KEMPEN SOKONG CALON MCA: PENDIRIAN PAS MACAM LALANG

JANGAN BENARKAN LAGI MB DUNGGU JEJAK KAKI KE TANJUNG PIAI



Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu atau Peja dilaporkan akan diminta memberi penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan DAP yang tular dalam sebuah rakaman video baru-baru ini.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, Peja akan diminta memberi penjelasan itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang akan diadakan esok.
“Ya, sudah semestinya kita akan bertanya sebab-sebab yang dimaksudkan MB Perak itu,” kata beliau.
Sementara itu, Lim Guan Eng menuntut tiada dwi standard dalam menangani isu-isu dalaman berkaitan PH.
Lim merujuk perkara itu dengan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu yang baru-baru ini diberikan surat tunjuk sebab berikutan kenyataannya yang mengkritik Tun Mahathir Mohamad.
“Isu ini akan ditangani untuk memastikan tiada dwi standard.
“Saya fikir ia akan ditangani selepas PRK Tanjung Piai,” ujarnya lagi.
Dalam konteks kenyataan Peja yang mengatakan beliau berseorangan untuk melawan puak-puak DAP untuk mempertahankan tanah orang Melayu dan kedudukan agama Islam, ia bukan saja umpama menikam rakan sendiri dalam PH, bahkan menyerlahkan kecenderungan beliau untuk menimbulkan isu-isu perkauman untuk meraih undi.
Walhal, salah satu janji PH kepada rakyat dalam PRU14 lalu ialah untuk tidak mengamalkan lagi sentimen perkauman sebagaimana yang diamalkan oleh UMNO dan Pas ketika ini.
Dalam erti kata yang lain, dengan meniupkan sentimen perkauman itu, Peja bukan saja tidak menghayati perjuangan PH dengan sesungguhnya, malah sebenarnya tidak layak menjadi salah seorang pemimpinnya.
Walaupun sebagai bekas pemimpin UMNO, beliau mesti sedar PH adalah berbeza dengan BN.
Maka, untuk sementara waktu di mana kempen PRK Tanjung Piai masih ada berbaki kira-kira lima hari lagi, Peja seharusnya tidak dibenarkan sama sekali turun berkempen ke kawasan itu.
Keberadaannya bukan saja boleh mengelirukan pengundi tentang perjuangan PH, malah lebih mungkin menyebabkan calon Bersatu kalah dengan lebih teruk lagi.
Melihat wajahnya ada Tanjung Piai, pengundi bukan Melayu pasti enggan memberikan undi kepada calon PH, Karmaine Sardini. (ShahbudinHusin 10/11/2019)

SOKONGAN CINA JATUH, DAP PERLU KERJA KERAS BANTU PH

HADI, KETAM YANG CUBA MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL



Melucukan apabila Hadi menasihat Tun M agar memilih penggantinya dengan tokoh yang paling layak.  Kenapa ianya lucu?

Pertama, Hadi sendiri sebagai seorang yg dikatakan ulamak dan pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, partinya sendiri tidak pandai memilih kawan tahalluf.  Partinya memilih Najib dan Zahid hamidi sebagai kawan politik.  Satu dunia kenal siapa Najib dan Zahid ini.  Skandal Najib memecah rekod dunia dan kerana itu partinya lingkup dalam PRU14 yang lalu.  Ini kah parti yang Hadi mahu buat kawan?  Kalau beliau sendiri tidak pandai pilih kawan, apa moralnya beliau mahu menasihati orang lain untuk memilih pengganti yang terbaik?

