RAMAI MARAH.. TAPI SEMUA PIMPINAN POLITIK MUNAFIK.. PAS JADI KERAJAAN... RUU355 TAK BUAT... KAN MUNAFIK


 

ORANG MELAYU SG BAKAP HARUS TOLAK. SIKAP BURUK PIMPINAN MACAM NI KENA TOLAK.


 

KOKOK KUAT


 

KESIAN KENA KENCING BERADAP


 Desa HM


Petang tadi, saya hadir di sebuah agensi kerajaan berkait Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bagi mendapatkan kepastian, susulan menerima aduan dari masyarakat penanam padi yg nama mereka dikeluarkan dari senarai penerima subsidi baja dan racun bagi penanaman musim ini selepas proses pemutihan...


Sedih, seramai 41 orang dinafikan subsidi untuk mereka lantaran, status tanah permintaan atau 'TOL' yang mereka usahakan sejak turun temurun, sebenarnya telah di'rampas' secara senyap oleh seorang pemimpin politik otai negeri perlis.... 


Daripada plan tanah yang ditunjukkan kepada kami... seramai hampir 200 geran telah dikeluarkan di atas nama2 yang terdiri dari orang luar dari kwsn ini... 


Menariknya... hanya beberapa nama sahaja yang dikenali, terdiri dari kroni dan kwn rapat pemimpin berkenaan, dan tanah tersebut kabarnya telah dijual kepada penama kedua dan ketiga..., manakala selebihnya, penama yang dinamakan dalam geran anugerah itu, mereka sendiri pun tidak tahu, yg mereka ada tanah di situ.


Setelah program pemutihan dibuat bermula awal tahun ini, barulah isu pemilikan tanah ini timbul...


Kesian penduduk tempatan, yg sejak sekian lama mengusahakan sawah di atas tanah itu, bagi menyara keluarga, kini terumbang ambing... nk teruskan usahakan tanaman padi, tanpa subsidi, memanglah mereka tidak mampu.


Nak cari tuan tanah...tanya pej tanah pun, pej tanah pening.. benda dah lama. Tuan punya yg namanya ada dlm geran pun tak tahu, di situ ada tanah dia... manakala si pengusaha pula nak claim subsidi kena buktikan, ada surat kebenaran mengusahakan tanah dari pemilik tanah. Serabut.


Begitulah nasib sebahagian org Melayu di dlm parlimen Padang Besar... 


Nak harapkan kpd exco tanah, exco pertanian... semuanya main lepas tangan. Nak minta pelepasan sementara pun, sekurang2nya menggunakan budi bicara... bagi membantu petani yg majoritinya dari kumpulan B40... sampai ke hari ini, belum ada keputusan.


Skrg baru rakyat sedar....


Rupanya.. pemimpin yg selama ini berlagak mcm dia lah hero rakyat... dlm parlimen berdegar2 menyalak, semua benda dia nak jadi hero... rupa2nya sewaktu bertakhta di negeri pada satu ketika dahulu... dia lah PENGKHIANAT nombor satu kpd rakyat Padang Besar. 


Hanya dgn kumpulkan IC ... tanah2 yg di pohon dan diusahakan oleh org tempatan, dgn senang lenang disailang dan ditukar nama dan dihadiahkan geran kpd kwn2 dan kroni2 dia...


Kini, pemimpin itu diangkat menjadi idola puak2 hijau putih di sini..


Kesian org Perlis.. Kena kencing beradap!


😠😠😤



PELUANG PAS LEBIH CERAH.

 

Is


Saya sebenarnya setuju dengan kenyataan ini. Politically, dan strategically kalau PAS bertanding, mereka ada peluang menang lebih besar.




