DEDALU NI SELAIN MENUMPANG POKOK ...DIA AKAN MEROSAKKAN POKOK TERSEBUT SECARA SENYAP

 


PAS jangan masuk campur, Saarani bidas tawaran PAS terhadap Tajuddin




Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad berkata, tindakan PAS menawarkan kerusi kepada Tajuddin atas tiket Perikatan Nasional (PN) adalah satu bentuk provokasi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS tidak perlu mencampuri urusan Umno berhubung pengguguran ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT), kata Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad.

Katanya, tindakan PAS menawarkan kerusi kepada Tajuddin atas tiket Perikatan Nasional (PN) adalah satu bentuk provokasi.

“PAS ini, nakal sikitlah. Sebenarnya dalam keadaan dia (PAS) kata dia tidak akan mencampuri urusan Umno, tidak perlulah menawarkan itu sebab akan timbulkan provokasi, kemarahan, dan pelbagai reaksi lain.

“Pada saya, bila kamu (PAS) kata tidak akan campuri parti orang lain, berhentilah setakat itu saja,” katanya memetik laporan Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bahawa parti itu bersedia menawarkan Tajuddin bertanding mewakili PAS jika Pasir Salak menjadi milik parti dalam pembahagian kerusi bersama PN.

Tawaran itu dibuat selepas Tajuddin digugurkan daripada MKT Umno pada Khamis lalu.

Saarani berkata, pengguguran Tajuddin dari MKT Umno adalah perkara biasa kerana keadaan sama terjadi kepada Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan ketika Umno diterajui Najib Razak apabila jawatannya sebagai Ketua Penerangan Umno ketika itu digantikan oleh Annuar Musa.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, Presiden Umno Zahid Hamidi mempunyai hak melantik 13 individu di dalam MKT, termasuk menggantikan ahlinya.

“Kena ingat ahli MKT UMNO ada dua kumpulan, iaitu mereka yang menang dipilih oleh perwakilan bertanding dalam Perhimpunan Agung Umno dan mereka yang dilantik sendiri oleh presiden parti, termasuk Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, dan Bendahari.

“Sudah tentu dia (Presiden) melantik orang tertentu yang pada pendapatnya orang itu boleh membantu parti, termasuklah perlantikan saya sendiri atas ihsan presiden parti,” katanya.



No comments: