Ahli Parlimen Pasir Gudang sedang berdepan dengan jawatankuasa tatatertib PKR susulan kritikannya terhadap kerajaan baru-baru ini.Malaysiakini difahamkan ahli parlimen lantang PKR itu diheret ke jawatankuasa itu kerana mengkritik keputusan kerajaan dalam pelantikan syarikat U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua. Menurut sumber, Hassan akan disiasat berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong yang memiliki saham kedua terbesar dalam U Mobile di samping mengkritik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.Kata sumber itu, PKR beranggapan Hassan merosakkan imej parti apabila membuat kenyataan kritikal secara terbuka itu.Ketika dihubungi, Hassan mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut."Memang benar," katanya dalam mesej teks ringkas."Lebih baik dapatkan butiran daripada lembaga disiplin. Siasatan akan bermula tidak lama lagi. Saya sekarang di ibu pejabat PKR di PJ," kata Hassan ketika ditanya butiran lanjut.
=================================================================================
Rakyat Malaysia membanjiri akaun X Emmanuel Macron selepas Presiden Perancis itu memuat naik sekeping foto bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diiringi kapsyen dalam bahasa Melayu.Hantaran Macron walaupun ringkas tetapi cukup memberi makna, melambangkan kerjasama erat antara Malaysia-Perancis.Warga maya tidak dapat menahan rasa kagum kerana Presiden Perancis itu mampu menggunakan bahasa Melayu dalam ciapannya.“Bersama Perdana Menteri Malaysia @AnwarIbrahim, yang juga merupakan Pengerusi ASEAN.“Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami,” tulisnya di X.Turut dimuatkan adalah gambar beliau bersalaman dengan Anwar semasa pertemuan dua hala mereka di Sidang Kemuncak G20 yang baru berakhir di Rio de Janeiro, Brazil.Jika dibandingkan dengan pertemuan Presiden Indonesia, Macron tidak memuat naik kapsyen dalam bahasa Indonesia.Ia sekaligus menambah kekaguman orang ramai yang percaya Malaysia kini diberi perhatian sangat baik oleh negara luar.Menariknya, hantaran itu juga mengimbau kenangan mengenai hubungan terdahulu Malaysia-Perancis.“Terima kasih, sebenarnya hubungan Malaysia dengan Perancis amat kuat semasa PMX sebagai Menteri Kewangan dahulu. Banyak syarikat dari Perancis datang melabur dan selepas PMX dipecat, banyak yang beralih arah. We do hope the relation between country will be on further level,” kata @imdnanSeorang lagi pengguna, @d_syahir, meluahkan rasa bangga dengan tindakan Macron menggunakan bahasa Melayu: “Bangga aku! Orang luar pun guna bahasa Melayu.”Malah, mereka turut mengalu-alukan kedatangan Presiden Perancis itu untuk melawat Malaysia.“Jemput datang Ke Malaysia. Kali terakhir Presiden Perancis datang ke Malaysia adalah pada tahun 2017 iaitu Presiden Francois Hollande,” komen @azrullez.Dalam pertemuan di luar Sidang Kemuncak G20 itu, Macron dan Anwar menegaskan komitmen untuk terus memperkukuhkan hubungan serta kerjasama antara kedua-dua negara.