MGID

BUNG MOKHTAR KATA TAK CUKUP HASEM UNTUK KAWIN ZIZIE





Bung Moktar says ‘not handsome enough’ to wed Zizie

KUALA LUMPUR, Dec 16 — Kinabatangan Member of Parliament Datuk Bung Moktar Radin today denied that he was planning to marry actress Zizie Ezette.

“I am not handsome enough for her,” said the controversial Barisan Nasional backbencher when contacted on his handphone after he could not be located at the Parliament building today.

Rumours of a marriage between 50-year-old Bung Moktar and Zizie, 31, have been rife since the actress admitted that the Sabah parliamentary member had asked for her hand in marriage.

Bung Moktar had promised to meet several representatives of the media at Parliament today to clarify the rumours, but later informed them through the short messaging service that he was busy and had to attend a meeting.

Bung Moktar is married and has four children. — Bernama

KATA BUNG MOKHTAR

Bung Mokhtar kata dia tak cukup hansem untuk kahwin dengan Zizie. jadi beliau akan menafikan dan memebuat satu kenyatan berhubung dengan perkara tersebut.

KATA ZIZIE DALAM M STAR

Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:

"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya.


KENAPA JADI KECOH...SEBAB SI BUNG NI SELALU CAKAP BANYAK SEBAB TU KALAU DIA KAWIN NAFI TAK KAWIN MEMANG DI TAK BOLEH PAKAI



ALKISAH MONYET BERCINTA DENGAN AYAM BETINA

Monyet bercinta dengan ayam betina

LUMAJANG – Seekor monyet di Desa Pasirian di sini ‘jatuh cinta’ pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam. Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.

Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu. Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya. Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.

“Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah,” kata Ali. Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya. Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.

Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat ‘percintaan’ antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar. Semasa monyet dan haiwan itu ‘berkasih-kasihan,’ penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa.

KAH..KAH...KAH....ADA JUGA YANG SEDANG HANGAT BERCINTA DAN NAK KAHWIN.TAPI YANG SI JANTANNYA TAKUT MENGAKU KERANA TAKUT SI BINI TUA MERAGAM...SI BINI MUDA DAH HEBOH KATA KAHWIN DAN DAH LAMA KENAL..PATUT BERDEGAR-DEGAR DALAM DEWAN..RUPA-RUPANYA ADA CERITA......JANGAN AMBIK LAKI ORANG ...BANYAK LAGI YANG BUJANG-BUJANG...

SENATOR DR SYED HUSSEIN

;">



Senator: Timbalan Presiden PKR angkat sumpah

KUALA LUMPUR, Dis 16 — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di Bangunan Parlimen di sini.

Syed Husin (gambar), 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas.

Ketika ditemui Bernama selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. — Bernama

BAIKI RUMAH TUN ABDULLAH 12 JUTA ???BIAR BETUL

"Kalau rumah itu diberikan atas sebab beliau telah banyak berjasa kepada negara, saya percaya ramai lagi orang yang berjasa kepada negara," tegasnya.

Mahfuz turut mempersoal kaedah projek berkenaan dibuat iaitu secara runding terus, dalam nilai yang tinggi.

"Kenapa projek itu dibuat secara runding terus dengan harga hampir RM12 juta.Ianya diberikan kepada TRC corporation iaitu kontraktor yang membuat pengkalan kapal selam di Sabah yang bernilai
RM400 juta lebih," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang disembunyikan kerajaan.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan kewangan negara kita sekarang ini. Kewangan disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

"Kerajaan tidak harus sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan rakyat dan wakil-wakil rakyat kerana ianya melibatkan cukai yang dibayar rakyat," tegasnya.

Sewaktu perbahasan belanjawan 2010 di Dewan Rakyat petang semalam, Mahfuz mengutarakan perkara tersebut dan meminta Menteri Kewangan memberikan penjelasan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri, Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) berkata, Kementerian tidak mengetahui mengenai kewujudan projek tersebut dan akan memberikan jawapan bertulis.

Rumah berkenan dakwa Mahfuz terletak di Lot 65 seksyen 60, Persiaran Mahameru, dekat sini.

Projek berkenaan sedang daam pembinaan dan telah siap 20 hingga ke 30 peratus.
Di ruangan kolumnya 'Cuit', Zaini Hassan dilakarkan dalam keadaan mulut bertampal - sebagai lambang kunci mulut - sementara di paparan komputernya terlekat tulisan "tutup."

Dalam karikatur tersebut, tangan dan kakinya juga terikat.

