Malaysia di persimpangan – tetapi kita mampu membentuk masa depan kita!
Marilah kita berimpian besar untuk Malaysia yang lebih baik dan
terus maju ke hadapan dengan kental dan tabah demi menuntut semula negara kita
By
-
Sekali lagi, kita melalui penghujung tahun, di mana kita melihat
kembali dan muhasabah diri kepada pelajaran yang telah dicapai dan
memperbaharui azam untuk masa depan yang lebih sempurna.
Sebagai sebuah negara, kita dikatakan berada di persimpangan
jalan, di mana kita harus melakukan pilihan yang penting untuk memilih jalan
manakah yang perlu diambil. Keputusan pilihan raya umum yang lalu memberi isyarat
berlakunya penambahan penonjolan kaum, malah kaum berganding dengan ciri Islam
‘konservatif’ yang dianjurkan oleh kepimpinan terkini Pas.
‘Gelombang hijau’ – kebanyakannya daripada pengundi muda dan
baharu, juga terdiri daripada pengundi di kawasan luar bandar dan kawasan
pinggir bandar – telah memicu pelbagai reaksi, iaitu dari reaksi keyakinan dan
harapan membina ‘negara Islam’ kepada reaksi kebimbangan terhadap Islam ala-Pas
dan kemungkinan berlaku ketidakadilan terhadap golongan minoriti dan Muslim ‘liberal/progresif’.
Sebilangan penganalisa telah menekankan peningkatan perpecahan,
ketidakpercayaan, dan kekurangan toleransi di Malaysia di waktu ini, terutama
melalui media sosial.
Saya baru-baru ini menonton sebuah filem Hindi yang menyampaikan
mesej betapa mudahnya isu perkauman dan keagamaan mampu menjadi sebuah
malapetaka. Filem yang bertajuk Jogi yang memaparkan peristiwa rusuhan
anti-Sikh dalam tahun 1984 yang berlaku di utara India, terutamanya di ibu kota
New Delhi, yang mana berlaku sejurus selepas Perdana Menteri India ketika itu,
Indira Gandhi, dibunuh oleh dua pengawal peribadinya yang beragama Sikh.
Gandhi sebelumnya telah mengarahkan ‘Operasi Blue Star’ dan
memberi kuasa kepada pasukan tentera India untuk mengempur Kuil Emas atau
Golden Temple di Amritsar, yang menjadi kawasan ibadat bagi orang-orang Sikh.
Operasi ini bertujuan untuk memburu militan pemisah yang berada di dalam kuil
itu bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.
Sejurus pembunuhan Gandhi, sentimen perkauman terhadap komuniti
Sikh telah dimainkan dengan dahsyat. Hanya dengan semalaman, ramai daripada
penganut Hindu telah bersikap agresif kepada rakan-rakan dan jiran tetangga
beragama Sikh, yang membawa kepada pertumpahan darah yang ngeri terhadap ribuan
Sikh di segenap utara India.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Dan ya, di dalam filem ini, wujud watak ahli politik yang
mengambil kesempatan di dalam kejadian yang berlaku dan memburukkan lagi
keadaan hanya kerana untuk mengejar serakah politik peribadinya.
Di ketika penulis kecewa, kesal dan tertekan dengan pertumpahan
darah yang berlaku dalam kisah di dalam filem tersebut, filem Jogi ini telah
melakarkan sebuah inspirasi – iaitu ketika seorang Sikh yang telah
berkorban segala yang beliau ada – termasuklah menanggalkan turbannya dan
memotong rambutnya yang panjang – semata-mata untuk menyelamatkan keluarga,
rakan-rakan dan jiran tetangganya daripada dibunuh. Beliau, bersama beberapa
rakan daripada penganut Islam dan Hindu yang membantunya, juga menggagalkan
usaha pihak penguasa dan akhirnya berjaya di dalam misinya.
Keadaan di dalam filem ini tersangatlah mirip dengan peristiwa
13 Mei 1969 kita di sini! Apakah kita sedang mengundang peristiwa malapetaka
itu sekali lagi?
Kemudiannya, saya pernah terbaca bahawa dikatakan: “Sejarah
tidak mampu berulang kerana setiap detik di mana-mana zaman berbeza tempat,
masa, dan keadaannya.”
Walau bagaimanapun, pastilah ada perkara yang boleh dijadikan
teladan daripada kesilapan lalu kita, yang mampu membawa kita untuk membentuk
keadaan akan datang dan bukannya menjadi mangsa kepada keadaan.
Maka, inilah langkah-langkah yang saya yakini boleh membawa kita
ke hadapan ke arah Malaysia yang lebih baik:
Kekal di dalam kenderaan – tidak perlu keluar buat jalan cerita
sendiri
Di dalam filem Rango (filem yang sangat menyeronokkan
penulis), Roh dari Barat telah memberitahu kepada Rango, “Tiada seorangpun yang
boleh buat jalan ceritanya sendiri.”
Ramai yang mengatakan politik itu kotor dan tidak mahu
melibatkan diri di dalam politik, malah memboikot pilihan raya. Adapun yang
menghadkan penglibatan mereka di dalam politik kepada sekali di dalam lima
tahun. Ada juga yang menyalahkan ahli politik terhadap apa-apa keadaan buruk
yang berlaku.
Oleh itu, marilah kita membina kesedaran untuk menjadi pengarang
jalan cerita kita sendiri, dan bekerja ke arah merealisasikan cita-cita kita.
Segala usaha untuk perubahan institusi dan dasar pro-rakyat untuk Malaysia yang
lebih baik harus terus bergerak – dan semua harus memainkan peranan masing-masing.
Redakan kekecewaan kita – jangan ledakkan kegusaran
Sebahagian besar kita bimbang dan gusar semasa beberapa jam
pertama setelah keputusan pilihan raya umum diwartakan. Kegusaran tersebut
berlarutan untuk beberapa hari – yang menyaksikan tiada parti atau pakatan yang
berjaya mendapatkan majoriti mudah untuk dilantik sebagai kerajaan, yang
mengakibatkan parlimen tergantung.
Setelah hampir lima hari menyaksikan “krisis pasca pilihan raya
umum yang belum pernah berlaku” (seperti mana yang dipaparkan dalam sebuah
akhbar), Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi perdana menteri kesepuluh untuk
Malaysia.
Ramai yang mungkin kecewa dengan keputusan Pakatan Harapan untuk
bekerjasama di dalam ‘kerajaan perpaduan’ yang dikehendaki oleh Yang di-Pertuan
Agong, namun, saya berterima kasih kepada Agong yang berhikmah di dalam
menyatukan pelbagai pihak untuk menyelesaikan dilema ini, yang menjadi
keutamaan negara kita.
Perdana menteri terkini dilihat telah memberi jaminan mengenai
usaha untuk mewujudkan Malaysia yang stabil dan bersatu di bawah kerajaan yang
inklusif. Beliau juga menyebutkan untuk tidak kompromi dengan pelbagai isu
pentadbiran baik dan memfokuskan kepada ekonomi.
Kita kini seolah-olah berada di dalam peperangan yang mempunyai
musuh di pelbagai penjuru. Oleh itu kita harus realistik atau bersandar kepada
keadaan semasa dan juga membenarkan ruang untuk sistem demokratik terbina
dengan matang dan berdaya maju bersama institusi-institusi yang terlibat.
Tekanan yang terlalu kuat kepada kerajaan di ketika ini, pada
hemat saya, bakal menjatuhkan seperti dahan yang rapuh.
Berusaha untuk pendamaian, jangan menyemai perselisihan
Saya percaya ianya sesuatu yang jelas kepada ramai kita
percakaran politik tidak harus dijadikan tujuan kita sekiranya kita mahu
menyelesaikan isu-isu penting di tahap nasional dengan cepat dan teratur.
Adalah sesuatu permulaan yang murni apabila muncul
sebilangan kepimpinan DAP yang memohon maaf terhadap tindakan dan kenyataan
yang menyinggung perasaan seteru politik mereka.
Kita harus mempromosikan dialog, wacana dan kerjasama yang
merentasi sempadan – termasuklah sempadan politik, kaum, agama, kelas dan
negeri-negeri. Dialog, wacana dan kerjasama boleh diadakan di pelbagai
peringkat dan bentuk. Ini untuk membina semula kepercayaan bersama dan
kumpulan-kumpulan awam memainkan peranan penting.
Namun harus diingati bahawa kejayaan dialog atau wacana atau
kerjasama adalah bergantung kepada asas yang kukuh yang dipegang bersama.
Seperti yang pernah disebut oleh mendiang Karpal Singh, “Di dalam politik tidak
ada musuh yang kekal atau sahabat yang kekal; tetapi yang harus kekal ialah
prinsip.”
Pecahkan rantaian – jangan panjangkan prejudis
Seperti yang digariskan oleh psikologis organisasi Adam Grant,
kita panjangkan prejudis apabila kita menghakimi yang lain berdasarkan
generalisasi terhadap kumpulan asal mereka, sebagai contoh “Melayu/bukan
Melayu, “orang Islam/bukan Islam”, “penyokong Pas/PH”, orang asing, NGO Muslim
‘konservatif’ dan penjawat awam.
Walaupun di ketika identiti politik nampaknya berleluasa, kita
tidak harus menyalahi keseluruhan kumpulan hanya kerana beberapa individu yang
melakukan sesuatu tindakan itu. Kita harus menegakkan akauntabiliti terhadap
individu yang melakukan kesalahan dan bukannya menghentam keseluruhan kumpulan
itu. Dengan ini, kita tidak menghentam atau meminggirkan mereka dalam kumpulan
tersebut yang tidak bersetuju dengan kelakuan individu tersebut atau selari
dengan stereotaip menurut pandangan kita.
