CnP...
Throwback...
TAHNIAH... ATAS DESAKAN DAN USAHA MEREKA, MAKA AKHIRNYA TERTUBUHLAH RCI BAGI MENYIASAT TABUNG HAJI ATAS PERKENAN YDPA.
Credit to Fb Idris Ahmad 21 Jan 2022
Penubuhan RCI Tabung Haji merupakan hasrat ramai pihak termasuklah diri saya. Tabung Haji merupakan sebuah institusi kewangan Islam yang lama di tanah air yang perlu dijaga dan dipertahan.
Maka, dengan izin Allah pada pagi ini saya bersama YB Datuk Ustaz Marzuk Shaary telah diamanahkan untuk menyerahkan watikah pelantikan kepada kesemua ahli anggota RCI Tabung Haji.
Ahli anggota RCI Tabung Haji yang merupakan tokoh-tokoh negara terdiri daripada:
i. YABhg. Tun Mohamed Raus bin Sharif, Mantan Ketua Hakim Negara (selaku Pengerusi)
ii. YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman, Mantan Ketua Setiausaha Negara
iii. YBhg. Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengasas RHB Group
iv. YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid, Mantan Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad
v. YBrs. Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Unishams)/ Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
vi. YBrs. Encik Norsyahrin bin Hamidon, Akauntan Bertauliah/ Timbalan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Alhamdulillah,
Patik menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas perkenan penubuhan RCI bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Tabung Haji.
Turut hadir pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan RCI Tabung Haji ialah Datuk Jamil Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dan Ustazah Hajah Hakimah Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM merangkap Setiausaha RCI Tabung Haji.
Doa saya agar Allah SWT memandu setiap gerak di dalam memikul amanah yang cukup besar dan berat ini. Semoga Allah SWT memberikan kebaikan kepada kita semua.
Siiru ‘ala barakatillah

No comments:
Post a Comment