PROGRAM SANUSI DOK CERCA ANWAR ...BANYAK TU JA YANG ADA ?

 


Arif Kadir 


Rakyat Kedah dah menyampah kat PAS. Bersedia untuk tukar kerajaan negeri - Fakta






KO JADI KERAJAAN KO TANYA PULAK ?










 Bekas Timbalan Menteri Agama, Dr Marzuk Shaary kini mempersoalkan mengapa bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad tidak dipanggil memberikan keterangan lisan dalam prosiding RCI Tabung Haji.


Menariknya, RCI yang dipersoalkan Marzuk itu sendiri ditubuhkan ketika Perikatan Nasional berada dalam kerajaan dan beliau merupakan Timbalan Menteri Agama ketika proses berkenaan berlangsung.


Madinah sebelum ini mendedahkan beliau telah disapina dan hadir untuk memberikan keterangan kepada RCI.


Beliau mendakwa menunggu sekitar 45 minit hingga sejam di luar bilik prosiding sebelum urus setia memaklumkan beliau tidak perlu masuk dan boleh pulang. 


Marzuk kini berkata persoalan mengapa Madinah tidak dipanggil memang wajar dibangkitkan.


“Jadi, mengapa Tan Sri Madinah tidak dipanggil?


“Persoalkanlah. Saya juga mempersoalkannya,” katanya.


Bagaimanapun, Marzuk menegaskan persoalan itu tidak sepatutnya ditujukan kepada kerajaan PN.


Menurutnya, kerajaan ketika itu hanya menubuhkan RCI dan menetapkan terma rujukan, manakala keputusan mengenai saksi serta perjalanan siasatan berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya.


Malah Marzuk menegaskan PN sengaja tidak mencampuri proses tersebut kerana mahu RCI membuat keputusan secara bebas berdasarkan bukti.


Ironinya, RCI tersebut ditubuhkan ketika kerajaan yang turut disertai PAS, barisan pesuruhjayanya ditauliahkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan Menteri Agama PAS ketika itu sendiri menyambut baik penubuhannya.


Kini selepas laporan dibentangkan, bekas Timbalan Menteri Agama dalam kerajaan yang menubuhkannya sendiri pula mempersoalkan salah satu keputusan penting dalam proses RCI.


Persoalan mengenai Madinah memang wajar dijawab.


Tetapi seperti Marzuk sendiri tegaskan, kerajaan PN tidak campur tangan dan keputusan saksi dibuat secara bebas oleh RCI.


Jadi jangan pula satu persoalan mengenai saksi akhirnya digunakan untuk menggambarkan keseluruhan RCI seolah-olah tidak mempunyai kredibiliti.


#unofficialinfo


TAHNIAH DERIS SAGON.

 CnP...





Throwback...


TAHNIAH... ATAS DESAKAN DAN USAHA MEREKA, MAKA AKHIRNYA TERTUBUHLAH RCI BAGI MENYIASAT TABUNG HAJI ATAS PERKENAN YDPA.


Credit to Fb Idris Ahmad  21 Jan 2022


Penubuhan RCI Tabung Haji merupakan hasrat ramai pihak termasuklah diri saya. Tabung Haji merupakan sebuah institusi kewangan Islam yang lama di tanah air yang perlu dijaga dan dipertahan.


Maka, dengan izin Allah pada pagi ini saya bersama YB Datuk Ustaz Marzuk Shaary  telah diamanahkan untuk menyerahkan watikah pelantikan kepada kesemua ahli anggota RCI Tabung Haji.  


Ahli anggota RCI Tabung Haji yang merupakan tokoh-tokoh negara terdiri daripada:


i. YABhg. Tun Mohamed Raus bin Sharif, Mantan Ketua Hakim Negara (selaku Pengerusi) 


ii. YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman, Mantan Ketua Setiausaha Negara


iii. YBhg. Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengasas RHB Group


iv. YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid, Mantan Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad


v. YBrs. Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Unishams)/ Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)


vi. YBrs. Encik Norsyahrin bin Hamidon,  Akauntan Bertauliah/ Timbalan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia


Alhamdulillah,


Patik menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas perkenan penubuhan RCI bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Tabung Haji.


Turut hadir pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan RCI Tabung Haji ialah Datuk Jamil Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dan Ustazah Hajah Hakimah Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM merangkap Setiausaha RCI Tabung Haji.


Doa saya agar Allah SWT memandu setiap gerak di dalam memikul amanah yang cukup besar dan berat ini. Semoga Allah SWT memberikan kebaikan kepada kita semua. 


Siiru ‘ala barakatillah




Sapa kata undang undang maki hamun tidak ada??


Che Ibrahim






Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 memperuntukkan Percakapan Tidak Sopan (Seksyen 20) dan Kata Kata Yang Boleh Memecah Keamanan (Sek 29) yang bercanggah dengan hukum syarak adalah satu kesalahan. Maki hamun sudah tentu termasuk dalam maksud enakmen tersebut.



ADA LAGI ORANG BODOW PASAI MINYAK NI

 



Dulu Mohd Muhaimin isi minyak subsidi tapi sejak dia terkena kentot Nusi dah isi minyak mahal pulak..takkan duit UMNO jual tanah kerajaan 8 lot kat Penang mat min ada share kot?



KERANA KAMU GOPOH ,MENTERI KEWANGAN TEEIKAT DENGAN KEPUYUSAN MAHKAMAH.


Jamzuri Ardani


 Apa yang Sanusi tidak mahu cerita dalam ceramah dia ialah ... akibat dari keputusan mahkamah atas kegopohan dia sendiri ... Menteri Kewangan juga sekarang ini sudah terikat dengan keputusan mahkamah tersebut. 


Mana-mana Menteri Kewangan yang enggan meluluskan permohonan lesen judi tanpa alasan perundangan yang sah akan terdedah kepada saman di mahkamah. 


Itulah sebenarnya hasil perjuangan Sanusi.


Nor Hayati







Luluskan judi siapa tu…Sanusi Celaka dan Pelaq ka?

Hampa senang-senang je celaka kan orang ya…sendiri buat, sendiri salahkan orang. Molek! Malu orang Kedah aihhh…undi lagi Xtau la. Xpala undi lah ramai-ramai. Ini geng lari dari sekolah dulu-dulu belajar tak mau bagi habis.




CLEAR..

 


Harap segalanya jelas & terang selepas ni.




BETUL KAH FADLINA TAK FUNCTION ? INI KISAHNYA

 

Perkongsian seorang individu yang bertanya adakah benar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek adalah menteri “paling tak function”, mengundang respons berbeza daripada para guru dan warga sekolah.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu bernama Jannah meminta pandangan golongan guru mengenai prestasi Fadhlina selain bertanya sama ada beliau wajar dipecat atau tidak.
“Cikgu betul ke kalian rasa Yb Fadhlina menteri paling tak function berbanding sebelum-sebelum ini. Nak tanya cikgu yang duduk dalam bidang ini. Adakah patut pecat menteri sekarang?,” soalnya.
Hantaran itu menarik perhatian banyak warga guru yang tampil berkongsi pengalaman mereka merasai beberapa perubahan sepanjang tempoh Fadhlina menerajui Kementerian Pendidikan (KPM).
Perkongsian mengenai kuarters guru paling mendapat perhatian apabila seorang pengguna, yang merupakan suami kepada seorang guru, berkongsi pengalaman tinggal di kuarters guru selama bertahun-tahun.
Dia memuji pembaikan kuarters guru yang semakin diberi perhatian yang menurtnya, berbeza daripada pengalamannya sebelum ini apabila pembaikan kuarters dikatakan mengambil masa yang lama.
“Aku bukan guru tapi suami guru. Aku duduk di kuarters guru bertahun. Kuarters guru paling last sekali dibetulkan itu pun nasib kalau ada peruntukan. Tapi bila kuarters orang berpangkat laju pula diperbetulkan walhal mereka duduk sekejap je.
“Dan bulan ini dalam sejarah kuarters guru kami kembali pulih, kerajaan sekarang provide ramai tukang bersih kuarters sampai longkang semua macam baru.
“Sejak bertahun duduk kuarters guru ini, pertama dalam sejarah aku rasa rumah diperbaiki,” katanya.
Ia turut dipersetujui seorang guru @albaidhawi96 yang mengakui program pembaikan rumah-rumah guru kini semakin rancak.
“RPH siap awal sebab tak ada tulis macam-macam. Tuntutan perjalanan/perpindahan/kursus tidak sampai 24 jam duit masuk dalam bank.
“Fasiliti di sekolah banyak dihantar seperti meja, kerusi, mesin pencetak, komputer riba dan lain-lain. Baiki rumah guru juga semakin rancak,” katanya.
Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna lain kerana ia menyentuh isu kemudahan tempat tinggal guru yang jarang menjadi tumpuan apabila prestasi seseorang Menteri Pendidikan dibincangkan.

Walaupun terdapat kritikan terhadap Fadhlina dalam perbincangan berkenaan, respons yang dikongsikan warga pendidik menunjukkan terdapat juga guru dan warga sekolah yang bersyukur dapat merasai manfaat sepanjang tempoh beliau menerajui KPM




ELOK SANGAT

 

Jib Sha Khaw

Elok juga tu supaya rakyat Malaysia blh minta ROS haramkan terus PAS dan SPR Batalkan pencalonan PAS PRN sbb kamu dah ada nama Parti sendiri tiba-tiba menumpang Parti lain






RAFIZI JAWAB KATA BEKAS KETUA AUDIT NEGARA "TIADA BUKTI PENYELEWENGAN TH, SAYA TAK FAHAM ERTI SAKAU"


 

KIOK

 



RCI bermaksud Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry).Ia adalah satu badan bebas yang ditubuhkan secara rasmi di Malaysia untuk menyiasat sesuatu isu atau perkara penting yang melibatkan kepentingan awam yang serius.Ciri-Ciri Utama RCIPunca Kuasa: Ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.Pelantikan: Anggota dan pengerusi suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan.





MESTI DARI PARTI JALANG

 

Jamzuri Ardani

Bila musuh kita buruk akhlaknya, itu hanya akan mengangkat kemulian perjuangan kita.




Antara Reformasi Institusi Dan Keutamaan Pemulihan Ekonomi

 


Kerajaan MADANI di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengorak langkah meneruskan ikhtiar pemulihan dan pengukuhan ekonomi menjadi antara tumpuan utama pentadbiran dengan lebih 18 buah parti gabungan bermacam ragam mahu itu dan ini dilaksanakan. Foto PMO

PENDAPAT, 26 Ogos – Perdebatan mengenai reformasi institusi dan keutamaan pemulihan ekonomi terus menjadi antara perkara penting dalam agenda pentadbiran negara. Kedua-dua aspek mempunyai kaitan rapat dengan usaha memperkukuh keyakinan rakyat, kestabilan pentadbiran serta pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.

Reformasi institusi lazimnya merangkumi usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan ketelusan, memperkasakan mekanisme semak dan imbang serta memastikan institusi awam berfungsi secara berkesan dan berintegriti.

Kita tidak mahu usaha kerajaan yang memberi perhatian terhadap keadaan ekonomi semasa, termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan, pelaburan, produktiviti dan daya saing negara, terjejas hanya kerana mahu menyegerakan reformasi institusi walaupun ia menjadi agenda teras.

Lebih tiga tahun Kerajaan MADANI memerintah setakat ini, usaha pemulihan dan pengukuhan ekonomi menjadi antara tumpuan utama pentadbiran dengan lebih 18 buah parti gabungan bermacam ragam mahu itu dan ini dilaksanakan.

Bukan mudah bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutamakan betapa penting ia dilakukan segera bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta perusahaan kecil dan sederhana.

Dalam konteks ini, perbincangan mengenai reformasi institusi wajar dilaksanakan secara berperingkat, berasaskan kajian, perundangan dan kepentingan awam. Sebarang perubahan perlu mengambil kira kesan terhadap kestabilan politik, keyakinan pelabur, kecekapan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat.

Pendekatan yang seimbang antara pembaharuan institusi dengan pengukuhan ekonomi dapat membantu memastikan proses pembangunan negara berjalan secara mampan, tanpa diganggu tekanan politik berlebihan.

Sehubungan itu, semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil, sektor swasta dan rakyat mempunyai peranan dalam memastikan setiap dasar dinilai secara terbuka dan konstruktif.

Keutamaan akhirnya ialah memastikan Malaysia terus bergerak ke hadapan dengan institusi yang kukuh, ekonomi yang berdaya tahan, tadbir urus yang baik serta pembangunan yang memberikan manfaat secara lebih menyeluruh kepada rakyat.



Tuntutan tubuh RCI baharu buka semula hantaran 2022 Pas bagi watikah pelantikan anggota RCI TH

 


Gesaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat Tabung Haji (TH) mencetuskan persoalan mengenai konsistensi pendirian Pas.

Pada 2022, ketika berada dalam kerajaan Perikatan Nasional, Pas antara parti yang menyambut penubuhan RCI TH dengan penuh keyakinan.

Menteri Agama ketika itu, Datuk Idris Ahmad yang juga Naib Presiden Pas, secara rasmi menyerahkan watikah pelantikan kepada enam anggota RCI.

Menerusi kenyataan pada Januari 2022, Pas menyatakan “menjunjung setinggi-tinggi kasih” kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan penubuhan RCI berkenaan.

Pas turut meluahkan “keyakinan penuh” bahawa RCI dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif akan menjalankan siasatan secara profesional dan telus bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Namun pada semalam, Takiyuddin pula menggesa RCI baharu diwujudkan bagi meneliti pengurusan TH bermula 2018 sehingga kini. Alasannya kerana wujud percanggahan dalam beberapa dapatan RCI terdahulu.

Persoalannya, RCI yang kini dipohon untuk disiasat semula itu lahir daripada keputusan kerajaan yang Pas sendiri adalah sebahagiannya. Malah, proses pelantikan ahli RCI turut dilaksanakan oleh pemimpin Pas.

Situasi itu meletakkan Pas dalam posisi perlu menjelaskan pendirian mereka sendiri.

Sekiranya RCI 2022 dianggap mencukupi dan telus seperti yang ditekankan dahulu, maka tiada keperluan untuk siasatan baharu.

Sekiranya sebaliknya, maka timbul pula persoalan mengapa keyakinan itu disuarakan ketika berada di dalam kerajaan.

Selagi persoalan tersebut tidak terjawab, gesaan untuk RCI baharu akan terus dilihat bukan sekadar tuntutan siasatan, tetapi percubaan untuk mengubah naratif selepas keputusan RCI tidak lagi memihak kepada pihak tertentu.

BACA JUGA Tak jumpa ‘sakau’ dalam RCI, Tabung Haji rosot nilai RM12.6 bilion akibat tangan siapa?





HULU TERENGGANU KANTOI ! PADAN MUKA KALI INI !


 

"BILA JAWAB, DIA PONTENG LAGI" ! KANTOI YB LARUT !


 

PAS GIGIT JARI! PLOT TWIST POLITIK: KENAPA ADUN BERSATU SOKONG MB PAHANG & MELAKA CARI PH?


 

PH mungkin bentuk jajaran baru


 

GEMPAK! UMNO & PAS Mengamuk! Kenapa RCI Tabung Haji Versi PMX Dipersoalkan?


 

PRN Melaka: Zahid vs Pemuda Umno & Dr Akmal (Pendedahan)


 

Umno jangan berdalih, akuilah ada ‘sakau’ & hakikat salah tadbir Tabung Haji

 


OLEH NORMAN RADZUAN

Umno mesti mengaku kes ‘sakau’ Tabung Haji.

Apabila Pas dan BN yakin dpt menghasut Melayu dengan doktrin perkauman, mereka memasuki fasa kedua iaitu memperbodohkan orang Melayu.

Fasa 1 candukan pemikiran Melayu. Bila sudah terkhayal buatlah apa sahaja pasti disokong. Ibarat penagih ketum, terkhayal maka akan buat perkara bodoh.