Di masa setiap kita perlu mengambil tanggungjawab dalam perkara
ini, keperluan yang lebih besar juga perlu ditunaikan di peringkat organisasi
dan masyarakat melalui kumpulan-kumpulan masyarakat, kepercayaan, politik dan
kerajaan.
Perdana menteri telah pun memaparkan permulaan yang baik di
peringkat kerajaan dengan memperbetul maklumat yang salah atau stereotaip
negatif mengenai agama dan kaum, terutamanya yang berkaitan dengan pilihan raya
umum yang lalu.
Maka, di kala kita berada di persimpangan, marilah kita
menggunakan kebijakan kita untuk memilih jalan yang terbaik. Juga marilah kita
berimpian besar untuk Malaysia yang lebih baik dan terus maju ke hadapan dengan
kental dan tabah demi menuntut semula negara kita.
Mary Magdaline Pereira
Editor bersama, surat berita Aliran
30 Disember 2022
Terjemahan oleh: Mohd Fadzly Md Zainol
KALAU HISHAMMUDIN DILABEL PENGECUT, CUBA HALANG JAWATAN PRESIDEN UMNO DITANDINGI JUGA JADIKAN ZAHID HAMIDI SAMA PENGECUT
Berdasarkan rekod sejarah, Zahid Hamidi adalah pemimpin yang berani dan tidak pernah kalah apabila bertanding dalam UMNO di peringkat pusat.
Beliau berani bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 walaupun lawannya ketika itu ada yang berjawatan menteri dan menteri besar.
Dengan hanya berjawatan Pengerusi BSN, Zahid Hamidi akhirnya berjaya menewaskan Rahim Tamby Chik, Annuar Musa dan Isa Samad pada pemilihan tahun 1996 itu.
Daripada situ, beliau kemudian menjadi Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya Presiden UMNO pada 2018.
Pada pertandingan pada 2018 dan dalam keadaan UMNO tiada lagi kuasa ketika itu, Zahid Hamidi tetap berani menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO.
Beliau akhirnya berjaya memimpin UMNO setelah menewaskan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Sebelum PRU15 lalu, pemilihan UMNO telah ditangguhkan dan sehingga dipinda perlembagaan parti bagi mengelakkan berlakunya perpecahan untuk menghadapi PRU tersebut.
Dalam keadaan UMNO perlu bangkit dan bersatu bagi menghadapi PRU15, keperluan mengelakkan pertandingan itu adalah boleh diterima kewajarannya.
Di sebalik keputusan PRU15 tidak cemerlang buat UMNO, tetapi BN akhirnya berjaya berada dalam kerajaan perpaduan dengan kedudukan yang lebih kukuh, bahkan Zahid Hamidi sendiri beroleh jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Sepatutnya ketika ini, oleh kerana PRU15 sudah berakhir, ditambah dengan Zahid Hamidi berkedudukan Timbalan Perdana Menteri, tiada keperluan lagi untuk menghalang pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO.
Kalau pertandingan sebelum PRU ditakuti boleh membawa perpecahan untuk menghadapi PRU, tapi sekarang hendak takut apa lagi kepada pertandingan dalam UMNO?
Sebab itu dalam hal ini, pengampu-pengampu Zahid Hamidi harus segera berhenti mengeluarkan kenyataan atau gesaan yang menjurus agar dielakkan pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO.
Gesaan sedemikian sudah tidak relevan dan bertentangan dengan prinsip meminda perlembagaan yang menetapkan pemilihan UMNO hendaklah diadakan enam bulan selepas PRU dilangsungkan.
Jika sebelum dan selepas PRU tetap cuba dihalang pertandingan, lebih baik UMNO pinda saja perlembagaannya dengan mengharamkan sama sekali pertandingan?
Jangan juga jadikan Zahid Hamidi seolah-olah seorang yang pengecut dan takut untuk berlawan dengan gesaan seperti itu, sedangkan sejarah perjalanan politiknya telah membuktikan beliau seorang yang berani dan tidak pernah takut.
Bro, janganlah bagi malu Panglima Jawa itu!!
Selain itu, jika Nur Jazlan Mohamed yang merupakan seorang penyokong kuat Zahid Hamidi berani melabel Hishammuddin Hussein, pemimpin yang diwar-warkan akan mencabar Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO sebagai seorang pengecut, apa bezanya dengan beliau sendiri?
Tidakkah dengan gesaannya agar jawatan Presiden UMNO tidak ditandingi turut merupakan tindakan pengecut dan ingin menjadikan Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang pengecut?
Jika Zahid Hamidi masih ada jiwa berani dalam dirinya, keberanian pertama yang harus ditunjukkannya ialah mempersetankan segala gesaan pengampunya itu dan tunjukkan beliau tidak pernah takut untuk bertanding. – ShahbudinHusin 03/01/2023.
