KECAM ‘POSTER BOY’ UMNO, NUR JAZLAN LANGGAR DISIPLIN PARTI?

 


Hakikat yang barangkali tidak disedari atau sengaja diabaikan oleh ramai orang UMNO ialah Ismail Sabri Yaakob sebenarnya telah pun diputuskan sebagai “poster boy” BN untuk menghadapi PRU15 akan datang.

Pemilihannya diputuskan secara sebulat suara dalam mesyuarat MT UMNO 14 April lalu.

Dengan kedudukan itu, beliau umpama model iklan bagi produk BN yang akan ditawarkan kepada rakyat untuk dipilih sebagai kerajaan.

Berdasarkan hakikat itu dan pemilihan Ismail Sabri sebagai “poster boy” merupakan keputusan yang diputuskan oleh MT UMNO sendiri, beliau bukan saja wajib disokong dan dilindungi oleh ahli-ahli UMNO, malah tidak harus dikecam secara terbuka.

Apabila kecaman dilakukan secara terbuka sepertimana dilakukan oleh Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed, ia sedikit sebanyak akan menghakis kepercayaan rakyat serta menipiskan peluang BN untuk menang PRU15 akan datang.

Kalau pesaing mengecam model iklan yang dipilih oleh sesebuah syarikat, ia mungkin suatu perbuatan yang dianggap normal dan boleh diterima.

Tetapi, adalah luar biasa jika salah seorang pengurus sesebuah syarikat mengecam dan memperlekeh model iklan yang telah diputuskan oleh syarikatnya sendiri.

Sebarang rasa tidak puas hati terhadap Ismail Sabri selaku “poster boy” BN hendaklah dilakukan secara tertutup dan mengikut saluran yang betul.

Membuat kecaman dan perlekehan secara terbuka seolah-olah memberi kelebihan kepada pihak lawan dan tidak mahu BN menang.

Lebih-lebih lagi kecaman dan perlekehan Nur Jazlan dengan menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara adalah suatu tuduhan serius yang memberi gambaran Naib Presiden UMNO itu tidak layak serta tidak harus dipilih lagi menerajui negara.

Tidakkah dengan itu ia juga bermaksud tidak mahu BN mencapai kemenangan?

Apakah Nur Jazlan memang tidak mahu BN menang?

Walaupun beliau mungkin berasakan perkara yang ingin dikecamnya adalah betul, Nur Jazlan tetap bersalah kerana membuat kecaman secara terbuka.

Sekarang adalah fasa berperang dan mahu beroleh kemenangan, kenapa dedahkan kelemahan dan memperlekeh “poster boy” parti sendiri?

Kalau orang parti sendiri menempelak “poster boy” sebagai Perdana Menteri paling lemah, adakah rakyat biasa dan pengundi atas pagar masih mahu mengundi BN?

Berkaitan hal ini, oleh kerana semalam Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi telah memecat Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli MT atas kesalahan yang dikatakan melakukan sesuatu yang melanggar keputusan parti, bagaimana pula dengan Nur Jazlan atas kecamannya yang dilakukan secara terbuka terhadap Ismail Sabri?

Tidakkah mengecam dan memperlekeh secara terbuka “poster boy” yang diputuskan oleh MT UMNO turut merupakan suatu perbuatan yang boleh dianggap melanggar disiplin parti?

Sediakah Zahid Hamidi memecat Nur Jazlan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Johor? – ShahbudinHusin 25/06/2022.



INI BARU PANAS! PECAT TUAN IBRAHIM! PAS SOKONG RASUAH?



YB MAT SABU KEMBALI DENGAN AURA DAN SEMANGAT PADU DALAM UCAPANNYA PENUH DENGAN FAKTA DAN BUKTI NYATA!! MARI TONTON!!

RENTASAN 1155 | GEMPAR!! PENYELEWENGAN AHLI LEMBAGA PENGARAH FGV KINI DI...



MENARIK DALAM RENTASAN 1155
1. LAYAKKAH AHLI LEMBAGA PENGARAH FGV DIBAYAR ELAUN LUMAYAN? 2. APABILA TENTERA SIBUK BERLADANG, SIAPA JAGA SEMPADAN? 3. KATAK TAKUT PATAH KAKI KALAU ADA AKTA ANTI LOMPAT PARTI 4. DANA POLITIK ATAU BARAH POLTIK?