Kedua, Hadi merasakan PH ini sama seperti Tun M sewaktu di dalam.Umno dahulu.  Siapa PM waktu itu terletak atas Presiden Umno.  Waktu itu, Tun M boleh serah jawatan kepada Pak Lah, kemudian Pak Lah serah kepada Najib.  Hadi lupa, di dalam PH berbeza dengan Umno/Bn.  Siapa PM, Majlis Presiden PH akan tentukan.  Tun M jadi PM kerana itu keputusan Majlis Presiden PH walaupun waktu itu Kerusi parti Bersatu hanya ada 13 Kerusi saja. Majlis Presiden PH telah bersepakat selepas Tun M, maka penggantinya adalah Anwar.

Keputusan PH memilih Anwar memang tepat kerana sewaktu kita di dalam Barisan Alternatif dulu, Presiden Pas ketika itu Almarhum Us Fadzil Noor juga memilih Anwar sebagai PM sekiranya Barisan Alternatif berjaya membentuk kerajaan.  Yang tidak suka kepada Anwar ini adalah Hadi, bahkan isteri Anwar pun Hadi tak sokong jadi MB Selangor dulu.  Hadi memang 'jaki' dengan nama Anwar.  Hadi sanggup jual agamanya dengan kata2nya yang berbelit bahkan sanggup terima Najib, Zahid dan MCA sedangkan terbukti mereka adalah perosak negara bahkan penentang hudud berkurun lamanya.

Kerana benci kepada Anwar, Hadi sanggup jadi ulamak yang tidak bermaruah.

WFAUZDIN NS



RADIO : WAJIB DENGAR PEMBAHRUAN CLC DAN GLIC UNTUNGKAN BERSATU




Have reforms to government-linked companies benefited Bersatu?


0
19


Prof Terence Gomez
A recent report by Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) found that the government’s reconfiguration of government-linked companies may be benefiting specifically Bersatu as well as Minister of Economic Affairs Azmin Ali. BFM interviews Prof Terence Gomez.

Produced by Kelvin Yee
Presented by Lee Chwi Lynn, Kelvin Yee, Aiman Rashad

Pembahruan untungkan PPBM . Ianya melibatkan Ketengah ,Keda,kejora dan lainnya termasuk FELDA ini dikuasai PPBM melalui lantikan di kementerian dan kuasai melalui kementerian.Azmin dianggap sebagai menteri yang tidak kuasai apa apa selain menerima percaturan atau budak suruhan.
Masa umno kuasai dan cara ini dilakukan semula..menguasai hampir semua kementerian yang melibat bandar dan luar bandar.
Dengan menguasai khazanah . PM menguasai hampir semuanya....dengar seterusnya.....dan kenapa PM masih lagi tidak mahu melepaskan jawatan. Jadi MAJLIS PRESIDEN JANGAN DUDUK DIAM.

Azmin dan Mahathir mengubahnya dan menguasai atas nama bumiputra polisi.Ianya dikuasai oleh Halim Saad dan Syed Mokhtar dalam banyak syarikat....

PH perlu melihat ini dalam usaha merealisasikan janji dan PM tidak menguasai dalam urusan berkaitan. ph harus duduk dan menyelesaikan ini supaya dilihat lebih telus dalam melantik individu yang tidak terkait dengan cara polisi lama dilaksanakan dahulu.
Jika PH mahu melantik CEO, ianya haruslah melantik CEO yang berkelayakkan dan bebas dari kenalan politik, kroni dan juga saudara mara..

WALAUN PAS SESAT WAJIB BODOH

WALAUN PAS SESAT WAJIB BODOH

Cerita Benar Pemuda Pas diTanjung Piai :

Sedih untuk saya ceritakan mengenai nasib PAS diTanjung Piai.

Saya adalah pemuda Pas dari Jerantut, Pahang. Telah turun berkonvoi  dengan menaiki motorsikal  seramai lebih kurang 50 orang pemuda Pas ke Tanjung Piai untuk berkempen.

Pada sehari sebelum penamaan calon kami berkonvoi beramai ramai ke Tanjung Piai. Dalam hujan dan berpanas,  ada yang motosikal ahli kami yang rosak ditengah jalan dan terpaksa berpisah dari berkonvoi. Alhamdulillah kami sampai sesudah subuh diKampung Serkat, Tanjung Piai. 