BAGAIMANA PH INGIN MENAMBAT HATI ORANG MELAYU
NORMAN RADZUAN
Melayu bandar dan bangsa Cina/India bukan fokus
BAGAIMANA PH INGIN MENAMBAT HATI ORG MELAYU
Semalam bila saya bicarakan mengenai KWSP ada juga yg tidak bersetuju. Ia
perkara biasa berbeza pandangan dgn alasan sampai bila kita mahu membiarkan org
Melayu ‘bodoh’.
Benar kita perlu mendidik dan saya tak salahkan pandangan tersebut sb mereka
org2 bijak tetapi dlm politik ia sebenar sebaliknya.
Saya masih ingat setahun yg lalu pada jam 12 mlm hingga 2 pagi saya berhujah
dgn MP Kangar ketika itu soal KWSP juga yg akhirnya Muhyiddin mendengar desakan
rakyat ketika itu.
Amin Ahmad seorang anak muda yg mempunyai pendidikan yg hebat. Ada Master,
pernah bekerja di Malaysia Think Tank London (MTTL), pernah menjadi Pegawai
Komunikasi MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, selalu dijemput ke program bual
bicara di Astro Awani 501, RTM dan Bernama TV. Cukuplah setakat itu utk
membuktikan beliau adalah seorang intelektual politik.
Kami berbalas hujahan hingga 2 pagi hingga saya sinis kpdnya, ‘saudara
sepatutnya bukan bergelar pemimpin politik tetapi sebagai pensyarah IPT’. Saya
faham niatnya baik dan betul tetapi itu bukan kemahuan pengundi beliau sendiri.
Akhirnya Amin bukan sahaja tewas di tangan PN tetapi juga di tangan BN. Dari
nombor satu bergelar MP jatuh nombor tiga. Apa signifikan dari keputusan
tersebut? Taraf akademi atau intelektual anda bukan pilihan org Melayu.
———————————————————————————
Semalam saya ada berhujah dgn rakan2 FB. Saya katakan jika saya nak try hard
to look scholaly atau lagak bak Profesor boleh sahaja joint sama mengutuk
mereka yg mahukan sekali lagi wang KWSP sebagai tipikal Melayu yg malas, tidak
bijak atau tiada substance nak lemahkan kerajaan ini.
Tetapi saya peduli nasib dan permintaan mereka kerana saya tidak mahu
kerajan ini menjadi kerajaan 22 bulan sekali lagi. Saya belajar dari kegagalan.
Politik Malaysia soal populis, persepsi utk melahirkan sentimen bukan soal
pemikiran intelektual.
Ia bukan soal cheap publicity tapi org Melayu menilai anda prihatin atau
tidak nasib mereka. They dont care kamu sacrifice tak ambil gaji atau tidak… yg
mereka pentingkan kehidupan mereka.
———————————————————————————-
Realistik mengenai kehidupan Malay urban dgn Melayu luar bandar sgt berbeza.
Bukan sahaja gaya hidup tetapi pemikiran mereka. Pernah melepak dgn mereka?
Apa yg anak muda luar bandar borakkan? Umumnya mereka tak borak pasal harga
telur, pasal tuala wanita, pasal korupsi, pasal bail out, intergriti… mereka
borak pasal motor. Bunyi ekzos rakan tu gerek seh, siapa hebat willy motor,
awek tu cun, memancing dan lain2.
Kalau soal agama bab sufism lebih mereka tertarik berbanding akhlak or fikh.
Mereka terkesima org solat atas daun. Mereka terpegun penceramah2 politik
bercerita soal syurga neraka.
Ia bukan terjadi kpd bangsa Melayu sahaja tetapi kpd bangsa2 lain
berdasarkan corak kehidupan di sekeliling mereka.
Selalu saya katakan jika kamu ingin buka kedai Pizza Hut bukan di kawasan
kampung sb org kampung mereka lebih suka makan gulai tempoyak dgn ulam.
Sebab itu kena lihat syarikat2 gergasi seperti Pizza, Tealive, KFC, Mc D
mereka tahu kawasan strategik yg sesuai dgn produk dijual.
Kita lihat politik PAS mereka tak ceramah soal akademik atau politik secara
intelektual walaupun ramai antara mereka berpendidikan tinggi. Peduli apa org
nak kata politik sempit sebab soal syurga dan komunis kempen laku keras.
Nik Amar dlm satu ceramahnya… ‘buat apa pilih org lain… pilih PAS sekurang
kurangnya ada Imam boleh sembahyang mayat.’ Bunyi mcm ‘bodoh’ tapi itulah
marketing atau kempen mudah utk org Melayu luar bandar.
———————————————————————————
Bagi saya PH kena bersedia dari skg utk PRN paling lewat 6 bulan lagi dan
GE16 atau juga utk kerajaan fragile ini kekal bertahan ikut tempohnya.
Utk tempoh 5 tahun pertama reformnya bukan 80% seperti diimpikan. Cukup 50%
sahaja iaitu perubahan dlm mendidik dgn pencapaian purata 10% setiap tahun.
