PAS HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP BERSATU, RAKYAT HILANG KEYAKINAN PAS BOLEH MEMERINTAH

 


PAS hilang kepercayaan terhadap Bersatu, kata penganalisis




Dua pemimpin berpengaruh PAS menggesa parti untuk bertanding menggunakan logonya sendiri pada pilihan raya umum akan datang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Gesaan daripada pemimpin PAS untuk menggunakan logonya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menjadi petanda bahawa parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Bersatu, kata penganalisis politik James Chin.

Beliau berkata parti itu melihat “masa depan yang terhad” dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu, susulan kekalahan Bersatu di pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Melaka.

“Apa yang paling penting untuk PAS ialah untuk mengekalkan kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu dan Kedah,” kata Chin.

“Mereka tahu mereka akan lakukan lebih baik dengan menggunakan logo sendiri. Mereka akan kalah atau menunjukkan prestasi buruk jika menggunakan logo PN.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

James Chin.

Katanya, rundingan pembahagian kerusi akan menjadi faktor penentu mengenai logo mana yang akan digunakan pada PRU.

“Jika PN memberi banyak kerusi untuk ditandingi PAS, kemungkinan besar PAS akan menggunakan logo PN. Jika mereka datang dan mengatakan PAS terhad kepada bilangan kerusi tertentu, saya pasti PAS akan menggunakan logonya sendiri,” kata Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania.

Azmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, PRN Johor dan Melaka menunjukkan bahawa simbol PN “tidak berguna” kepada PAS.

“Tidak ada nilai tambah kepada PAS, atau lebih khusus lagi, Bersatu sendiri tidak boleh membantu PAS mendapat lebih undi atau sekurang-kurangnya dalam hal ini, untuk memenangi kerusi.

“Ia sudah jelas PAS akan keluar PN, dengan Bersatu yang mempunyai masalah dalaman yang besar, kemungkinan untuk PAS keluar daripada PN sangat tinggi,” katanya.

Terdahulu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dilaporkan berkata adalah lebih baik parti itu menggunakan logonya sendiri pada pilihan raya umum ke-15.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki juga berkata logo parti itu penting dalam memastikan kejayaannya pada PRU15, terutama di kubu kuatnya seperti pantai timur.

No comments: