PAS JANGAN SIBUK-SIBUK DI PRN MELAKA….

 

Sama seperti di Sabah, Pas juga tidak pernah menang sebarang kerusi di Melaka.

Lantaran tiada kerusi dimenangi di Sabah itulah menyebabkan Pas sedia beralah dan tidak menyertai PRN negeri itu yang diadakan pada tahun lalu.

Ia adalah sebagai jalan tengah berikutan UMNO dan Bersatu saling berebut kerusi yang sama untuk ditandingi.

Pendirian tidak bertanding itu bertujuan memudahkan UMNO dan Bersatu mencari jalan penyelesaian berhubung pembahagian kerusi.

Dengan tidak bertanding itu dan sebagai sebahagian daripada kerajaan PN, Pas ketika itu menyokong calon kedua-dua parti yang bertelagah iaitu UMNO dan Bersatu dalam PRN Sabah.

Menjelang PRN Melaka 20 November depan, dilema Pas boleh dikata hampir sama dengan di Sabah.

Di Melaka, UMNO memenangi 13 kerusi pada PRU14 lalu daripada 18 kerusi yang ditandinginya.

Bersatu memenangi dua kerusi daripada enam yang ditandinginya.

Pas tidak memenangi sebarang kerusi, meskipun mereka bertanding di 24 kerusi.

Masalah di Melaka adalah sama seperti di Sabah di mana UMNO dan Bersatu berebut kerusi atau kawasan yang sama.

UMNO bukan saja mahu mengekalkan kemenangan di 13 kerusi yang telah dimenanginya pada PRU14 itu, bahkan juga mahu kekal bertanding di 18 kerusi sebagaimana pilihanraya sebelum ini.

Berikutan Bersatu mahu menambah kerusi yang ingin ditandinginya, manakala Pas pula merasakan inilah peluangnya untuk menerobos menang kerusi buat kali pertama di Melaka melalui kerjasama tiga parti Melayu itu, maka itulah mereka mengharapkan ada kesepakatan dengan UMNO sambil berharap parti tersebut sedia melepaskan sebahagian kerusinya.

Sebagaimana Pas tidak mungkin melepaskan mana-mana kerusinya di Kelantan dan Terengganu kepada UMNO atau Bersatu, UMNO juga secara normalnya adalah begitu dan tidak mungkin mereka sedia melepaskan walau satu kerusinya di Melaka, baik kepada Pas atau Bersatu.

Tetapi, jika benar kerjasama ingin diwujudkan, Bersatu dan Pas tidak harus meminta lebih daripada kekuatan mereka yang sepatutnya.

Walaupun daripada 18 kerusi yang ditandingi UMNO pada PRU14, hanya 13 yang dimenanginya, tetapi lima kawasan yang kalah itu memang kerusi tradisi UMNO, kecuali Paya Rumput dan Teluk Mas yang pertama kali dimenangi Bersatu.

Maka, daripada lima kerusi itu dan dua daripadanya sudah menjadi milik Bersatu, jika mahu bekerjasama, tiga selebihnya harus diserahkan semula kepada UMNO atau dalam erti kata lain, UMNO mesti diserahkan 16 kerusi untuk mereka tandingi daripada 28 kerusi dalam DUN Melaka.

Bagi Bersatu, dua kerusi iaitu Paya Rumput dan Teluk Mas sudah memadai untuk mereka tandingi.

Jangan minta lebih-lebih jika betul-betul ingin bekerjasama dengan UMNO.

Pas pula, oleh kerana tiada kerusi dalam tangannya sekarang, parti itu jangan sibuk-sibuk mahu bertanding dalam PRN Melaka kali ini.

Sedarlah diri dan tengoklah cermin banyak kali untuk melihat wajah diri sendiri.

Kalau dalam PRN Sabah, mereka boleh tidak meletakkan calon, mengapa tidak di Melaka?

Jika Pas mahu bertanding juga, eloklah mereka memilih bertanding untuk berlawan semua kerusi yang ditandingi DAP di negeri itu.

Pada PRU14 lalu, DAP bertanding 8 kerusi dan mereka menang semua kerusi yang ditandingi.

Bukankah Pas selalu kata DAP adalah musuh mereka dan musuh Islam, jadi lawan dan kalahkanlah parti tersebut?

Buat apa menjerit bermusuh dengan DAP tapi tidak berani berlawan dengan mereka?

Cehhhh…..(ShahbudinHusin 24/10/2021)



Mat Maslan ‘warning’ Idris Haron, jangan kacau mesyuarat Umno

 


Panas! Mat Maslan ‘warning’ Idris Haron, jangan kacau mesyuarat Umno


Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengingatkan Adun Sungai Udang Idris Haron untuk tidak mengacau mesyuarat parti itu.

Reaksi Ahmad itu susulan dakwaan bahawa Idris dikatakan hadir mesyuarat Umno Cawangan Klebang Kechil sekaligus dianggap mencetuskan kekecohan.

Ahmad berkata Idris sedar dirinya telah dipecat daripada Umno dengan surat pemecatan yang dikeluarkan pada 5 Oktober.

“Kenapa orang yang dah bukan ahli nak datang mesyuarat Umno ini,” soalnya.

“Itu sesuatu yang pelik, tapi benar berlaku pada Datuk Seri Idris Haron.. Apa yang nak disesali lagi?

“Kalau nak ceramah, ceramah la tempat lain, jangan ganggu mesyuarat Umno,” kata Ahmad lapor Astro Awani.

Walau bagaimanapun, Idris yang telah dipecat Umno kerana peranannya dalam menjatuhkan kerajaan Umno-Bersatu di Melaka menafikan dia menjadi individu tidak diundang dan ‘mencetuskan ketegangan’ pada mesyuarat Umno di Melaka itu.

Idris menegaskan halaman kediamannya amat hampir dengan majlis mesyuarat Umno itu yang disifatkannya sebagai ‘berkongsi halaman.’

“Semasa saya berborak dengan ibu saya, mereka (ahli Umno cawangan) yang berkumpul untuk mesyuarat Umno cawangan buat bising.

“Saya pergi ke halaman rumah itu dan meminta mereka senyap sedikit kerana terlalu bising sedangkan saya sedang berborak dengan ibu saya tetapi mereka degil,” lapor Berita Harian.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata beliau mengambil peluang memberikan penjelasan kepada ahli Umno mengenai situasi politik semasa di Melaka.

Dalam masa sama, beliau juga meminta ahli Umno cawangan itu membawa usul tiga pemimpin parti disingkirkan kerana didakwa “menyebabkan banyak kerosakan kepada Umno.”

“Selepas meminta mereka membawa usul itu, saya pun balik, tak ada pun saya buat kacau-bilau,” katanya lagi.

Panas! Pemimpin Umno ‘serang’ Azmin kerana usik Zahid

 

Panas! Pemimpin Umno ‘serang’ Azmin kerana usik Zahid


Tadi Azmin kata bahawa yang tidak mahu bekerjasama dengan PPBM itu kononnya pendirian Presiden Zahid Hamidi, bukannya pendirian akar umbi UMNO.

Azmin ini kalau bercakap selalunya songsang dan terbalik, dalam hal ini kononnya macam dia pula yang lebih tahu apa akar umbi UMNO mahu berbanding Presiden dan orang UMNO sendiri.

Akar umbi UMNO telah buat ketetapan dalam Perhimpunan Agong UMNO bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam pilihanraya.

Jika kita beri kerusi kepada mereka (PPBM) dalam PRN Melaka ini, kalah atau menang mereka akan paksa kita untuk bekerjasama dalam PRU nanti pula dan minta kita serah kerusi lagi. Kita tidak boleh terperangkap dengan helah ini dan tergelincir di lurah yang licin atau “slippery slope” mereka ini.

Jika kita menang mereka akan kata ia sebab mereka, dan jika kita kalah pula mereka akan kata “kerjasama” ini kononnya perlu dikuatkan lagi untuk menang PRU pula.

PN minta 14 kerusi di Melaka daripada 19 kawasan Melayu.

Formula mereka ini adalah seolah formula lintah darat atau formula Belanda minta tanah.

Majlis Tertinggi UMNO perlu mendukung hasrat akar umbi seperti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agong UMNO lalu dalam mesyuarat pada 28 Oktober 2021 ini.

NO NEGO, GO SOLO.

ISHAM JALIL
24 Oktober 2021

((GEMPAR)) PRN MELAKA - DATO KAMAL BONGKAR: USAHA TERAKHIR - BERSATU AKA...


((GEMPAR)) PRN MELAKA - DATO KAMAL BONGKAR: USAHA TERAKHIR - BERSATU AKAN UMUM KELUAR KERAJAAN? KLUSTER MENTERI MULA RESAH?

((PANAS)) TERKINI DARI DATO ZAHARIN DIMELAKA: MELAKA MASIH "MEMANAS"! PE...



(PANAS)) TERKINI DARI DATO ZAHARIN DI MELAKA: MELAKA MASIH "MEMANAS"! PERSAINGAN SEBENAR BN & PH?

((PANAS)) DATO KAMAL "BALUN" PAS LAGI: RETORIK PAS JADI "KING MAKER" DI ...



((PANAS)) DATO KAMAL "BALUN" PAS LAGI: RETORIK PAS JADI "KING MAKER" DI MELAKA?

YAKINNYA KAMU...KAH..KAH...KAH......PAKAI BROKER NAK BALIK PARTI LAMA...DENGAR SAYUP SAYUP.....

 May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian KOMIN ALL Sinar Harian 'Saya yakin pengundi beri peluang PN tadbir Melaka' Azmin OCTOBER 24, 2021A 5:53 AM MASJID TANAH- Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin bahawa gabungan itu mampu mentadbir negeri Melaka sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan. Jelasnya, gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan dalam Perikatan Nasional mempunyai kriteria yang terbaik untuk rakyat."




Yakinnya kamu!

Rasa nak tergelak baca komentar Azmin. Penuh yakin dia yang PN adalah gabungan paling stabil.
Paling stabil?
Macamana nak kata stabil kalau PN terbentuk dari 3 parti yang huru-hara.
PPBM (aku tak mahu panggil Bersatu sebab parti ini adalah punca perpecahan PH) adalah parti yang kononnya ditubuhkan untuk melawan rasuah. Tetapi parti ini khianati PH yang jelas menentang rasuah dan bentuk kerjasama dengan pihak yang terkenal dengan rasuah. Yang kes berlambak di mahkamah.
PPBM juga dianggotai oleh Azmin yang gila kuasa, lari dari partinya setelah sedar usahanya untuk rampas kerusi presiden daripada DS Wan Azizah telah menemui jalan buntu. Dari segi apa nak kata PPBM mampu membentuk pentadbiran yang stabil kalau pemimpinnya terdiri daripada pengkhianat?
PAS pula parti bohsia. Kalau bohsia sanggup gadai maruah demi seronok berjalan naik motor dan makan free, PAS pula sanggup gadai maruah dan perjuangan demi pangkat dan kuasa.
PAS bentuk Muafakat Nasional kerana mahu guna sentimen agama dan kaum bersama UMNO untuk jerat pengundi. Bila tiba-tiba PPBM ajak bentuk kerajaan, terus PAS lupa janji kepada UMNO. Sampai hari ini PAS tak boleh tentukan mereka bersama PN atau MN. Tamak. Kalau begini caranya, stabilkah Melaka nanti di bawah pentadbiran PN?
Gerakan... Susah nak komen. Satu kerusi pun tak menang. Bila BN kalah, terus tinggalkan BN. Tak ada semangat setia kawan. Pengkhianat. Tapi itu la. Nak cerita lebih pun tak guna sebab ini parti mandul. Satu kerusi pun tak ada. Gerakkan yang hanya layak digelakkan.
Itu baru cerita hal parti. Belum cerita kegagalan PN mentadbir Malaysia yang menyebabkan rakyat hidup dalam penderitaan. PRN Sabah yang jadi sebab meningkatnya kes Covid-19 hingga tidak terkawal juga berpunca daripada sifat tamak PN yang mahu rampas semua negeri.
Orang Melaka mesti pandai menilai. Kalau letak kepercayaan kepada PN, bersedialah untuk dikhianati. Kerana itulah asas penubuhan PN - PENGKHIANATAN!
Jangan lupa Muhyiddin dan Azmin adalah muka makhluk yang mengemudi pentadbiran negara sehingga rakyat susah sampai kibar bendera putih. Dan ketika mereka memerintahlah kes bunuh diri meningkat dengan banyaknya.
Aku yakin rakyat Melaka bijak.

KAH..KAH...INI BUKAN ULAMAK TAPI MOKHTAR SCUD.....LIHAT TUAN TUAN YA...PAS TANGGUH RUU355....JANGAN JADI MOKHTAR..DIA HANYA PANDAI BERMAIN MASSENGER

 May be an image of 2 people and text that says "Mokhtar Dup PAS kena terus menentang kemungkaran yg ada dlm kerajaan sekalipun PAS hanya ada 18 suara sahaja. Sekalipun PAS dipersalahkan atas kemungkaran yg kerajaan buat PAS tidak boleh keluar dari kerajaan samasekali. Jika PAS keluar kerajaan akan tumbang. Itulah kehendak PH dan para pendesak itu. "Pemimpin yang bersekongkol menerima keuntungan daripada arak dan judi sebagai 'kerajaan syaitan' dan 'menteri syaitan'." "Golongan agama yang bersubahat membenarkan arak dan judi juga sebagai 'ulama syaitan'." Semua org melayu Muslim kena ingat DAP lebih haram dari arak. Admin Fb UMS Kuantan P MAIN SENTIMEN DAP UNTUK TUTUP KEGAGALAN SENDIRI"May be an image of 1 person

KETIKA PH AMBIL ALIH MELAKA, WANG KERAJAAN NEGERI HANYA ADA RM18 JUTA TAPI….

 

Saya masih ingat ketika kita ambil alih kerajaan Melaka dahulu lebihan wang kerajaan negeri hanya RM18 juta.

Lepas setahun kita urus Melaka, lebihan wang kerajaan negeri meningkat jadi RM60 juta.

Untuk bantu orang Melayu dan Bumiputra saya tubuhkan Dana Harta Bumiputra. Dalam tempoh setahun kita berjaya kumpul RM33 juta.

Tujuan kita tubuhkan dana ini adalah khusus untuk bantu orang Melayu dan Bumiputra membuat pinjaman perumahan dan pinjaman mikro perniagaan.

Sebenarnya dalam tempoh 22 bulan itu banyak inisiatif untuk rakyat telah berjaya kita buat tapi malangnya bila mandat rakyat telah diusik, banyak rancangan itu tidak dapat dilaksanakan.

YB ADLY ZAHARI

Mantan KM Melaka.

PROGRAM SUBSIDI UPAH PERLU RM1 BILION SEBULAN BAJET 2022


RAKYAT PERLU KELUAR MENGUNDI AGAR TIDAK PILIH ORANG YANG SALAH


PROPAGANDA



1. Saya masih ingat lagi, minggu pertama program orientasi di King’s College. Masa nak register saya pergi seorang saja, mengharapkan jumpa la orang Malaysia. Masa tu dalam ramai2 yang pergi dalam batch yang sama, saya sorang je dapat King’s. Yang lain ada ke Oxbridge, ramai juga ke LSE dan UCL. Bagi seorang budak kampung, belajar di kota London ni sedikit menggerunkan. Kalau ada geng, boleh la up sikit confident. 


2. Masa sampai ke Dewan Pendaftaran, punya la ramai. Saya pun tilik2 la dalam crowd tu kalau ada orang Malaysia. Chinese and Indian Malaysia pada saya susah nak kenal pasti. Sebab takut salah negara, can be from China or India. So saya cuba cari muka Melayu. Masalahnya, tiada seorang pun saya confident nampak muka Melayu. Selalunya kalau tiada Melayu Malaysia, kita boleh geng dengan Melayu Singapura, orang Brunei atau Indonesia. Namun, sebutir pun saya tak jumpa. 


3. So I told myself, cuba la otak tu berkembang sikit. Kalau dah Kerajaan hantar belajar jauh2, yang nak bergaul dengan sama muka je, apa cerita? So saya beranikan diri menegur satu minah omputih di sebelah. Namanya Laura, orang Jerman. Cantik juga, rambut blonde, hidung terletak. Saya tanya ambil course apa. Dia kata ambil jurusan “War Studies”.


4. Dalam hati, “Eh… askar ke minah ni?” Tapi nampak macam Barbie. Takde rupa army. Dia kata dalam jurusan dia, yang army punya sikit. Kebanyakan yang belajar jurusan ni ada cita2 dalam bidang korporat, politik dan hubungan antarabangsa. Dia kata jurusan “War Studies” di King’s bukan saja yang terbaik di UK malah antara yang terbaik di dunia. Tu sebab dia terbang ke UK dari Germany. 


5. So dalam setahun saya melepak dengan dia, dia terangkan apa guna “War Studies” dalam kehidupan. Dia kata kitab paling ulung dalam jurusan ini ialah “The Art of War” oleh Sun Tzu. Dia suruh saya cuba baca komentari mengenainya, sangat berguna. So setiap kali ada masa, saya cuba lah rujuk dan baca. Semakin lama mendalami The Art of War, semakin saya terpana. Banyak benda boleh kita belajar. Semuanya relevan dalam hidup kita.


6. Salah satu yang menarik perhatian ialah mengenai PROPAGANDA. Sun Tzu kata “Taktik perang paling hebat, bila kita kalahkan musuh tanpa perlu berlawan”. Makanya ini lah asas perang propaganda.  Propaganda ini bukan hanya ada dalam perang moden. Masa perang Moghul lagi dah diguna.


7. Genghis Khan sebelum nak masuk medan perang, dia pastikan semua askar ikatkan kayu pada ekor kuda. Supaya kayu itu bila ditarik akan naikkan pasir juga. Makanya, bala tentera Moghul bila masuk ke medan perang, akan naik bayang pasir gergasi di belakang mereka. Konon2 macam Gengkhis Khan punyai berpuluh ribu bala tentera. Musuh tengok macam tu banyak yang kecut dan cabut lari. Tak payah la susah2 nak berperang. Banyak je Genghis Khan menang guna cara ni. Itulah salah satu cara propaganda zaman kuno.


8. Zaman sekarang sebab nak berkuasa, tak perlu pemimpin kita berperang. Mereka hanya perlu kuat daya politik. Politik juga satu bentuk peperangan. Peperangan mencari majoriti undi. Makanya seni peperangan propaganda ni sangat berguna di kalangan politikus. Mereka tak perlu buat sendiri aksi perang nak benamkan lawan.  Setiap parti politik ada team yang sebarkan propaganda. 


9. Propaganda ni ada dua. Satu propaganda positif dan satu lagi propaganda negatif. Propaganda positif ceritakan apa yang baik mengenai mereka, yang negatif pula bagi membenam pihak lawan. Dalam konteks politik Malaysia semasa, #KeluargaMalaysia dan #MalaysiaBaru merupakan propaganda positif. Manakala #KerajaanGagal dan #PakatanHancing merupakan propaganda negatif. 


10. Propaganda ni bukan semuanya tipu, ada yang guna fakta dan data. Yang penting tujuannya nak bentuk minda pengundi untuk percaya satu perkara. Dalam zaman moden ni, lagi senang nak sebarkan propaganda, guna saja media sosial yang ada. Yang menyebar propaganda politik dipanggil laskar siber atau cybertroopers. Mereka ni ada yang dibayar dan ada yang volunteer.


11. Bagi yang atas pagar dalam politik, fakta dan data ini penting untuk kita nilai sesuatu isu. Tapi bila kita baca dalam media sosial, susah dah nak beza antara fakta dan fitnah. Kadang tu, untuk kita tengok kredibiliti satu perkara, kita tengok berapa ramai yang like dan share. Namun jangan mudah terpedaya. Ingat cerita Genghis Khan tadi? Itu semua boleh bikin jua.


12. Laporan mengatakan Malaysia antara negara di dunia yang paling banyak ada akaun media sosial palsu. Laskar siber ni selalunya tak guna nama dan akaun sebenar. Mereka guna pelbagai akaun palsu. Kadang seorang handle sampai 50 akaun. Kenapa kena buat begitu? Jembalang siber ni kena support politician. Perlu ramai follower palsu untuk share dan like posting mereka, agar beri credential. Artikel ini jelaskan yang pemimpin kita antara yang buat perangai begini.


   https://www.meldmagazine.com.au/2013/05/world-leaders-fake-followers/


13. Lagi satu kerja laskar siber ni, dia kena benamkan apa saja hujah yang merosakkan nama politikus. Bagaimana caranya? Mereka buat cara tak senonoh. Sama ada maki2 dan mencarut atau beri ancaman. Ni semua nak bagi pengundi diam. Membuli, itu cara mereka. Makanya dalam media sosial, kalau tuan puan jumpa jenis manusia yang tak bertamadun, tambah berperangai bigot, saya nasihatkan blok kan saja. Jangan bagi muka. 


14. PRN dan PRU dah nak dekat. Makanya kita kena beringat. Akan banyak lagi propaganda yang akan keluar. Di sini saya senaraikan jenis taktik dan helah propaganda yang mereka akan guna:


(i) “Smokescreen”

- Ini merupakan taktik kaburi pihak lawan. Untuk menutup strategi sebenar. Simply put, cakap di luar lain, yang betul2 jadi lain. 

- Contoh: Politician nampak macam gaduh2 di media, kononnya taknak berunding. Walhal deal belakang2, sama2 nak bertanding.


(ii) “Whitewashing”

- Ini merupakan taktik nak tutup isu yang negatif.  Dia cepat2 bersihkan yang buruk dan katakan semuanya baik belaka.

- Contoh, terkantoi masuk wang GLC dalam akaun sendiri. Katanya ia tak salah, kerana itu merupakan derma Raja Arab. White wash perkara itu kononnya takde hal. Walhal kalau derma kepada parti atau negara, kenapa perlu masuk akaun sendiri? Contoh yang dispin, buat pengundi pening 


(iii) “Red herring”

- Ini strategi lari dari perkara pokok, divert isu lain yang takde kaitan. Supaya orang lupa isu yang mustahak.

- Contoh, terkantoi ahli parti merembat royalti pasir negeri. Jual pula pada warga asing. Dikalihkan isu kepada Pulau penuh dengan batu konkrit. Jual pulak sentimen kedaulatan negara. Ini namanya, strategi red herring.


15. Penting bagi kita sebagai pengundi untuk tahu semua strategi. Must remember, sebagai pengundi bijak, we must rise above politics. Buat keputusan, bukan sebab kita penyokong taksub tapi sebab kita pengadil yang adil. Undi kita berharga, bukan untuk politicians atau parti, tapi untuk negara dan cucu cicit. Makanya, sangat penting untuk kita decipher semua strategi mereka. Buat keputusan berdasarkan fakta bukan yang di-spin.


16. Kawan saya Laura dah kembali ke Germany. Sekarang jadi tai tai suri rumah sepenuh masa. Kami masih berhubung dalam media sosial, bertanya khabar. Katanya, duduk rumah pun dia pakai ilmu war studies. Supaya ada bullet propaganda untuk menangkan hati suami. Boleh la kita cuba try test sekali…   


Salam hormat,

Liyana Marzuki



NAK LEBIH KERUSI- PATUT LA TAK MAU KERJASAMA DENGAN UMNO...

 

Panas! Nazri dedah Umno bersedia bagi 4 kerusi Dun saja kepada Pas dan Bersatu dalam PRN Melaka



Nazri dedah Umno bersedia bagi 4 kerusi Dun saja kepada Pas dan Bersatu dalam PRN Melaka


Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz berkata, Bersatu dan PAS sepatutnya bersyukur Umno bersetuju mengagihkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kepada dua parti itu untuk ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Beliau dalam satu perbincangan awal antara Umno, PAS dan Bersatu dimaklumkan dua parti yang membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) itu difahamkan tidak bersetuju dengan cadangan Umno hanya menyerahkan empat kerusi DUN kepada mereka.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, Bersatu dan PAS tidak boleh menyalahkan Umno, sekiranya parti itu memutuskan untuk bertanding solo kerana tawaran agihan kerusi itu adalah adil dan bertimbang rasa.

“Sebelum ini, saya difahamkan Umno bersedia menyerahkan dua kerusi DUN kepada Bersatu dan dua kerusi DUN kepada PAS, tetapi Bersatu tolak kerana mereka mahu mendapatkan tambahan kerusi pilihan raya.

“Memandangkan kekuatan kedua-dua parti berkenaan (PAS dan Bersatu) lemah, dengan Bersatu hampir tiada kekuatan akar umbi bagi menghadapi PRN Melaka, Bersatu dan PAS sepatutnya bersyukur Umno masih sanggup memberikan empat kerusi DUN kepada mereka bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.

“Kedua-dua parti itu juga perlu menerima hakikat sebarang kerjasama PRN Melaka harus memastikan Umno menjadi ketua kerajaan negeri itu semula,” katanya dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian partinya tidak akan bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRN Melaka dan BN yakin mampu menang pada 20 Nov nanti berdasarkan “permasalahan” di “pihak sebelah sana” ketika ini.

Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pula dilaporkan berkata, pihaknya tidak boleh menunggu “rakan di sebelah sana” terlalu lama membuat keputusan sama ada mereka sedia bekerjasama atau tidak, semata-mata untuk mengelakkan pertembungan pada PRN Melaka.

Di sebalik situasi terkini membabitkan hubungan Umno, PAS dan Bersatu, Nazri masih berharap tiga parti itu dapat mencapai kata sepakat bagi menghadapi PRN Melaka.

“Hal ini kerana tanpa kerjasama parti-parti Melayu ini bagi mengelakkan pertembungan tiga atau lebih penjuru, usaha untuk mengekalkan kerajaan di Melaka pastinya berdepan cabaran besar.”

Akhbar itu memetik sumber Umno sebagai berkata, PAS menuntut lima kerusi dan Bersatu mahu lapan kerusi DUN sebagai syarat kerjasama dengan Umno pada PRN Melaka.

PM PALING TERUK? PILIHANRAYA NEGERI MELAKA ADALAH PILIHANRAYA DIPAKSA [P...

‘Sepanjang 22 bulan, keutamaan kita sentiasa rakyat’

 



Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH / October 23, 2021

Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari memberitahu sepanjang 22 bulan pentadbiran PH, gabungan itu tidak pernah lari dari kesedaran memikul tanggungjawab membantu rakyat.

Beliau berkata, banyak inisiatif yang digerakkan PH seperti program perumahan rakyat yang diberikan secara percuma kepada penduduk Melaka dan 100 buah rumah sudah pun siap ketika gabungan itu mentadbir.

Menurutnya, beliau menyedari bahawa anak muda yang mula membina kehidupan mahukan rumah dan ramai penduduk di Melaka sendiri sukar membeli rumah pertama mereka.

“Keutamaan kita adalah rakyat sepanjang 22 bulan mentadbir. Antara aspek penting adalah perumahan rakyat yang kami bina dengan harga RM37,500. Kita juga beri rumah percuma. Apa ruginya kita?

“Kita mahu tolong rakyat. Kita buat Rumah Berkat, sewa hanya RM150. Ada yang tanya, betul ke Yb bagi rumah percuma. Ya. Kita luluskan 100 rumah dan sudah siap. Sepatutnya kita siapkan 500 rumah. Dapat percuma,” katanya dalam sesi Pelancaran Jentera Pakatan Harapan Dun Telok Mas malam ini.

Pada masa sama, Adly berkata, salah satu agenda di masa hadapan yang akan direalisasikan PH adalah menyediakan lebih banyak perumahan untuk rakyat dengan kadar sewaan lebih rendah sekitar RM150 sehingga RM200 sebulan.

Sementara itu, Adly turut menegaskan bahawa kerenah birokrasi yang dihapuskan semasa pentadbirannya dahulu, tidak seharusnya dilaksanakan semula kerana ia antara faktor yang menyusahkan hidup rakyat.

Beliau menyentuh bagaimana rakyat perlu melalui pelbagai proses kelulusan hanya mahu mendapatkan bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun proses itu semua telah dihapuskannya sebelum ini bagi memudahkan rakyat yang seharusnya layak dibantu.

Menurutnya, jiwa pemimpin yang tidak memahami permasalahan rakyat menyebabkan rakyat terus susah.

“Jiwa kita ini tak ada pada rakyat. Contohnya pasal pemberian bakul makanan di Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketua Menteri memang tidak ada jiwa untuk rakyat.

“Dulu semasa rakyat susah akibat pandemik Covid-19, dia bagi 100 bakul makanan. Bila masuk fasa 2 dan 3, rakyat dah keluar berniaga dan bekerja, kerajaan luluskan pula 1,000 bakul.

“Kita mesti buang kerenah birokrasi. Sistem demokrasi dah jauh menyimpang. Tugas kerajaan cari di mana orang susah. Kalau peruntukan wakil rakyat RM300,000 dan wang di Jabatan Kebajikan ada RM76juta, sepatutnya siapa perlu cari orang susah? JKM, iaitu pelaksana jentera kerajaan,” ujarnya lagi.

 

 




HENTAMAN LOGIK BUAT PAS YANG HANYA CAKAP PANDAI DAN MENIPU AHLI MEREKA : LIVE!! KENAPA PAS PERTAHAN KERAJAAN YANG TAMBAH CABUTAN JUDI


PAS PERTAHAN DEMI JAWATAN YANG MEREKA INGINKAN SELAMA INI. USAHA INI BUKAN BARU BERMULA , TETAPI SEJAK KEJATUHAN KERAJAAN PERAK 2009 DULU...ITULAH RUNDINGAN PERTAMA..


PEMANDU MABUK ,,ARAK..KES ADIB...RUU3555...AURAT DAN BAGAI LAGI DAH TERBUKTI BAHAWA KEMUNGKARAN ITU WUJUD....TAPI PAS MASIH MAHU BERSAMA DENGAN PARTI PENGAT TAIK


APA PUN DALAM TAHALUF SIASINYA - MAKA DENGAN SIAPA PUN KITA BERPAKAT AGAMA DAHULU- HABIS TU KENAPA SEHINGGA KINI DIA TAHU KEMUNGKARAN BERLAKU MALAH BERTAMBAH.

BAWAH GUAN ENG   ... 22 JADI 8 DAN INI ADALAH FAKTA...DARI 22 JADI 11 SEHINGGALAH KEPADA 8....SILA DENGAR ....


TAK KAN KALAU NAK JADI KING MAKER..KAMU TAK BERANI UNTUK MENARIK SOKONGAN WALAU PUN KAMU MAMPU LAKUKAN...DIMANA KEBERANIAN PAS...? 

Mandat Rakyat Perlu Dipertahankan Oleh SPRM PDRM Serta Istana Daripada D...


Adly Zahari yang merupakan Pengerusi PH Melaka membuat ucapan perasmian jentera PH Melaka

LAWAK BODO PENGAT TAIK -LEBAI PAS KATA, KALAU TARIK SOKONGAN TERHADAP KERAJAAN PN, DA...


Biarlah isu arak atau judi, yang penting Dap jangan perintah. Berapa kerusi Dap bertanding, lebai? Walaun diperbodohkan.

YA VAKSIN TAK DAPAT LINDUNGI MANUSIA...

 

Ok. Mungkin betul kematiannya disebabkan oleh COVID, bukan vaksin. Tapi itu bermakna vaksin tak dapat lindung orang pun daripada virus ini. Jadi, paksa rakyat sampai berjanji nak susahkan hidup orang yang enggan divaksin tu kenapa?

@rajagelap.official

May be an image of one or more people, people standing and text that says "B BERNAMA BERNAMA 2h Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya Datuk Dr Param Jeeth Singh Pakar Singh berkata wanita berusia 78 tahun itu disahkan positif COVID-19 pada 6 Sept lepas iaitu hari keenam selepas wanita itu menerima dos kedua vaksin COVID-19 pada 1 Sept, manakala dos pertama pada 8 Jun. NORHAYATI S BERNAMA BERNAMA. COM Kematian warga emas tinggal di rumah penjagaan disebabkan COVID-19 bukan vaksin"

KAH,,KAH,,,KAH....LAGI KAU KEMPEN NAJIB LAGI NOSTALGIA ORANG INGAT PADAJHO LOW DAN ALTANTUNYA....DAN SKANDEL KAPAL SELAM...

 


PRN Melaka: 'Saya bukan pengarah pilihan raya, tapi akan kempen habis-habisan' - Najib


Fareez Azman
PRN Melaka: 'Saya bukan pengarah pilihan raya, tapi akan kempen habis-habisan' - Najib
Najib berkata, beliau akan membantu kempen UMNO dan BN habis habisan dalam PRN berkenaan. - Gambar/ Astro AWANI
MASJID TANAH: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa beliau tidak dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan bulan depan.
Bagaimanapun, jelas Ahli Parlimen Pekan itu, beliau akan membantu kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) habis-habisan dalam PRN berkenaan.
"Apapun UMNO dan BN mesti bersedia dalam apa juga keadaan. Saya nak jelaskan di sini, Pengarah Pilihan Raya UMNO adalah Datuk Seri Mohamad Hasan, saya dikehendaki bantu kempen habis-habisan.
"Saya akan bersama Mohamad Hasan, saya percaya Perdana Menteri pun akan turun untuk bantu kita dalam kempen," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai PRN Melaka, tambah Najib, beliau yakin agenda yang dibawa BN dan UMNO dapat menambat hati pengundi di negeri itu.
"Saya dijemput bersama jentera wanita peringkat negeri dan nasional. Alhamdulilah, saya melihat semangat wanita sangat baik luar biasa dan bersiap sedia berjuang habis-habisan menjamin kemenangan parti kita.
"Selain daripada itu, saya ada sebut beberapa perkara untuk diberi perhatian parti dan kerajaan negeri supaya dijadikan sebagai antara agenda kita... lebih-lebih lagi kalau kita dipilih semula untuk mentadbir negeri Melaka," katanya lagi.
Terdahulu, Najib mengadakan pertemuan bersama jentera UMNO di Masjid Tanah yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

BN KEKAL SOLO DAN PN TANDING SEMUA KERUSI DI MELAKA, PAS IKUT SIAPA? ADAKAH PAS AKAN HANYA BERGAYUT PADA PARTI LAIN TANPA KEKUATAN SENDIRI ?

 

Berikutan ketegasan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk parti itu bertanding secara solo dalam PRN Melaka dan kemudian diikuti dengan kenyataan Mahiaddin Md Yasin bahawa PN akan bertanding di semua 28 kerusi, kedudukan Pas kini paling menjadi tanda tanya.

Pas sebelum ini melalui suara beberapa pemimpinnya seringkali mahukan UMNO/Pas/Bersatu saling bekerjasama dalam menghadapi pilihanraya negeri itu.

Pas mahu berbuat demikian bukan saja untuk menghalang PH daripada kembali berkuasa, tetapi juga untuk memastikan mereka sendiri sebagai parti yang tidak pernah menang di Melaka akhirnya berpeluang bertapak dan memperolehi kerusi di negeri itu.

Tetapi, perkembangan mutakhir memperlihatkan persefahaman untuk bekerjasama antara UMNO dan Bersatu terlalu sukar untuk dicapai.

Faktor utama ialah berkenaan pembahagian kerusi di mana UMNO dan Bersatu saling berebut kawasan yang sama iaitu yang dihuni majoriti pengundi Melayu.

UMNO sekarang ini memiliki 13 kerusi yang dimenanginya pada PRU14 berbanding 18 kerusi yang ditandinginya dalam pilihanraya tersebut.

Untuk PRN ini, UMNO bukan saia mahu memastikan 13 kerusi itu dapat dipertahankan lagi, malah enggan berganjak kurang daripada 18 kerusi yang pernah ditandingi dalam PRU sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Bersatu difahamkan mahu diperuntukkan lapan kerusi dalam rundingan awal dengan UMNO, manakala untuk PN secara keseluruhan pula gabungan itu menuntut antara 12 hingga 13 kerusi.

Daripada 12 atau 13 kerusi yang diminta itu, Pas berminat untuk bertanding lima kerusi daripadanya.

Memandangkan UMNO dan Bersatu sama-sama berebut kawasan pengundi Melayu, jika UMNO sedia beralah dengan tuntutan Bersatu itu, ia bermakna mereka terpaksa mengorbankan sebahagian kerusi yang dimenanginya sekarang untuk diserahkan kepada Bersatu.

Jika lapan kerusi diminta Bersatu itu mahu dipenuhi,sedangkan daripada 28 kerusi yang ada di Melaka hanya ada sekitar 21 kerusi saja yang merupakan kawasan majoriti Melayu, diikuti dengan Pas meminta lima kerusi, ertinya UMNO hanya ditinggalkan dengan lapan kerusi saja.

Dengan bertanding 18 kerusi dan menang 13 daripadanya, tetapi jika hanya diperuntukkan lapan kerusi saja dalam PRN kali ini tentulah mustahil untuk UMNO menyetujuinya.

Maka itu, hampir tidak pada pilihan lin buat kedua-dua parti itu melainkan masing-masing bertanding atas panji-panji sendiri.

Maknanya, UMNO akan bertanding atas tiket BN, manakala Bersatu dengan Pas menggunakan tiket PN.

Soalnya, sediakah Pas bertanding atas tiket PN untuk berlawan dengan BN dan PH dalam pertandingan tiga penjuru dalam PRN Melaka ini?

Walaupun Pas adalah anggota rasmi gabungan PN, kita juga sedia maklum parti itu masih lagi berada dalam kolam MN yang tidak didaftarkan bersama dengan UMNO kerana merasakan melalui kerjasama tiga parti itu akan lebih menguntungkannya.

Tambahan lagi, dengan kerusi Perdana Menteri kini berada di tangan UMNO, masih kekalkah Pas dengan kesetiaannya sebagai anggita rasmi bersama Bersatu dalam PNbukan saja di PRN Melaka tetapi juga untuk PRU15 akan datang? – ShahbudinHusin 23/10/2021.


SUDAH BERADA DIHUJUNG KUASA PUN MASIH NAK JUAL NAMA MELAYU ISLAM...JADI MENTERI APA PUN TAK BUAT.

 

Takut hilang kuasa mulalah pukul gendang jual nama melayu & islam. Kalau orang melayu masih buta nak menilai, tak tau nak cakap apa lagi. Sudah berada dianjung kuasa, ruu355 entah kemana, kilang arak tak dapat tutup malahan kluar lagi "timah whiskey". kes adib senyap, permis judi tidak dpt dihapuskan malahan cabutan judi ditambah 22x. Tudung pramugari tak dpt dilaksanakan, pemandu mabuk menjadi2. Rumah palacuran, club malam, disco, karoke, casino genting highland, seperti biasa beroperasi.

Lagi nak salahkan cina DAP ?

May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian 'Berundinglah, jangan pertaruh nasib politik Melayu Islam di Melaka' BY MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM OCTOBER 23 2021 AT 3:35 AM SHAH ALAM Pemimpin Pas meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berunding bersama semua parti Melayu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka."


ASYIK MEMAINKAN ISU BAHAWA RAKYAT KELANTAN TAK PERLUKAN AIR BERSIH ? BETULKAH RAKYAT KELANTAN SEDAIF ITU TIDAK MAHUKAN AIR BERSIH ?

 May be an image of one or more people and text that says "Patutlaa masalah air tak selesai di Kelantan, Lebai lebih risaukan kedudukan dan jawatan tergugat berbanding tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh RAKYAT i AKUMAN DEVA DE PAS NE JKE da VIE 20 HAR SINAR HARIAN Isu air tidak 'gugat' kedudukan Pas Kelantan"

Nasib Umno, Ismail dan Zahid terikat pada PRN Melaka

 



Mohsin Abdullah

Kata ketua penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Mohd Yusri Ibrahim: “Bayangkan hanya kerana krisis antara beberapa individu dalam kepimpinan Umno Melaka, kita terpaksa berbelanja sebesar RM46 juta.

“Dalam tempoh krisis kesihatan awam dek pandemik Covid-19 dan kelesuan ekonomi sekarang ini, jumlah ini sangat besar nilainya. Sebagai pembayar cukai , tentu sekali kita sedih dan kecewa,” katanya lagi.

Saya setuju dan ingin menegaskan ada kemungkinan jumlah orang keluar mengundi berkurangan walaupun SPR menyarankan 70% peratusan pengundi. Kurangnya pengundi keluar mungkin sebagai tanda protes, atau kebimbangan akan risiko kesihatan walaupun pandemik menunjukkan tanda penurunan.

Apa pun, RM46 juta yang diperkatakan Yusri merujuk jumlah yang akan dibelanjakan untuk diadakan Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 Nov. Kata-kata itu Yusri luahkan menerusi hantaran di Facebook.

Meskipun berkata demikian, beliau akur politik Melaka “menarik” kerana komposisi pengundinya mewakili komposisi pengundi Malaysia keseluruhannya.

“Sebab itu PRN Melaka sangat penting sebagai penanda aras kepada parti-parti politik tanah air menjelang PRU15,” kata Yusri.

Dalam erti kata lain, apa yang berlaku di Melaka barangkali boleh berlaku di Malaysia keseluruhannya pada PRU15 kelak. Banyak pengamal, pemerhati, dan penganalisis politik tidak menolak kebarangkalian itu.

Yang jelas, jatuhnya kerajaan Melaka awal bulan ini memaparkan sengketa politik dalaman, dan juga menunjukkan pertelingkahan antara parti-parti politik Melayu masih rancak.

Kemungkinan besar keputusan PRN Melaka boleh menyelesaikan isu kepimpinan Umno, menentukan “kekuatan” Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri, mencorakkan strategi parti politik Melayu apabila menghadapi pilihan raya mendatang khususnya PRU15, dan jangan lupa ia boleh menunjukkan kemampuan Pakatan Harapan untuk mengambil semula Putrajaya.

Tumpuan ramai ialah bagaimana Umno, PAS, dan Bersatu akan mengorak langkah di Melaka. Adakah Umno akan bertindak bagai apa yang dihasrat presidennya Ahmad Zahid Hamidi, iaitu bertanding secara solo bawah panji BN?

Apa pula langkah PAS? Bersama Bersatu atau Umno? Bagaimana pula Bersatu sendiri? Yang pasti Bersatu tidak boleh dan tidak mahu bersendirian. Pada permukaannya, Umno sudah menolak mereka dan Bersatu juga sudah memberi kata-kata berani bahawa ia juga tidak gentar menghadapi Umno. Namun yang mereka “ada” ialah PAS. Bagaimanapun, menurut beberapa pemerhati dan penulis politik termasuk saya, PAS mahu makan dua-dua belah dan sudah naik sedap duduk dalam kerajaan pusat.

Walaupun Zahid beri gambaran Muafakat Nasional sudah tiada, beberapa pemerhati politik syak itu satu sandiwara. Tidak mustahil Umno, PAS, dan Bersatu bergabung demi survival mereka – walaupun buat seketika.

Imbau kembali kata-kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, tempoh hari, “semua tidak mahu PH menang”. Maksud beliau, ketiga-tiga parti boleh “berbaik” untuk common cause yakni halang PH.

Sesungguhnya PH punyai peluang cerah memenangi PRN Melaka. Penganalisis politik menjangkakan jumlah pengundi mereka pada PRU14 masih kekal dan mereka tetap marah dengan Langkah Sheraton yang menumbangkan PH di pusat dan negeri. Lantas mereka mahu “menghukum golongan pengkhianat” dan mengembalikan kuasa kepada PH.

Lalu jika Umno, PAS, dan Bersatu bertindak berasingan, peluang PH lebih cerah. Tetapi ada 1001 masalah antara ketiga-tiga parti itu yang perlu diatasi terlebih dahulu.

Namun, Zahid sudah beberapa kali menyatakan pandangan bahawa tidak ada satu parti atau gabungan yang akan menang pilihan raya secara mutlak. Maksudnya, kerajaan akan hanya boleh ditubuhkan menerusi rundingan selepas keputusan pilihan raya diperolehi. Ertinya, jumlah kerusi terkumpul yang diperolehi beberapa parti digunakan untuk membentuk majoriti.

Apa pun, jika PH menang di Melaka ia tamparan hebat buat Zahid selaku presiden parti. Sudah tentu, sebarang keputusan yang memihak PH akan memberi tekanan kepada usaha beliau mengekalkan jawatan itu pada pemilihan Umno.

Selaku perdana menteri dari Umno, Ismail akan turut terkesan namun penyokongnya mungkin terdorong menggunakan keputusan PRN yang tidak menyebelahi Umno untuk menyakinkan beliau mencabar Zahid pada pemilihan Umno – atas alasan kekuatan parti perlu dipulihkan sebelum menghadapi PRU15.

Jika ini berlaku, tidak perlu ditegaskan betapa sulit keadaannya buat Zahid. Namun diakui sebarang cabaran Ismail bukan bererti jamin menang. Tetapi beliau ada kelebihan.

Sepanjang era BN memerintah negara, ketika Umno merupakan parti dominan dalam BN, presiden Umno yang memegang jawatan Perdana Menteri. Tentuya Ismail mahu mengembalikan tradisi itu.

Jika Umno kembali menerajui kerajaan Melaka, sudah tentu Zahid dan Ismail akan menggunakan kemenangan itu untuk memacu kempen masing-masing pada pemilihan Umno dan melonjakkan keyakinan parti dalam menghadapi PRU15.

Kalah di Melaka, laluan sukar menunggu Umno untuk PRU15. Ia juga akan menyulitkan kedudukan Ismail sebagai perdana menteri, lebih-lebih lagi dalam mengemudi kerjasama Umno dengan PAS, yang tidak mahu tinggalkan Bersatu. Misi itu akan semakin sukar jika Ismail kekal sebagai Naib Presiden dalam Umno yang dipimpin Zahid.

Bagaimana PAS dan Bersatu?

Di Melaka, PAS tidak punya kesan mendalam. Pada PRU14, parti itu tidak menang walau satu kerusi DUN. Tetapi perlu diingat PAS dapat secara agregat 10.78% undi. Bagi Bersatu pula, kerusi yang dimenangi pada PRU14 diperolehi semasa parti itu berada dalam Pakatan Harapan.

Sejak itu, sokongan terhadap mereka berkurangan. Dengan tiadanya Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, keadaan Bersatu dilihat semakin sukar dan semakin lemah. Parti itu bergantung harap kepada pengundi Melayu. Namun ada pemerhati politik percaya sokongan Melayu sudah berkurangan. Ada yang kembali menyokong Umno. Malah pengundi Melayu punyai pelbagai pilihan selain Bersatu.

Di Melaka, gabungan PAS-Bersatu sukar bergerak maju. Ada pihak meramalkan kesengsaraan menunggu gandingan itu pada PRN Melaka dan seterusnya pada PRU15. Cuma PAS masih kuat di Pantai Timur.

Seperkara lagi, PH dilaporkan akan menggunakan saluran perundangan bagi menghalang PRN diadakan.

Sama ada berjaya di mahkamah atau tidak soal lain. Secara politiknya percubaan itu boleh dianggap “direstui” ramai kerana kebanyakan rakyat Melaka dikatakan tidak setuju pilihan raya diadakan dewasa ini. Sekali gus PH dapat “political points”.