HADI, KETAM YANG CUBA MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL



Melucukan apabila Hadi menasihat Tun M agar memilih penggantinya dengan tokoh yang paling layak.  Kenapa ianya lucu?

Pertama, Hadi sendiri sebagai seorang yg dikatakan ulamak dan pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, partinya sendiri tidak pandai memilih kawan tahalluf.  Partinya memilih Najib dan Zahid hamidi sebagai kawan politik.  Satu dunia kenal siapa Najib dan Zahid ini.  Skandal Najib memecah rekod dunia dan kerana itu partinya lingkup dalam PRU14 yang lalu.  Ini kah parti yang Hadi mahu buat kawan?  Kalau beliau sendiri tidak pandai pilih kawan, apa moralnya beliau mahu menasihati orang lain untuk memilih pengganti yang terbaik?

Kedua, Hadi merasakan PH ini sama seperti Tun M sewaktu di dalam.Umno dahulu.  Siapa PM waktu itu terletak atas Presiden Umno.  Waktu itu, Tun M boleh serah jawatan kepada Pak Lah, kemudian Pak Lah serah kepada Najib.  Hadi lupa, di dalam PH berbeza dengan Umno/Bn.  Siapa PM, Majlis Presiden PH akan tentukan.  Tun M jadi PM kerana itu keputusan Majlis Presiden PH walaupun waktu itu Kerusi parti Bersatu hanya ada 13 Kerusi saja. Majlis Presiden PH telah bersepakat selepas Tun M, maka penggantinya adalah Anwar.

Keputusan PH memilih Anwar memang tepat kerana sewaktu kita di dalam Barisan Alternatif dulu, Presiden Pas ketika itu Almarhum Us Fadzil Noor juga memilih Anwar sebagai PM sekiranya Barisan Alternatif berjaya membentuk kerajaan.  Yang tidak suka kepada Anwar ini adalah Hadi, bahkan isteri Anwar pun Hadi tak sokong jadi MB Selangor dulu.  Hadi memang 'jaki' dengan nama Anwar.  Hadi sanggup jual agamanya dengan kata2nya yang berbelit bahkan sanggup terima Najib, Zahid dan MCA sedangkan terbukti mereka adalah perosak negara bahkan penentang hudud berkurun lamanya.

Kerana benci kepada Anwar, Hadi sanggup jadi ulamak yang tidak bermaruah.

WFAUZDIN NS



No comments: