JANGAN PERCAYA

 


Baru berapa bulan ni? Jangan lah nanti jadi Penyokong No. 1 Hadi Awang pula... 😆



BETUL BETUL BERSEPAI...


 

KO PUN NAK MATI JUGA.. KO BOLEH JAWAB KAH... APA YANG KAMU BUAT? TAK ADA.. KIOK.


 

TERKINI.

 

Che Ibrahim



Bersatu hanya ada 7 MP sahaja lagi di Parlimen. 

PKR pula ada 8 MP yang tak sokong PMX... gitu ke situasi terkini??






KEH KEH..

 





Bab Hamzah dah selesai, cuma kita tunggu apa cerita seterusnya... 





Bab Muhyidin ni macamana pula, kalau ikut semangat Hadi, dia suruh letak jawatan ... 


Letak jawatan kalau tidak selesa dengan Presiden...





MUKA MUKA SONGLAP DUIT NI HANGPA NAK PILIH KA?


 

LANTAK..




 Berapa hari tak menulis. Malas! Rasa bosan dengan gelagat politik Malaysia. Sekarang ni politik Malaysia matlamatnya cuma satu, 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿.


Bukanlah kata DS Anwar tu tak boleh dikritik. Tapi bila segala benda nak ditujukan padanya, nampak macam dah gila meroyan dah masing-masing.


Hamzah bergaduh dengan Mahiaddin, dipecat dari Bersatu yang kini 𝗯𝗲𝗲𝘀𝗲𝗽𝗮𝗶, pun DS Anwar yang kena tuju. Hidup korang takde matlamat eh?


Yang menyakitkan hati, segala hiruk pikuk ni menutup banyak 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗮𝗶𝗸 yang berlaku di negara kita.


Nilai ringgit yang semakin kukuh, KDNk melonjak ke 6.3% dan banyak lagi. Benda yang selama ni cuma dapat impikan je, dah menjadi kenyataan.


Berpuluh tahun ekonomi lemah. Defisit menggunung, inflasi meningkat, ringgit makin hilang nilai. Sekarang baru nak elok, tapi semua sibuk main politik.


Reformati la, itu la. Hakikatnya perut rakyat yang kena jaga dulu. Poket rakyat kena pastikan penuh. Bukan nak dulukan dendam peribadi.


Tak suka PMX? Fine! Carilah orang yang boleh ganti PMX. Yang boleh buat lebih baik daripada apa yang kita capai hari ni. Kalau ada, aku pun sokong.


Tapi kena cantas dalam parti? Keluar parti, buat parti baru. Lawan PH, kemudian ajak PAS yang kebulur nak memerintah dan BN bergabung.


Lepas tu calonkan diri jadi PM. Dapat kuasa, buatlah segala idea yang ko ada  itu baru betul. Bukannya dok merengek tiap hari, mengganggu progress.


Negara ni dah lama remuk. Ini baru je nak pulih tapi punya ramai yang mengaku 𝗽𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 berusaha nak sabotaj. Korang bukan sabotaj DS Anwar la. Tapi korang 𝘀𝗮𝗯𝗼𝘁𝗮𝗷 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Otak tu kasi centre dulu 


Nak kritik tu silakan. Tapi biar berfakta. Bukan main pakai 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿. Itu level Sanusi. Dulu masa jadi pembangkang, BN kerajaan, boleh je cari bukti Najib menyeleweng.


Sekarang ni jadi sebahagian daripada kerajaan, takat mampu merengek je? Tak mampu lagi nak keluarkan dokumen macam masa Najib dulu?


Korang ni memang ahli politik tak bertanggungjawab. Cuma pentingkan kuasa dan dendam peribadi. Lantak korang la. Sementara aku nikmati suasana ekonomi kukuh yang nampaknya sementara ni.


Sementara, sebab korang semua gigih nak sabotaj ekonomi rakyat. Lepas PRU16 nanti, bersedialah nak kembali kepada kegelapan ekonomi macam dulu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TURUN ESOK


 

MAFIA DALAM SPRM ?


 

BENARKAH KENAIKAN RINGGIT AKIBAT KEJATUHAN DOLLAR


 

YB TAK PERNAH TURUN PADANG. TAPI KOMEN BAB LAIN YANG PERPADUAN DAH LAKSANAKAN. KIOK.


 

SKETSA PEMECATAN MEZAH


 

UKM TAK ADA EHSAN KAH ?

 


PUAK PUAK BUSUK HATI NAK LAGAKAN KAUM.TAPI ANWAR BERKERAS BUKAN HANYA KUIL HINDU..TAPI SEMUA YANG BINA TAK IKUT PERATURAN

 



Puak-puak busuk hati. PAS sibuk tekan PMX dalam isu 𝗸𝘂𝗶𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺. Sebab dia ingat PMX penakut macam lebai. Jadi dia 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗷𝘂𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗸 bila PMX keluarkan satu kenyataan berupa arahan yang tegas.






Malu sendiri, akhir sekali PAS pusing cerita. Kononnya PMX terpaksa. Kononnya 𝗱𝗮𝗺𝗮𝗴𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗿𝗼𝗹. Kononnya 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻. Begitu gayanya orang yang 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶. Mencari alasan.


Kalau PMX takut hilang sokongan, PMX lebih selamat kalau biarkan saja. Sebab Memang sokongan bukan Melayu lebih kuat untuk PMX. Sokongan Melayu dah memang majoriti pergi ke PAS.


Tindakan PMX ini lebih berbahaya kepada kedudukan beliau dan PH. Kalau PMX hilang sokongan pengundi bukan Melayu, kedudukan PMX lebih teruk terjejas berbanding hilang undi Melayu.


Tapi PMX buat 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Beliau bukannya suruh roboh terus pun. Beliau suruh ikut lunas undang undang. Beliau 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿. Bukan macam lebai yang 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.


Berbeza dengan PAS terutamanya PAS Kedah. Sebab nak curi undi bukan Melayu, dia 𝗹𝗲𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝗵 kuil haram. Aku tak kisah dia nak bagi tapi lepas tu dia kecam PMX pula. Padahal PMX tak buat pun lagi. Yang si Sanusi dah terbukti buat dia bisu.


Inilah namanya 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Sanggup munafikkan diri untuk laba politik. Soal dosa, tolak tepi. Sanggup reka naratif jahat, sanggup pusing cerita, sanggup memfitnah asalkan dapat raih sokongan.


Yang kelakar, dia kata 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿. Dah itulah 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻. Dengar suara rakyat. Takkan nak jadi macam 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻. Langsung tak peduli suara rintihan rakyat.


Jangankan suara rakyat, perintah YDP Agong pun dia langgar. Bila rakyat bising harga ayam mahal, menteri suruh bela ayam. Itu kerajaan 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 dan 𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸. Jangan samakan PMX dengan lebai bingai.


Sebenarnya, orang yang selalu syak orang lain, yang sebenarnya dialah macam orang yang dia syak tu. Kalau dia syak orang menipu, itu sebab dia sendiri seorang penipu. Jadi tak pelik bila PAS buat posting begini. Sebab, demikianlah PAS. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




ISMAIL MINA SAHABAT ANWAR DULUNYA

 

Syam Ghaz


Ismail Mina dengan Anwar Ibrahim ni sama sama ABIM dulu.




Bila Anwar kena buang dengan Umno, kena penjara dia kekal dalam Umno.


Anwar tubuhkan Keadilan untuk lawan Umno 


Umno kalah PRU14, 2018.


2022 Anwar jadi PM, Ismail Mina katanya nak jumpa Anwar…. Nanti sambung




BERSATU KINI BERSEPAI

 


Seramai 13 pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disahkan dipecat setakat pukul 6.35 petang, hari ini, sekali gus mencetuskan gelombang baharu pergolakan dalaman parti itu.





Antara nama terbesar yang tersenarai ialah Timbalan Presiden Bersatu merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, selain Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.


Turut dipecat ialah Ahli MPT Bersatu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, serta Ketua Bahagian Padang Rengas merangkap Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Kapten Azhari Hasan.


Selain itu, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob dan beberapa pemimpin akar umbi termasuk ketua-ketua bahagian dari pelbagai negeri turut menerima nasib sama.

Senarai penuh individu yang dipecat ialah:


•Timbalan Presiden Bersatu & Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin 


•Ahli MPT Bersatu & Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal 


•Ahli MPT Bersatu & ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin


•Ketua Bahagian Padang Rengas & Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azhari Hasan 


•Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob


•Setiausaha BPN Sabah & Ketua Bahagian Libaran, Yunus Nurdin


•Ketua Bahagian Dungun, Datuk Abdul Aziz 


•Ketua Bahagian Larut, Mohd Hasuandi


•Ketua Bahagian Selayang, Ahmad Nasir 


•Ketua Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak 


•Ketua Bahagian Teluk Intan, Kamaruddin Majid 


•Ketua Bahagian Tapah, Mohd Yunus 


•Ketua Bahagian Jasin, Mohd Yadzil Yaakub


Pemecatan melibatkan barisan kepimpinan tertinggi dan akar umbi itu dijangka memberi kesan besar terhadap hala tuju politik Bersatu serta landskap pembangkang di Parlimen.

Setakat ini, kepimpinan tertinggi Bersatu masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi terperinci berhubung punca pemecatan beramai-ramai tersebut.- KOSMO! ONLINE





Saya dengar habis live Rafizi Ramli kupas bab rumah ibadah bukan Islam semalam.



1. 18 minit lebih beliau kupas dan berjela jela ulang benda sama, tak seperti biasa beliau selalunya sharp.


2. Dalam tajuk ini beliau juga berhati hati, sebab pengundi kaum India pun ramai di Parlimen Pandan.


3. Hanya 2 point saya boleh rumuskan sepanjang dia duk ulas semalam.


4. Tiada Jawatankuasa Khas untuk itu dan tiada peruntukan khas untuk rumah ibadah bukan Islam.


5. Saya komen di live beliau semalam “YB tahu tak Jawatankuasa RIBI? Under KPKT, takkan

YB masa jadi Menteri dulu tak tahu?”


6. Saya sertakan rujukan saya Jk Khas yang dinamakan RIBI (Rumah Ibadah Bukan Islam), Jawatankuasa Khas ini dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


7. YB Nga Kor Ming Menteri KPKT kenapa ‘play save’ dalam tajuk ini? 


8. Peruntukan Khas pun sangat banyak, direct bawah Kerajaan Pusat.


9. Malah untuk penyelesaian 8 kes kuil di Kedah pun Jawatankuasa RIBI Kedah yang selesaikan. Malah di Kedah pun ada 498 buah kuil yang dibina atas tanah tidak jelas status hak milik yg Kerajaan Kedah dibawah pentadbiran Sanusi Md Nor belum selesaikan.


10. Di Selangor sejak 2015 lagi Kerajaan Negeri buat Jawatankuasa Rumah Ibadat Lima Agama

Selangor (LIMAS). Boleh baca kenyataan YB Amirudin Shari, MB Selangor.


11. Isu kuil ni masalah legasi yang tidak mampu diselesaikan sejak zaman BN, PH 1.0, PN 33

bulan, sebab ia babit binaan kuil yang dah berumur puluhan tahun. Kecuali kes yang baru.


13. Banyak sangat penyelesaian Kerajaan Perpaduan dah buat sekarang yang tidak mampu diselesaikan Kerajaan dulu.


14. Isu ini sensitif, sebab ia babit agama dan kaum. Kerajaan pusat sedaya upaya uruskan kes ini biar jadi rasional, waras dan tidak sesekali jadi rusuhan kaum dan agama yang pembangkang inginkan.


15. Bidang kuasa tanah, nak bina, roboh dan denda bawah bidang kuasa Akta Kerajaan Tempatan dan Kanun Tanah Negara, dibawah Kerajaan Negeri. Pihak polis datang bila ada kes salah dari segi undang-undang dan time nak roboh bila Mahkamah buat keputusan.


16. Tidak adil Bro Rafizi nak salahkan Anwar 100%, sedangkan masa YB jadi Menteri Kabinet pun tak

‘all out’ nak selesaikan masalah ini.


17. Tidak perlulah berpolitik isu kuil ini, kena cari penyelesaian bersama. Terutamanya kuil yang dibina atas tanah bukan hak milik, atau tanah orang lain.


Lihat video Bro Rafizi semalam saya sertakan. Tq 


Syam Ghaz





RELAX JE.

 


Ustaz Al Asri



BANTUAN DAH BAGI


 

KIOK... ANWAR TAK BANTU... BIAQ BETOI...

 


PAS KENA BERTANDING SENDIRIAN.. MASA INILAH SEMUA OAKAR DALAM OAS BOLEH PERINTAH MALAYSIA.

