MINYAK TURUN HASIL KERAJAAN PINTU BELAKANG?



Bila kerajaan umum penurunan harga minyak lebih 19 sen hari ini.. baca komen Sahabat PAS..depa kata Nampak tak, Kerajaan baru hari ini..Minyak turun banyak..walhal sorang Menteri pun belum dilantik.. Punya lah Jahil..

 Apa yang diumum hari ini..Mekanisma, cara pengiraan apungan harga minyak itu kekal sama sepertimana zaman PH.. Depa ni bukan tau pasal harga minyak Dunia.. depa lebih tau pasai angka nombor ekor dari harga komiditi dan Saham..

Kalau Tun jadi PM lagi pun.. itulah harga yang turun.. Memang harga minyak Dunia hari ini menjunam akibat fenomena penularan wabak Covid-19.. jatuh lebih 20% dalam tempoh 2 Minggu..

Masa malam Move Sheraton 24 FEB, dan Mesyuarat majlis Presiden PH 21 FEB.. Harga minyak Dunia pada ketika itu masih berlegar pada harga USD 59..Petang tadi Jatuh lebih USD 11 kepada USD 47... Jatuh lebih 20% dalam tempoh 2 minggu.....

Ramai dari kita seronok sebabnya harga minyak turun dengan banyak..pada depa..kalau harga minyak turun banyak..maka harga barang keperluan dan makanan akan turun.. Tidak..ia takkan berlaku...harga Nasi lemak dan Nasi ayam makcik Kiah tetap sama.. begitu juga harga roti telur bawang kedai mamak..sepatutnya kita kena bimbang..bukan seronok..Kenapa kita perlu bimbang.. ?

Sebab hasil negara kita..Hatta Royalty Terengganu dan Kelantan bergantung penuh kepada harga minyak dan keuntungan Petronas... Hari ini, harga minyak Dunia diparas yang rendah..Lebih kurang 30% rendah berbanding unjuran Belanjawan 2020.. Jadi apa akan jadi jika Petronas merekodkan keuntungan yang rendah ? dan ia sudah pun berlaku untuk suku ke 4 tahun lepas..

Memang benar, Pada tahun 2017 harga minyak Dunia pernah turun bawah USD 50.. Tapi pada ketika itu kita tidak menghadapi ancaman ekonomi, Perang dagang US-China.. apalagi ancaman kelemesetan Ekonomi dari penularan wabak COVID-19...  bukan hanya sektor pelancongan..Hatta ia akan menjejaskan permintaan Eksport dan Import negara...

malah komoditi sawit yang melonjak lebih RM 3 ribu satu tan hujung tahun 2019..hari ini kembali menyusut bawah RM 2500...dalam keadaan Ekonomi yang lembab..ditambah polemik dan kestabilan Politik hari ini.. sepatutnya ia menjadi kebimbangan utama kita..

Sepatutnya kita tak terlalu gembira... Boleh jadi kita akan menempuh tahun kemelesetan ekonomi.. itu sebabnya pada hari Azmin melakukan Move Sheraton..Lim Guan eng sibuk menyiapkan draf pakej ransangan ekonomi..Sebab depa dah jangka harga minyak dunia akan turun..Apalagi jika yang pimpin Negara hari ini dikalangan penyamun dan perasuah,, lebih teruk ianya kerajaan rampasan kuasa yang tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa.....

Sebenanrya Move Sheraton itu bukan gerakan menjatuhkan Kerajaan PH..apa yang aku lihat ia lebih menjatuhkan dan emnsabotaj ekonomi Negara.. :)

Ipohmali

DARI KADIR JASIN

CERITA ini panjang kerana mustahil boleh diceritakan dengan ringkas.

Jalan cerita atau naratif penyokong Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari lalu mengandungi beberapa elemen. Antaranya:

1. Bersatu mesti menjadi parti Bumiputera-Melayu terbesar di Malaysia dengan mengambil alih peranan Umno yang sudah rosak;

2. Bersatu tidak boleh menarik sokongan Bumiputera-Melayu selagi bekerjasama dengan DAP dalam PH dan sedikit sebanyak dengan PKR kerana ia mempunyai perwakilan bukan Melayu yang besar;

3. Bersatu wajib keluar PH bagi menyelamatkan Dr Mahathir daripada dihina oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu beliau segera menyerahkan kuasa kepada idola mereka; dan

4.DAP tidak boleh dipercayai untuk menyokong dan mempertahankan Dr Mahathir.

Oleh sebab ramai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mentah dalam politik tetapi bercita-cita tinggi atau tamak (atau kedua-duanya sekali), mereka percaya kepada naratif di atas.

Maka dalam mesyuarat MPT 23 Februari, mereka tidak peduli lagi penjelasan dan rayuan tuan tubuh, iaitu Tun Dr Mahathir, bahawa beliau mempunyai sokongan Majlis Presiden PH.

