Cerita pasal kemungkinan pilihan raya kecil DUN Galas bukanlah cerita baru.
Malah ketika jentera BN dan pakatan pembangkang khususnya PAS sedang ‘berperang’ di DUN Manik Urai, kisah pilihan raya kecil DUN Galas turut jadi topik perbualan.
Tambahan pula ada pihak tidak bertanggungjawab sebar khabar angin kononnya Adun Galas, Che Hashim Sulaima, daripada PAS sudah meninggal dunia.
Padahal beliau masih hidup walaupun kesihatan terjejas akibat kanser usus.
Jika tidak silap, sekurang-kurangnya tiga kali penyebaran berita dan sms palsu kononnya Che Hashim sudah meninggal dunia termasuk pertama kali selepas wakil rakyat itu terbabit kemalangan jalan raya.
Ketika berkempen di Manik Urai dan tersebar berita kononnya beliau semakin tenat selain ada mendakwa sudah meninggal dunia, ada pihak mula mencongak siapakah calon paling sesuai bertanding di Galas.
Nama yang jadi sebutan hangat adalah Tengku Razalegh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang.
Kebetulan DUN Galas dalam kawasan parlimen pemimpin veteran UMNO berdarah raja itu.
Ada pendapat, Ku Li boleh menang besar kalau bertanding.
Tidak timbul soal beliau sudah jadi ahli parlimen kerana dalam pembangkang, ramai juga pemimpinnya bertanding dan menang dua kerusi termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim , Lim Guan Eng dan Azmin Ali.
Pendapat lain sekiranya Ku Li bertanding dan menang, beliau boleh menjadi Ketua Pembangkang BN di Kelantan serta dapat menggerakkan jentera parti dengan lebih berkesan bagi menghadapi pilihan raya ke 13.
Cerita lain pula kononnya Ku Li bolehlah dilantik sebagai Menteri Besar jika menang pilihan raya umum nanti.
Bagaimanapun, selepas Che Hashim benar-benar kembali ke rahmatullah petang Isnin akibat kanser ususnya itu, pilihan raya yang sudah jadi sebutan sejak setahun lalu tidak dapat dielakkan.
Cuma siapa akan dipilih BN untuk mengalas cabaran menentang calon PAS masih belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan BN.
Namun rasanya nama Ku Li pasti akan disebut-sebut jika BN mahu menang dengan menjadikan pilihan raya kecil Bagan Pinang yang dimenangi Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai ukuran.
Otai UMNO Negeri Sembilan itu memastikan BN menang besar dan tidak mustahil Otai Kelantan ini juga boleh memastikan kemenangan bergaya itu berulang.
PAS pula awal-awal lagi nampak yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Galas kalau kenyataan Naib Presidennya Salahuddin Ayub diambil kira.
Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.
Tetapi peliknya Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiba-tiba menyarankan supaya BN berrkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas.
Alasannya langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.
Selain itu katanya untuk jimatkan kewangan kedua-dua pihak sekiranya diadakan pilihan raya kelak.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Entah mimpi apa pemimpin PAS itu tiba-tiba sebut soal perpaduan Melayu sedangkan parti itu sebelum ini menolak rundingan perpaduan Melayu yang dihulur oleh pemimpin UMNO.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang paling keras menentang malah Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa teruk kena ‘hentam’ kononnya beliaulah yang terbabit mahu rundingan perpaduan tersebut.
Sebenarnya UMNO boleh tidak meletakkan calon bertanding di Galas kerana jika menangpun, ianya tidak dapat menganggu gugat kerajaan PAS Kelantan.
Namun PAS tidak boleh diberikan laluan mudah untuk mengekalkan kerusi kawasan itu.
Setidak-tidaknya ada calon lain atau calon Bebas yang berani turun gelanggang menentang PAS.
Mungkin yang paling sesuai jadi calon adalah penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz ataupun lebih dikenali sebagai Kickdefella.
Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu adalah calon paling layak untuk berdepan dengan mana-mana calon yang diletakkan PAS bertanding di Galas.
Pertembungan mereka pasti ibarat buku bertemu ruas.
Bayangkan nanti jika berkempen, bagaimana Kickdefella ‘melondehkan’ satu persatu kepincangan dalam PAS terutama di Kelantan seperti pernah didedahkan mengenai menantu Nik Aziz sehingga Abdul Ariffahmi Abdul Rahman terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Pegawsalah guna kuasa dan pecah amanah.
Beliau juga yang mendedahkan bagaimana kroni-kroni Nik Aziz dapat konsesi balak serta peruntukkan RM4 juta untuk memburukkan imej Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Semua ini pasti menarik dijadikan bahan kempen dan tentu ramai pemimpin PAS akan 'panas punggung'.
Cuma yang ramai hendak tengok adalah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa berani ‘turun padang’ berkempen dan menafikan apa yang Kickdefella akan dedahkan nanti kerana orang PAS tahun mereka berdua cukup akrab.
Seperti biasa, mari kita tengok siapa yang kena.-28/9/2010
MEMANG KITA NAK TENGOK.SIAPA YANG KENA KERANA UMNO BEGITU SIBUK DENGAN PEMILIHAN PKR.PADA HAL DALAM UMNO SENDIRI PUN KACAU BILAU BILA MENJELANG PEMILIHAN MEREKA.RASA TIDAK PUAS HATINYA UMNO PADA PKR INI BUKAN SEKARANG,MALAH SELAGI ANWAR IBRAHIM HIDUP,MAKA SELAGI ITULAH DENDAM KESUMAT TERHADAP PKR YANG MENJADI SETERU UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.