 



PAS TAK PERLU BERLENGAH LAGI, INILAH MASANYA WAJAR  KELUAR PN DAN JAUHKAN DIRI DARIPADA BERSATU


14 Februari 2026


Beberapa kenalan bertanya, apa pilihan Hamzah Zainuddin setelah beliau dipecat oleh Bersatu?


Adakah beliau akan menyertai PAS, sekutu Bersatu dalam gabungan PN?


Mungkinkah pula beliau kembali menyertai UMNO, tambahan lagi Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan terbuka untuk menerima kembalinya beliau?


Ataukah Hamzah akan menubuhkan sebuah parti politik baru untuk menampung kehadiran 18 Ahli Parlimen Bersatu yang berdiri teguh di belakangnya dan kemudian bekerjasama dengan PAS?


Sejujurnya saya tidak tidak tahu dan tidak boleh menjangka apa pilihan Hamzah, barangkali perkara itu akan dikias-kiaskan dalam perjumpaan bersama para penyokong pada jam 3.00 petang hari ini (Sabtu) di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.


Cuma, hanya beberapa jam setelah dipecat semalam, Hamzah telah pun berada di Marang, Terengganu untuk bertemu Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang yang turut dihadiri beberapa pemimpin PAS yang lain.


Kehadiran Hamzah menemui Haji Hadi mungkin boleh dianggap perkara biasa, tetapi kesediaan Presiden PAS itu bersama beberapa pemimpin lain parti itu menerima secara terbuka kedatangan Hamzah yang baru saja dipecat daripada Bersatu tentunya boleh dianggap ada makna tersirat yang mahal di sebaliknya.


Sebab itu, ungkapan pertama yang dilapor diucapkan Hamzah sebaik dipecat ialah “Alhamdulillah.”


Kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah Hamzah selepas ini akan tetap bersama PAS dalam blok pembangkang.


Untuk Hamzah kembali kepada UMNO dalam keadaan parti itu masih bersama dalam kerajaan madani yang ada DAP di dalamnya, perkara itu barangkali jauh panggang daripada api.


Lainlah ceritanya jika UMNO tiba-tiba memutuskan hubungan dengan PH dan keluar daripada kerajaan.


Apa yang menjadi perhatian juga selepas ini ialah apakah pendirian PAS?


Adakah parti itu akan kekal dalam PN bersama dengan Bersatu yang semakin kecil kedudukannya di mana Ahli Parlimen yang pro Muhyiddin hanya tinggal 7 orang saja?


Atau PAS akan memilih bersama Hamzah yang memiliki sokongan Ahli Parlimen lebih besar iaitu 18 orang?


Tetapi, terlanjur Haji Hadi sudah begitu terbuka menerima kehadiran Hamzah di Rusila semalam, adalah lebih baik parti itu selepas ini memutuskan saja hubungannya dengan Bersatu dan mengundurkan diri daripada PN.


Dalam keadaan kemelut PN masih tidak selesai dan Muhyiddin semacam ingin mengetuai semula gabungan tersebut, walaupun telah meletak jawatan, inilah masanya untuk PAS berundur diri.


Serahkan saja semula PN kepada Muhyiddin dan biarkanlah beliau mengendalikan gabungan itu bersama Gerakan dan MIPP.


PAS yang memiliki 43 Ahli Parlimen dan disokong oleh 18 Ahli Parlimen pro Hamzah, setelah mengundur diri daripada PN, akan tetap menjadi blok pembangkang yang utama di Parlimen.


Apa pun bentuk kerjasama antara PAS dengan kumpulan Hamzah bagi menghadapi PRU akan datang, ia masih ada masa untuk dibincangkan dengan lebih teliti.


Yang penting untuk PAS ialah berundur daripada PN dan jauhkan diri daripada Bersatu yang makin kecil, kian bercelaru dan tambah kabur masa depannya. - ShahbudinHusin 14Februari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/02/pas-tak-perlu-berlengah-lagi-wajar-segera-keluar-pn-dan-jauhkan-diri-daripada-bersatu/



NAK PERINTAH NEGARA MACAM NI?


 

21/28 KERUSI TAK SELAMAT LAGI?


 

MELINGKUP. BAGI JADI KERAJAAN MENYAKAW

 


MELAYU MUDAH DITIPU DENGAN ISU PERKAUMAN


 

AKHIRNYA BERSEPAI