SAMSUDIN NAWAWI
ADAKAH LCS akan jadi bahan
kempen PRU 15 nanti?
SUDAH TENTU!
Tidak seperti scandal (atau scam) lain seperti 1MDB SRC YAB, LCS
ini gempar akibat laporan PAC.
Kebetulan pula PAC itu anggota nya semua politicians.
Politicians dari berbagai parti politik dan Pengerusinya dari DAP, Timbalan nya
dari Bersatu.
Umno ada 3 wakil tapi ikut laporan dan juga Hansard mereka
kurang memainkan peranan samada membela atau menekan. Tidak lah boleh nak label
mereka "cari makan" tapi kalau nak kata mereka "jaga badan atau
sayang body" pun bertepatan.
Beberapa orang prof, prof madya dan Dr. berpendapat LCS ini
tidak akan jejaskan sokongan kepada Umno BN. Tambahan pula apabila PM Ismail
Sabri telah umumkan akan benarkan public baca dokumen2 yang sulit dan rahsia
terutama laporan forensik odit negara.
Apabila kerajaan telus maknanya nothing to hide.
Harap2 kali ni nothing to hide tak jadi macam dulu bukan lari
malam tapi lari tak nak naik pentas.
Tambahan pula point of attack yang dibuat dalam scandal or scam
LCS ini kepada dua individu (or mungkin 3) sahaja.
Bossku (ada yang sebut Boss Lu (but definitely not Boss gua),
Zahid YAB (ada yang kata Jahid Ponorogo) dan yang ketiga (tapi optional) ialah
H20 (ada yang panggil Mat Vape)
Attack Bosslu dgn Jahid YAB umpama serang orang yang sudah
terguling. Kalau wrestling hanya tunggu atas kiraan 3 dia masih boleh bergerak
atau dia tepuk2 lantai tanda submission.
H20 kena attack sebab masa dia Menhan ada upacara lancar KD
Maharaja Lela, Sultan dan Raja Perempuan Perak pun berangkat mencemar duli.
Rupa2nya itu bukan lancar kapal dah siap tapi hanya nak tengok
kapal itu masuk laut tengelam atau timbul.
Kata mereka kalau nak lancar tengelam atau timbul, takkan buat
replica mast sampai 400k? Plywood aje pun! Itu lah kata2 mengejeknya!
Nampaknya attack pasal LCS ini macam lori gelek ayam pencen
sahaja. Mula tu gempar lah satu kampung. Apa hal lah lori jalan laju kawasan
kampung. Dah tergelek ayam orang kampung!
Tapi bila tengok ayam yg kena gelek itu, tuanpunya ayam kata,
'tak apa lah, saya redho lah...ayam itu pun ayam pencen dah'
Dalam pada itu ada pulak CEO LTAT masuk daun. Dia kata dia
terlibat dalam pemulihan projek LCS itu. Ini kira macam mamat yang balik
kampung kata dia hebat di KL. Macam2 projek dia buat di KL. Orang kampung
ternganga dengar cerita dia. Tapi bila siasat, mamat ini juga lah terlibat
dengan Dudley House di Australia. Itu masa dia kerja di Mara. Itu sudah macam
tikus baiki labu!
Dalam PRU baik yang sebelum PRU 14 mahupun PRU 14 sekali pun,
pengundi ada macam2 jenis. Ada yang tengok parti, ada yang tengok muka dan tak
kurang juga yang main pangkah ikut suka dia jer.
Masa dia pangkah itu jarang sangat yang kata "aku pangkah
DAP sebab ada scandal/scam 1 MDB" Atau "aku pangkah sebab LCS"
Masing2 memangkah sebab alasan masing2 dan ada juga yang
memangkah ikut apa arahan yg didapat pagi itu (ini kuli ikut arahan tokey lah
lebih kurang atau geng ikut arahan kepala gengstar).
Biasanya juga dari pengalaman sudah2, bila parti kemukakan calon
baru yang lebih 'ade sinyum', pengundi akan pangkah dia. Kalau balik2 muka itu,
ada juga kata 'aku jemu dah, malas aku nak keluar ngundi lah!'
So, PRU 15 ini masih lagi an open fight lah. Masing2 ada peluang.
Saya secara peribadi kalau balik2 muka itu, minta maap lah, saya
malas nak mengundi.
Jemu lah!