Oleh sebab itu, Dr Mahathir meraya agar ahli MPT tidak tergesa-gesa mengambil keputusan keluar PH.

Penjelasan beliau mengenai keputusan Majlis Presiden PH dalam mesyuarat 21 Februari yang memberikan sepenuh mandat dan kepercayaan kepada beliau untuk mentadbir sehingga selepas Sidang Kemuncak APEC dan menyerahkan kepada beliau menentukan tarikh peralihan kuasa selepas itu, tidak diendahkan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Hakikat bahawa Dr Mahathir tidak berbohong atau memberikan interpretasi yang salah semakin terbukti selepas Bersatu keluar PH dan kerajaan PH roboh.

Beberapa orang pemimpin PH telah mula bercerita di media massa bagaimana, menjelang tengah malam 29 Februari, apabila Dr Mahathir kembali menjadi calon PM, telah diputuskan yang Anwar bersedia untuk tidak menyertai Kabinet dan Lim Guan Eng sama ada digugurkan atau tidak lagi menjadi Menteri Kewangan.

Maksudnya, terdapat tolak ansur yang luas di kalangan pemimpin PH di mana Dr Mahathir diberikan ruang untuk bertindak supaya PH terus mempunyai majoriti di Parlimen.

Hari Pengkhianatan

Tapi penjelasan Dr Mahathir kepada MPT Bersatu pada 23 Februari umpama mencurah air ke daun keladi.

Maka terpahatlah tarikh itu sebagai hari pengkhianatan, mabuk kuasa dan strategi hambar oleh majoriti ahli MPT.

Rayuan Dr Mahathir pada mesyuarat itu mudah saja: “Jangan paksa saya langgar prinsip saya. Jangan halang saya tunaikan janji saya.” Itu pun tidak dihiraukan.

Seolah-olah dirasuk syaitan, majoriti ahli MPT menekan dan membantah sehingga Setiausaha Politik Dr Mahathir ketika itu, Muhammad Zahid Mat Arip, menepuk meja dan berkata “buat kali pertama saya menyokong Tan Sri Muhyiddin.”

Adalah diketahui umum bahawa Zahid bukan saja tidak sukakan Muhyiddin malah sering mempersendakan Presiden Bersatu itu.

Selapas Bersatu keluar PH, adakah ia lebih kuat dan dihormati? Adakah orang Melayu berduyun-duyun menyertainya? Adakah Umno yang rosak itu kini hancur lebur?

Apakah penyingkiran Adun Bersatu, Sahruddin Jamil, sebagai Menteri Besar Johor dan digantikan oleh Adun Umno tanda kekuatan dan kejayaan Bersatu selepas keluar PH?

Atau memang strategi Muhyiddin dan para penyokongnya hendak menyerah balik Johor kepada Umno?

Kuat dan Berani?

Kalau Bersatu kuat dan “Perikatan Nasional” kuat mengapakah tidak umumkan berapa orang ahli Dewan Rakyat yang tandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin?

Kalau kuat kenapa takut ke Parlimen sehingga memaksa sidang ditunda daripada 9 Mac kepada 18 Mei?

Kalau Bersatu kuat dan dihormati, mengapakah Adun Bersatu ditendang macam anjing kurap oleh Umno di Melaka?

Nampaknya Umno tetap Umno – hegemonik – dan Bersatu jadi lembu dicucuk hidung. Kalau orang Umno mengenang budi, tentulah mereka iktiraf jasa bekas Adun Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, yang bermati-matian mahu Bersatu keluar PH sehingga ada orang berkata kerana dia dijanjikan jawatan Ketua Menteri oleh Umno.

Rafiq (duduk kanan sekali) kena main dengan Umno
Di Perak belum tentu apa akan jadi. Buat masa ini Bersatu telah hilang kerusi MB. Adun tunggal Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang menjadi MB sejak PH menang, juga mahu Bersatu keluar PH.

Tapi dia main kayu tiga. Sehingga saat akhir, iaitu pagi Ahad, 1 Mac dia masih kelihatan di kediaman Dr Mahathir di Mines, Sungai Besi. Tetapi selepas itu hilang dan tidak lagi muncul bersama Dr Mahathir. Dia ini juga “budak” Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden Bersatu.

Rupa-rupanya dia mengidamkan atau dijanjikan jawatan menteri pusat kerana dia juga ahli Parlimen. Sekarang khabarnya nama dia tidak ada dalam senarai Kabinet maka dia pun cuba berjalan balik ke Ipoh. Ini pemimpin PH Perak yang bagi tahu.

