PESANAN KHAS COVID 19-RAKYAT HARUS SENTIASA BERHATI HATI . INI BERITA SOHEH DAN BUKAN BERITA PELESU MACAM NAJIB TIPU RAKYAT.DALAM 1MDB DAN LCS.

 

China beri amaran kemunculan semula jangkitan Covid-19





China pada Rabu mencatatkan 614 jangkitan tempatan baharu pada minggu lalu, termasuk 559 kes di wilayah Hainan. (Gambar AP)

BEIJING: China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan Covid-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Mi Feng, berkata sembilan daerah di peringkat wilayah di China masing-masing telah melaporkan lebih 100 kes Covid-19 sejak Ogos, dengan lebih 2,000 jangkitan di Hainan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Pegawai itu juga menyebut bahawa wabak Covid19 terbaharu di bandar pesisir pantai Sanya di wilayah Hainan di selatan China merebak cepat, selain wabak di peringkat wilayah seperti Xinjiang, Mongolia Dalam dan Guangdong sedang menular dengan pantas.

Kes yang dilaporkan baru-baru ini di Wilayah Autonomi Tibet juga mencetuskan risiko penularan yang tinggi, kata Mi sambil menambah bahawa keadaan epidemiologi di beberapa wilayah yang sebelum ini melaporkan mengenai jangkitan telah dapat dikawal.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

NHC mengumumkan bahawa tanah besar pada Rabu mencatatkan 614 jangkitan tempatan baharu pada minggu lalu, termasuk 559 kes di wilayah Hainan, lapornya.

KEH..KEH.MAKAN UBAT .....LARI DALAM NEGERI JA PUN- AWAT LA TAK LARI JAUH SIKIT...POLIS MALAYSIA BUKAN CAP AYAM TAU...VIDEO DISERTAKAN

 




3 termasuk suspek utama serang ustaz, pelajar tahfiz ditahan

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Tangkap layar video serangan di sebuah pusat tahfiz yang tular di media sosial.

PETALING JAYA: Tiga lagi suspek yang menjadi buruan polis selepas didakwa terlibat dalam serangan terhadap seorang ustaz dan pelajar di sebuah tahfiz Jalan Cheneras, Lipis, Pahang, berjaya ditahan hari ini.

Dua termasuk seorang suspek utama ditahan pada 2 pagi di Terengganu manakala seorang lagi suspek ditahan di Felda Lepar Utara 1, Jerantut, 8 pagi.

Ketua Polis Lipis, Azli Mohd Noor, berkata tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek dilakukan selepas penahanan dua suspek semalam.

Katanya, ketiga-tiga suspek itu ditahan untuk proses dokumentasi dan polis akan mendapatkan perintah reman daripada mahkamah.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan,” katanya menurut Sinar Harian.

Azli berkata, siasatan mendapati kelima-lima suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, mereka turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957.

“Ujian saringan awal ke atas ketiga-tiga suspek berusia 30an itu mendapati mereka positif heroin,” katanya.

Semalam, media melaporkan lima suspek bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat berkenaan, di mana tiga daripada mereka menyerang seorang ustaz dan juga seorang pelajar.

Kejadian berlaku pada 6.43 petang kelmarin di mana pengadu iaitu pelajar tahfiz yang dipukul membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis.

Polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila salah seorang suspek tidak puas hati terhadap ustaz terbabit kerana pembayaran makanan di pusat tahfiz berkenaan.

Akibat kejadian itu, ustaz terbabit menerima empat jahitan di mata kanan, cedera di tangan dan lebam di badan manakala pelajar tersebut cedera di badan.

Video kejadian itu tular, memaparkan lima suspek bersama seorang pelajar pergi ke pusat tahfiz tersebut dengan tiga daripadanya menyerang seorang penjaga pusat tahfiz dan pelajar menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

KAMI TAK JEMU KERANA PIMPINAN KAMI DALAM PH MASIH BOLEH DIPERCAYAI DAN DAPAT DIHARAP MENJAGA NEGARA

 

SAMSUDIN NAWAWI



ADAKAH LCS akan jadi bahan kempen PRU 15 nanti?

SUDAH TENTU!

Tidak seperti scandal (atau scam) lain seperti 1MDB SRC YAB, LCS ini gempar akibat laporan PAC.

Kebetulan pula PAC itu anggota nya semua politicians. Politicians dari berbagai parti politik dan Pengerusinya dari DAP, Timbalan nya dari Bersatu.

Umno ada 3 wakil tapi ikut laporan dan juga Hansard mereka kurang memainkan peranan samada membela atau menekan. Tidak lah boleh nak label mereka "cari makan" tapi kalau nak kata mereka "jaga badan atau sayang body" pun bertepatan.

Beberapa orang prof, prof madya dan Dr. berpendapat LCS ini tidak akan jejaskan sokongan kepada Umno BN. Tambahan pula apabila PM Ismail Sabri telah umumkan akan benarkan public baca dokumen2 yang sulit dan rahsia terutama laporan forensik odit negara.

Apabila kerajaan telus maknanya nothing to hide.

Harap2 kali ni nothing to hide tak jadi macam dulu bukan lari malam tapi lari tak nak naik pentas.

Tambahan pula point of attack yang dibuat dalam scandal or scam LCS ini kepada dua individu (or mungkin 3) sahaja.

Bossku (ada yang sebut Boss Lu (but definitely not Boss gua), Zahid YAB (ada yang kata Jahid Ponorogo) dan yang ketiga (tapi optional) ialah H20 (ada yang panggil Mat Vape)

Attack Bosslu dgn Jahid YAB umpama serang orang yang sudah terguling. Kalau wrestling hanya tunggu atas kiraan 3 dia masih boleh bergerak atau dia tepuk2 lantai tanda submission.

H20 kena attack sebab masa dia Menhan ada upacara lancar KD Maharaja Lela, Sultan dan Raja Perempuan Perak pun berangkat mencemar duli.

Rupa2nya itu bukan lancar kapal dah siap tapi hanya nak tengok kapal itu masuk laut tengelam atau timbul.

Kata mereka kalau nak lancar tengelam atau timbul, takkan buat replica mast sampai 400k? Plywood aje pun! Itu lah kata2 mengejeknya!

Nampaknya attack pasal LCS ini macam lori gelek ayam pencen sahaja. Mula tu gempar lah satu kampung. Apa hal lah lori jalan laju kawasan kampung. Dah tergelek ayam orang kampung!

Tapi bila tengok ayam yg kena gelek itu, tuanpunya ayam kata, 'tak apa lah, saya redho lah...ayam itu pun ayam pencen dah'

Dalam pada itu ada pulak CEO LTAT masuk daun. Dia kata dia terlibat dalam pemulihan projek LCS itu. Ini kira macam mamat yang balik kampung kata dia hebat di KL. Macam2 projek dia buat di KL. Orang kampung ternganga dengar cerita dia. Tapi bila siasat, mamat ini juga lah terlibat dengan Dudley House di Australia. Itu masa dia kerja di Mara. Itu sudah macam tikus baiki labu!

Dalam PRU baik yang sebelum PRU 14 mahupun PRU 14 sekali pun, pengundi ada macam2 jenis. Ada yang tengok parti, ada yang tengok muka dan tak kurang juga yang main pangkah ikut suka dia jer.

Masa dia pangkah itu jarang sangat yang kata "aku pangkah DAP sebab ada scandal/scam 1 MDB" Atau "aku pangkah sebab LCS"

Masing2 memangkah sebab alasan masing2 dan ada juga yang memangkah ikut apa arahan yg didapat pagi itu (ini kuli ikut arahan tokey lah lebih kurang atau geng ikut arahan kepala gengstar).

Biasanya juga dari pengalaman sudah2, bila parti kemukakan calon baru yang lebih 'ade sinyum', pengundi akan pangkah dia. Kalau balik2 muka itu, ada juga kata 'aku jemu dah, malas aku nak keluar ngundi lah!'

So, PRU 15 ini masih lagi an open fight lah. Masing2 ada peluang.

Saya secara peribadi kalau balik2 muka itu, minta maap lah, saya malas nak mengundi.

Jemu lah!

 

 

MB NUSI- MANA DIA PENDEDAHAN PASAI BUKIT INAS- BETOI KA APA YANG MUKHRIS CAKAP NI KATA- JOM BACA

SAIFUL IZHAM RAMLI





Betoi ka dakwaan bekas MB Kedah, DS Mukhriz Mahathir ni ttg isu sebenar disebalik kerja2 penggondolan Gunung Inas yang membawa kepada bencana banjir lumpur di Kg Iboi, Kupang, Baling, Kedah???

Nampaknya YAB MB sekarang atau team medianya kena segera menjawab sebelum apa yg didedahkan ini menjadi satu fakta pahit yg perlu ditelan oleh rakyat di Kedah.

Jangan dok gempaq merata, habaq kata kononnya ada segala fakta dan dokumen, tapi tak dedah2kan sampai la ni.

Rakyat Kedah akan teruih perati. Jangan ingat rakyat Kedah bodo piang mcm para walaunta-walauntit yg akan percaya bulat2 tanpa berfikir waras.

Pikiaq2lah seniri...

################################

Bekas MB tampil dedahkan hubungan antara Sanusi dan syarikat yg didakwa gondol Gunong Inas

Negara Merdeka

July 12, 2022 6:12 pm

Keputusan untuk menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian musang king di Gunung Inas dilakukan bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ditadbir oleh Menteri Besar Kedah ketika itu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan tersebut gagal melaksanakannya menyebabkan Aman Mega Sdn Bhd dilantik mengambil alih tanggungjawab itu.

Menurutnya, bagaimanapun syarikat berkenaan kemudiannya bertukar pemilik selepas dibeli oleh syarikat ECK.

“Ketika Ahmad Bashah terajui Kedah, ECK dibenarkan menanam durian.

“Untuk makluman, syarikat ECK juga menaja pasukan bola sepak Kedah ketika itu, yang kemudiannya dianugerahkan projek mega lapangan terbang antarabangsa (KXP) oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dilaporkan Sinar.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, terkini difahamkan Muhammad Sanusi membatalkan anugerah terbabit kerana akhirnya terbukti ECK tidak mampu melaksanakan projek mega tersebut, seperti yang pernah beliau bangkitkan beberapa kali sebelum ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Jerlun itu berharap tiada lagi pihak tertentu yang membuat tuduhan liar terhadap beliau dan kerajaan negeri pimpinannya ketika mentadbir Kedah sebanyak dua kali, semata-mata untuk mengaburi mata rakyat daripada kebenaran.

“Kebanyakan komen berkaitan penanaman durian musang king dianggap antara punca berlakunya bencana, namun perlu dilihat kawasan Hutan Simpan Kekal di Gunung Inas telah ditukar statusnya kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007, dijenamakan kepada Ladang Sejahtera oleh kerajaan Pas pada 2008.

“Untuk melaksanakan ladang di tanah hutan, tentunya pokok hutan perlu ditebang. Yang ditebang bukan hanya pokok bernilai tinggi, tetapi ditebang bersih atau ‘cuci mangkuk’ untuk tanaman semula pokok TLC atau pokok hutan yang diluluskan Jabatan Perhutanan.

“Inilah yang dilakukan kerajaan Pas seperti diakui Menteri Besar sendiri. Adakah kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dibuat pada ketika tebang bersih itu dilakukan?” soal Mukhriz.

Menurut Mukhriz yang menerajui Kedah sebagai Menteri Besar bermula Mei 2013 hingga Februari 2016 di bawah era Barisan Nasional (BN) manakala antara Mei 2018 hingga Mei 2020 bawah era Pakatan Harapan (PH), sekitar 2012-2013, beliau antara pihak yang membantah projek Ladang Sejahtera di Kedah.

“Saya bantah bukan kerana pokok yang hendak ditanam, tetapi kerana hutan simpan digondolkan".

“Malah pengalaman projek Ladang Rakyat di Kelantan oleh kerajaan Pas di sana menunjukkan kerja-kerja penanaman semula tidak dilakukan secara serius, mengakibatkan banjir di negeri tersebut,” ujarnya.

Mukhriz memaklumkan, apabila kembali sekali lagi pada tahun 2018 dan menjadi Menteri Besar Kedah, beliau memutuskan untuk mengehadkan penanaman durian kepada hanya 20 peratus kerana kerja penanaman sudah mencapai tahap tersebut.

“Jabatan Alam Sekitar benarkan peratusan itu untuk tanaman selain TLC dan tujuh spesis pokok hutan yang lain.

“Perlu diingatkan, penanaman semula walaupun melibatkan kerja teres tanah, bukanlah punca hakisan tanah dan banjir.

“Bencana tidak akan berlaku sekiranya hutan simpan tidak disentuh untuk pembalakan pokok bernilai tinggi serta aktiviti tebang bersih atas alasan Ladang Sejahtera sebelum 2013,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mukhriz selaku Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi banjir dan kepala air di Kupang, Baling pada petang Isnin lalu yang meragut nyawa tiga mangsa.

“Jentera sukarelawan Pejuang turut turun padang membantu mangsa dengan mengedarkan makanan bermasak selain mencuci rumah yang dimasuki lumpur,” katanya.

Pada Isnin, Muhammad Sanusi tegaskan, kelulusan ladang hutan untuk tanaman getah TLC di Gunung Inas dilakukan pada era pemerintahan BN pada 2007, bukannya oleh kerajaan Pas pimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Beliau maklumkan kawasan ditanam durian musang king terbabit dipercayai dilakukan penebangan balak antara tahun 2018 dan 2019.

Sebelum itu, Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya sebelum ini mempunyai kaitan dengan projek ladang durian musang king di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi kepala air di Baling.

Link asal berita

negaramerdeka.com

 


 

KENYATAAN MEDIA PKR

KENYATAAN MEDIA

 

13 Ogos 2022

 

Biropolitik dan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini.

 

Sistem pendaftaran keanggotaan parti KEADILAN akan dibuka semula bermula 15hb Ogos 2022 melalui sistem ADIL.

 

MPP telah dimaklumkan bahawa wakil-wakil KEADILAN ke Jawatankuasa-Jawatankuasa Pakatan Harapan adalah seperti berikut:

 

Rundingan Kerusi: Sdr Rafizi Ramli (ketua), Sdr Saifuddin Nasution, Sdri Nurul Izzah, Sdr Chang Lih Kang, Sdr Amirudin Shari

 

Strategi: Sdr Amirudin Shari (ketua), Sdr Akmal Nasir, Sdr Sim Tze Tzin, Sdr Sivarasa Rasiah

 

Manifesto: Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad (ketua), Sdr Wong Chen, Sdri Raiyan Abd Rahim, Sdr Manivanan Gowin

 

Mobilisasi: Sdr Aminuddin Harun (ketua), Sdr Yahya Sahri, Sdr David Cheong, Sdr Yuneswaran Ramaraj

 

MPP juga telah dimaklumkan berkenaan lantikan bagi jawatan-jawatan berikut:

 

Timbalan Setiausaha Agung: Sdr Muhamad Zakwan Mustafa Kamal, Dr Sathia Prakash, Sdr Teh Wei Wei

 

Timbalan Ketua Penerangan: Sdr Ramanan Ramakrishnan, Sdr Chua Wei Kiat, Sdr Razeef Rakimin

 

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat: Sdr Rafizi Ramli

Timbalan: Sdr Manivanan, Sdr Tan Kar Hing, Sdri Rodziah Ismail

 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti: Dr Zaliha Mustafa

 

Pengerusi Lembaga Disiplin: Dr Tan Yee Kew

Timbalan: Dr Madhi Hassan & Sdri Sivamalar

 

Pengarah Dasar: Sdr Wong Chen

Timbalan: Dr Fahmi Ngah, Sdr Arif Astaman

 

Pengarah Strategi: Sdr Akmal Nasir

Timbalan: Sdri Raiyan Abd Rahim & Sdr Sim Tze Tzin

 

Pengarah Komunikasi: Sdr Lee Chean Chung

Timbalan: Sdr Danish Hairuddin

 

Pengarah Pendidikan: Dr Maszlee Malik

 

Bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaan parti, jentera dan anggota dalam menghadapi PRU15 yang mungkin berlaku dalam masa terdekat, MPP juga memutuskan bahawa satu Konvensyen Pilihanraya akan diadakan pada Sabtu, 27hb Ogos 2022 di Shah Alam.