BEBERAPA NEGERI SUMBANG KDNK NEGARA

 

BERNAMA


📌Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang sumbang 67.7 peratus kepada ekonomi Malaysia pada 2023 



📌Selangor ketuai sumbangan dalam KDNK nasional pada 2023, dengan sumbangan 25.9 peratus 


- Jabatan Perangkaan Malaysia


Berita lanjut menyusul.



RAKYAT MERANA. KAU PENGHASUT..


La Jo Ir


 Sepatutnya YB tolong jelaskan kepada RAKYAT kenapa simpanan KWSP itu penting... 

Bukan terus jadi PENGHASUT...

YB nanti ada pencen puluhan ribu setiap bulan.

Yang akan merana mereka² ini.





KEMPEN BERKESAN


Is


 Pengurangan ketara sekitar 40 hingga 50 peratus jualan purata harian diesel di stesen minyak di kawasan sempadan dilihat petanda awal keberkesanan penyasaran semula subsidi bahan api itu, khususnya bagi membanteras kegiatan penyeludupan.




Fitnah yang digunakan oleh mantan PM berpuluh tahun bila saya di penjara...

Naik taraf loji air di Kedah dilanjutkan hingga April 2025 - Akmal


Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau di Kedah dijangka siap April tahun depan, kelewatan lebih setahun daripada tarikh akhir asal. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata tarikh akhir baharu pada 16 April 2025 adalah lanjutan masa (EOT) kedua yang diberikan kepada projek itu. Bercakap di Dewan Rakyat Akma juga berkata tarikh akhir baharu itu diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku pegawai yang bertanggungjawab menyelia projek tersebut.







TERKINI! Fitnah: MP PN berdepan laporan polis | PMX tegur kesalahan Saif...



1. Saifuddin ditegur dalam Parlimen pakai batik hari selasa 2. MP Machang jadi sasaran tiga parti politik kerajaan 3. Amir Hamzah dedah penyasaran subsidi diesel tunjuk kesan positif 4. Wan Fayhsal dakwa langkah Muar bukti kerajaan sudah reformati 5. PAS Gua Musang mungkin bertanding PRK Nenggiri 6. PMX nafi jual maruah Melayu, hanya ingin berlaku adil kepada semua kaum 7. Amanah cuba nasib rampas dua kerusi di Perak


Dewan gamat! Anwar 'tembak' pembangkang isu penyasaran subsidi diesel

[Penuh] Jelutong dihalang PN untuk bahas isu mengenai lombong emas di Ke...

MANTOP APA NYA.... ADA PHD TAPI ERKKKKK...



 Dr. Zamri Mantop DZM sembang, fitnah pasal IMF, tau ka dak yang batalkan semua pinjaman World Bank dan IMF pada tahun 1993 tu PMX Anwar Ibrahim sendiri?



Pastu tau dak tahun 1999, siapa PM yang sign pinjaman semula dengan World Bank tu?


Penasihat SG4 hang tu la. 🙄




ISLAMIK LA KONON

 

Eceh! Acah-acah Islamik pulak. Puak-puak ni 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝘁𝗮𝗾𝘄𝗮 𝘁𝘂. Masa dia fitnah, tipu, 𝘴𝘱𝘪𝘯 semua tu bertaqwa sangat la? Dalam isu ni pun menipu jugak ni.



𝗧𝗮𝗸 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝘂𝗻 p𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 ni dalam mana-mana akta. Jadi tak ada dosa pun kalau tak beri. Yang ada cuma 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻. Itu memang kerajaan ada beri.


Contoh macam 𝗠𝘂𝗮𝗿. Peruntukan RM2.7 juta. Begitu juga 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 yang mana MBnya paling biadab, paling kurang ajar, paling celupar terhadap PMX. Tapi tetap 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂.


𝗠𝗕 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗮𝗸𝘂𝗶 yang Kerajaan Pusat tidak culas dalam beri peruntukan untuk Kelantan. Nampak? Menipu dan memfitnah lagi. Bertaqwa sangat la tu?


Cumanya, itu la. Peruntukan parlimen maknanya duit tu 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗸𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗣. Terus kepada rakyat. Tu yang MP tak nak. 𝗗𝗶𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗶𝘁. Nak 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 ke? Entah.


Bukan macam 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗱𝘂𝗹𝘂. Parlimen yang diwakili pembangkang bukan setakat peruntukan MP je, 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴. Sebab tu Kelantan ketinggalan 


Masa tu Mahiaddin pun ada dalam kabinet Mahathir. Dia sendiri pun 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝗼𝗻𝗴𝗸𝗼𝗹 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿. Takkan dia dah lupa? Melayu betul la Mahiaddin. Itu sebab mudah lupa.


Bukan PMX tak mahu diberi peruntukan tu. Tapi diajak berunding dulu. Yang PN 𝘀𝗼𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴, 𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸, 𝗲𝗴𝗼, 𝘁𝗮𝗸𝗮𝗯𝗯𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 tu apa hal? Lepas tu nak salahkan kerajaan.


Rundingan ni masa 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 dulu pun ada buat. Masa tu 𝗧𝗮𝗸𝗶, 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵, 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 dan ramai lagi pun ada dalam kabinet. 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴 pun ada jadi 𝗗𝘂𝘁𝗮 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶.


Masa tu kenapa tak tegur suruh Ismail Sabri terus bagi peruntukan tanpa berunding?


Tak ada orang pun suruh Saddiq berlari. Orang kata kalau nak peruntukan pergi berbincang. Yang dia pergi lari tu, 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗹𝗮. Dah kena tu pasrah je dah la.


Benda mudah sengaja buat susah. Tak matang. Ibarat 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝘂𝗺𝗮𝗶𝘆𝗶𝘇 yang masukkan kepala celah pagar. Dah terselit, tak boleh tarik kepala, tau dia nak melolong. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Fuh! 𝘛𝘢𝘬𝘪𝘯𝘨 𝙛𝙞𝙩𝙣𝙖𝙝 𝘵𝘰 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘭𝘦𝘷𝘦𝘭!


 Fuh! 𝘛𝘢𝘬𝘪𝘯𝘨 𝙛𝙞𝙩𝙣𝙖𝙝 𝘵𝘰 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘭𝘦𝘷𝘦𝘭!




Penat la fitnah kecil-kecil ni. Alang-alang fitnah besar sekali. Setakat lokal je dah tak 𝘣𝘦𝘴𝘵. 𝙂𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙧𝙪! ibarat kata rakyat negara jiran.


Tapi memang hebat imaginasi dia. Sampai masukkan Perang Dunia Ke-3. Ni jenis yang masih yakin 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.


Hakikatnya Amerika pun 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 dah sekarang ni. Sebab tu dia main 𝘵𝘳𝘢𝘥𝘦 𝘦𝘮𝘣𝘢𝘳𝘨𝘰 je. Kos perang tu tinggi gila.


Apa pun, 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗮𝗹 ni aku ucapkan dia 𝘨𝘰𝘰𝘥 𝘭𝘶𝘤𝘬 je la. Ingat tulis 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘣𝘢𝘥𝘪 tu dah boleh selamat ke? Malangnya tidak.


Posting begini mengundang 𝗸𝗲𝗴𝗲𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗺. Ada orang yang 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗹 (walaun misalnya) mungkin boleh terpengaruh dan menimbulkan suasana kurang harmoni dalam negara.


Negara ini memang ada kebebasan bersuara. Tapi sebelum nak gunakan hak kebebasan bersuara tu, 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗵𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿.


Lain kali kalau ada fikiran super kreatif macam ni, baik simpan dalam hati je. Jangan diluahkan. Selain dari salah dari sisi undang-undang, ia juga sesuai dijadikan bahan lawak. Jadi pasrah la kalau kena bahan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PENYASARAN SUBSIDI DIESEL

 

PENYASARAN SUBSIDI DIESEL

DIPERSETUJUI SEMUA BEKAS PM, TETAPI TIADA UPAYA UNTUK LAKSANAKANNYA.