Semalam Pas dan BN anjurkan Forum Musyawarah Nasional 2.0 – Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan TH.

Tak ubah sepertimana kes 1MDB dahulu buat forum khas, tapi akhirnya dunia istihar bahawa kes 1MDB adalah terburuk dlm sejarah korupsi dunia.

Nak alihkan isu, cara Zahid dan Asyraf seolah keduanya ini belajar sekolah 4 Senawi. Mudah sahaja alasan Tan Sri Madinah, ‘ Saya tidak faham apa erti ‘Sakau’.

Beginilah ‘sakau’ itu bahasa slanga/politik. Macam bangang, bongok maksudnya bodoh. ‘Sakau’ itu rasa orang Melayu dekat kampung-kampung pun tahu maksudnya.

Terimalah hakikat seperti kata KJ, Umno kena jujur mengenai isu Tabung Haji berlaku salah tadbir isu pengurusan institusi ini.

Tambah KJ lagi, Umno perlu berani “terimalah hakikat” mengenai faktor kekalahan dan kelemahan tadbir urus parti, termasuk isu berkaitan 1MDB.

Malah profesional ekonomi dapat melihat betapa korup pengurusan Tabung Haji ketika itu seperti dilaporkan RCI.

Saya hairan bagaimana Madinah boleh berkata, “Penyata kewangan diaudit JAN menunjukkan keuntungan bersih kira-kiraRM3.4 bilion, manakala Financial Position Review oleh PwC melaporkan kedudukan defisit atau kerugian kira-kira RM1.4 bilion.”

Faktanya kerugian RM 3.4 billion dikatakan untung RM 1.4 billion. Malah Bank Negara telah memberi amaran sebanyak 5 kali kepada pengurusan Tabung Haji.

Paling gila pengurusan Tabung Haji lakukan di mana Menteri, Tim Menteri dan Pengerusi TH sendiri adalah dari kepimpinan Umno. Habis dikerjakan oleh mereka hingga TH kerugian lebih RM 10 billion.

Kenapa Umno sanggup berbohong isu ini? Sebab mereka tahu ketika ini orang Melayu akan sokong apa sahaja mereka lakukan walaupun bersalah kerana api perkauman mengatasi kebenaran.

Isu perkauman ini boleh laku hanya jika Umno terus patuh kepada Pas. Tapi apabila Umno cuba lawan atau tidak lagi mahu mengikut kehendak Pas, mudah untuk Pas membenam Umno.

Orang Melayu percaya hujah Umno atau sokong Umno kerana mereka percaya kata Hadi Awang isu tentang DAP. Bukannya mereka percaya kepada Zahid Hamidi.

Hakikat DAP ini dulu senjata Umno yg makan tuan.
Bila bersama dgn PH, Umno sepertimana pandangan Tun Mahathir bahawa DAP bukan seburuk disangka. Ia hanya sebagai ‘produk jualan terlaris’ untuk pilihanraya.

RCI ini dibuat zaman Pas menjadi kerajaan. Mereka yg dilantik dlm RCI pilihan kerajaan dahulu. Apabila keputusan tidak memihak kenapa seolah olah kerajaan sekarang dipersalahkan?

Umno takut isu Tabung Haji ini akan menjadi 1MDB 2.0 hingga Umno ditolak teruk oleh orang Melayu. Hakikat orang Melayu menolak Umno, tapi oleh kerana Umno kerjasama dengan Pas nampak Umno gah.

Kemudian saya terbaca dakwaan Nik Abduh, ‘Najib berhak bebas sepenuhnya!’ Terkejut, marah dan tertanya tanya kenapa orang Melayu tak marah malah menyokong?

Ini kes bukan di dlm negara, kes 1MDB diiktiraf sebagai jenayah kewangan global kerana melibatkan pemindahan berbilion bilion ringgit merentas sempadan antarabangsa.

Berpuluh billion duit rakyat disakau, org Melayu boleh setuju Najib mesti dibebaskan? Hanya mampu mengeleng kepala saya.

