajaan Perpaduan iktiraf kabinet bayangan PN.


Aku pada awalnya sokong juga. Bagus kalau ada jadi kita boleh pastikan check and balance. Tapi bila baca pengiktirafan bererti berikan mereka elaun, walaupun sekadar ⅓ daripada gaji menteri, aku rasa idea ini mengarut.


Apa lagi perlu disediakan pegawai penyelidik yang bergaji serta akses kepada dokumen berkenaan. Ini kerja gila. Aku rasa Bersih dah tak waras.


DS Anwar sedang berusaha mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan termasuklah mengecilkan saiz kabinet dan terbaru, kurangkan peruntukan ahli parlimen. Sekarang nak membazir bayar gaji pada kabinet bayangan ni? Gila?


Mereka tu, masa jadi kerajaan pun tak buat kerja. Makan gaji buta. Sekarang dah jadi pembangkang nak bagi gaji lagi? Tak payahlah. Duit gaji mereka tu lebih baik digunakan untuk subsidi atau apa-apa perbelanjaan untuk rakyat.


Lepas tu nak beri akses kepada dokumen kerajaan? Baik jangan. Puak yang suka manipulasi cerita, reka fitnah, kalau diberi akses dokumen penting, habis huru-hara negara. Tak payahlah buat kerja gila ni.


Lebih baik pelihara ayam dan edarkan dagingnya secara percuma kepada rakyat daripada beri gaji kepada kelompok makan gaji buta. Guane boh?


 

Raja Gelap 


MISKIN BELAJAR : PENGAJIAN PERCUMA PELAJAR GENERASI PERTAMA KELUARGA MISKIN



Saya ingat dulu, adik bongsu perempuan Mama. Mak Andak saya panggil dia. 


Dia dapat tawaran UPM buat Diploma. Sebab Atok kerja guru dan Opah tak bekerja. Atok jual semua gelang emas Opah nak bagi dia masuk Universiti. 


Lepas setahun, Atok jatuh sakit. Kami perlukan duit. Tak boleh tanggung Mak Andak di Universiti lagi. Tapi Mama dan Ayah saya tetap cuba bantu. Dia tahu benda tu. Kami tak berapa mampu. Akhirnya dia sendiri putuskan keluar Universiti. Taknak bebankan family lagi. 


Rezeki dia, berkahwin dengan Ayah Andak saya, seorang Jurutera. Anak mereka 4 orang. Alhamdullilah, semua masuk Universiti. Seorang peguam, seorang jurutera, seorang doktor and yang bongsu masih lagi belajar dalam jurusan IT. 


Sampai sekarang saya hormat dia berkorban untuk keluarga. Allah bagi rezeki berganda. Dapat anak2 semua berjaya. 


Kami faham betapa teruknya kesusahan dan kepayahan bila kita miskin untuk belajar. Dan berapa besar nikmat kalau dapat Pendidikan Universiti Percuma. 


Bravo KPT! This is by far the best MADANI initiative! Ia utamakan prinsip IHSAN. More please untuk rakyat! 


Salam hormat,

Kredit kepada : Liyana Marzuki 


#AnwarIbrahim #PM10 #DSAIPMX #PakatanHarapan #DemiPertiwi #ZahidHamidi #RTM #FadillahYusof #KPDN #RafiziRamli #MohamadSabu #AWANInews  #SalahuddinAyub #PM #Perpaduan #BeritaRTM #fyp  #MohdNoorPaduchannel #IslamForAll #DemiPertiwi #HalalJakim #HalmimMalaysia #MAFSMalaysia #TV3 #MalaysiaMADANI #AlQuran #Berita757 #mgnews #BHnasional #sinarharian



NEPOTISM



Tun M bail out bisnes anak…

Pak Lah lantik menantu tingkat 4… 

Najib kena penjara sebab isteri dan anak tiri…

Muhy didakwa bagi kontrak berbilion pada menantu dan kroni…


Semua kaum keluarga depa kaya raya. Nepotism went bad untuk negara. 


La ni, PMX lantik Nurul Izzah jadi Penasihat pula. 


Truth is, mereka ini bukan malaikat, maksum segala. Mereka masih ayah kepada anak2 mereka. 


Politic idealistic akan anggap, politikus ini kuat menahan diri dari nepotism. Tapi bukan semua orang kuat. Anak2 biasanya jadi kryptonite. 


Cuma jangan sampai bazirkan wang rakyat. Anak2 ambil kesempatan. Bukan nak bekerja, banyak nak menyakau saja. Itu lagi kita kena tentang. 


Cuma untuk PMX ni, eloklah tak bagi gaji pada Izzah. Dia pun saya tak nampak bermewah2. Tak seperti anak pemimpin lain, boleh tayang kereta Ferrari dan Lamborghini. Anak Pak Lebai pun naik Mercedes. 


Beliau saya nampak pakai tudung bawal kosong saja. Handbag pun jenis raga. Tapi tetap konfiden. Kerana beliau ada substance. Perbahasan di Parlimen penuh fakta dan data. Orang pun tak berani sanggah. 


Latar belakang ada Master Public Policy dari John Hopkins University. Pernah jadi member Public Account Committee (PAC). Jawatan berprestij yang bergelut bersama MP pelbagai parti. 


Setakat ni tiada skandal besar yang dibuat. Cakap pun berhemah, bukan set2 mulut puaka la. Cuma sebab dia anak Anwar, orang tak nampak diri dia sebenar. 


Pada saya, beliau bakal jadi pemimpin tertinggi negara. Kalau nasib baik, ada peluang jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia. 


Not defending the Nepotism. Tapi ianya lebih baik dari lantik Penasihat Khas PM yang takde merit, degree pun tak habis. Diberi jawatan hanya kerana hilang jawatan MB. Dibayar gaji berpuluh ribu lagi. 


Kepada Saudari Nurul Izzah, this is the curse of being the daughter of PM. They won’t see you for your merit. 


What I can advise, jalan terus! Terus berjuang untuk anak bangsa. Jangan ternoda dengan rasuah dan salah guna kuasa. We expect you to walk the talk… Didoakan yang baik2 untuk saudari dan negara. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



ALAMAK TAK LEH NAK SPIN ISU NI.SIA WALAUN NIH.




 Ala judge ni. Kenapa tak bagi terus. Tak best la macam ni. Walaun nak main isu apa nanti? Zahid baru apply walaun dah kata DS Anwar punya arahan. Kalau tak dapat terus, tak boleh la nak terus main itu tu...


Itu la walaun. Awal sangat main isu. Dia punya yakin Zahid akan dapat balik passport dia secara kekal, lebih daripada Zahid sendiri lagi. Sekarang terbukti. Kalau DS Anwar masuk campur, tentu permohonan Zahid lulus.


Main isu Menu Rahmah, kena belasah balik. Main isu perlantikan Nurul Izzah, rahsia sendiri terbuka. Nak main isu Zahid, judge potong stim. Lepas ni nak main isu apa lagi? Isu kaum dan agama  je la senang. Kan walaun? Guane boh?


 

Raja Gelap 



Sila baca dengan tenang dan teliti, bukan dengan hati yang hitam.





Hakim Sequerah berkata menurut Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan, setiap individu adalah sama di sisi undang-undang.


Jelas dan amat jelas, Zahid tidak dapat sebarang kelebihan walaupun kedudukannya sebagai TPM. Permohonannya telah DITOLAK.


Pemulangan sementara hanya untuk membolehkan Zahid memohon pasport diplomatik yang hanya boleh digunakan untuk ke negara yang ditetapkan sahaja.


Dan negara yang hendak dituju, perlu diberitahu dahulu akan kedatangan mereka. Maknanya tak boleh pergi ikut suka dia.


Bermakna, kalau Zahid nak ke Singapura, maka dia hanya boleh ke Singapura. Dari Singapura, dia tak boleh singgah negara lain.


Pasport diplomatik juga hanya boleh diguna untuk tugas rasmi kerajaan. Pasport ini tak boleh diguna untuk pergi bercuti atau melancong.


Pembangkang cuba buat cerita kononnya Zahid kini bebas keluar negeri. Sebenarnya tidak. Zahid boleh keluar hanya untuk tugas rasmi.


Jelas tiada kelebihan untuk Zahid. Meskipun  diberi pasport diplomatik, Zahid tetap tidak bebas pergi ke luar negara sesuka hatinya.


Tapi macam biasa, pembangkang akan putar belit isu untuk mencipta persepsi buruk terhadap DS Anwar dan kerajaan perpaduan.


Tapi cuma orang bodoh sahaja yang akan berjaya mereka percayakan. Guane boh?


 

Raja Gelap 


HARAM LAGI YANG MAKAN GAJI BUTA


 

TAK BETOI KEMUKA BUKTI DAN LAWAN LA- MAKLUMAT DI KEMENTERIAN KEWANGAN ADA....300JUTA DATANG MANA DUIT TU..????


 

IKUT HANG LA NAK PEE MANA- TAPI KALAU NAK JADI ULAMAK SEGERA MASUK LA PARTI IJAU


 

LIHAT BAGAIMANA USAHA KERAJAAN PERPADUAN BERUSAHA MEMBANTU- YANG NAK MAKAN KFC-YANG NAK MAKAN DAN MAMPU....SILA LAH KE KEDAI YANG MAMPU.MENU RAHMAH UNTUK YANG TAK MAMPU


 

BERSATU DAN PAS KINI BERMASALAH, PN DIANCAM BAHAYA

 Siap Pas!!

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) diberitakan telah mengenal pasti kira-kira 90 individu yang didakwa menerima wang tunai di Terengganu untuk mengundi sebuah parti tersebut pada PRU15 yang lalu.

Menurut sumber daripada agensi itu, ia bagi membantu siasatan berhubung video tular yang menunjukkan orang ramai dikatakan menunggu di hadapan sebuah bangunan untuk menerima bayaran daripada PAS bagi tujuan mengundi.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata setakat ini, SPRM telah berjaya menjejaki hampir separuh daripada 90 individu tersebut dan mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Lelaki dalam video yang memberikan wang tunai kepada pengundi itu juga telah dipanggil untuk disoal siasat.

“Sekarang SPRM sedang berusaha untuk memanggil lebih ramai saksi bagi membantu siasatan.

“Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 90 penerima dikenal pasti (telah menerima wang tunai).

“Ada sedikit kesukaran untuk mencari mereka kerana tidak semua mereka menetap di Terengganu. Ramai yang terlibat adalah pengundi luar,” kata sumber itu lagi.

Katanya, siasatan dijangka dapat diselesaikan dalam masa kira-kira dua minggu daripada sekarang.

Tambah sumber itu, SPRM berjaya mengenal pasti penerima wang tunai berdasarkan dokumen yang dirampas semasa siasatan.

Ia termasuk dokumen yang perlu ditandatangani oleh penerima apabila mereka ingin mengutip wang berkenaan, selain perlu mengangkat sumpah.

Dengan 90 penerima duit sedekah telah dikenalpasti, malah turut diambil keterangan mereka, kedudukan Pas kini tentu saja sedang diancam bahaya.

Ia bukan saja mendedahkan beberapa kemenengan Pas dalam PRU15 lalu boleh dibatalkan kerana melanggar undang-undang, malah mengancam masa depan parti itu di mata rakyat.

Jika terbukti banyak kemenangan Pas diraih kerana rasuah, walaupun dianggap sedekah oleh Hadi Awang, imej Pas sebagai parti Islam boleh terhakis dengan sendirinya.

Apa yang berlaku kepada Pas ini juga suatu tamparan secara langsung kepada PN setelah akuan bank Bersatu, sebuah lagi komponen PN telah dibekukan oleh SPRM untuk disiasat berkaitan penggubahan wang haram.

Bersatu bermasalah dan Pas juga bermasalah, mampukah PN menghadapi PRN di enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan berkesan?

Selepas berakhirnya PRU15 pada November lalu, timbul dakwaan di media sosial bahawa PAS telah memberi wang kepada pengundi.

Pengarah pilihan raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun menafikan perkara itu.

Sanusi berkata dakwaan itu merupakan helah daripada musuh politik untuk memburuk-burukkan PAS dan parti Islam itu tidak mempunyai dana untuk membayar pengundi.

Pada Januari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan mengagihkan wang tunai kepada pengundi.

Dia dilaporkan memberitahu media di Terengganu bahawa peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata undang-undang tidak menghalang orang ramai daripada “bersedekah”. – ShahbudinHusin 03/02/2023.



PEMBOHONG KA TIDAK INILAH DIA- MASA DIA PEGANG JAWATAN- SEPATAH HARAM BAB BARANG DIA TAK KELUAR- PENIPU BESAQ


 

BUKAN DULU PARTI HANG BOIKOT MCD KA -YAHUDI PUNYA....MENU RAHMAH NI UNTUK ORANG YANG SUSAH BANG- BUKAN NAK SEMBANG MAKAN MC D-KFC BAGAI- ADA YANG TAK PERNAH MAKAN PUN ADA....JADI MENU RAHMAH NI BUKAN UNTUK KAU LA....USAHA UNTUK BANTU RAKYAT











 

NAK TAKUT APANYA- LAWAN LA KALAU DAH RASA BENAR...DULU MASA JADI KERAJAAN KEMAIN KAU ...


 

TOK SAH DOK LAYAN LA - TU WALAUN LA TU


 

KEH..KEH..KEH...HAAA..KENA KE HANGPA ......


 

SPRM DAH AMBIL KETERANGAN 90 SAKSI. ASANGAT SANGAT CERAH UNTUK DIHERET. 10 KONTRAKTOR JUGA SEDANG DI SOAL SIASAT


 

HEBAT SANGAT KA DIA NI YANG ORANG SELANGOR NDAK SANGAT KE DIA JADI MB ?

 

Orang Selangor dah sedia ke nak dapat pengkhianat ni sebagai MB?

YB Saifuddin Nasution Ismail, boleh tak buka balik kes gambar kabur tu?

PH pun dah jadi kerajaan semula, mungkin gambar tu dah clear sekarang. Guane boh?

Raja Gelap







 

Anwar, sudah tiba masanya untuk kotakan kata-kata! SIRI 1


PM harus sedar rakyat akan menuntutnya bekerja dengan piawaian lebih tinggi




ANWAR IBRAHIM OFFICIAL/FACEBOOK

Selamat tahun baru lunar kepada semua yang menyambut. Aliran berharap Tahun Arnab kali ini akan membawa keamanan, perpaduan dan keadilan untuk semua.

Hari ini, 31 Januari 2023, adalah hari ke-69 sejak Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sejak dua bulan lalu, beliau telah memikul tanggungjawabnya tanpa canggung walaupun dengan hampir tidak sempat untuk ‘berbulan madu’.

Namun, bertahun-tahun lamanya Anwar berkhidmat dalam kerajaan dan sebagai ketua pembangkang (termasuklah beberapa tempoh di dalam penjara) telah membentuk beliau menjadi ahli politik berpengalaman seperti hari ini, cukup sesuai bagi memegang jawatan selaku PM.

Dalam meningkatkan hubungan dengan negara jiran, PM telah memilih dengan teliti bagi melawat Indonesia, Brunei dan Singapura – susunan ini mungkin mencerminkan apa yang menjadi keutamaannya.

Walaupun beliau mengutamakan dasar berasaskan keperluan manakala dasar berasaskan kaum dan agama tidak terlalu ditekankan, beliau juga pada waktu sama tidak boleh dilihat meminggirkan atau memperleceh kepentingan Islam.

Beliau barangkali sedar bahawa beliau tidak boleh mengabaikan ‘gelombang hijau’ yang berlaku pada pilihan raya umum tahun lalu.

Seperti yang ditegaskan oleh artikel Azmil Tayeb yang dikeluarkan Aliran sebelum ini, “hampir 90% orang Melayu mengundi gabungan Melayu-Islam PN [Perikatan Nasional] dan Barisan Nasional yang dikuasai Umno manakala 90% daripada etnik Cina dan 75% daripada etnik India mengundi Pakatan Harapan.”

Jadi Anwar dan pasukannya mempunyai perjuangan yang sukar untuk menangani jurang etno-agama yang serius di negara ini. Mereka mesti mempamerkan, melalui dasar dan tindakan mereka, bahawa mereka ikhlas dalam mendekati semua orang yang memerlukan, terutamanya golongan miskin.

Jika kerajaan memberi tumpuan kepada golongan terpinggir, golongan miskin di kalangan kedua-dua etnik Melayu dan etnik lainnya, bantuan sudah pasti akan sampai buat mereka yang memerlukan.

Kebimbangan di kalangan ramai orang Melayu bahawa kaum minoriti akan menguasai ekonomi sehingga menjejaskan golongan mereka sangat memerlukan perhatian dan penjelasan yang teliti.