Tribut untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

 



Tribut untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

1. Menyorot sejarah sejak era 70-an, ketika mana anak muda sangat terpengaruh dengan perubahan kerajaan yang berlaku di Pakistan dan Mesir, dan ketika berlakunya revolusi Iran, dikatakan kebanyakan anak cenderung untuk mempunyai kefahaman yang sifatnya lebih ‘radikal’ terhadap Islam yang akhirnya apabila pulang ke Malaysia, mewujudkan kumpulan seperti Islamic Representative Council (IRC), Suara Islam dan kebanyakan mereka menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam usaha politik perjuangan mereka.

2. Walaupun arus begitu kuat untuk proses Islamisasi berlaku di seluruh dunia Islam, DSAI dan rakan-rakannya dalam ABIM begitu pragmatik dalam menetapkan pendirian dan sikap mereka dalam konteks ini. Mereka berpendirian bahawa Islamisasi perlu berlaku secara ‘bottom-up’, dan bukan sekadar mencedok model Iran, model Pakistan, atau model-model luar yang barangkali tidak cocok dengan keperluan Malaysia.

3. Pendekatan DSAI dan rakan-rakan berteraskan kepada ijtihad, bukan secara taklid dalam tradisi usrah yang memerlukan perbincangan dan diskusi dan analisis kritikal; justeru memaksakan bacaan luas daripada pelbagai perspektif, sama ada dunia Islam, dunia timur dan barat. DSAI dan rakan-rakan lebih cenderung untuk mengutamakan usaha pelaksanaan aspek kesejagatan Islam yang menyeru ke arah kebaikan seperti keadilan, berbanding sikap keterlaluan dalam mengutamakan pelaksanaan aspek perundangan.

4. Sikap pragmatik sebegini sebenarnya sangat tidak popular terutama pada akhir 70-an. Malah, dalam kalangan ahli ABIM sendiri, prinsip keterbukaan ini diamalkan, yang akhirnya menjadikan ahli-ahli ABIM sendiri banyak yang mengambil pendirian, sama ada menyertai PAS, dan ada yang mengikuti DSAI yang memilih untuk menyertai parti UMNO pada 1982 pada usia pertengahan 30-an. Namun, sudah tentu, ada yang memilih untuk kekal untuk tidak menyertai mana-mana parti politik. Prinsipnya, ‘berdakwah di jalur politik; berpolitik di jalur dakwah’; suatu prinsip yang diperkenalkan Pak Natsir, mantan PM Indonesia, yang juga pengasas pergerakan Mahsyumi, Indonesia yang sangat berpengaruh dalam gerakan Islam nusantara pada masa itu.

5. Apabila DSAI dan rakan-rakan ABIM menyertai UMNO yang pada ketika itu dipimpin TDM sebagai PM, DSAI menyatakan bahawa TDM pada ketika itu, bercakap soal reformasi, menentang rasuah, membasmi kemiskinan dan sepertinya yang mana merupakan suatu tarikan dan selari kepada agenda perubahan yang dibawanya dalam gerakan PKPIM dan ABIM; dan sebagai anak muda yang punya idealisme Islam yang mana membawa teras ‘Islam sebagai Cara Hidup’ sejak dalam gerakan kebeliaan lagi, DSAI lantas bangkit dan meneruskan perjuangan itu dalam kerajaan.

6. Inovasi yang dibawa DSAI dalam kerajaan seterusnya menjelaskan lagi sikap ini, seperti penubuhan Bank Islam, Takaful Islam, Universiti Islam, Amanah Ikhtiar, Sistem Pendidikan Islamik (Bersepadu), penerapan nilai-nilai Islam dalam kerajaan dan masyarakat dan sebagainya; Suatu inovasi ummatik yang tidak pernah berlaku sebelum itu, malah dilihat mustahil oleh sebuah kerajaan pimpinan parti yang dilihat sebagai sekular, ekstrem melayu, berorientasikan barat, dan sepertinya.

7. Jelas sekali, DSAI ialah suntikan darah muda yang diperlukan parti itu untuk melakukan pembaharuan kepada negara; Dan itulah suatu hal yang sangat ketandusan dalam parti pemerintah sekarang ini; sehingga hari ini.

8. Dalam pidatonya di Forum Demokrat Muslim Sedunia ke-3, DSAI menyatakan, “Saya berpegang dengan saranan terus terang bahawa demokrasi adalah perintah moral terkandung di dalam definisi seorang Muslim. Orang Islam diseru sebagai individu-individu agar menerima tanggungjawab berpartisipasi di dalam masyarakat untuk menegakkan kehormatan manusiawi dan bekerja membasmi kemiskinan, kemelaratan dan wabak penyakit."

9. Katanya lagi, "Orang Islam berkewajipan melaksanakan syura, bermusyawarah, menjalankan perundingan bersama bagi mendapat perkenan khalayak ramai dan untuk memastikan mereka yang berada di tampuk kuasa mempunyai akauntabiliti kepada pentadbiran dan penyampaian tata kelola baik."

10. Seterusnya, beliau menegaskan, "Menjadi seorang Muslim bermakna berjuang menegakkan prinsip akhlak dan standard etika mencangkupi seluruh ruang lingkup aktiviti manusia sama ada muamalah ekonomi sehingga kepada memelihara alam sekitar. Bagi mencapai matlamat moral melalui cara beretika, orang Islam dikehendaki bekerjasama dengan sesiapa sahaja tanpa mengira asal usul atau kepercayaan.”

11. Dalam satu ketika, DSAI juga berkata“…Saya tidak menyesali jalan yang ditempuhi kerana jejak laluan ini telah membawa saya mengalami dan menghayati kehidupan cukup mencabar dan penuh bermakna bagi saya. Dan di ruang lingkup inilah saya akan terus berperanan secara aktif dan menyertai dengan seutuhnya bagi merealisasikan cita-cita dan matlamat hidup yang lebih tinggi."

12. Selari dengan mutiara kata Pak Natsir, “Pemimpin tidak lahir di bilik-bilik kuliah, tetapi mereka lahir di tengah kancah masalah di tengah masyarakat; Lahir daripada permasalahan umat, mereka menonjol dalam kalangan rakan seangkatan seterusnya diangkat dan dijulang oleh umat”.

13. Maka, yakinlah jalan memperjuangkan kemaslahatan umat, merupakan jalan yang berliku. Itu merupakan sunnah para nabawi. Jika jalannya mudah, kita mungkin perlu lihat semula, adakah jalan yang kita lalui ini, jalan yang betul? Jalan yang diredhai Tuhan?

Terima kasih DSAI.

Radin Muhd Imaduddin

Naib Presiden

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim Pusat)

 

TUHAN BAGI AMARAN TU TAR SENIK- JANGAN BUSUK HATI.

 

WAN FAUDZIN


Ada hikmahnya tu ostat. Orang kata, penyakit nanah ni punca ada kuman atau kekotoran dan elok buang. Kalau nanah dlm hati tu maksudnya ada kekotoran dlm hati. Elok la buang ostat..bersihkan hati.




Solidaritas Keadilan untuk Adelina Sau #BP2MI #FighttoSavePMI


Steven Sim Chee Keong 沈志 

Srsteodopn ct28c0al5:c0110au2i4hJ1g1n ht 37ie  · 

Saya berasa amat sedih dan kecewa dengan keputusan Mahkamah membebaskan majikan yang dituduh menyebabkan kematian seorang pembantu rumah Indonesia Adelina Lisao.

Pada 10 Februari 2018, saya dan team saya telah menyelamatkan Adelina dari rumah majikan selepas terima info bahawa ada pembantu rumah yang didera di rumah tersebut.

Bila saya berjumpa dengan Adelina, dia berada dalam keadaan trauma, anggota badannya luka berdarah. Dia dipaksa untuk tidur di halaman rumah macam anjing.

Saya sempat bagitau Adelina bahawa dia kini sudah selamat dan saya sebagai Ahli Parlimen Malaysia akan melindunginya.

Malam itu, Adelina tidur di atas katil buat kali pertama entah dalam berapa bulan.

Tapi malangnya, itu juga kali terakhir Adelina tidur di atas katil. Dia meninggal dunia keesokan harinya.

Saya berasa amat marah. Seorang gadis bawah umur yang diseludup masuk ke Malaysia sebagai mangsa pemerdagangan orang, kemudian didera dengan teruk dan akhirnya mati akibat kecederaan, tapi tiada pihak yang disabit sebarang kesalahan!

Pada Disember 2021, saya telah membawa nama Adelina Lisao sekali lagi di Parlimen untuk mengingatkan diri saya sendiri dan seluruh anggota Parlimen tentang kezaliman yang berlaku ke atas Adelina Lisao.

