Guan Eng yakin populariti Tok Guru Nik Aziz atasi ‘penyangak’


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Najib Razak lebih popular berbanding arwah bapanya. 
Menurut Guan Eng, beliau yakin Allahyarham Nik Aziz yang lebih mesra disapa Tok Guru lebih terkenal berbanding seorang “penyangak”.

“Sungguhpun anak kandung keluarkan kenyataan begini, saya tak bersetuju. 

“Saya yakin (populariti) pemimpin tersohor Nik Aziz atasi penyangak (Najib) bila-bila masa,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas sebuah klip video ceramah Nik Abduh yang dikongsi Najib di media sosialnya, di mana pemimpin PAS itu dirakamkan berkata bahawa populariti bekas perdana menteri itu kini mengatasi Allahyarham Nik Aziz. 

Setakat Februari, Najib telah dihadapkan ke mahkamah sebanyak enam kali dengan 42 pertuduhan jenayah. 

JOHOR BUAT U TURN: SYED SADIQ GESA MEDIA SIASAT SENDIRI