 

Fahmi Fadzil

Ketua Penerangan KEADILAN

 

 


Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini


Bernama
Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini
Adnan berkata pihaknya berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
LAHAD DATU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam terutama melibatkan sistem saraan pada 30 Ogos ini.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.
"Diharap ada khabar gembira daripada Perdana Menteri pada perhimpunan bulanan penjawat awam hujung bulan ini.
"Pada luaran, orang melihat penjawat awam bahagia, namun hakikatnya tiada siapa yang mengetahui melainkan penjawat awam itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Cuepacs Bersama Penjawat Awam di sini pada Jumaat.
Menurutnya, satu mesyuarat kongres Cuepacs telah diadakan di Kota Kinabalu pada Jun lepas dan segala input yang diperoleh berkaitan keperluan penjawat awam, sudah disampaikan kepada kerajaan.
Cuepacs menurutnya berjuang memastikan kebajikan penjawat awam terjamin sewaktu negara berhadapan pandemik COVID-19 dan akhirnya bersetuju memberi antaranya bantuan khas.
-- BERNAMA

TKTOK=NASIHAT BUAT ORANG YANG RAPAT DENGA HADI AWANG SUPAYA NASIHATLAH HADI AWANG AGAR CAKAP BIAR BERFAKTA


 

TIKTOK{ AHLI PAS CAKAP ..PAS DAH KE LAUT


 

SKANDAL LCS, SEDIAKAH RAKYAT LAKUKAN PERUBAHAN?


 Asalnya saya tak bercadang menulis lagi tentang isu ini kerana sudah terlalu ramai yang memberi komentar. Media sosial pula telah bertali arus menyiarkannya.

Malah, saya sudah bangkitkan isu ini sejak awal tahun lagi, sebelum isu ini ‘meletup’ ini berikutan laporan dari PAC baru-baru ini.

Baca ulasan saya mengenai LCS pada 30 Januari 2022: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=490304589132941&id=100044602112010

Namun pendedahan demi pendedahan yang timbul sehari dua ini benar-benar mengganggu fikiran saya. Bukan sikit jumlah yang telah dibelanjakan kerajaan namun seperti biasa hasilnya entah ke mana. Saya tak tergambar bagaimana mereka yang terlibat sanggup melakukan pengkhianatan sebegitu besar tanpa rasa bersalah.

Bukan sejuta atau dua juta tetapi RM9 billion !!! Rasa nak pengsan mendengarnya.

Apakah mereka ini tidak ingat Tuhan? Apakah sistem yang ada hari ini sangat ampuh sehingga begitu senang duit rakyat hilang? Manusia jenis apakah mereka ini atau memang mereka ini bukan manusia?

Sebut lah apa istilah yang saudara mahu; pengkhianat, penipu, perasuah, penzalim – saya rasa semuanya sesuai dengan mereka.

Kini masing-masing mula menuding jari kepada orang lain; orang itu kata orang ini yang buat, parti itu kata parti sana yang buat, kerajaan sana kata kerajaan dulu yang lakukan.

Pening rakyat mendegarnya. Memang benarlah apa sahabat saya katakan, hasil kajian yang beliau lakukan mengenai sentimen rakyat terhadap politik; hampir 90% rakyat sudah benci dengan orang politik.

Namun seperti kata seorang penceramah terkenal; keadaan pemimpin yang ada sekarang ini melambangkan keadaan rakyat.

Kalau yang di atas itu rosak bermakna rakyat juga rosak sebab rakyat yang memilih mereka. Jadi jangan kita salahkan pemimpin tetapi salahkan diri kita sendiri yang memilih mereka.

Persoalanya; bersediakan rakyat untuk berubah?

Saudara-saudari renunglah sedalam-dalamnya.

Aminuddin Yahaya

Pengerusi PEMBELA

13 Ogos 2022

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/986572/isu-lcs-akibatkan-kerugian-wang-rakyat-rm9-bilion.



TUUUU DIAAAAA.....MACAI KENA BACA NI- YANG DOK BUAT TIKTOK JADI CERDIK SIKIT. ‘NAJIB ARAH PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB UNTUK LINDUNGI DIRINYA’


 Seorang pegawai SPRM hari ini berkata bekas perdana menteri Najib Razak ingin meminda laporan audit 1MDB pada 2016 atas tujuan melindungi dirinya daripada kesan undang-undang.

Hanif Lami berkata demikian ketika prosiding di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dia merupakan saksi pendakwaan ke-16 dalam kes pinda laporan audit 1MDB terhadap Najib dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Dia berkata itu merupakan kesimpulannya berhubung sebab Najib menggunakan kedudukannya selaku bekas perdana menteri untuk mengarahkan pindaan dibuat sebelum laporan dibawa ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016.

Katanya lagi, itu juga menjadi sebab kenapa Arul Kanda didakwa terlibat dalam meminda laporan tersebut.

“Keputusan siasatan saya mendapati perkara ini dibuat oleh tertuduh pertama dan kedua (Arul Kanda dan Najib) untuk melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah berkaitan operasi 1MDB,” dakwanya.

Hanif yang merupakan pegawai siasatan bagi kes tersebut berkata Arul Kanda bersubahat dengan Najib dalam pindaan laporan audit 1MDB pada 24 Februari 2016 sebelum ia dibawa ke PAC.

“Tertuduh kedua (Najib) dalam kes ini mengarahkan Shukry Mohd Salleh, ketika itu ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri, untuk dapatkan laporan audit 1MDB dan serahkan salinan kepada tertuduh pertama (Arul Kanda), ketika itu CEO 1MDB, untuk diteliti,” dakwanya lagi.

Katanya lagi, Najib kemudian mengarahkan mesyuarat diadakan di pejabatnya pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri Ambrin Buang (ketika itu ketua audit negara) dan Ali Hamsa (ketika itu ketua setiausaha negara).

Ketika mesyuarat itu, dakwanya, Najib mengarahkan Ali untuk mengadakan mesyuarat antara Jabatan Audit Negara dan dirinya untuk membincangkan sebarang isu yang ingin dibangkitkannya dalam laporan itu, dan laporan itu tidak akan diterbitkan selagi dia tidak memberi lampu hijau.

Ia membawa kepada satu lagi mesyuarat dua hari kemudian, pada 24 Februari 2016, yang dipanggil oleh Ali dan dihadiri Arul Kanda, dakwanya lagi.

Susulan mesyuarat itu, dakwanya, pindaan dibuat terhadap empat isu dalam laporan, antaranya berhubung dua versi berbeza penyata kewangan 1MDB untuk 2014, dan isu kehadiran Low Taek Jho dalam mesyuarat lembaga 1MDB.

“Susulan mesyuarat itu laporan auditi 1MDB, yang dibentang pada PAC pada 4 dan 7 Mac 2016, dipinda ekoran arahan daripada tertuduh kedua,” katanya lagi.

Kenyataan saksi bertulis Hanif dibaca ketika pemeriksaan utama dengan timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Rahmat Hazlan, saksi menafikan siasatan terhadap tertuduh dibuat secara tergesa-gesa dan tidak adil.

Rahmat bertanya berkenaan dakwaan siasatan yang pantas terhadap Najib pada 2018, di mana laporan SPRM dibuat pada 26 November, kenyataan Najib dirakam pada 6 Disember, Najib ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 10 Disember, dan didakwa di mahkamah pada 12 Disember.

Rahmat: Ia berjalan dengan sangat pantas. Saya katakan yang Najib tidak diberi siasatan penuh dan adil.

Haniff: Tak Setuju

Perbicaraan di depan Zaini akan bersambung pada 18 Ogos, di mana pasukan pembelaan Najib dan Arul Kanda akan meneruskan pemeriksaan balas dengan Haniff.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk menjadikan Arul Kanda sebagai saksi utama terhadap Najib.

Pasukan pembelaan Najib belum menyelesaikan pemeriksaan balas dengan Arul Kanda dan ia akan disambung dalam perbicaraan akan datang.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/631859