Saya akan sentiasa ingat kisah Adelina yang penuh tragedi dan terus melawan aktiviti pemerdagangan orang, tak kira warga luar negara yang diseludup masuk ke Malaysia mahupun warga Malaysia yang diseludup ke Cambodia melalui sindiket job scam dan sebagainya.

Kita mesti ingat kisah Adelina Lisao. Kita mesti sentiasa ingat kisah Adelina Lisao!

 

KALAU TAK MAHU JADI MISKIN JANGAN UNDI LAGI BN

 




Sakau duit negara adalah haram.. pemimpin BN be end guna duit haram ni utk beri dedak haram terutama kepada macai2 BN.. termasuk utk pergi haji dan umrah.

Juga buat banyak masjid.. dari duit dedak ini.. so, fikir2kan lah..

#kepalabana

 

PENYATUAN PEMBANGKANG TIDAK LIBATKAN MAHATHIR, AZMIN


KESIAN BUMIPUTERA...SOKONG LAGI....JADI MISKIN DINEGARA SENDIRI..




 

DEDALU NI SELAIN MENUMPANG POKOK ...DIA AKAN MEROSAKKAN POKOK TERSEBUT SECARA SENYAP

 


PAS jangan masuk campur, Saarani bidas tawaran PAS terhadap Tajuddin




Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad berkata, tindakan PAS menawarkan kerusi kepada Tajuddin atas tiket Perikatan Nasional (PN) adalah satu bentuk provokasi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS tidak perlu mencampuri urusan Umno berhubung pengguguran ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT), kata Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad.

Katanya, tindakan PAS menawarkan kerusi kepada Tajuddin atas tiket Perikatan Nasional (PN) adalah satu bentuk provokasi.

“PAS ini, nakal sikitlah. Sebenarnya dalam keadaan dia (PAS) kata dia tidak akan mencampuri urusan Umno, tidak perlulah menawarkan itu sebab akan timbulkan provokasi, kemarahan, dan pelbagai reaksi lain.

“Pada saya, bila kamu (PAS) kata tidak akan campuri parti orang lain, berhentilah setakat itu saja,” katanya memetik laporan Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bahawa parti itu bersedia menawarkan Tajuddin bertanding mewakili PAS jika Pasir Salak menjadi milik parti dalam pembahagian kerusi bersama PN.

Tawaran itu dibuat selepas Tajuddin digugurkan daripada MKT Umno pada Khamis lalu.

Saarani berkata, pengguguran Tajuddin dari MKT Umno adalah perkara biasa kerana keadaan sama terjadi kepada Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan ketika Umno diterajui Najib Razak apabila jawatannya sebagai Ketua Penerangan Umno ketika itu digantikan oleh Annuar Musa.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, Presiden Umno Zahid Hamidi mempunyai hak melantik 13 individu di dalam MKT, termasuk menggantikan ahlinya.

“Kena ingat ahli MKT UMNO ada dua kumpulan, iaitu mereka yang menang dipilih oleh perwakilan bertanding dalam Perhimpunan Agung Umno dan mereka yang dilantik sendiri oleh presiden parti, termasuk Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, dan Bendahari.

“Sudah tentu dia (Presiden) melantik orang tertentu yang pada pendapatnya orang itu boleh membantu parti, termasuklah perlantikan saya sendiri atas ihsan presiden parti,” katanya.



KELANGSUNGAN MAKANAN: LAKSANA STOK PENIMBAL (“STOCKPILE”) DAN GABUNG KEMENTERIAN

 Dari RAFIZI RAMLI 


25 Jun 2022


KELANGSUNGAN MAKANAN: 

LAKSANA STOK PENIMBAL (“STOCKPILE”) DAN GABUNG KEMENTERIAN


Kebimbangan mengenai kelangsungan makanan (“food security”) bukanlah perkara baru. Dunia pernah melalui krisis inflasi dan kekurangan bekalan makanan yang mendadak akibat peperangan dan konflik geopolitik dekad 1970an dahulu.


Ketika itu, harga minyak mentah naik mendadak akibat sekatan bekalan oleh OPEC (kumpulan negara pengeluar minyak mentah terbesar dunia) sebagai reaksi kepada Perang Arab-Israel yang tercetus. Konflik ini bertembung pula dengan kekurangan bekalan bijirin yang mendadak sehingga menyebabkan krisis kebuluran di banyak negara di Asia dan Afrika.


Krisis bekalan makanan dan kenaikan kos mendadak yang dialami sekarang tidaklah banyak berbeza dengan yang pernah dilalui dalam dekad 1970an. Negara-negara yang lebih bersedia (dari segi dasar kelangsungan makanan, keupayaan kerajaan menyelaraskan kembali bekalan makanan dan kekukuhan kewangan negara) berjaya menangani gangguan sebegini tanpa menyebabkan kesengsaraan rakyat, sedangkan negara-negara yang lemah tadbir urusnya akan menyeksa rakyat (seperti yang berlaku di Sri Lanka sekarang).


Sebab itu, pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO-BERSATU-PAS (saya selalu memanggil pakatan ini sebagai “Kerajaan Keluarga 69”) tidak boleh menyalahkan konflik antarabangsa untuk menutup kegagalan mereka.


Kegagalan itu ditonjolkan sekali lagi semalam selepas Mesyuarat MKT UMNO. Apa yang dihebohkan sebagai pengumuman besar yang akan membantu rakyat berakhir dengan satu pengumuman jenaka:


Idea UMNO untuk menangani masalah kenaikan kos makanan dan sara hidup ialah dengan menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Kebangsaan. Selepas ini apabila harga kambing pula naik, UMNO akan menubuhkan Lembaga Kambing Kebangsaan. 


Akhirnya, tindakan ini hanya menambah bebanan kewangan kepada rakyat yang terus menanggung gaji, elaun dan belanja ahli-ahli politik dari parti-parti mereka yang dilantik untuk menjadi bos-bos kepada lembaga ayam, lembaga kambing dan lain-lain.


Semalam, saya memulakan kempen digital dengan siaran mingguan yang menyentuh isu-isu utama rakyat yang memerlukan idea radikal sebagai jalan penyelesaian. Dalam siaran digital itu, kebetulan saya membincangkan krisis kelangsungan makanan dan kos sara hidup yang naik mendadak.


Berikut ialah ringkasan kepada kupasan-kupasan saya:


 Masalah kelangsungan makanan (dari segi bekalan dan harga yang perlu dibayar rakyat) perlu ditangani di peringkat bekalan (“supply side”).


 Ada langkah-langkah yang perlu dilaksanakan segera dan ada yang akan mengambil masa yang lebih panjang.


 Memperbetulkan rantaian bekalan makanan adalah satu projek yang akan mengambil masa lebih panjang kerana tanah-tanah perlu dikhususkan dan industri pertanian tempatan perlu masa untuk menggantikan import makanan.


 Sementara projek-projek yang memakan masa ini dilaksanakan, Kerajaan Persekutuan boleh mengambil langkah radikal yang boleh mempengaruhi rantaian bekalan makanan dalam tempoh masa pendek dan sederhana.


 Lebih penting lagi, setiap dasar yang pernah diumumkan sebelum ini gagal kerana pelaksanaan yang penuh keciciran akibat rasuah, penyelewengan dan ketidakcekapan urusan.


 Oleh itu, selagi struktur pentadbiran kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang bertanggungjawab tidak diselaraskan dan dijajarkan semula, semua perancangan yang gah akan berakhir dengan kegagalan.


Oleh itu, sebagai jalan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan, saya telah mencadangkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan memulakan langkah untuk melaksanakan dua dasar penting seperti berikut:


Pelaksanaan Dasar Stok Penimpal “Stockpile”

Konsep stok penimbal adalah konsep ekonomi yang telah teruji dan digunakan sejak krisis makanan dan kos sara hidup dekat 1970an. Ia masih beroperasi dan menjadi sebahagian dasar penting bagi negara-negara yang mengambil berat mengenai kelangsungan makanan dan kos sara hidup.


Dasar stok penimbal memberi kuasa dan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan peruntukan untuk membeli dan menyimpan secara pukal bekalan makanan dan keperluan utama rakyat (termasuk petrol dan diesel). Simpanan pukal stok penimbal ini akan digunakan dengan disuntik ke pasaran apabila ada gangguan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga mendadak.


Adanya stok penimbal yang boleh mengurangkan kesan kekurangan bekalan mendadak (yang berlaku kebelakangan ini) akan membolehkan kerajaan mengawal kenaikan mendadak harga barang-barang makanan dan keperluan asas.


Ada pelbagai cara dan instrumen kewangan yang boleh digunakan untuk membina stok penimbal negara, termasuklah menggunakan “hedging” atau kontrak pembelian masa depan (“future contracts”) dan lain-lain. 


Oleh itu, saya menggesa supaya sebuah Suruhanjaya Bekalan dan Kelangsungan Kebangsaan, seperti fungsi National Commission on Supplies and Shortages di Amerika Syarikat ditubuhkan sebagai badan bebas yang bertanggungjawab membina stok penimbal bagi tujuan mengurangkan risiko kekurangan bekalan makanan dan kenaikan mendadak harga makanan.


Suruhanjaya ini perlulah bertanggungjawab kepada Parlimen dan dipantau sekeras-kerasnya untuk mengelakkan peruntukan membina stok penimbal disalahgunakan oleh unsur-unsur rasuah.


Pelarasan dan penggabungan kementerian-kementerian dan agensi-agensi

Untuk mengelakkan karenah birokrasi dan kelemahan pelaksanaan dasar-dasar berhubung kelangsungan makanan dan kos sara hidup, keseluruhan struktur kementerian dan agensi yang bertanggungjawab perlu dirombak.


Sepatutnya, kuasa dan tanggungjawab yang menggubal, melaksana, menyelia dan menguatkuasa dasar dan undang-undang yang melibatkan keseluruhan rantaian bekalan makanan (dari huluan yang menghasilkan bekalan makanan kepada hiliran yang mengedar dan menetapkan harga makanan) dipusatkan di sebuah kementerian sahaja.


Ini membolehkan perancangan menyeluruh bagi seluruh rantaian bekalan makanan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan apabila pertindihan-pertindihan kuasa (seperti yang berlaku sekarang) dihapuskan.


Di bawah Kerajaan Keluarga 69 sekarang, kuasa dan tanggungjawab bersabit keseluruhan rantaian makanan dibahagikan kepada beberapa kementerian (dan agensi-agensi di bawah setiap kementerian) iaitu:


1. Kementerian Industri Asas Tani – bagi penghasilan sumber makanan

2. Kementerian Perusahaan Utama – bagi guna tanah untuk tujuan industri pertanian dan perladangan 

3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – bagi kawalan harga pengguna dan bekalan hiliran

4. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa – bagi tujuan pelesenan perkilangan bahan-bahan makanan


Ini belum lagi dikira berpuluh-puluh agensi yang ada di bawah kementerian-kementerian ini. 


Sebab itulah sebarang tindakan yang hendak dilaksanakan mengambil masa yang panjang tanpa seorang menteri pun yang perlu bertanggungjawab. Urusan mentadbir negara akhirnya dihabiskan dengan mesyuarat demi mesyuarat yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya kerana ada ramai menteri yang perlu membuat keputusan. Oleh kerana menteri-menteri lebih sibuk berpolitik (atau membuka parti baru), keputusan-keputusan penting ini akhirnya tidak diambil.


Saya akan menunggu maklum balas Kerajaan Persekutuan kepada idea-idea ini yang sepatutnya telah difikirkan dan dilaksanakan lebih awal.


Jika keputusan sebegini telah diambil lebih awal, kita tidaklah menjadi bahan tertawa dunia apabila keseluruhan Jemaah Menteri tidak boleh menyelesaikan isu bekalan dan harga ayam yang bertukar-tukar keputusannya.


Sementara itu, saya akan terus mengupas isu-isu bersabit kelangsungan makanan dan kenaikan kos sara hidup dalam siri digital yang disiarkan setiap beberapa hari. Kupasan saya yang seterusnya ialah untuk melonjakkan industri pertanian negara dan menghapuskan pergantungan kepada import makanan.


 

RAFIZI RAMLI


HUSAM MUSA KIRIM SALAM KEPADA PENGARAH PERHUTANAN KELANTAN MINTA JENGUK KAWASAN MATAU LOJING

 






KELIHATAN BALAK DARI LEBUHRAYA GUA MUSANG-LOJING



LEBAI JAWAB


Salam Dari Matau Balak Lojing Untuk Pengarah Hutan Kelantan

Salam dari beberapa matau balak di Jajahan Kecil Lojing. Buat Tuan Pengarah Hutan Kelantan.

Khususnya dari matau Syarikat RJZ Itrah dengan nombor lesen DS 01(P)27-2021 LDG.

Tarikh operasi tebangan balak dibenarkan ialah dari 19 March 2022 sampai 18 September 2022.

Sekarang baru hujung Jun. Lesen akan tamat bulan September depan.

