SEMBAH TAKZIAH SULTAN AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL MUADZAM SHAH


Dengan perasaan sugul dan dukacita saya bagi pihak keluarga KEADILAN merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta seluruh kerabat baginda dan rakyat negeri Pahang di atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Pahang Ke-5, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah.

Saya, serta seluruh saf kepimpinan dan anggota KEADILAN berdoa agar Allah SWT mengurniakan keampunan dan melimpahkan rahmat buat Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Semoga roh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan ditempatkan bersama golongan yang soleh dan bertaqwa.

Al-Fatihah
ANWAR IBRAHIM


Touch N Go edisi Anwar Ibrahim disahkan palsu


 
 
 
 

PETALING JAYA: Touch ‘n Go hari ini mengesahkan “kad edisi Anwar Ibrahim” yang tular di media sosial sebagai palsu.
Touch ‘n Go dalam kenyataan hari ini menyangkal dakwaan ia menerbitkan kad memaparkan presiden PKR itu dan meminta orang ramai mendapatkan maklumat sahih daripada saluran yang sah.
“Para pelanggan dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi media sosial Touch ‘n Go di Facebook dan Twitter @MyTouchngo untuk maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan kami,” katanya.
Tinjauan di Facebook mendapati terdapat beberapa perkongsian mengenai “kad edisi Anwar Ibrahim” pada harga RM50, RM150 dan RM250 Terdapat juga perkongsian yang mendakwa kad istimewa yang tertera “Hapuskan Tol” boleh didapati secara percuma di kaunter-kaunter Touch ‘n Go terpilih.
Touch ‘n Go meminta orang ramai berhati-hati dengan penipuan di media sosial, dan sebarang keraguan atau pertanyaan boleh diajukan menerusi talian rasminya..


Kementerian Pendidikan belanja puluhan juta untuk Sekolah Kebangsaan


Pendidikan adalah asas penting kepada pembangunan modal insan yang akan mencorakkan hala tuju negara.

Menyedari hakikat itu, Kementerian Pendidikan di bawah teraju Dr Maszlee Malik telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20.7 juta bagi pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi.

Ia diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Oktober lepas dan merupakan sebahagian daripada peruntukan berjumlah RM67.58 juta dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-11 untuk Selangor.

Selain daripada itu, kerajaan PH juga cuba melunaskan janji yang pernah ditabur oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini berhubung sumbangan melibatkan pendidikan.

BN sebelum ini berjanji untuk memberikan sumbangan sebanyak RM1.5 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Lian 2 bagi membantu menampung kos pemindahan yang keseluruhannya berjumlah RM8.5 juta.

RM7 juta telah dikumpul sendiri oleh ahli lembaga sekolah berkenaan.

Semasa pentadbiran BN, Menteri Pendidikan ketika itu berjanji untuk menyumbang sebanyak RM1.5 juta kepada sekolah berkenaan.

Janji sama pernah diulang sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 oleh BN iaitu kerajaan BN akan menyumbang RM1 juta jika sekolah berkenaan dapat mengumpul RM1 juta.

Kedua-dua janji berkenaan tidak pernah ditunaikan oleh kerajaan BN sehingga menyebabkan SJKC Hua Lian 2, yang siap dan beroperasi pada Januari 2018 lalu, menanggung hutang sebanyak RM1.5 juta.

Prihatin dengan masalah itu, kerajaan PH mengambil keputusan untuk membantu sekolah berkenaan. 

NAJIB ARAH TENTERA SIBER UMNO SERANG DAP – KIT SIANG

POLITIK PERKAUMAN, AGAMA EKSTREM LAHIRKAN PENGGANAS

SINGKIR MASZLEE: ADUN DAP BUAT LAPORAN POLIS

(function() { var d = document, w = window; w

Aliran wang haram: 'Kerajaan akan siasat, walau dah berlaku sejak 2012'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan men...