MSO


Mengenai penyasaran subsidi diesel semua disetujui bekas PM sebelum ini, apa yang jadi masalah ialah cara pelaksanakannya, demikian tegas PM Anwar Ibrahim di dewan hari ini.


Apabila penyasaran itu dilaksanakan diera kerajaan Madani ini, inilah menunjukkan kesunggguhan, keberanian dan kepintaran perdana menteri untuk bersikap adil dan memberi subsidi kepada yang berhak dan bukannya subsidi itu ikut ditelan oleh sang maha kaya.


Apabila ia disetujui sepatutnya semua (pembangkang) menyokong bukan pertikaikan dan eksploit untuk kepentingan politik peribadi dan puak. Bersikap gentlemanlah...


Amalan politik begitu tidak sihat, dan selagi amalan politik tidak siuman ini diamalkan susahlah kita untuk melihat kemajuan dan kesentosaan dalam negara ini. Trims.



PRK ENAM KERUSI PARLIMEN MEDAN UJIAN UNTUK UMNO BANGKIT SEMULA




Selain kerusi Dun Nenggiri, enam kerusi Parlimen yang kekosongannya dijangka akan diumumkan oleh Speaker Parlimen tidak lama lagi, semua kerusi itu adalah kerusi yang dihuni pengundi Melayu secara majoritinya.


Sementara di blok pembangkang, semua kerusi tersebut dimenangi Bersatu yang mewakili PN, manakala UMNO adalah pemenang kedua dan PH di tempat ketiga.


Oleh yang demikian, bagi pihak PH/BN yang kini telah bekerjasama, parti yang harus meletakkan calon dalam PRK nanti adalah UMNO mewakili BN.


PH, khususnya PKR, tidak perlu berebut atau cuba-cuba mengintai mahu meletakkan calon mereka di enam kerusi tersebut.


Serahkan saja kepada UMNO meletakkan calon yang difikirkannya mampu menang, seterusnya merampas sebahagian daripada enam kerusi itu.


Berdasarkan tinjauan dengan rakan-rakan dalam UMNO, ramai yang mengatakan dua atau tiga daripada enam kerusi itu berpotensi untuk dimenangi oleh UMNO jika PRK diadakan.


Bagi tujuan tersebut, UMNO bukan saja harus menyokong keperluan diadakan PRK di enam kerusi berkaitan, bahkan jika boleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hendaklah juga memainkan peranannya secara halus dengan Speaker Parlimen, Johari Abdul.


Mungkin tidak ramai yang tahu, Johari adalah pengikut setia Zahid Hamidi ketika di dalam UMNO dahulu dan ketika Zahid Hamidi menjadi Ketua Pemuda UMNO, Johari telah diberi amanah sebagai CEO Yayasan Gerakbakti.


Yayasan Gerakbakti adalah yayasan milik Pemuda UMNO yang suatu ketika dahulu memiliki banyak aset, antaranya tanah di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar (kini telah dibangunkan menjadi KL Eco City) dan Talasco Insurance.


Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada sekarang ini Yayasan Gerakbakti masih hidup atau sudah damai berada ke alam abadi.


Pokoknya, PRK enam kawasan Parlimen nanti adalah peluang terbaik untuk UMNO menunjukkan kebangkitannya.


Meskipun setelah merosot teruk dalam PRU15, kemudian merudum lagi dalam PRN enam negeri tahun lalu, keadaan kini mungkin sudah sedikit berbeza dengan sebelum ini.


Untuk UMNO menang di semua enam kawasan Parlimen terbabit barangkali amat mustahil, tetapi jika dapat menang dua atau tiga kerusi pun sudah mencukupi.


Kalau itu berjaya dilakukan, ia bukan saja menambah kerusi Parlimen milik UMNO daripada 26 yang dimilikinya sekarang, bahkan boleh dilihat sebagai permulaan kebangkitan untuk menghadapi PRU16 dan PRN Sabah, Melaka serta Johor yang dijangka diadakan pada tahun depan.


Tetapi, jika tiada PRK enam kerusi Parlimen tersebut, melainkan hanya ada PRK Dun Nenggiri saja, UMNO mungkin tidak dapat menguji kemampuannya untuk bangkit semula.


Di sinilah pentingnya PRK enam kawasan Parlimen itu kepada UMNO. – ShahbudinHusin 01Julai2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/07/01/prk-enam-kerusi-parlimen-medan-ujian-untuk-umno-bangkit-semula.html



2 JULAI 2024 - KANTA 744 PAGI

RENTASAN 1613 | 'DEMO RAKYAT LAWAN ANWAR' DEMI PERTAHAN KEDUDUKAN MELAYU...


MENARIK DALAM RENTASAN 1613
1. ANTARA JAMINAN PELAJAR CEMERLANG 10A DAN KETIRISAN DIESEL 2. SALAHGUNA MAKLUMAT TIDAK TEPAT BOLEH JADI FITNAH 3. JANGAN JADI MELAYU YANG MUDAH LUPA


MP PAS PENDANG NI RASA DIA HEBAT SEBAB POLIS IKUT. SAIFUDDIN KATA TAKAT MESYUARAT PN TU KAMI TAHU DAH LANGKAH APA NAK BUAT..

POLITIK KEBENCIAN HARUS DIHAPUSKAN


MSO


 Politik kebencian menebal, politik yang tidak berdasarkan fakta. “Apakah kita akan berhenti bantu rakyat, tidak.” Itulah sumpah dan janji Perdana Menteri dipagi Selasa ini dalam himpunan warga kementerian kewangan. 



InsyaAllah rakyat akan bersama pemimpin yang peduli rakyat dan akan membenci sesiapa juga yang menghalang niat baik dan menaburkan fitnah dan kepalsuan memburukkan kerajaan. 


Mari kita cipta damai negara. Trims.



NAMPAK GAYA TAK MENANG LA PN DI SG BAKAP


Desa HM

 Nampaknya, Sg Bakap ni, mcm payah la sikit PAS nak menang. 


Korang bygkan, smpai ke hari ni, dh tinggal 4 hari shj lagi tempoh kempen... satu kereta kebal, satu jet, satu meriam pun tak nampak naik lagi. 


Kalaupun korang boikot Blackrock, buat lah yg jenama2 dari Russia ker... paling cikai pun kereta kebal kena ada.


Mcm mana PAS nak menang, kalau pertahanan tak kuat..


Aku pusing habis dh Sg Bakap... sebijik habuk pun tak jumpa lagi.


Puak2 walanon dah turun serang habis... 

Memang kalah la kali ni..


🤣🤣🤣🤣🤣🤣



ISLAM TERANCAM DI PENANG... WOIIII... TU DIA..

ISLAH


 "Kat Penang, Islam terjejas. Nak azan pun tak boleh!" 


Saban tahun itulah dakyah yang dilaung-laungkan setiap kali berlaku pilihanraya. Formulanya mudah. Selit sikit ayat Al Quran untuk rencah² ceramah, sebarkan cerita-cerita fitnah, kemudian tanamkan sifat benci kepada yang bukan Islam. Entah betul, entah tidak, yang pentaksub terima sahaja bulat-bulat.