Tapi kata Tuan Pengarah, pembalakan dah tak ada. Biar betul?

Satu lagi matau yg masih aktif dengan pemunggahan kayu balak ialah kepunyaan Syarikat NR Cahaya Resources Sdn Bhd.

Ia diberi lesen untuk operasi dari 14 March 2022 sampai 13 September 2022.

Dua-dua masih beroperasi. Dua-dua diluluskan kompartmen dalam Hutan Simpan Kekal Sg Brok.

Cukup dulu bukti dari dua lesen pembalakan di Lojing.

Kata tuan, tak ada pembalakan di Lojing sekarang.

Banjir mengejut menenggelami laluan Lebuhraya Gua Musang - Lojing baru-baru ini berpunca dari penanaman sayur.

Bukan pembalakan. Kata Tuan Pengarah.

Saya tak nak komen lebih.

'Can we trust you, Tuan? '

Hilang integriti, hilanglah segala-galanya.

Husam Musa

25 Jun 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 

HUSAM MUSA : PELANCARAN SAVE KELANTAN JAJAHAN GUA MUSANG BERSAMA JARINGAN ORANG ASAL




 

Alhamdulillah. Datuk Husam Musa merasmikan Pelancaran Save Kelantan bagi Jajahan Gua Musang. Turut bersama Mustafa Along, Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK).

Save Kelantan didokong oleh sebahagian besar anak muda Gua Musang dan aktivis setempat. Description: 💪🏻

#savekelantan #saveguamusang

 

TIKTOK- HARGA BARANG MENINGKAT- BETULKAH KERAJAAN TAK ADA DUIT


 

TIKTOK-KISAH FGV


 

PAS HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP BERSATU, RAKYAT HILANG KEYAKINAN PAS BOLEH MEMERINTAH

 


PAS hilang kepercayaan terhadap Bersatu, kata penganalisis




Dua pemimpin berpengaruh PAS menggesa parti untuk bertanding menggunakan logonya sendiri pada pilihan raya umum akan datang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Gesaan daripada pemimpin PAS untuk menggunakan logonya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menjadi petanda bahawa parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Bersatu, kata penganalisis politik James Chin.

Beliau berkata parti itu melihat “masa depan yang terhad” dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu, susulan kekalahan Bersatu di pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Melaka.

“Apa yang paling penting untuk PAS ialah untuk mengekalkan kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu dan Kedah,” kata Chin.

“Mereka tahu mereka akan lakukan lebih baik dengan menggunakan logo sendiri. Mereka akan kalah atau menunjukkan prestasi buruk jika menggunakan logo PN.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

James Chin.

Katanya, rundingan pembahagian kerusi akan menjadi faktor penentu mengenai logo mana yang akan digunakan pada PRU.

“Jika PN memberi banyak kerusi untuk ditandingi PAS, kemungkinan besar PAS akan menggunakan logo PN. Jika mereka datang dan mengatakan PAS terhad kepada bilangan kerusi tertentu, saya pasti PAS akan menggunakan logonya sendiri,” kata Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania.

Azmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, PRN Johor dan Melaka menunjukkan bahawa simbol PN “tidak berguna” kepada PAS.

“Tidak ada nilai tambah kepada PAS, atau lebih khusus lagi, Bersatu sendiri tidak boleh membantu PAS mendapat lebih undi atau sekurang-kurangnya dalam hal ini, untuk memenangi kerusi.

“Ia sudah jelas PAS akan keluar PN, dengan Bersatu yang mempunyai masalah dalaman yang besar, kemungkinan untuk PAS keluar daripada PN sangat tinggi,” katanya.

Terdahulu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dilaporkan berkata adalah lebih baik parti itu menggunakan logonya sendiri pada pilihan raya umum ke-15.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki juga berkata logo parti itu penting dalam memastikan kejayaannya pada PRU15, terutama di kubu kuatnya seperti pantai timur.

(function() { var d = document, w = window; w

AMBOI NUSI...TAK PATUT HANG KATA KE BANG KHAI...DIA BALIK DARI TURKEY BERAPA BILLION WALAUN DOK KATA....DIA BAGI TAU YANG BETOI....TAU LA PARTI HANG NAK PELUK BERSATU DALAM PN- UMNO CERAI HANGPA DAH....

  Sanusi selar Khairuddin ‘haiwan politik’, tak kenang jasa Bersatu Nora Mahpar  - August 9, 2022  Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Khairu...