Jadi Bersatu yang dijanjikan akan lebih kuat setelah keluar PH sudah hilang jawatan MB Johor (negeri Presiden Bersatu), Adunnya di Melaka dibuat macam sampah, hilang jawatan MB Perak dan belum tahu lagi apa akan terjadi di Kabinet dan di negeri-negeri lain.

Dulu, walaupun tidak menang banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Bersatu dapat juga banyak jawatan Kabinet, Exco dan MB. Hal ini bukan kerana Bersatu kuat, tetapi parti itu dihormati di bawah pimpinan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri.

Sekarang bukan Ahli Parlimen, Exco dan Adun Bersatu sahaja yang rugi akibat perbuatan cetek akal ini, tetapi semua orang yang dilantik oleh Bersatu dan PH ke pelbagai jawatan juga mungkin hilang kedudukan kepada orang Umno dan Pas.

Tak tahulah kalau Muhyiddin dan ahli MPT yang beria-ia sangat mahu Bersatu keluar PH ada jampi azimat ala tikar terbang “zam zam alakazam” Almarhum P Ramlee untuk terbang ke angkasa lepas.

Atau mereka sangka apabila pintu gua terbuka dengan jampi “niat insun mata aji semar ngiseng” maka bertimbun harta karun yang boleh dikaut untuk memuaskan nafsu tamak haloba.

Satu saja mereka kena ingat. Silap-silap yang mereka temui ialah "ngiseng" (najis air besar).

Wallahuaklam. Terima kasih.

PENSYARAH PUN KAKI FITNAH

Nizam Aka



Amat jarang terdengar,malah hampir tak pernah terdengar pemimpin-pemimpin  dan Penyokong-penyokong DAP yg disaman atau terpaksa memohon maaf krana melakukan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin Pas..
Tp kalau pemimpin atau penyokong-penyokong Pas yg disaman,diperintah membayar saman atau terpaksa memohon maaf secara terbuka krana melakukan fitnah terhadap pemimpin2 DAP,rasanya mudah dicari..Berlambak- lambak .
So,apa makna?

Akhlak dan Budi Pekerti Siapa Yg Lbh Baik?Layakkah Geng-gang  yang Suka Melakukan Fitnah Itu digelar sbgai Pejuang Islam?

Islam versi mana yang membenarkan melakukan fitnah walaupun kpd orang orang yang bukan Islam?

Jadi,siapa yg merosakkan nama Islam di mata org bkn Islam?


RUNDINGAN Umno DENGAN MUHYIDDIN GAGAL. ZAHID TIDAK AKAN MENJADI TPM



Harapan UMNO untuk melihat Presiden parti itu, Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM mungkin tidak kesampaian.
Beberapa siri rundingan antara UMNO dengan Muhyiddin Yassin bagi pembahagian jawatan untuk parti itu dilaporkan masih lagi tiada keputusan yang pasti.
Ketidakpastian itu bukan saja berkaitan jawatan TPM untuk Zahid Hamidi, bahkan juga jawatan menteri-menteri tertentu untuk UMNO.
Sebagai pemegang blok terbesar Ahli Parlimen dalam Perikatan Nasional atau PN, UMNO telah menyuarakan pandangan agar selain kerusi TPM, kementerian-kementerian kanan seperti Kewangan, Pendidikan, MITI dan lain-lainnya juga diserahkan kepada wakil daripada parti itu.
Bagaimanapun, Muhyiddin dilaporkan menolak pandangan itu dengan mengatakan adalah hak beliau sebagai Perdana Menteri menentukannya.
Muhyiddin dikatakan hanya mahu UMNO menyenaraikan nama-nama pemimpinnya yang difikirkan layak untuk dilantik sebagai menteri saja, tetapi penentuan kementerian adalah hak beliau untuk membuat keputusan.
Lantaran sikap Muhyiddin itulah Zahid Hamidi dikatakan seperti sudah tawar hati dengan semalam mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak pernah melobi untuk jawatan TPM.
Hakikatnya, memandangkan UMNO adalah kumpulan terbesar Ahli Parlimen dan Zahid Hamidi pula berjawatan Presiden, sepatutnya Muhyiddin tidak perlu beralasan lagi daripada menyerahkan jawatan nombor dua dalam kerajaan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Kekangan utama Muhyiddin untuk melantik Zahid Hamidi, bukan saja sebagai TPM, bahkan juga sebagai menteri, adalah kerana perbicaraan kes mahkamahnya sedang berjalan ketika ini.
Walaupun duluan sudah ada di mana Tun Mahathir pernah melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan kemudian kes mahkamah beliau yang sedang dibicarakan digugurkan, Muhyiddin sebaliknya dilaporkan tiada keberanian untuk menuruti jejak langkah itu.
Kebimbangan Muhyiddin ialah jika beliau menuruti langkah Tun Mahathir dengan melantik Zahid Hamidi yang dianggapnya tidak cukup bersih sebagai anggota kabinetnya lantaran kesnya sedang dibicarakan, bukan saja serangan terhadapnya akan berlipat kali ganda, malah kes-kes lama yang pernah dikaitkan dengannya seperti Bestarinet dan pengambilan tanah ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu akan turut diungkit semula.
Dalam keadaan kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan, di samping perpecahan dalam Bersatu serta tekanan daripada PH dan Tun Mahathir selepas ini, Muhyiddin mungkin tidak cukup kekuatan untuk berhadapan semua cabaran itu.
Dikatakan, kecenderungan Muhyiddin lebih untuk menyerahkan jawatan TPM kepada Hishammuddin Hussein, walaupun anak Hussein Onn itu tiada jawatan dalam parti di peringkat pusat dan sama-sama berasal dari Johor.
Yang penting bagi Muhyiddin, melantik Hishammuddin membuatkannya kurang tertekan menguruskan kerajaan.
Untuk itu, beberapa pelobi UMNO yang dikenali sebagai “orang Muhyiddin” telah mengunjungi Zahid Hamidi dengan memintanya mengendurkan tekanan untuk mendapatkan jawatan TPM, sebaliknya memberi laluan kepada Hishammuddin untuk memegang jawatan nombor dua itu.
Pelobi-pelobi yang berjawatan di peringkat UMNO bahagian itu berpendapat hanya dengan Zahid Hamidi sedia memberi laluan secara sukarela kepada Hishammuddin saja akan memudahkan Muhyiddin melantik barisan kabinetnya dalam waktu terdekat ini.
Bagaimanapun, Zahid Hamidi dikatakan tidak memberi kata putus kepada tekanan pelobi-pelobi yang mengunjunginya itu dengan alasan soal kedudukan kabinet bukan boleh diputuskan olehnya secara sendirian, sebaliknya ia merupakan urusan UMNO secara kolektif.
Yang pasti, dengan kelewatan melantik kabinet sudah berlanjutan hampir seminggu dan pelobi-pelobi sudah dihantar untuk memujuk Zahid Hamidi, gambaran jelasnya ialah Muhyiddin sedaya upaya tidak mahu bergandingan dengan Presiden UMNO itu dalam menguruskan kerajaan pintu belakang yang sedang dipimpinnya.
Kecuali jika Muhyiddin benar-benar sudah tiada pilihan dan tidak mampu lagi untuk melawan, barangkali ketika itu barulah ada peluang Zahid Hamidi menduduki semula kerusi TPM, jawatan yang pernah disandangnya sebelum BN tumbang pada PRU14 lalu. (ShahbudinHusin 07/03/2020)


Ezam Mohd Nor: Ini Kerajaan Pintu Belakang, Ini Kerajaan Yang Khianat Kepada Rakyat

VIDEO MENARIK UNTUK ANDA : Ezam Mohd Nor: Jangan Ikut Azmin, Jangan Ikut Zuraida, Mereka Sudah Khianat

Gabungan baru hanya bayangan, ditubuh ikut emosi, kata pemimpin PPBM


Tariq Ismail Mustafa berkata, penubuhan Perikatan Nasional hasil daripada pergolakan emosi tidak terkawal.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM, Tariq Ismail Mustafa mendakwa gabungan baru yang digelar Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan hanya berdasarkan emosi, bukannya atas sebab objektif dan mulia.
Beliau menyifatkan gabungan itu sebagai bayangan, tiada sebarang struktur atau perjanjian asas yang mengakibatkan beberapa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) jatuh ke tangan Barisan Nasional.
“Sampai hati presiden PPBM merestui penggabungan PPBM dan Umno yang dianggap tindakan menggadai maruah bangsa, seterusnya menyesatkan lagi bangsa Melayu,” katanya merujuk Muhyiddin Yassin dalam kenyataan hari ini.
Beliau tidak menafikan kewujudan perikatan gergasi khusus untuk orang Melayu mungkin dapat menyelesaikan kemelut politik dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, katanya, penubuhan Perikatan Nasional hasil daripada pergolakan emosi tidak terkawal.
Beliau menjangkakan akan timbul syak wasangka dalam kalangan gabungan baru itu kerana “di sebalik tabir, landasan politik Melayu sebenarnya berpecah kepada pelbagai ideologi dan falsafah yang kadangkala bercanggah”.
“Hakikatnya, walau kita sama-sama Islam dan sama-sama Melayu, tetapi keadaan ekonomi kita terlalu jauh bezanya di kalangan bangsa Melayu ini sendiri. Dan inilah sebenarnya yang membawa kepada konflik maruah Melayu – perbezaan darjat dan kekayaan.”
Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri ke-8 pada Ahad lalu selepas mendapat sokongan BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan PPBM.


Semua Adun PH sokong Mukhriz jadi MB, kata ketua PKR Kedah




Johari Abdul berkata, semua wakil rakyat PH komited menjaga kestabilan politik di Kedah.
SUNGAI PETANI: Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Kedah, Johari Abdul mengulangi komitmen parti itu dan semua Adun Pakatan Harapan menyokong kepimpinan Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.
Sambil menolak andaian ada Adun PH akan melompat parti untuk membentuk kerajaan negeri baru bersama Umno dan PAS, Johari berkata, semua wakil rakyat PH komited menjaga kestabilan politik di Kedah.
“Ketidaktentuan politik negara ini perlu dihentikan kerana keutamaan kita adalah rakyat dan kita di Kedah ini jika dilihat wakil rakyat PH kekal utuh dan saya tidak jangka akan ada perubahan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PKR Kedah hari ini.
Johari yang juga Adun Gurun mengumumkan pelantikan dirinya sebagai pengerusi PH Kedah menggantikan Mukhriz.
“Semalam, kami (PKR) telah mengadakan mesyuarat dengan pemimpin DAP dan Amanah dan mereka bersetuju melantik saya sebagai pengerusi PH negeri yang baru.”
Katanya, pengisian jawatan lain dalam kepimpinan PH negeri pula akan dibincangkan kemudian, termasuk penyertaan Mukhriz dan PPBM sebagai rakan sekutu PH.

Usah heret Institusi Raja dalam kemelut politik semasa


(Kenyataan Media Muhammad Shakir Ameer, Naib Ketua DAPSY Kebangsaan)

Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mengaitkan undi tidak percaya sebagai tidak percaya kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya menyeru agar semua pihak, tak kira parti mana, jangan mengheret Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Raja negara kita ke dalam perbalahan politik semasa. 

Berbeda pandangan adalah asam ragam dalam arena politik, namun, semua pihak perlu menghormati kemuliaan Institusi Raja yang menjadi payung negara, berkecuali dalam politik dan merentasi seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik. 

Usul kepercayaan (“confidence motion”) pula sememangnya merupakan sebahagian daripada dan dibenarkan dalam sistem demokrasi berparlimen berpaksi Raja berpelembagaan di Malaysia ini.

Malah, PAS sendiri pernah bersetuju untuk menyokong usul tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2016. (Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/333552). Masakan empat tahun lepas usul kepercayaan dibolehkan dan tidak pula melibatkan Institusi Raja, empat tahun kemudian, usul kepercayaan pula dikaitkan dengan Institusi Raja.

Jangan pula lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang.

Biarlah kita mengambil iktibar mendiang Pengerusi DAP Karpal Singh; dalam politik walaupun tiada kawan dan lawan selamanya, namun prinsip tetap ada. 



ATAS PERMINTAAN RAMAI, ARTIKEL INI DIULANG SIAR SEMULA



MENARIK UNTUK DIBACA...SEMOGA MENTERI PH TIDAK LAGI JADI BODO



MOHD ASRI ABU BAKAR

Lama betul saya tak muncul....namun hari ini saya nak tulis sikit jer lah!.

Betul...semuanya betul berkaitan pengkhianatan dari Muhyiddin dan Azmin. Saya juga bersetuju bahawa...mereka itu BERDOSA kerana melanggar amanat rakyat yang memilih PH. Ya betul sangat-sangat semuanya itu. Tun M jugak melakukan kesilapan yang besar...itu pun betul!. Mungkin Tun M ada agenda lain, mungkin itu pun betul juga.

Tetapi bukan itu yang saya nak tulis hari ini. Selain kita duk menyalahkan akibat DOSA, KEBIADABAN dan PENGKHIANATAN oleh Muhyiddin dan Azmin....sepatutnya pemimpin-pemimpin PH juga perlu sedar kelemahan dan kesilapan yang mereka sendiri telah lakukan.

Sejujurnya....pemimpin-pemimpin PH memang telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab di Kementerian masing-masing. Apa yang Gobind Singh lakukan sehingga KKMM (SKMM ) gagal menyekat segala fitnah, hasutan dan penghinaan terhadap pemimpin-pemimpin PH?. Cytro-cytro Pembangkang begitu berleluasa dalam menimbulkan keresahan serta ketegangan kaum, agama dan masyarakat. Fitnah berlambak-berlambak....tetapi di mana suara dan ketegasan Gobind?. Kamu hanya mengharapkan cytro-cytro @ facebooker-facebookers PH (yang tak berbayar) untuk menjawabnya?

Lebih teruk...para Menteri-menteri PH juga agak lembam dan lembap dalam menangani segala fitnah dan gagal dalam membantu sesama pemimpin PH.

Lebih Malang:

1. Menteri-menteri @ MP-MP PH suka sangat mengambil bekasan UMNO dan PAS untuk menjadi PA, Pegawai Khas @ Setiausaha sulit.

2. Menteri, Adun-adun dan MP PH sombong serta gagal BERTEMU dengan penyokong-penyokong dan rakyat. Tiada Program besar-besaran untuk bertemu rakyat jelata dan penyokong PH khususnya (ini melibatkan semua pemimpin-pemimpin dari parti-parti komponen PH).

3. Konon-kononnya nak TELUS...tetapi parti memerlukan dana. Jika kamu tak memberikan Projek kepada penyokong-penyokong, mana mungkin mereka boleh memberikan PULANGAN @ POLITICAL FUND kepada parti?.

4. Kebanyakan Projek-projek di berikan atau di miliki oleh orang-orang UMNO kerana mereka berpengalaman. Tidak mungkin pula mereka memberikan POLITICAL FUND kepada PH. Sudah tentu mereka akan salurkan dana tersebut kepada UMNO.

5. Dalam keadaan rakyat sedikit kecewa tentang pengurusan kewangan/ekonomi negara yang tidak pulih...ada pulak Menteri-menteri bodoh yang telah menghina perokok-perokok dan ada jugak yang mewajibkan pemilik-pemilik kereta menyediakan/memasang tempat duduk khas untuk kanak-kanak dan tali pinggang untuk penumpang-penumpang belakang. Tiada sebarang kajian atau cuba mendapatkan pandangan masyarakat.

6. PKR menjadi liabiliti kepada pakatan PH (bukannya PPBM sebenarnya). Pergaduhan @ persengketaan dalaman antara team Anwar dan Kartel telah menjejaskan perjalanan PH dan melunturkan semangat ahli-ahli serta penyokong-penyokong mereka sendiri akhirnya merebak ke dalam pengurusan PH.

7. Namun, kesilapan terbesar oleh PPBM adalah mengambil MP-MP dari UMNO atau itu memang menjadi agenda tersembunyi oleh Tun M dan Muhyiddin?. Mereka turut bersekongkol dengan Yiddin, UMNO dan PAS untuk mensabotaj atau menjatuhkan kerajaan yang di pilih oleh rakyat.

8. Ada ahli-ahli, adun dan MP-MP DAP yang terlalu lantang bersuara dan melontarkan isu-isu perkauman namun gagal di tegur/di sekat oleh pemimpin-pemimpin  DAP itu sendiri.

Namun begitu..memang kita nampak (hanya selepas kejadian rampasan kuasa ini) bahawa ada banyak usaha-usaha perbuatan sabotaj yang di lakukan oleh Muhyiddin, Azmin, Zuraida dan Saifuddin Abdullah bagi menggagalkan kerajaan PH ini. Itu,  semua orang pun dah tahu...

Mereka (kumpulan-kumpulan pengkhianat) ini memiliki kuasa wang....maka dengan mudah juga mereka membeli jiwa-jiwa yang tidak mempunyai kesetiaan kepada parti. Cukuplah kekecewaan ini sebagai pengajaran yang cukup pahit untuk di telan. 


Kepada pemimpin-pemimpin  PH...cukup-cukuplah mempergunakan penyokong-penyokong untuk kejayaan yang kemudiannya tidak bersambung semasa kamu di era pemerintahan. Sombong itu tak kemana-mana yob!!!. Kalian (pemimpin-pemimpin  PH) PERLU INGAT bahawa kalian masih memerlukan kami untuk KEJAYAAN untuk hari ini atau di masa hadapan!!


PN tandus pemimpin berkebolehan? – Tengku Zulpuri


Kenyataan Media Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Kuala Lumpur pada 03.06.2020:

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam satu ciapan di Twitter mencadangkan supaya mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad diberi peluang untuk bersama-sama pasukan pengurusan kawalan wabak Covid-19. 

Meskipun Annuar Musa mungkin berniat baik, cadangan itu bagaimanapun membuatkan rakyat tertanya-tanya; Adakah kerajaan yang ditubuhkan tanpa mandat rakyat ini (Perikatan Nasional – PN) sudah ketandusan pemimpin yang berkredibiliti seperti Dr. Dzulkefly Ahmad?

Jika jawapannya ya, mengapa Annuar Musa dan rakan-rakannya sanggup menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang telah dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu sewaktu Kementerian Kesihatan yang diterajui Dr. Dzulkefly Ahmad bersama-sama penjawat awam barisan hadapan negara bertungkus lumus berusaha menangani wabak Covid-19?

Seperti yang semua sedia maklum, Dr. Dzulkefly Ahmad menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika menerajui Kementerian Kesihatan di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Beliau juga dihujani dengan begitu banyak pujian dan ucapan tahniah daripada pelbagai pihak di dalam negara mahupun antarabangsa atas kejayaannya menangani wabak Covid-19 di Malaysia.

