KESIAN KENA KENCING BERADAP


 Desa HM


Petang tadi, saya hadir di sebuah agensi kerajaan berkait Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bagi mendapatkan kepastian, susulan menerima aduan dari masyarakat penanam padi yg nama mereka dikeluarkan dari senarai penerima subsidi baja dan racun bagi penanaman musim ini selepas proses pemutihan...


Sedih, seramai 41 orang dinafikan subsidi untuk mereka lantaran, status tanah permintaan atau 'TOL' yang mereka usahakan sejak turun temurun, sebenarnya telah di'rampas' secara senyap oleh seorang pemimpin politik otai negeri perlis.... 


Daripada plan tanah yang ditunjukkan kepada kami... seramai hampir 200 geran telah dikeluarkan di atas nama2 yang terdiri dari orang luar dari kwsn ini... 


Menariknya... hanya beberapa nama sahaja yang dikenali, terdiri dari kroni dan kwn rapat pemimpin berkenaan, dan tanah tersebut kabarnya telah dijual kepada penama kedua dan ketiga..., manakala selebihnya, penama yang dinamakan dalam geran anugerah itu, mereka sendiri pun tidak tahu, yg mereka ada tanah di situ.


Setelah program pemutihan dibuat bermula awal tahun ini, barulah isu pemilikan tanah ini timbul...


Kesian penduduk tempatan, yg sejak sekian lama mengusahakan sawah di atas tanah itu, bagi menyara keluarga, kini terumbang ambing... nk teruskan usahakan tanaman padi, tanpa subsidi, memanglah mereka tidak mampu.


Nak cari tuan tanah...tanya pej tanah pun, pej tanah pening.. benda dah lama. Tuan punya yg namanya ada dlm geran pun tak tahu, di situ ada tanah dia... manakala si pengusaha pula nak claim subsidi kena buktikan, ada surat kebenaran mengusahakan tanah dari pemilik tanah. Serabut.


Begitulah nasib sebahagian org Melayu di dlm parlimen Padang Besar... 


Nak harapkan kpd exco tanah, exco pertanian... semuanya main lepas tangan. Nak minta pelepasan sementara pun, sekurang2nya menggunakan budi bicara... bagi membantu petani yg majoritinya dari kumpulan B40... sampai ke hari ini, belum ada keputusan.


Skrg baru rakyat sedar....


Rupanya.. pemimpin yg selama ini berlagak mcm dia lah hero rakyat... dlm parlimen berdegar2 menyalak, semua benda dia nak jadi hero... rupa2nya sewaktu bertakhta di negeri pada satu ketika dahulu... dia lah PENGKHIANAT nombor satu kpd rakyat Padang Besar. 


Hanya dgn kumpulkan IC ... tanah2 yg di pohon dan diusahakan oleh org tempatan, dgn senang lenang disailang dan ditukar nama dan dihadiahkan geran kpd kwn2 dan kroni2 dia...


Kini, pemimpin itu diangkat menjadi idola puak2 hijau putih di sini..


Kesian org Perlis.. Kena kencing beradap!


😠😠😤