Kolum itu menyatakan sebab ia ditutup minggu ini dan menggalakkan pembaca menilai sendiri artikel 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' 9 Disember lalu dan juga surat pembaca berhubung isu tersebut.







Pandai la awak mengutuk tanpa usul periksa..pandai la awak jawab....tulisan awak memang menghasut dan merendahkan orang lain.

ADUN BUKIT SELAMBAU BERSUARA



Demokrasi Malaysia Makin Kabur – V. Sivakumar

Tuesday, 15 December 2009 2:04 PM Oleh Roziyah Mahamad


PERAK , 15 DISEMBER: Demokrasi yang diamalkan di Malaysia dilihat semakin kabur dan hampir buta. Prinsip-prinsip demokrasi dan kekuasaan rakyat semakin hilang taringnya. Hal ini dijelaskan Adun Tronoh, V. Sivakumar dalam ucapannya di kampong Gua Badak, Lenggong, semalam.


Menurut beliau, kaedah demokrasi telah dimanipulasi oleh Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baru di Perak. BN juga katanya telah menggunakan kekerasan yang jelas bertentangan dengan demokrasi yang dipegang untuk kembali berkuasa di Perak. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila BN menggadaikan demokrasi yang ada dengan merampas Perak secara paksa.


Beliau dalam ucapannya berkata, Kerajaan Pusat tidak mengadakan pilihanraya untuk mendapat mandate baru daripada rakyat sendiri. Keputusan seharusnya dilakukan oleh raykat yang bergelar pengundi dan bukannya wakil yang telah dipilih rakyat.


“Budaya ‘lompat katak’ adalah tidak sealiran dengan amalan demokrasi yang mengutamakan suara majoriti. Keputusan seharusnya dibuat oleh pengundi-pengundi dan bukannya wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Tindakan ‘lompat katak’ bukanlah hasrat pengundi-pengundi tersebut.


Itu adalah kemahuan wakil rakyat yang bertentangan dengan kemahuan pengundi di kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Pengundi di ketiga-tiga kawasan itu telah memilih wakil rakyat daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Mereka telah terang-terang menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu,” jelas Sivakumar.


Beliau sebagai berkata, tindakan wakil rakyat ‘lompat katak’ itu jelas tidak mempedulikan suara rakyat. Rakyat katanya apabila telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu jelas telah menolak BN. Ini merupakan suara majority rakyat yang jelas menolak kepimpinan BN.


Namun tunggak demokrasi yang telah dipegang sekian lama akhirnya dicabul oleh wakil rakyat yang ‘lompat katak’ ini. Amanah rakyat yang dipegang telah dihancurkan mereka. Hal ini bertentangan dengan amalan demokrasi yang asas iaitu ‘suara majoriti’ akan menang.


“Jika suara majoriti tidak lagi dihormati, maka sistem demokrasi akan terancam di negara ini. Perkara ini perlu diperbaiki atau diperbetulkan dengan segera. Dewan Negeri Perak perlu dibubarkan dengan serta-merta untuk memberi peluang kepada warga Perak memilih kerajaan baru.


Dengan cara ini, tidak lagi timbul isu kerajaan halal dan kerajaan haram di negeri Perak. Kemelut politik Perak dapat diselesaikan dan tumpuan boleh diberikan kepada kemajuan ekonomi dan kebajikan rakyat. Jika tidak, kemelut ini akan terus berpanjangan dan akhirnya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak,” tegas Sivakumar.


Terdahulu, PAS menganjurkan ceramah politik ‘krisis Perak’ di Kampung Gua Badak, Lenggonglebih dari 1000 orang penyokong yang menghadiri ceramah tersebut. Turut hadir dalam ceramah ini adalah ADUN PAS Lenggong, Tuan Hajji Razman Zakaria, ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim dan ADUN Tronoh, V.Sivakumar .

ALAHAI BUNG MOKHTAR...LAPAQ ARTIS JUGAK


Zizie Izzatte dikhabarkan menyatakan bahawa beliau sedang di lamun cinta dengan seorang tokoh politik terkenal dari Sabah.Tak slah lagi apabila muka Bung Mokhtar muncul dan dikatakan sebagai teman lelaki.Bung yang telah berkahwin dan di katakan tukang cakap bagi BN namun tidak dipilih menjadi menteri kabinet Najib....tugas beliau hanya untuk bercakap menentang pembangkang sahaja..rupa-rupanya ada hati nak pasang dengan artis

(function() { var d = document, w = window; w

CERITA MATA LEBAM ANWAR ANGKARA TUN/ANWAR DI PUKUL [PIDATO DATUK EZAM GE...