Kerajaan pimpinan Anwar melancarkan konsep madani pada 19 Januari dengan tujuan bagi menyediakan prinsip asas bagi merancakkan ekonomi dan memampankan pembangunan bagi manfaat semua rakyat, tanpa mengira kaum, etnik atau agama.

Konsep “Malaysia madani” (masyarakat sivil) menggagaskan sebuah negara yang menekankan kemanusiaan dan nilai-nilai murni seperti tadbir urus yang adil, saksama dan berkesan.

Madani merupakan akronim yang digubah daripada enam nilai teras yang mendasarinya – kemampanan, kemakmuran, inovasi, hormat, kepercayaan dan belas kasihan.

Dalam menjelaskan konsep Malaysia madani, PM menegaskan bahawa pertumbuhan dan pembangunan mesti dicapai di dalam konteks ekonomi berperikemanusiaan yang mengutamakan keperluan rakyat.

“Malaysia mesti dikenali sebagai negara madani yang makmur, adil dan menolak sebarang bentuk kezaliman terhadap mana-mana individu atau kaum. Ia mesti menjadi sebuah negara yang terkenal dengan semangat baharu,” kata Anwar.

Enam nilai murni di bawah konsep madani sememangnya wajar disokong oleh semua pihak yang percaya kepada keadilan dan kesaksamaan untuk semua.

Namun, ia harus dibuktikan. Anwar dan pasukannya perlu berhati-hati dengan program dan dasar yang bertentangan dengan nilai madani.

Misalnya, kontroversi baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent di Johor Bahru mengenai program khas bagi pelajar lemah yang terdiri daripada kaum Melayu tingkatan lima yang sedang mempersiapkan diri untuk peperiksaan SPM.

Sekiranya program khas itu dibenarkan kepada semua pelajar tingkatan lima yang lemah dalam pelajaran tanpa mengira etnik mereka, pasti tidak akan ada kekecohan oleh ibu bapa pelajar dari kaum lain.

Tindakan telah dilaksanakan di sekolah itu sekarang bagi menguruskan isu ini: pengurusan sekolah mengumumkan ada nada sesi berasingan bagi pelajar lemah dari etnik lain.

Persoalan besarnya ialah, apa keperluan untuk mengasingkan pelajar mengikut etnik pada awalnya? Sekolah adalah tempat yang sesuai untuk memupuk persahabatan dan ikatan muhibah.

Dengan motivasi yang sesuai, para pelajar, tanpa mengira etnik atau agama, akan bergaul dengan baik sekali gus memupuk semangat setiakawan yang selalunya kekal seumur hidup..


 

Anwar, sudah tiba masanya untuk kotakan kata-kata! SIRI 2

 

PM harus sedar rakyat akan menuntutnya bekerja dengan piawaian lebih tinggi



Sebaliknya, program yang mengasingkan pelajar mengikut etnik hanya akan mendorong perpecahan antara mereka.

Di bawah konsep madani, pengasingan pelajar mengikut kaum atau etnik sepatutnya tidak akan berlaku. Menteri pendidikan dan pasukannya mesti menyemak dengan teliti semua aktiviti dan program ini dan memastikan amalan diskriminasi tersebut dihapuskan.

Anggaplah saja kontroversi sekolah ini sebagai sebuah ‘isu yang diwarisi’ dari kerajaan terdahulu. Jika menteri ini serius dalam membetulkan keadaan, beliau dan pasukannya harus menggunakan prinsip madani dalam melaksanakan dasar yang adil dan saksama.

Pendedahan baru-baru ini bahawa Anwar telah melantik anak perempuannya Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangannya, berkuat kuasa 3 Januari, mengundang kritikan daripada rakan dan lawan.

Seteru politik seperti pengerusi Perikatan Nasional Mahiaddin Yasin meminta Nurul Izzah untuk meletakkan jawatan baharunya. Bekas PM itu menambah bahawa Anwar sendiri harus meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan dan menumpukan perhatian untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar menjawab bahawa Nurul Izzah telah mengambil peranan sebagai penasihat khas pro-bono dan oleh itu tidak akan menerima imbuhan daripada kerajaan.

Malangnya, PM gagal mempertimbangkan bagaimana tanggapan umum dalam melantik anak perempuannya sendiri sebagai penasihat kanannya.

Pengkritik melemparkan tuduhan bahawa ia adalah nepotisme dan satu tindakan yang berat sebelah kepada Anwar.

Mereka menegaskan ketika di bawah pentadbiran Abdullah Badawi, kritikan keras telah diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh menantunya Khairy Jamaluddin dan “budak-budak tingkat empatnya” dalam mempengaruhi PM ketika itu.

Begitu juga, siapa yang boleh melupakan pita audio bocor yang disyaki melibatkan Rosmah Mansor yang bertanya (atau mendesak!) PM Najib Razak ketika itu: “Can I advise you something?!”

Ini bukanlah untuk memperleceh kelayakan dan keupayaan Nurul Izzah untuk memainkan peranan yang membina dalam kerajaan.

Namun, dengan melantik dirinya menjadi penasihat kanannya kepada bapanya, Anwar hanya mengundang kritikan dan memberi peluang kepada pesaingnya untuk menyerangnya. Ia adalah sebuah kesilapan yang boleh dielakkan jika Anwar lebih berhati-hati dan peka terhadap tindak balasnya.

Anwar cuba menjelaskan bahawa pelantikan Nurul Izzah adalah berdasarkan pengalaman dan kelayakannya.

Namun yang pasti, Izzah bukanlah satu-satunya bakat yang ada di negara ini. Biarkan beliau memainkan peranan penting namun janganlah pula melantik beliau sebagai penasihat kanan kepada PM, yang kebetulan adalah bapanya.

Anwar telah membentang banyak idea yang memberikan tanggapan baik kepada mereka yang bercita-cita untuk mewujudkan masyarakat yang adil dan bersatu dalam memerangi rasuah. Pada perhimpunan Tahun Baharu Lunar di Pulau Pinang, beliau berkata “pembangunan akan menjadi lompong jika ia wujud tanpa keadilan sosial atau dalam mengiktiraf kepelbagaian budaya di Malaysia”.

READ MORE:  Worry no more, Mahathir - Anwar can do a far better job than you did!

 

Pengagihan kekayaan perlu seimbang dan lebih banyak perlu dilakukan bagi golongan 40% termiskin dalam masyarakat, tegasnya.

Ada benarnya dengan apa yang dilontar, namun ia masih awal untuk melihat sama ada dasar yang adil dan saksama ini benar-benar akan dilaksanakan.

Oleh itu, Anwar harus memberi perhatian khusus kepada realiti di lapangan. Pengulas Dr Raman Letchumanan dalam artikelnya tanpa berlapik terus mencabar Anwar dan pasukannya, termasuk penjawat awam yang berkaitan, untuk segera meringankan keadaan mereka yang hidup dalam kemiskinan tegar.

Statistik yang ada cukup membimbangkan: bilangan isi rumah dalam kemiskinan tegar telah menunjukkan trend yang meningkat: 27,158 pada 2019, 78,000 pada 2020, dan 136,000 tahun lepas.

Kekayaan yang ada tidak diagihkan secara adil dan hanya tertumpu di tangan segelintir golongan elit: yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Anwar dan pasukannya mesti melipatgandakan usaha dan menghasilkan dasar fiskal yang berani bagi mengurangkan ketidakseimbangan ini. Kita masih jauh untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi; kesan lelehan ekonomi (trickle down) langsung tidak berlaku.

PM dan pasukannya belum pun mentadbir selama 100 hari namun kita sudah pun menyaksikan kontroversi dan kesilapan. Ini sudah dijangka tetapi beliau mesti lebih berhati-hati dan mengelak daripada membuat terlalu banyak kesilapan.

Anwar mesti sedar, melihat kepada semua nilai dan prinsip tadbir urus yang baik yang digagaskannya selama ini semasa berada di barisan pembangkang, rakyat akan menuntut beliau bekerja dengan piawaian lebih tinggi. Anwar tiada pilihan: beliau perlu kotakan kata-katanya.

Apa pun, mengambil pedoman daripada lagu John Lennon berjudul Give Peace a Chance, kita juga harus ‘memberi peluang kepada Anwar’ untuk menunjukkan kepada kita apa yang beliau boleh lakukan.

Henry Loh
Editor bersama, surat berita Aliran
31 Januari 2023

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

  • Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
  • Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com