Sehingga hari ini, kerajaan yang tidak menerima mandat rakyat ini masih belum mengumumkan barisan Kabinet. Ini bermakna jawatan Menteri Kesihatan kekal kosong tidak diisi. Saya bimbang, jika keadaaan sebegini terus berlarutan, ia akan mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat memandangkan jumlah kes individu yang dijangkiti Covid-19 semakin meningkat sejak kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan. 

Sehubungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku individu yang paling bertanggungjawab dalam hal ini perlu bersikap sewajarnya dengan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan krisis wabak yang dihadapi negara ketika ini. 



Tentang Muhyiddin dan undi Melayu


Oleh Liew Chin Tong
(Pengarah Pendidikan Politik DAP)
Sejak 2017 ketika Bersatu bergabung dengan tiga parti asal Pakatan Harapan – PKR, Amanah dan DAP, saya kerap berbual panjang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pertemuan terakhir kami pada 5 Februari, saya sebutkan padanya bahawa jika Bersatu bergabung dengan UMNO dan PAS, ia akan dibaham hidup-hidup oleh dua parti Melayu itu.

Tidak mengejutkan, Muhyiddin bersetuju dengan saya bahawa Bersatu adalah parti paling kecil dengan infrastruktur akar umbi yang paling kurang dalam kalangan ketiga-tiga parti Melayu yang bertanding di kerusi-kerusi yang sama, selain membuat tuntutan politik yang serupa.

Saya juga telah lama menyebut bahawa gabungan UMNO dan PAS, beserta rakan-rakan mereka dari MCA dan MIC, tidak mempunyai strategi pilihan raya.

Selain hanya strategi ‘bumi hangus’ di mana UMNO-PAS membakar keresahan Melayu-Islam manakala MCA-MIC menyemarak rasa tidak senang warga bukan-Melayu terhadap Pakatan Harapan.

Tujuannya untuk menghangatkan iklim politik sehingga Pakatan berpecah demi membolehkan Najib Razak dan konco-konconya ‘mencuri’ kuasa pada tempoh separuh penggal, tanpa perlu menempuhi pilihan raya.

Saya bimbang jika gabungan UMNO-PAS ini, yang mendominasi parti kecil Muhyiddin, mungkin tidak selesa dengan pilihan raya.

Mereka malah mengharamkan pilihan raya jika mereka fikir mereka tidak boleh menang melalui sebuah proses demokratik.

Tetapi buat masa ini itu mungkin tidak berlaku kerana ada sesuatu yang sedang terjadi dalam gabungan yang rapuh ini. Mereka sudah pun tidak boleh bersetuju sesama sendiri.

Ternyata jika pemimpin UMNO dan PAS tidak mendapat apa yang mereka mahukan daripada Muhyiddin, mereka akan memilih supaya diadakan pilihan raya mengejut di mana Bersatu pimpinan Muhyiddin akan pastinya ditelan hidup-hidup.

Sebilangan orang mengandaikan bahawa apabila UMNO dan PAS bekerjasama, bilangan undi yang mereka terima pada PRU ke-14 akan dijumlah bersama, dan Pakatan Harapan akan terus kehilangan 30 kerusi ‘swing’ dan seterusnya hilang kuasa.

Fahaman yang begitu simplistik (namun popular) tentang dinamik pilihan raya ini, malangnya dikongsi ramai pihak; bukan sahaja rakyat kebanyakan tetapi juga ahli akademik dan pemimpin politik.

Masing-masing saling menakut-nakutkan sehingga ke satu tahap menyumbang kepada asas ideologi rampasan kuasa politik ini.

Pun begitu, ‘pakar-pakar’ ini telah terlepas pandang tiga perkara penting:

1. Undi PAS pada PRU14 adalah undi menolak Najib

Pakatan Harapan perlulah dengan rendah diri mengakui bahawa kebanyakan undi yang diterima pada PRU14 adalah undi berbentuk penolakan terhadap kleptokrasi Najib Razak, dan bukannya kerana mereka suka kepada Pakatan.

Di kawasan Pantai Barat Semenanjung, pengundi Melayu yang menolak Najib kebanyakannya mengundi Pakatan.

Di Pantai Timur, undi-undi ini diberi kepada PAS kerana pengundi berfikir bahawa dalam pertembungan tiga penjuru di Kelantan dan Terengganu, PAS lebih berkemungkinan menewaskan UMNO.

Tema kempen PAS pada PRU14, terutamanya di Kelantan dan Terengganu, sebenarnya tidak jauh beza berbanding Pakatan.

Jurukempen akar umbi PAS benar-benar percaya bahawa mereka sedang menentang UMNO dan Najib, tanpa menyedari bahawa pemimpin mereka sebenarnya telah membuat perjanjian dengan Najib dan UMNO untuk membentuk gabungan pasca pilihan raya.