Like i said PRU14 kita please rakyat vote us but after few months later we
punish them tak boleh merokok di kedai mamak… ‘gila beb’.
Tindakan itu bagus tapi tak kena masa. Ia bukan langkah populis yg patut
didahulukan. Dlm politik negara yg rakyatnya sudah berpuluh tahun bergelumang
dgn rasuah, subsidi dan rasuah syurga…utk mendidik mereka tidak boleh terlalu
drastik.
Sebab itu saya katakan nak ubah Malaysia belajar dari Erdogan bukan dari
Morsi. Kadang2 kena belajar dari kisah Wali Songo. Belajar pendekatan Sunan
Kalijaga berdakwah dgn org2 Jawa ketika itu bagaimana.
Kita juga boleh belajar ilmu politik Mahathir, Najib dan Muhyiddin walaupun
boleh saya anggap mereka ini fake leader atau hipokrit.
Nak kasi org Melayu faham Mahathir jarang sebut kleptopkrasi atau korupsi
tetapi dia sebut ‘ Najib tu penyamun’ walaupun bahasa Inggeris Mahathir level
Oxford.
Najib dia bagi BRIM… dari perspektif akauntabiliti atau intergriti ia
seorang pemimpin yg bodoh tetapi itulah rahsia dia bergelar Bos Ku hingga
reputasi meningkat.
Begitu juga Muhyiddin dgn I-Lestari dan I- Citranyanya hingga dia bergelar
Abah dan org Melayu sayang hingga 60% org Melayu percayakannya.
Ketiga2 mereka juga memainkan isu perkauman atau melahirkan perasaan benci
kpd DAP kerana ia adalah senjata ampuh utk melawan PH. Mudahkan cara mereka
berpolitik.
Dgn org Melayu mereka menyampah jika anda menyebut Sains politik seperti
teori politik,dasar awam,politik negara, hubungan antarabangsa, politik
perbandingan dan lain2. Ini semua sampah yg memeningkan kepala. Yg mereka nak
tahu DAP ada atau tidak?
———————————————————————————
Moralnya PH kena fokus bagaimana utk menambat hati org Melayu yg hanya
mengundi kita 11% sahaja. Bukan tidak perlu fokus kpd pengundi urban Malay,
Cina dan India tetapi mereka pengundi intelektual yg tak perlu susah payah utk
kita berkempen secara akademik dgn mereka.
Fokus kita kpd pengundi Melayu sb sampai bila kita mahu bergantung dgn BN
dan Borneo? Kita tidak tidak sanggup pedagangkan agama dgn rasuah syurga kerana
ia sgt hina.
Jadi apakah formula utk menambat hari org Melayu. Kerjasama PH dan BN ini
bersifat sementara utk kedua dua parti ini membina kekuatan. Tanya saya solusi
telah diberikan di atas.
Selalu saya katakan jika mahu berpolitik akademik, intelektual dan integriti
pentasnya di bandar2 atau sesama kita yg faham. Tetapi utk bawa produk ini ke
kawasan2 org Melayu luar bandar ia tidak laku. Kamu kena bawa produk syurga,
bangsa dan cash.
Pilihlah dgn bijaksana dgn cara tidak menggadaikan intergriti seperti rasuah
dan merasuah syurga.
Jika ditanya kpd org Melayu luar bandar jika anda memberi dua buah buku satu
berjudul ‘ Wali Songo’ dan satu lagi ‘Islam dan Sosialisme’ karya Prof Syed
Hussein Al Attas agak2 buku mana yg diambil? Jika anda menjawab dgn betul anda
sudah memahami pemikiran org Melayu.
Esok: Di mana kelemahan PH…
RASANYA DAH BANYAK KALI JUGA DIA BUAT TAIK NI (ASTRO OISIS TV HIJRAH DIBAWAH JAKIM ATAU YADIM ?- DAH BERUBAH KAH ? BANTUAN BANJIR DIBERI TERUS KEPADA PIMPINAN PAS DAN AKHIRNYA DIMANIPULASI,PROGRAM BERKAITAN PM TIADA PUN DISIARKAN , PROGRAM MINGGUAN DI RUMAH PM TAK PERNAH DIA HILIGHTKAN DALAM RANCANGAN ASTRO BERKAITAN).....SILA SAMBUNG......
PULANGKAN HARTA YANG DIPUNGGAH
Oleh: SHAHBUDIN EMBUN
Semasa menyampaikan perutusan dalam Majlis Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menarik perhatian kita apabila menegaskan bahawa beliau akan menamatkan amalan rasuah yang didakwanya menggunakan kepimpinan politik dan kedudukan dalam kerajaan sebagai “kesempatan untuk memunggah
kekayaan”.
Anwar terus menegaskan bahawa….kerajaan ini akan pastikan sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang dipunggah itu dipulangkan semula kepada rakyat. Ini bukan kecil jumlahnya”.
