PEMBANGKANG SPIN DAN ISU PENGIKTIRAFA. DUA NEGARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN WAJAR.


 

3 PEMIMPIN NEGARA MENJAWAB SOALAN PANAS! SIKAP KETERBUAKAAN PEMIMPIN YAN...

HASSAN MAKIN MELAMPAU! DISIASAT DAKWAAN MENGHINA YANG DI PERTUAN AGONG &...


Ahli Parlimen Pasir Gudang sedang berdepan dengan jawatankuasa tatatertib PKR susulan kritikannya terhadap kerajaan baru-baru ini.Malaysiakini difahamkan ahli parlimen lantang PKR itu diheret ke jawatankuasa itu kerana mengkritik keputusan kerajaan dalam pelantikan syarikat U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua. Menurut sumber, Hassan akan disiasat berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong yang memiliki saham kedua terbesar dalam U Mobile di samping mengkritik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.Kata sumber itu, PKR beranggapan Hassan merosakkan imej parti apabila membuat kenyataan kritikal secara terbuka itu.Ketika dihubungi, Hassan mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut."Memang benar," katanya dalam mesej teks ringkas."Lebih baik dapatkan butiran daripada lembaga disiplin. Siasatan akan bermula tidak lama lagi. Saya sekarang di ibu pejabat PKR di PJ," kata Hassan ketika ditanya butiran lanjut. ================================================================================= Rakyat Malaysia membanjiri akaun X Emmanuel Macron selepas Presiden Perancis itu memuat naik sekeping foto bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diiringi kapsyen dalam bahasa Melayu.Hantaran Macron walaupun ringkas tetapi cukup memberi makna, melambangkan kerjasama erat antara Malaysia-Perancis.Warga maya tidak dapat menahan rasa kagum kerana Presiden Perancis itu mampu menggunakan bahasa Melayu dalam ciapannya.“Bersama Perdana Menteri Malaysia @AnwarIbrahim, yang juga merupakan Pengerusi ASEAN.“Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami,” tulisnya di X.Turut dimuatkan adalah gambar beliau bersalaman dengan Anwar semasa pertemuan dua hala mereka di Sidang Kemuncak G20 yang baru berakhir di Rio de Janeiro, Brazil.Jika dibandingkan dengan pertemuan Presiden Indonesia, Macron tidak memuat naik kapsyen dalam bahasa Indonesia.Ia sekaligus menambah kekaguman orang ramai yang percaya Malaysia kini diberi perhatian sangat baik oleh negara luar.Menariknya, hantaran itu juga mengimbau kenangan mengenai hubungan terdahulu Malaysia-Perancis.“Terima kasih, sebenarnya hubungan Malaysia dengan Perancis amat kuat semasa PMX sebagai Menteri Kewangan dahulu. Banyak syarikat dari Perancis datang melabur dan selepas PMX dipecat, banyak yang beralih arah. We do hope the relation between country will be on further level,” kata @imdnanSeorang lagi pengguna, @d_syahir, meluahkan rasa bangga dengan tindakan Macron menggunakan bahasa Melayu: “Bangga aku! Orang luar pun guna bahasa Melayu.”Malah, mereka turut mengalu-alukan kedatangan Presiden Perancis itu untuk melawat Malaysia.“Jemput datang Ke Malaysia. Kali terakhir Presiden Perancis datang ke Malaysia adalah pada tahun 2017 iaitu Presiden Francois Hollande,” komen @azrullez.Dalam pertemuan di luar Sidang Kemuncak G20 itu, Macron dan Anwar menegaskan komitmen untuk terus memperkukuhkan hubungan serta kerjasama antara kedua-dua negara.






SELEPAS FITNAH DIJAWAB PMX! MAINKAN ISU KOS LAWATAN! SIAPA DANAI LAWATAN...



Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara baru-baru ini telah didanai dengan subsidi sektor swasta yang turut menyertai delegasi beliau.Syarikat-syarikat seperti Petronas, Sapura Energy, Yinson dan Proton menampung 70 hingga 80 peratus kos lawatan.

“Kita jemput syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan dan mereka membayar tambang dan kos.“Kerajaan pula membantu syarikat-syarikat ini untuk mengimport atau mengeksport,” kata Anwar semasa sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat (PMQT).Beliau berkata demikian ketika menjawab Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanya berkenaan kesan kewangan dan hasil daripada lawatan-lawatan tersebut.Anwar telah ke Mesir, Arab Saudi, Peru, Brazil dan Qatar sejak 9 Nov hingga semalam.Beliau turut menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China Ke-7 di Shanghai.



KISAH SI OTAK KEMETOT

 

La Jo Ir


Salah satu kebodohan yang jelas dan nyata adalah mengaitkan inflasi dengan politik.


 Inflasi adalah masalah ekonomi global yang sedang mlanda seluruh  Dunia bukan saja dMalaysia, tak ada kena pun mengena dengan politik. 


Siapa yang kaitkan dengan politik, maknanya otak dia sempit sebab berada dalam malaysia sahaja. sekarang dunia di hujung jari, maklumat ekonomi antarabangsa senang je nak rujuk. Tapi  tu la, kalau otak dah sempit, tetap tak kemana.


Takanlah kejatuhan ekonomi seluruh Dunia, kenaikkan harga barangan import, Mata Wang dunia, bursa Saham DLL Salah kerajaan?


 Dalam sejarah negara pentaksub2  dicuci otaknya, supaya menentang Segala usaha kerajaan untuk membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi negara serta memberikan gambaran yang buruk pada pelabur-pelabur, adakah didalangi  Oleh kluster-kluster kayangan?



TIBA LAK DIA NI.. PA HAL...

 


Aku baca artikel penuh 𝗿𝗲𝗻𝗴𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗻𝗶𝗽𝗮 𝗠𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻 ni (https://m.malaysiakini.com/news/726643), yang aku nampak cuma satu: 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶.



Paling menarik, dia sempat puji PH1.0. iyalah. Sebab 𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘁𝘂. Padahal PH1.0 pecat Dr. Maszlee yang 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶.


Nampak macam sakit hati tak dapat jadi sebahagian daripada kerajaan sekarang. Iyalah... Kan namanya tak naik sebagai calon dalam PRU lepas.


Hanipa sebenarnya beri reaksi kepada DS Anwar yang menjawab gred diberikan oleh 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵. Beliau berkata kerajaan ini masih baru dan berkias 𝗨𝗣𝗦𝗥 𝗱𝗮𝗽𝗮𝗿 𝗗 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗦𝗣𝗠 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗔.


Itu yang 𝘭𝘢𝘸𝘺𝘦𝘳 ni kata DS Anwar ada 24 tahun untuk buat persediaan UPSR. Kononnya sebab dah lama DS Anwar sebut 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶, patutnya jadi kerajaan terus boleh laksanakan.


Mana dia belajar? Patutlah masa jadi menteri dulu tak 𝘱𝘦𝘳𝘧𝘰𝘳𝘮 langsung. Entah apa hasil dia jadi menteri dulu. Aku pun tak ingat. Yang aku ingat dia kata tak hadir sidang dewan sebab 𝘀𝗲𝗷𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁.


Sebenarnya, kalau Mahathir tak khianat PH tahun 2020 dulu, sebaik DS Anwar jadi PM boleh terus laksanakan Reformasi. Malangnya 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸. Nak bawak jawatan PM tu masuk kubur.


Disebabkan ketamakan Mahathir itu, ditambah pula 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗸𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻, bersama 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶, ekonomi jadi jadi rosak. Rasuah berleluasa. Itu semua merosakkan negara kita.


Kalau bawa kereta, kita bikin enjin 𝘱𝘰𝘸𝘦𝘳 pun, bubuh NOS pun, kalau tayar pancit, kereta tak boleh gerak. Boleh tapi tak selamat. Silap-silap boleh menyebabkan kemalangan.


Nak cerita Reformasi tapi ekonomi mati. Kan susah tu. Kemudian negara pula kucar kacir disebabkan hasutan oleh 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘂𝗺.


Masalah sosial seperti 𝗷𝘂𝗱𝗶 𝙤𝙣𝙡𝙞𝙣𝙚 dan 𝙥𝙚𝙙𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 berkembang biak di media sosial. Ko cerita apa Mat? Nak ke negara jadi macam tu? Nak buat Reformasi, perkara begini perlu ditangani dulu. Didik rakyat dulu.


Lagi pun, selama 24 tahun tu, berapa lama pula PMX dalam penjara kerana dizalimi 𝗶𝗱𝗼𝗹𝗮 si Hanipa ni? Yang itu takkan nak diskaun?


Tapi cerita banyak pun tak guna. Hanipa ni rasanya dah turun taraf jadi 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸. Macam biasa, macamana bebalnya PapaGomo, begitulah juga walatok yang lain. Jadi biar la dia meroyan.


Yang pasti dia tak perlu lagi risau rasa sejuk di dewan parlimen sampai 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝗽𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 sebab dia bukan lagi ahli parlimen. Terima Abg. Mat tak letakkan dia sebagai calon. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PMX pergi luar negara, untuk cari pelaburan bawa masuk Malaysia.


Aman Mohammad


 PMX pergi luar negara, untuk cari pelaburan bawa masuk Malaysia.


Namun ia tidak semudah itu, mesti kena ada timbal balas dari Malaysia juga.


Jika kita nak sesebuah negara tu melabur dalam negara kita, maka Malaysia juga perlu melabur dalam negara mereka.


Ini adalah win-win situation, menguntungkan kedua-dua belah pihak.


Malaysia dapat pelaburan.

Malaysia juga dapat kembangkan bisnes.


Demi mencapai hasrat itu, PMX bawa rombongan wakil-wakil syarikat GLC / Semikonduktor Malaysia ikut beliau ke negara-negara yang beliau lawati.


Di sini walaun kena fikir, wajarkah kerajaan menaja 100% kos mereka ikut PMX?


Sudah tentu tidak. Kenapa kerajaan perlu menaja kos mereka pula? Bahkan PMX sangat bijak, PMX mahu mereka pula taja perjalanan sehingga 80%. Kerajaan hanya bayar 20% sahaja, betapa PMX menjimatkan duit rakyat.


Dan sebagai balasannya, PMX akan mempromosikan syarikat-syarikat Malaysia seperti PETRONAS untuk meneroka peluang pernigaaan di negara-negara yang dilawati PMX.


Bukankah ini sangat bijak?


Malaysia dapat pelaburan.

PETRONAS dapat bisnes luar negara.


tapi biasalah.

walaun ingat PMX ni kaki sakau macam Pengerusi PN agaknya.


;)



TAK AMBIL GAJI PUN KENA SINDIR... MENYAKAW TAK PA.. SOKONG...


 

Video : Ketua Penasihat SG4 patut rasmi majlis 39 tahun peringati Memali



DOK BAYAR HASIL ROYALTI TINGGI.... SUBSIDI NO....


 

PAS SAYANG KAT KOMENEH....


 

HABIH MODAI DAH... PERTAMA KALI DALAM SEJARAH.. OTAK KEMETOT KETUAI KDA FC


 

Buat malu orang Kedah, KDA FC dipersoal guna ‘influencer’ pondan buat promosi

 



Tindakan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang menggunakan seorang pempengaruh lelaki berpewatakan wanita untuk menguar-uarkan tentang perlawanan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC, mengundang kontroversi dan kritikan ramai.



Difahamkan, KDA FC cuba membuat promosi menggalakkan peminat sukan bola sepak dalam kalangan wanita untuk hadir ke Stadium Darul Aman, Kedah bagi aksi Piala Malaysia nanti.

Bagaimanapun tindakan pihak itu melantik pempengaruh lelaki untuk membawa watak lembut dan berpakaian seperti wanita hanya mencalar nama baik pasukan bola sepak tersebut.



MAHATHIR CUBA MENGAKAL RAKYAT DENGAN MENGATAKAN BAHAWA PH TIDAK AKAN KER...

Dengar sampai habis terdiam pas

PENGGULUNGAN DARI MENTERI YB AHMAD MASLAN MEMANG PADU JAWAPAN YANG DIBER...

APA MACIAM... SUDAH NAK RUNDING????


 

NOOHHHH HAIHHHHH... APSEREYNAPETEY


 

ELOK LA... KOS LAWATAN TANGGUNG SENDIRI


 

MMMMM... NAYA KAT HANGPA NOH..... NAK BUAT TU NAK BUAT YANG NII... AKHIRNYA SATU APA PUN TAK JADI.... BOO LIOW....


 

LIVE : PEJA KATA MUHYIDDIN CALON PM TERBAIK PRU16 ! INI JAWAPAN LOKMAN ADAM

Fadhli Shaari MP ‘level’ baca tajuk



Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari memuat naik satu pautan bertajuk “kerajaan tak lagi benar syarikat swasta taja lawatan penjawat awam”.

Pautan itu diperoleh dari sebuah portal pro PKR.

Bersama pautan dan tangkap layar artikel yang dikongsi di Facebook, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dipercayai menyindir Perdana Menteri.


“Pakcik ni dulu baik orangnya. Sempat lagi nak remove pautan ni ye,” tulisnya.

Ahmad Fadhli membuat sindiran seperti itu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lawatan rasminya ke lima buah negara minggu lalu dibiayai syarikat swasta yang turut mengikuti program tersebut.

Namun berdasarkan pautan disertakan, artikel itu sebenarnya menyatakan mengenai lawatan penjawat awam ke luar negara berkaitan perolehan kerajaan yang tidak boleh lagi dibiayai syarikat swasta.



Ia bukan mengenai lawatan kerja ke luar negara mahupun lawatan dalam misi mencari pelaburan.


Pada Disember 2022 selepas memegang tampuk pemerintahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat ketetapan bahawa pembiayaan lawatan penjawat awam ke luar negara berkaitan perolehan kerajaan tidak boleh lagi dibiayai syarikat swasta, sebaliknya dibiayai sepenuhnya melalui obligasi kontrak.


Antara tugasan luar negara yang disenaraikan termasuk pemeriksaan sebelum penerimaan (PDI), ujian penilaian kilang (UPK), laporan pemantauan projek (PMR), mesyuarat pelaporan eksekutif (ERM), ujian penerimaan akhir (FAT),Transfer of Title (TOT); dan latihan.

“Tugasan tersebut mestilah untuk tujuan mengesahkan status pembuatan produk, pemantauan dan perbincangan isu-isu berkaitan projek atau produk tersebut antara agensi dan kontraktor,” kata Perbendaharaan dalam pekeliling tersebut.


Tindakan Ahmad Fadhli yang hanya membaca tajuk berita dengan tidak memahami pekeliling dibuat kerajaan, mengundang kecaman terhadapnya.


Pengguna media sosial mengkritik pemimpin Pas itu dengan mempersoal tahap pendidikan beliau.


“Apa agaknya level of education you ya? Saya baca pautan itu dan sepenuhnya memahami tujuan dan perbezaannya. Kos lawatan untuk kerja perolehan vs kos lawatan kerja,” kata pengguna FB.


“Jangan risau YB pautan tu tak dibuang seperti pautan harakah sedia error 404,” balas yang lain.


Manakala di X seorang pengguna berkata, “tak bijak Fadhli letak link. Kan orang dah baca.


“Bila baca, baru tahu ditarik tu adalah untuk kerja perolehan, contoh MINDEF beli senapang, nak pergi tengok produk sebelum penghantaran, kos lawatan kena masuk dalam kontrak.


“Bukan lawatan kerja atau misi pelaburan. Bikin kantoi lah,” kata Saiful.




Mahkamah bebaskan Daim tapi SPRM masih teruskan siasatan? Ini puncanya

 


Mahkamah pada Rabu lalu telah membebaskan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada tuduhan gagal mengisytiharkan harta.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan siasatan terhadap bekas menteri kewangan itu tetap diteruskan.

Tetapi siasatan yang dibuat ini adalah berkenaan maklumat dalam Pandora Papers di mana kertas siasatan telah pun dibuka sejak Februari 2023.


Berpandukan siasatan Pandora Papers, ia telah membawa kepada siasatan terhadap Kementerian Kewangan pada masa itu di mana Daim memegang jawatan sebagai menteri.

Walaupun mahkamah membebaskan Daim, tetapi siasatan lain di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) berkaitan kes ini masih diteruskan.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dengan lancar tanpa sebarang gangguan.


“Pelbagai dakwaan yang tidak berasas dan mengelirukan tersebar di media sosial berkaitan isu ini.


“Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan mdia SPRM bertarikh 30 Disember 2023, satu notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 dikeluarkan kepada Daim pada 7 Jun 2023.


“Notis ini mengkehendaki beliau mengisytiharkan semua aset miliknya di dalam dan luar negara secara bertulis dan melalui akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.


“Daim memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali, dan SPRM memberikan lanjutan pada 6 Julai 2023, 10 Ogos 2023, 11 September 2023, 11 Oktober 2023, dan terakhir pada 14 November 2023 untuk melengkapkan pengisytiharan aset tersebut.


“Pada 29 Januari 2024, Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 atas pertuduhan gagal mematuhi notis yang terakhir iaitu 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan kira-kira 70 aset harta dan satu akaun bank,” katanya.


Siasatan turut membabitkan isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Kadir, serta ahli-ahli keluarga beliau dengan siasatan tertumpu kepada perolehan aset-aset di luar negara.


“Penyelidikan jejak kewangan di luar negara sedang giat dijalankan dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa,” ujarnya.


SPRM meminta masyarakat agar tidak membuat spekulasi berhubung kes ini dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka tanpa sebarang gangguan.



JAWI SIASAT INDIVIDU DIDAKWA HINA NABI MUHAMMAD

 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar — fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memulakan siasatan berhubung tindakan seorang individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W di sebuah konvensyen baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata individu tersebut disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997.

“JPM meminta semua pihak untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak PDRM.

“Semua pihak perlu berhati-hati ketika menyampaikan ucapan terutamanya dalam perkara berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W.

“Selain itu, sebarang perkara yang boleh menimbulkan kontroversi juga perlu dielakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan polis juga telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu.

Terdahulu, tular hantaran di Facebook berkenaan ucapan seorang pensyarah yang didakwa penuh dengan sindiran biadab.

Menurut hantaran di satu halaman Facebook itu, lelaki berkenaan didakwa turut melakonkan watak Rasulullah sambil membuat mimik wajah yang buruk. –AlHijrah Online

Kos lawatan PM tidak ditaja pihak swasta, untuk apa suruh SPRM siasat?






Kos lawatan Perdana Menteri (PM) sepanjang minggu lalu ke empat negara telah dijelaskan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam, iaitu dibiayai oleh kerajaan. Manakala ahli perniagaan yang menyertai lawatan itu dibiayai oleh sumber masing masing.



Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Adam Adli Abdul Halim mempersoalkan gesaan Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham agar PM disisat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikhuatiri berlaku 'rasuah' dalam pembiayaan lawatan berkenaan.



"Kenyataan Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham hanya kenyataan politik. Bunyi macam cerdik dengan petik peruntukan undang-undang, tapi asasnya terpesong. Ibarat golok kayu



"Ini lawatan kerja, bukan lawatan peribadi. Menteri Komunikasi sudah terangkan perbelanjaan PM ditanggung Kerajaan.



"Perbelanjaan delegasi lain ditanggung sumber bukan Kerajaan. Hilman, sebagai bekas Setiausaha Politik Menteri MITI seharusnya lebih arif tentang perkara ini. Takkanlah tak tahu? Ke buat-buat lupa?" tanyanya.



Menurut Adam Adli, sesuatu yang lazim PM akan membawa delegasi besar dalam lawatan beliau untuk mencari pelaburan atau memperkenalkan perniagaan tempatan di luar negara.



Juga menjadi amalan lazim para usahawan membiayai sendiri perbelanjaan mereka.



Oleh itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya tersebut tertanya tanya mengenai unsur rasuah yang dikatakan Hilman.



"Nak siasat bawah Seksyen 165 untuk apa bila tidak pun melibatkan sebarang hadiah atau habuan? Tidak melibatkan transaksi duit. Tidak melibatkan urusan atau perbicaraan yang ada kepentingan meragukan.



"Apa kesalahan yang nak disabitkan di sini? Jangan hanya petik tapi tak faham tafsirannya.



"Kalau berkeras dan rasa ada kesalahan, Hilman boleh lapor SPRM. Tapi saya nasihatkan jangan buang masa pegawai SPRM dengan isu yang tidak berasas begini. Saya yakin SPRM sangat sibuk, ada banyak ‘safe house’ nak digeledah lagi," sinisnya.



Bagi Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, Kerajaan Madani telah merancang sebaik baiknya lawatan berkenaan dengan menjimatkan wang pembayar cukai apabila mensyaratkan usahawan yang turut serta dibiayai sumber masing masing.



"Bila melibatkan delegasi besar, Kerajaan perlu bijak rencana perbelanjaan. Ini duit pembayar cukai. Apakah Kerajaan perlu tanggung kos perjalanan wakil-wakil industri yang ikut bersama?



"Sebab itu wajarlah apabila wakil-wakil industri ini tanggung sebahagian besar kos perjalanan yang melibatkan mereka sendiri. Jika Kerajaan tanggung, mungkin kita boleh kata bermasalah," katanya lagi.



Semalam Hilman dalam kenyataan berkata, SPRM boleh membuka kertas siasatan selaras dengan Seksyen 29(3) Akta SPRM berhubung lawatan itu.



Bagaimanapun unsur utama rasuah memerlukan bukti bahawa syarikat swasta menanggung perbelanjaan lawatan PM, dan hal itu tidak berlaku dalam penganjuran lawatan berkenaan.

 

Sikap tatorruf

 Abu Mishkat


Kadang-kadang pelik dengan cara fikir agama sebahagian orang Malaysia. 


Kritikan spesifik sekelumit matan sebuah hadith sebagai syaz, telah mengheret kepada isu kritikan kepada Ham*** serta penelanjangan individu berkenaan di media sosial. 


Setitik yang dikatakan kontroversi oleh seorang syeikh dalam majlis Sama' Hadith al-Bukhari itu diulas sampai tenggelam semua kebaikan dan mutiara hikmah sepuluh orang syeikh-syeikh lain. 


Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, termasuklah kita semua. 


Kesederhanaan ialah meletakkan mizan yang adil. 


Setitik kekotoran dalam sebuah tasik tidak mengotorkan air tasik itu, melainkan kita sengaja pergi menangguk kotoran itu dan sibuk bercakap mengenainya.


Demikian itu kesedaran orang yang waras dan pertengahan. Sebaliknya orang yang tidak waras adalah orang yang suka berlebihan di suatu sudut tepi. 


Dalam bahasa Arab, sikap 'mensudut' ke tepi begitu dinamakan tatorruf. Orang yang bersikap begitu dinamakan mutatorrif. 


Mutatorrif itu sama maksud dengan pelampau atau extremist.



PEMBANGKANG TERLALU HEBAT DALAM MEMFITNAH! INI JAWAPAN TERKINI ISU PANAS...

MP PENDANG MEROYAN “TANYA TERUS” SPEAKER! NAMPAKNYA HULU TERENGGANU SEOR...

MB KAMI SEMPOI.. TAK PAHAM BUKA GOOGLE TRANSLATE...


 KUALA LUMPUR: Global investment leader Bin Zayed International Group of Companies (BZI) has officially withdrawn from the RM40 billion Langkasuka project in Langkawi, citing a lack of viable opportunities.



The decision marks a significant shift in the group's focus, as the project was initially seen as a promising joint venture. 


"The Langkasuka project, that was a joint venture which we have pulled out of. Through the years, since 2022, we didn't see the value in it anymore."


"With Forest City coming up, investing in Langkawi isn't a priority," Bin Zayed International (M) Bhd managing director Datuk Seri Shamir Kumar Nandy said at the official launch of BZI's latest office in Kuala Lumpur here, today.


Shamir emphasised the group's current priorities, highlighting progress in the Jazz City development in Kulim and two projects in Kuala Lumpur awaiting approvals from DBKL.


"These align better with our strategic direction," he added. 


The Langkasuka project was launched as a collaboration between Widad Group and Bin Zayed International LLC, aiming to develop a sprawling mixed-use estate featuring luxury villas, a golf course, and commercial spaces.


Widad Group and Bin Zayed International LLC signed a joint-venture agreement on March 7, 2022, to further solidify their partnership, pursuant to the collaboration agreement inked on March 30, 2021.


Bin Zayed International LLC is a subsidiary of the BZI, a Dubai-based conglomerate with interests in building, energy, trading, real estate, technology, and finance.


It is owned by Sheikh Khaled Zayed Al Nahyan, a prominent member of the Abu Dhabi royal family.Ends