Bukankah kita orang Islam dituntut untuk selidik setiap satu berita yang kita dengar? Disebut jelas dalam Surah Al Hujurat ayat 3:


 “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”



Sibuk dok kata PH lingkup akhirnya PN yang lingkup. 🤣🤣🤣

 

Zuwairi Mohd Yusof


Sibuk dok kata PH lingkup akhirnya PN yang lingkup. 🤣🤣🤣

Dah tumbang pon tanda2 PN nak menang. 😂🤣😅😆😁🤭kih kih kih https://www.facebook.com/fendi.apple.3/videos/987321823182413






Manifesto calon Kerajaan Perpaduan vs "Manifesto PN" di PRK Sg. Bakap.Angin pun tiup jatuh banner hempap live PN,Anjing2 pun kencingkan banner milik PN.ALLAH SWT tunjuk di dunia lagi wajah hodoh dan buruk PN.Anjing2 pun tak mau ABIDIN jadi ADUN di SUNGAI BAKAP.Karma ALLAH sebab HADI AWANG yg binatangkan orang lain dan menghina makhluk2 ciptaan ALLAH selama hidup di muka bumi.



PURA PURA.

 

Dunia sudah di penghujung...



Di satu sisi, mereka nampak macam lawan yahudi, Israel, manakala di sudut yang lain.... dalam diam-diam, mereka menjadi pejuang bagi membebaskan warga Israel yang manyamar masuk ke sini dengan 6 pucuk pistol.. 


Umat Islam jangan lalai dengan permainan mereka...


🤔🤔🤔😔



SLOW LEARNER

 



Ini pembangkang yang 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗶𝘀𝘂. Cukuplah main isu BlackRock ni. Rakyat dah faham. Kalau pembangkang ni jenis bercampur masyarakat, mereka tahu isu ini 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗼𝗽𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗻.


Marhaen majoritinya faham. Nampak gaya marhaen 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗣 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴. Punyalah terdesak, sampaikan 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗶𝗻𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶.


Penjualan saham seperti MAHB ni adalah satu perkara yang 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗯𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀. Inilah cara menjana tunai bagi tujuan 𝙚𝙭𝙥𝙖𝙣𝙨𝙞𝙤𝙣 atau apa tujuan pun. Wan Fayhsal ni lepas menetas terus jadi ahli politik. Mana dia tahu. Sebab tu 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗱𝗶𝗮 𝗰𝗲𝘁𝗲𝗸.


Dan lagi, Khazanah dan KWSP pun tak pernah bincang dengan BlackRock. Perbincangan adalah 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗚𝗜𝗣. Lepas itu baru BlackRock ambil alih GIP. Tak pernah pun Khazanah berbincang 𝙙𝙞𝙧𝙚𝙘𝙩 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘽𝙡𝙖𝙘𝙠𝙍𝙤𝙘𝙠.


BlackRock pun ada saham dalam Petronas, Media Prima, CelcomDigi dan banyak lagi syarikat di negara ini. Apa Fayhsal nak kata kalau PN memerintah, PN 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸𝗥𝗼𝗰𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮?


Ini padahnya bila pengundi pilih lambang, tak pilih calon masa PRU. Dah dapat MP bodoh Bangan begini. 1,000 kali jelaskan pun tak faham. Kalau ajar kucing, kucing pun boleh pandai tapi dia tetap dungu macam tu jugak. Jenis 𝙨𝙡𝙤𝙬 𝙡𝙚𝙖𝙧𝙣𝙚𝙧 macam tu la. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KESIAN KJ

 


Kesian KJ. Konon nak jadi hero 𝗙𝗶𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗻. Akhirnya jadi 𝘷𝘪𝘭𝘭𝘢𝘪𝘯. Rupanya selama ni KJ 𝗷𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸𝗥𝗼𝗰𝗸 juga. Kalau ada maruah, KJ sila 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗼𝘁 𝗙𝗠 24 𝗷𝗮𝗺. Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.


PARTI LIBERAL

 

Mohd Fairul Al Qasas


Apabila pemimpin PN yang juga seorang peguam bertindak mengambil anak guam si pembunuh warga Isr@el, ini menunjukkan yang PN adalah parti liberal.



PN tidak terikat dengan sensitiviti agama.