2. Pengundi Melayu urban

Sepanjang tahun-tahun saya dalam politik, banyak masa telah diluangkan bersama pemimpin senior Melayu, termasuk Muhyiddin.

Satu ‘halangan’ dalam benak pemikiran pemimpin dan pakar-pakar ialah mereka berpendapat bahawa cara UMNO-PAS menyusun parti masing-masing ialah standard piawai politik – hanya kerana mereka memikirkan bahawa Melayu kebanyakannya adalah penduduk luar bandar.

Malah orang bukan-Melayu pun turut percaya dengan stereotaip bahawa orang Melayu ini orang luar bandar.

Apa yang saya mahu sebut tentang perbezaan bandar dan luar bandar ini tidaklah sangat tentang pendidikan, kekayaan atau ‘keterbukaan minda’.

Ada ramai miskin bandar, dan ada ramai orang kaya di kampung-kampung. Apa yang saya mahu sebutkan ialah tentang hubungan sosial ‘pelanggan-penjual’ yang dijalankan oleh UMNO, MCA, MIC dan PAS di kawasan luar bandar dan separa urban.

‘Rejim lama’ ini dibentuk oleh parti luar bandar yang cemerlang belaka. Mereka berkhidmat untuk pengundi luar bandar dengan baik melalui bantuan kebajikan dan sokongan sosial. Walau bagaimanapun, demografi mengubah politik.

Semua kampung kini dihubungkan dengan rangkaian jalan raya. Jalan raya ini membolehkan anggota keluarga yang lebih muda berhijrah ke bandar besar untuk mencari rezeki, dan juga membawa mereka pulang pada hari raya dan pilihan raya.

Saya tidak mengajukan bahawa orang bandar secara alaminya lebih progresif dalam sudut pandang mereka, tetapi soalnya ialah mereka tidak terbelenggu dengan hubungan ‘pelanggan-penjual’ ini. Mereka mengundi mengikut sentimen perbualan WhatsApp nasional.

Pada PRU14, pengundi urban Melayu pulang ke kampung keluarga mereka di luar bandar untuk mengundi menolak Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

Ini menjelaskan kenapa, walaupun wujud jentera yang begitu hebat di Johor, UMNO dan BN berdepan kekalahan yang begitu besar.

Ini bermakna bahawa sesiapa sahaja yang boleh memenangi hati dan minda Melayu urban, kebanyakannya mengundi di sekitar 30 kerusi swing semi-urban yang dimenangi Pakatan pada tahun 2018, akan memenangi Malaysia.

Ia bukan soal struktur parti yang rumit di kerusi-kerusi luar bandar tetapi dasar ekonomi yang baik untuk rakyat biasa yang bergelut dengan kehidupan sehari-hari.

Tentu sekali juga, Tun Mahathir Mohamad telah memainkan peranan yang sangat penting pada PRU14 bagi meyakinkan pengundi Melayu yang mahu membuang Najib. Bersatu tanpa Tun Mahathir tidak mempunyai erti, dari sudut pilihan raya.

3. Kerusi swing adalah kerusi campuran

Dari sudut strategi pilihan raya, Bersatu dan DAP adalah rakan kongsi terbaik kerana hampir tiada tuntutan kerusi bertindih.

Namun kumpulan Muhyiddin malangnya telah tewas kepada cakap-cakap perkauman yang akhirnya akan menyaksikan Bersatu diratah-ratah oleh UMNO dan PAS.

Penting untuk diingat bahawa kebanyakan kerusi swing utama di Semenanjung adalah kerusi campuran majoriti Melayu dengan bilangan populasi bukan-Melayu yang tinggi.

Contohnya, kerusi Pagoh Muhyiddin ialah 64 peratus Melayu. Daripada 26 kerusi Parlimen di Johor, 18 daripadanya adalah 60 peratus Melayu ke bawah, dan empat lagi kerusi kurang 70 Melayu.

Pakatan menang 18 daripada 26 kerusi di Johor kerana pengundi luar yang pulang dari bandar serta sokongan besar-besaran daripada seluruh kumpulan etnik.

Mana-mana gabungan yang boleh menang merentasi garis kaum, bagi memenangi undi Melayu, Cina dan India; akan menang di Johor dan di peringkat pusat. Sebuah gabungan Melayu sahaja tidak akan mendapat sokongan merentasi garis kaum.

Pakatan Harapan perlu bekerja keras dua kali ganda sekarang, untuk melawan mitos yang menyelubungi pengundi Melayu, dan membina atas asas sokongan kukuh kesemua pengundi bagi memastikan agenda reformasi dipelihara.

Ini akan memberi Pakatan satu lagi peluang untuk kembali menjadi kerajaan, kali ini dengan mengambil beberapa pengajaran.