Negara ini pasti hancur sepertimana Najib lakukan dahulu. Kita patut berterima kasih kepada Sarawak, Sabah, Melayu profesional dan non Malay yang masih mempunyai integriti.

Hanya kelompok ini sahaja yang masih rasional untuk menyelamatkan negara ini. Hakikat bangsa saya sendiri ramai yang terkhayal dengan candu Melayu untuk membiarkan berpuluh billion wang rakyat dirompak oleh golongan kapitalis ini.

Kita akan terus perjuangkan negara kita dari tangan ‘penyamun’ dan penunggang agama itu. Kita yakin masih ramai umat Melayu yang masih berpegang kepada intergriti.

Masih ramai yang berpegang teguh kepada kebenaran, tetap pendirian dan konsisten mempertahankan prinsip yang benar berdasarkan ajaran agama, hujah, serta moral walaupun menghadapi pelbagai cabaran berhadapan dengan masyarakat yang telah dirosakkan oleh Pas dan BN.




‘Setuju dengan Akmal, dedah semuanya termasuk hal tak selesa untuk Umno’

 


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin menyelar respon terbaru Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang mempertahankan desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu mengenai Tabung Haji (TH) ditubuhkan.

Beliau mempersoalkan sama ada semua pihak perlu mengikut telunjuk Umno dan Akmal sebelum mereka berpuas hati dengan dapatan RCI Tabung Haji.

Sedangkan kata beliau, Akmal lah yang sebelum ini lantang mendesak supaya laporan RCI Tabung Haji didedahkan.

“Tetapi apabila apa yang didedahkan tidak menepati naratif politik yang mahu beliau bawa, beliau cuba mengalihkan tiang gol pula. 

“Persoalannya mudah. Adakah semua orang perlu ikut telunjuk Akmal dan Umno sehingga kita mendapat jawapan yang Umno mahu?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Danish mengingatkan Akmal bahawa RCI Tabung Haji bukan ditubuhkan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Justeru kata beliau, tidak wajar kesalahan dialihkan kepada kerajaan yang mentadbir hari ini. 

“Jadi kalau tidak puas hati dengan dapatan RCI, jangan pula cuba alihkan kesalahan kepada kerajaan hari ini,” katanya.

Beliau berkata, Umno mempunyai Ahli Parlimen dan juga merupakan sebahagian daripada kerajaan, justeru perkara yang dirasakan tidak lengkap dalam laporan RCI boleh dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

“Kalau ada perkara dalam laporan RCI yang dirasakan tidak lengkap, bawa ke Parlimen. Bahas. Tanya. Desak jawapan.

“Kalau ada bukti baharu, serahkan untuk disiasat. Tidak kira siapa terlibat. Kita tidak perlu lindungi sesiapa,” katanya.

Danish turut mempersoalkan mengapa beberapa perkara dalam laporan RCI seperti “creative accounting”, kelemahan tadbir urus dan pelaburan yang mengalami kerugian sehingga 100 peratus tidak menjadi tumpuan Akmal.

“Ini semua persoalan besar yang sepatutnya Saudara Akmal dan Umno jawab dan perjuangkan. Anehnya, bab ini senyap pula,” katanya.

Beliau pada masa sama bersetuju dengan gesaan Akmal supaya laporan RCI didedahkan sepenuhnya termasuk perkara yang mungkin tidak selesa untuk Umno sendiri.

“Dedahkan semuanya. Bahaskan semuanya. Termasuk perkara yang mungkin tidak selesa untuk Umno sendiri. Jangan hanya memilih bahagian tertentu untuk mengukuhkan naratif politik.

“Jangan ulang perangai lama dalam isu 1MDB. Bila perkara pokok sudah berada depan mata, tiang gol dialihkan. Isu lain dibesarkan. Akhirnya perkara sebenar cuba dikaburkan dan disucikan.

“Tabung Haji bukan milik Umno, bukan milik PKR. Bukan milik mana-mana parti. Ini duit dan amanah jutaan pendeposit. Jadi jangan politikkan RCI hanya kerana hasilnya tidak kena dengan skrip sendiri.

“Kalau benar mahu kebenaran, terima kebenaran itu sepenuhnya. Jangan cari RCI sampai jumpa jawapan yang kita suka,” tegasnya.



Bila kita baca berita ni, kita kena faham beberapa perkara asas.


Aman Muhammad.






a) Perkara asas pertama: 11 Undang-undang syariah Kelantan yang baru sahaja diluluskan bukanlah undang-undang Tuhan, ia adalah ciptaan manusia, atau patut kata ciptaan PAS, pastu letak label syariah padanya.


b) Bermakna ia bukan bertaraf hukum Tuhan yang wajib disokong, ia cuma hukum ciptaan PAS sahaja. Boleh disokong dan juga boleh dibantah atau dicabar.


c) Oleh kerana ia bukan hukum Tuhan, maka siapa lawan bukanlah bererti melawan Tuhan, atau melawan Islam. Tidak menjadi kafir pun kalau tolak undang-undang ciptaan PAS yang diberi label syariah ini.


d) Jadi, apa sebenarnya isu ini?


e) Perkara asas kedua ialah: Setiap ahli politik perlu tahu bahawa undang-undang negeri tidak boleh bercanggah dan bertindih dengan undang-undang Pusat. Ini ialah basic 101 bagi sesiapa yang nak jadi ahli politik.


f) PAS dah lama berkecimpung dalam dunia politik, maka PAS memang sudah tahu bahawa undang-undang negeri memang tidak boleh bercanggah atau bertindih dengan undang-undang pusat.


g) Jika ada undangu-undang negeri yang bercanggah atau bertindih dengan undang-undang pusat, secara automatik undang-undang negeri itu dianggap tidak sah dan terbatal.


h) Namun, PAS sengaja tidak hiraukan benda tu, dan PAS sengaja meluluskan undang-undang ciptaan PAS yang memang sudah ada dalam undang-undang pusat.


i) Dengan kata lain, PAS sengaja nak cipta naratif seolah-olah undang-undang pusat lebih tinggi daripada undang-undang Tuhan, walhal yang diluluskan oleh PAS bukan undang-undang Tuhan pun, tapi undang-undang ciptaan PAS yang disembah sebagai undang-undang Tuhan.


j) Pada tahun 2024, undang-undang ciptaan PAS ini pernah dicabar kerana bertindih dengan undang-undang Pusat.


k) Tapi PAS taknak belajar daripada kesilapan, PAS ulangi kerja jahat mereka iaitu membuat undang-undang yang sama dengan kerajaan pusat lalu namakan ia sebagai undang-undang syariah negeri.


l) Bagi walaun yang bodoh dan tidak faham undang-undang, walaun akan anggap sesiapa sahaja yang lawan undang-undang ciptaan PAS wajib dianggap melawan Islam. Apa boleh buat sebab walaun memang bodoh dan tidak mahu belajar. Kalau cerdik memang tidak akan jadi walaun.


Kesimpulan.


Apa yang PAS mahu daripada tindakan sebegini, ialah naratif "siapa lawan PAS bererti lawan Islam" atau "siapa lawan undang-undang syariah Kelantan bererti lawan hukum Tuhan".  Walhal apa yang dilakukan oleh PAS bukan kerja Islam pun, tapi merosakkan ummah dengan pemahaman songsang kononnya undang-undang ciptaan PAS dianggap sebagia hukum Tuhan.


Semoga Allah memberikan azab yang pedih kepada semua pemimpin PAS dan penyokong PAS yang menyokong kejahatan ini.


:)





KEH KEH...MASYARAKAT TAK BERILMU SENANG DITIPU.





Mukhkis Eddie.


 Sekarang zaman "asal yakin, terus jadi sah". Tak payah guna akal, tak payah minta bukti. Dulu Ayah Pin jual kerajaan langit pun berduyun orang ikut, 


Nampak Solehah yang jelas² merepek pun selamba orang percaya. Hakikatnya, masyarakat kita ni bukannya peduli sangat cerita tu masuk akal ke tak janji penunggang yang bercerita tu sembang kemas dan muka ada konfiden.


ps: saja nak habaq.. ampa jangan dok p beli buku si katek ni..satgi ampa pun jadi kuda kayu srupa dia ..




NAK PERTAHAN APA....BLAH...DERIS SAGON DIAM TERUS. ZAMAN DIA...DIA JADI MENTERI AGAMA KOT....

 

Syam Ghaz.




Pas nak pertahankan Tabung Haji seperti pertahankan Baitul Maqdis ?


Belum apa-apa dah cabut lari dari bahas di Sidang Khas Tabung Haji di Parlimen 11 Ogos 2026 lepas.


Teringat kisah geng-geng Perang Uhud.




𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙, 𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗥𝗔𝗙




✍️ Ahmad Mursi 


Pelaku qazaf dianggap fasiq dan hilang sifat ‘adalah (adil) yang merupakan salah satu syarat sah untuk menjadi wali, walaupun dia bapa kandung. Oleh itu, hak wali berpindah kepada wali lain mengikut turutan (misalnya: datuk, abang kandung, pakcik sebelah bapa, atau akhirnya wali hakim).


𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗨𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔?


Taubat peribadi (antara dia dan Allah) tidak mencukupi untuk menggugurkan kesan hukum dunia, kerana qazaf ialah jenayah hudud (hukuman 80 kali sebatan) dan bukan sekadar dosa peribadi. Taubat nasuha hanya menghapuskan dosanya di akhirat, tetapi untuk memulihkan kelayakan di dunia (menjadi wali atau diterima kesaksiannya), dia perlu bertaubat dan membuktikan dirinya sudah memperbaiki akhlak (islah) secara zahir, sehingga masyarakat atau hakim boleh menerima dia semula sebagai orang yang adil.


𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗔𝗬𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗪𝗔𝗟𝗜?


Akad nikah itu batal dari awal (bukan hanya fasid atau rosak) kerana rukun nikah (wali) tidak sah. Hubungan suami isteri selepas itu dikira zina kerana kedua-duanya tahu akad itu tidak sah. Anak yang lahir dari hubungan ini tidak boleh dibinkan kepada bapanya, tetapi hanya kepada ibunya. Anak itu juga tidak boleh mewarisi harta bapa secara faraid. Walau bagaimanapun, anak tetap diiktiraf sebagai manusia yang mulia — wajib dijaga, dinafkahi, dan tidak boleh dihina walaupun status nasabnya harus mengikut hukum syarak. Untuk memperbaiki keadaan, mesti segera dilakukan tajdid akad (akad semula) dengan wali yang sah atau wali hakim. Namun, tajdid akad hanya menghalalkan hubungan untuk masa depan; status anak yang lahir sebelum itu kekal sebagai anak tidak sah taraf, tidak boleh dibinkan kepada bapa, dan tidak mewarisi faraid.


𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙?


Nikah dihukum fasid (rosak) tetapi tidak batal secara automatik kerana kedua-dua pihak tidak tahu. Perlu segera diperbaiki dengan tajdid akad. Ini dikira nikah syubhah (nikah yang disangka sah ketika itu), maka anak yang lahir tetap sah taraf, boleh dibinkan kepada bapa, dan berhak menerima pusaka bapa melalui faraid. Wali tetap berdosa kerana menyembunyikan ketidaklayakan dirinya.


𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗛𝗨𝗗𝗨𝗗 𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔?


Walaupun hudud belum digazetkan sebagai undang-undang di Malaysia, hukum syarak tetap berjalan dari sudut dosa, kesan fasiq selama-lamanya, status wali, dan kesaksian di sisi Allah. Maksudnya, walaupun pelaku qazaf tidak dikenakan hukuman rasmi (seperti sebatan), dia tetap berdosa, tetap hilang kelayakan sebagai wali atau saksi dalam hukum agama, dan tetap wajib bertaubat. Hanya hukuman rasmi hudud yang tidak boleh dijalankan kerana tiada peruntukan undang-undang. Di Malaysia hanya ada ta'zir yang berbeza mengikut negeri.