Setelah sampai diTanjung Piai, dihari pertama penamaan calon MCA boleh dilihat yang ramai datang adalah penyokong BN dari luar Tanjung Piai yang dibawa menaiki bas bas persiaran. Kami menaiki motorsikal sendiri itulah perbezaan kami Pemuda Pas dan UmnoBN. Tiada ahli Pas lain yang kelihatan.

Penduduk Tanjung Piai sendiri tidak begitu gembira dengan PRK tersebut. Hasil temu bual saya dengan penduduk Melayu diTanjung Piai rata rata mereka amat mengagumi arwah dan usahanya selama ini yang gigih membantu dan membawa pembangunan walaupun dalam masa yang singkat. Lagipun mereka amat terkejut dengan keputusan BN meletakkan calon MCA untuk mewakili suara Melayu diTanjung Piai. Ini amat mengecewakan mereka.

Malah di malam hari kami berada diTanjung Piai, rata-rata ahli Umno tempatan amat kecewa serta ada yang memboikot PRK tersebut.  Ada yang tidak ambil kisah  dengan PRK tersebut. 

Dijadikan cerita pengalaman yang cukup terkesan dihati kami sebagai ahli Pas dan Melayu. Ada seorang ahli kami yang begitu fasih berbahasa cina telah bercampur dengan wakil jentera MCA dari Kuala Lumpur.  Ahli kami yang fasih berbahasa cina hanya mendengar sahaja perbualan Pihak MCA yang telah mengunakan bahasa cina dihadapan kami. 

Sahabat saya tersebut telah menyatakan bahawa pihak jentera MCA semasa berkempen telah mengatakan :

 1. Melayu Umno memang bodoh,  naif dan jahil kerana memberikan kawasan Melayu kepada Cina. Pasti Parlimen Tanjung Piai akan menjadi kawasan MCA selepas ini biarpun MCA jalah atau menang.  MCA tetap akan pertahankan kerusi tradisi tersebut walaupun kalah sekalipun. 

2. Melayu  UMNO  bodoh kerana termakan ugutan MCA untuk keluar daripada BN. 

3. Ternyata mereka akan mengunakan lagi ugutan  tersebut kerana Umno hakikatnya memerlukan undi Cina daripada wakil MCA semasa pru15 nanti. 

4. MCA juga mengatakan pada Pru-15 nanti bangsa Cinalah  yang akan menjadi "King Maker" yang sebenarnya. Maka MCA akan memainkan peranan untuk mengugut Umno supaya BN/UMNO  mengikut segala kemahuan MCA dan bangsa Cina.

6. MCA berkata lagi kita ini untung demi "National Service" kita ada pihak  "Kongsi" yang memperjuangkan matlamat dan kemahuan kaum Cina di Malaysia seperti Dong Zhao. Tidak seperti Umno yang sememangnya takut bila kita mengugut mereka.

Saya cukup tergaman bila  sahabat saya berkata demikian.  Saya tidak percaya . Sahabat saya berkata itulah kelemahan bangsa Melayu jika satu meja pun kaum Cina boleh menikam kami berkali kali dihadapan kami, akibat tidak faham bahasa percakapan mereka sedangkan ada jentera Umno yang gelak sakan bersama MCA walaupun tidak faham perbualan MCA tersebut. 

Saya mengambil keputusan pada esok hari untuk terus pulang ke Pahang daripada saya membuang masa kepada PRK yang tidak berfaedah kepada bangsa Melayu dan Islam.

Umpama "Bumi dipijak milik Orang".

Nukilan ikhlas pemuda Pas Pahang.

# Tetap bersama Melayu Islam.

(function() { var d = document, w = window; w

WING'S HUKUM KARMA { OFFICIAL VIDEO } KHAS BUAT ATOK 96..