Apa yang menarik tentang kenyataan ini ialah walaupun Anwar tidak menyentuh secara langsung pentadbiran atau nama individu yang dimaksudkannya, namun beliau telah menyebut pihak itu sebagai “pernah menjadi menteri kewangan” dan “bekas perdana menteri”.
Biarlah teka teki itu menjadi perbincangan di kalangan kita semua.
Kenyataan tegas Anwar ini sangat konsisten dengan apa yang diperjuangkan selama ini. Bahkan sebaik sahaja beliau memegang jawatan perdana menteri, beliau telah menegaskan akan memecat mana-mana menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa. Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar begitu serius dan komited memerangi rasuah .
Ketegasan ini pastinya akan menambahkan lagi keyakinan para pelabur asing untk membuat pelaburan di negara kita dan sekali gus dapat membantu memulih dan memperbaiki kedudukan ekonomi negara yang semakin meruncing sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Hal Ini perlu diberikan perhatian, kerana Malaysia merupakan negara perdagangan yang selama ini mencatat kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan usaha kita menerima pelaburan domestik dan luar negara.
Sebenarnya rakyat Malaysia sudah lama sedar yang masalah rasuah sememangnya boleh diibaratkan seperti barah yang merosakkkan kehidupan dan ekonomi di negara kita ini.
Perkataan seperti nepotisme, kronisme dan ketirisan sering dikaitkan dengan masalah rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia.
Apatah lagi, masalah ini sering juga dikaitkan dengan nama-nama mereka yang terlibat dalam dunia politik dan pentadbiran. Rakyat sudah muak dan mahukan kerajaan terus memerangi musuh negara ini.
Majlis Perundingan Melayu (MPM) juga secara konsisten telah lama melaungkan agenda yang sama. Bahkan pada tahun 2021, MPM pernah menggesa menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi meneliti isu pendedahan dalam ‘Kertas Pandora’ berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara membabitkan beberapa individu berpengaruh.
MPM merasakan yang penubuhan RCI dijangka dapat memberikan pencerahan kepada segala kekeliruan di kalangan rakyat tentang isu tersebut.
Sila layari kenyataan MPM tersebut – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pandora-papers-mpm-gesa-pm-tubuh-jawatankuasa-khas-siasatan-rci-324895
Kertas Pandora bukanlah satu isu baru. Bahkan semasa Anwar menjadi ketua Pembangkang, beliau pernah meminta kerajaan ketika itu, untuk segera menyiasat segala pendedahan dalam Pandora Papers.
Gesaan Anwar itu boleh dibaca di sini – https://m.malaysiakini.com/news/595090
Untuk imbas kembali, beberapa pihak media sebelum ini telah memetik Pandora Papers yang mendedahkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, dan ramai lagi individu yang dilaporkan menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lepas.
Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki 14 firma di serata dunia.
Menurut pendedahan itu, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.
Sekarang sudah sampai masanya untuk kita menyiasat dengan lebih terperinci akan masalah ini.
Nota – Shahbuddin Embun adalah Penganalisis Politik merangkap Pengerusi Biro Politik Dan Kepimpinan MPM ( Majlis Perundingan Melayu)
0
PERUNTUKAN PARLIMEN: SHAHIDAN KASIM BERSANGKA BURUK?
Peruntukan parlimen: Shahidan Kasim bersangka buruk?
Peruntukan parlimen bagi tahun 2023 masih belum diputuskan lagi berikutan Belanjawan 2023 hanya akan dibentangkan pada Februari ini di Dewan Rakyat.
Oleh itu ahli parlimen pembangkang tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak memberi peruntukan parlimen kepada mereka.
Bagi ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, kenyataan ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim sebelum ini bahawa ‘tiada peruntukan untuk pembangkang’ adalah terlalu awal dan bersangka buruk
Menurut Hassan, peruntukan yang bakal diterima oleh ahli ahli parlimen sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang akan diputuskan oleh kerajaan apabila tiba masanya dan beliau tidak mendapat maklumat itu lagi.
“Jangan bersangka buruk pada kerajaan sekarang (Kerajaan Perpaduan) kerana (peruntukan) boleh berbincang.
“Saya berharap kepada kerajaan dan Perdana Menteri sekarang supaya semua 222 Ahli Parlimen diberi peruntukan sama rata tidak kira sama ada kerajaan atau pembangkang,” katanya kepada Harapan daily.
Beliau berkata, dengan pemberian peruntukan secara adil maka hal itu merupakan satu langkah reformasi institusi Parlimen dan Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan contoh yang baik untuk menghormati demokrasi sebenar.
“Perdana Menteri mesti mengubah punca kuasa dalam hal ini, iaitu (dengan) menjadikan (satu keketapan) undang-undang, kerajaan mesti memberi peruntukan yang sama rata kepada semua ahli parlimen,” ujarnya lagi.
Sebelum ini menurut laporan Astro Awani, Shahidan mendakwa keputusan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak memberikan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang sebagai tidak adil.
Beliau mendakwa demikian dalam sidang media selepas pelancaran Pertubuhan Perpaduan Ummah di Pusat Khidmat Parlimen Arau, Kubang Gajah pada Sabtu lalu.
ORANG TAK CERDIK JANGAN DIDENGARI.
Nicky Abodoh ni aku xheran la... dari dulu sampai sekarang penjilat UMNO walaupun walaun2 kata UMNO tu pemyamun...
SYAITON....
Ni yang dikatakan setan..masa hampa ada kuasa tak pulak disuruhnya PM tamatkan operasi judi..bila hilang kuasa mula melalak macam hantu raya hilang tuan...hawauu punya low buy...
AWAS KONONNYA KEADAAN DI NEGARA EROPAH LOCKDOWN ..INI BERITA PENIPUAN YANG NYATA SEDANG BERLEGAR DI WASSAP. TUJUANNYA UNTUK MENGGUGAT KESTABILAN KERAJAAN PERPADUAN YANG ADA.
Untuk perhatian :
Jerman Lockdown
Austria Lockdown
Amerika dalam keadaan teruk lagi,
Dubai menutup pintu untuk India mulai 1 Dis
*Tolong jaga diri*
Kanada mengharamkan penerbangan masuk dan keluar, dan jumlah kematian harian melebihi 1,000.
Arab Saudi melakukan sekatan penerbangan masuk dan keluar.
Tanzania menutup pintu negara sepenuhnya.
Brazil memasuki babak paling maut, dengan lebih 4,100 kematian hari ini.
Sepanyol telah mengumumkan bahawa keadaan darurat boleh dilanjutkan.
United Kingdom mengumumkan lockdown selama satu bulan.
Perancis lockdown selama 2 minggu. Jerman lockdown selama 4 minggu. Itali mengikuti rapat hari ini.
Kesemua negara/rantau ini telah mengesahkan bahawa gelombang ketiga COVID19 adalah lebih mematikan daripada gelombang pertama & kedua. Oleh itu, kita mesti berhati-hati dan mengambil semua langkah berjaga-jaga.
*Menjadi penyampai makluman antara rakan dan keluarga. Selamatkan semua orang daripada gelombang ketiga.*
*Jangan menilai dengan gelombang kedua sekatan bahawa tiada apa yang berlaku.*
Sejarah memberitahu kita bahawa, seperti selesema Sepanyol 1917-1919, gelombang ketiga adalah lebih berbahaya daripada gelombang pertama dan kedua. Berjuta-juta orang mati.
Malaysia?. Sedang menjemput gelombang ketiga. Sedang sibuk buat perancangan utk menyambut pelancong asing 2023.
*Lindungi diri anda dan Keluarga serta Rakan anda.*
😊🙏🏻 *PILIHAN DIMILIKI ANDA.*🙏🏻😊
Mengekalkan langkah biokeselamatan, memakai topeng, mengekalkan penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, dsb.
Sejarah tidak akan menipu, mari kita renungkan.
__________
Tolong JANGAN simpan maklumat ini untuk diri sendiri, kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda.Untuk perhatian :
Jerman Lockdown
Austria Lockdown
Amerika dalam keadaan teruk lagi,
Dubai menutup pintu untuk India mulai 1 Dis
*Tolong jaga diri*
Kanada mengharamkan penerbangan masuk dan keluar, dan jumlah kematian harian melebihi 1,000.
Arab Saudi melakukan sekatan penerbangan masuk dan keluar.
Tanzania menutup pintu negara sepenuhnya.
Brazil memasuki babak paling maut, dengan lebih 4,100 kematian hari ini.
Sepanyol telah mengumumkan bahawa keadaan darurat boleh dilanjutkan.
United Kingdom mengumumkan lockdown selama satu bulan.
Perancis lockdown selama 2 minggu. Jerman lockdown selama 4 minggu. Itali mengikuti rapat hari ini.
Kesemua negara/rantau ini telah mengesahkan bahawa gelombang ketiga COVID19 adalah lebih mematikan daripada gelombang pertama & kedua. Oleh itu, kita mesti berhati-hati dan mengambil semua langkah berjaga-jaga.
*Menjadi penyampai makluman antara rakan dan keluarga. Selamatkan semua orang daripada gelombang ketiga.*
*Jangan menilai dengan gelombang kedua sekatan bahawa tiada apa yang berlaku.*
Sejarah memberitahu kita bahawa, seperti selesema Sepanyol 1917-1919, gelombang ketiga adalah lebih berbahaya daripada gelombang pertama dan kedua. Berjuta-juta orang mati.
Malaysia?. Sedang menjemput gelombang ketiga. Sedang sibuk buat perancangan utk menyambut pelancong asing 2023.
*Lindungi diri anda dan Keluarga serta Rakan anda.*
😊🙏🏻 *PILIHAN DIMILIKI ANDA.*🙏🏻😊
Mengekalkan langkah biokeselamatan, memakai topeng, mengekalkan penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, dsb.
Sejarah tidak akan menipu, mari kita renungkan.
__________
Tolong JANGAN simpan maklumat ini untuk diri sendiri, kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda.
KERAJAAN MULA SALUR BANTUAN RM10 JUTA BERNAS
Kerajaan mula salur bantuan RM10 juta BERNAS
EmailPrintFriendlShare
Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 bakal disalurkan secara berperingkat mulai awal tahun 2023.
Hal itu dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu dalam satu kenyataan.
“Bantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta disalurkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mohamad, pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas tersebut selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.
“MAFS dan agensi di bawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.
“Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini yang berjumlah RM250 bagi setiap pesawah,” katanya.
Pada awal Disember lalu, BERNAS bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.
KEMENTERIAN EKONOMI PANTAU COVID 19 CHINA
Kementerian ekonomi pantau Covid 19 China
Perkembangan semasa Covid 19 di China yang menghampiri pandemik sedang dipantau rapi oleh Kementerian Ekonomi.
Menterinya Mohd Rafizi Ramli berkata, merebaknya virus Covid varian baharu di negara itu pasti akan menjejaskan dunia kerana China adalah ekonomi kedua terbesar di dunia.
“Malaysia adalah sebuah negara dagangan sudah tentu segala yang berlaku dalam dunia akan ada kesan kepada kita,
“China negara kedua terbesar ekonomi dalam dunia dan sudah tentu kita kena perhatian dengan dekat bagaimana perkembangan keadaan Covid di sana sebab kalau tengok 2 tahun lepas, banyak perkara yang berlaku di China dia ada kesan kepada seluruh dunia termasuk di Malaysia.
“Termasuklah kenaikan mendadak harga barang tertentu kerana kebanyakan aktiviti perkilangan banyak keluar masuk di China. Kalau keadaan Covid di China ada kesan kepada negara itu, maka dia ada kesan kepada kita,” katanya.
Bagaimanapun Rafizi berharap keadaan di China terkawal dan tidak akan mengulangi situasi pandemik 2020 lalu.
Dalam masa sama, katanya kerajaan Malaysia telah mengambil langkah sewajarnya untuk menghadapi gangguan ekonomi yang akan berlaku pada 2023 ini.
“Setakat ini semua keputusan yang diambil Kerajaan Perpaduan sejak sebulan lalu ke arah melindungi dan membantu, terutama IKS dan keluarga rakyat biasa. Kalau tengok kenaikan tarif elektrik untuk IKS dikecualikan sepenuhnya
“Begitu juga kalau tengok tarif gas yang diumumkan minggu lepas, ada sedikit penurunan bergantung kepada sama ada IKS mengunakan bekalan gas atau tidak
“Setakat ini pendekatan kerajaan ialah mengekalkan seberapa yang boleh kemampuan kerajaan kita dan membantu IKS,” katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa mengutamakan rakyat biasa dalam hala tuju negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi global pada 2023.
GELOMBANG PN DI KEDAH AKAN REDA
Gelombang PN di Kedah akan reda
Gelombang sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) di beberapa negeri terutama di Kedah bersifat sementara dan akan reda tidak lama lagi, kata Datuk Dr Ismail Salleh.
Ketua Penerangan Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah itu berkata, gelombang itu tidak akan mampu bertahan kerana diwujudkan melalui tiupan sentimen kaum dan agama oleh pihak tertentu.
“Ramai telah menyedari hakikat permainan sentimen ini hanyalah untuk meraih laba politik dan tidak memberi apa-apa keuntungan dalam usaha pembinaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain faktor itu, beliau melihat kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menarik kembali sokongan rakyat Kedah.
Tegas beliau, Anwar yang dilantik sebagai Perdana Menteri telah membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan kedudukan negara walaupun baru mengambil alih pentadbiran kira-kira sebulan yang lalu.
“Perdana Menteri, bukan saja bercakap malah bertindak dengan menunjukkan contoh terbaik. Keazaman dan kesungguhan untuk membawa negara ini berada di puncak terserlah di samping kekuatan aura peribadi beliau.
“Pengiktirafan mencurah-curah daripada pimpinan seluruh dunia dengan komitmen (komuniti perniagaan antarabangsa) untuk melabur dalam negara ini akan menyegerakan pertumbuhan ekonomi, sekali gus memakmurkan dan mensejahterakan kehidupan rakyat,” katanya lagi.
Selain itu, kata Dr Ismail kerjasama politik antara PH dan Barisan Nasional (BN) yang terbentuk tanpa tersangka susulan keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu akan diterjemah dengan kestabilan politik negara bakal menjadi ancaman kepada PN.
Kerjasama antara dua blok itu yang sudah dimulakan di segenap peringkat mampu menjadi penghalang untuk rakyat memilih PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN)) tidak lama lagi.
“Ini sekali gus memberi kelebihan kepada gabungan PH dan BN seterusnya akan menghadirkan kemenangan dalam PRN akan datang,” kata ADUN Pengkalan Kundor itu dalam kenyataan berkenenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)