BIMBANG DATA PERIBADI DICEROBOH : Gerakan padam MySejahtera di media sosial raih perhatian

 


MySejahtera mendapat perhatian baru-baru ini selepas Jawatankuasa
 Kira-Kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan pengambilalihan aplikasi
 itu oleh MySJ daripada pembangun asalnya.

PETALING JAYA: Perkembangan semasa membabitkan aplikasi MySejahtera mengejutkan pengguna media sosial susulan kebimbangan pencerobohan data peribadi dengan sebahagian pula menimbangkan untuk memadamkan aplikasi itu dalam peranti mereka.

MySejahtera yang diperkenalkan sebagai aplikasi mandatori pada Ogos 2020, mendapat perhatian, baru-baru ini, susulan persoalan ditimbulkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pengambilalihan aplikasi itu oleh MySJ Sdn Bhd daripada KPISoft Malaysia Sdn Bhd, syarikat pembangun tempatan.

Menjadi subjek kebimbangan sejak penggunaanya dikuatkuasakan terutama membabitkan data peribadi, dapatan PAC yang mengatakan pelantikan MySJ dibuat menerusi runding terus bagi menguruskan MySejahtera, menambah kebimbangan penggunanya.

“Kini masanya padam peranti penjejakan kerajaan #MySejahtera. Ia berada di tangan syarikat swasta,” kata pengguna Twitter, @Trayset.

“Sudahlah, saya padam MySejahtera,” kata seorang lagi pengguna menggunakan ‘handle’, @1Obefiend.

Dalam pada itu, pengguna, @jllmisai berkata, dia kecewa dan bertindak memadamkan aplikasi itu sejurus mengetahui ia “dijual” atau diambil alih.

Bagaimanapun, pengguna itu berkata, dia terpaksa memasang semula aplikasi berkenaan selepas itu memandangkan seorang kakitangan kedai serbaneka tidak membenarkan dia masuk ke premis, melainkan selepas mengimbas kod MySejahtera bagi paparan status vaksinasi.

Dalam kenyataan semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, menegaskan aplikasi itu adalah milik kerajaan, dengan pihak kementeriannya dilantik sebagai “pemilik utama” MySejahtera bagi pengurusan kesihatan awam negara.

Sambil mengulangi penjagaan data sentiasa dilindungi kerajaan, Khairy berkata, satu-satunya isu adalah penyelenggaraan platform terbabit.

Bagaimanapun, penjelasan diberikan Khairy tidak cukup untuk memuaskan hati pengguna media sosial.

“Sehingga saat ini, saya menggesa orang ramai memadamkan #MySejahtera sehingga kerajaan mengemukakan secara kukuh (bukti) bahawa data peribadi dan lokasi kita tidak dieksploitasi entiti swasta,” kata pengguna @paws_nice.

“Mahu bercakap tentang ancaman keselamatan? Inilah dia! Bukan LGBT, bukan Netflix!”


Parlimen mesti siasat isu MySejahtera, kata Anwar

 

FMT ReportersMarch 29, 2022




Anwar Ibrahim berkata Khairy Jamaluddin memberi penjelasan kabur
 berhubung isu pemilikan aplikasi itu, termasuk perkara berkaitan data
 peribadi.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa Parlimen memulakan siasatan komprehensif bagi mengenal pasti segala perihal membabitkan aplikasi MySejahtera, terutama berhubung kerahsiaan data peribadi.

Beliau berkata, persoalan tentang pemilikan aplikasi MySejahtera dan datanya terus kabur walaupun Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin cuba menjelaskannya.

Katanya, beliau turut menyatakan rasa terkejut apabila Majlis Keselamatan Negara pada April 2020, telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi sangat penting terhadap akses maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian bertulis.

“Saya kini menggesa sebuah siasatan yang komprehensif oleh Parlimen dimulakan bagi mengenalpasti segala perihal melibatkan MySejahtera bagi memaknai konsep ketelusan.

“…dengan maksud kerahsiaan data peribadi dilindungi dari watak-watak yang tamak yang hanya mahu mencari keuntungan dari data peribadi rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Merujuk kepada data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Anwar berkata, KPISoft Malaysia Sdn Bhd, syarikat membangunkan MySejahtera, dimiliki 100% syarikat berpangkalan di Singapura, Entomo Pte Ltd.

Anwar berkata, ia membimbangkan kerana kerajaan telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) CSR untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat negara ini.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), baru-baru ini, mempersoalkan pengambilalihan MySejahtera oleh MySJ Sdn Bhd daripada KPISoft, atau kini dikenali sebagai Entomo Malaysia.

Dilaporkan, Kabinet sudah memberikan “lampu hijau” kepada Kementerian Kesihatan pada November, bagi melantik MySJ untuk mengambilalih aplikasi itu menerusi runding terus.

Sebelum ini, Khairy menegaskan aplikasi itu adalah kepunyaan kerajaan dengan kementeriannya dilantik sebagai “pemilik asal” MySejahtera bagi pengurusan kesihatan awam negara.

Dalam pada itu, Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) mahu sesi khas sidang Parlimen dipanggil, termasuk siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjelaskan penjualan aplikasi itu kepada syarikat swasta.

“Parlimen mesti bersidang dalam sesi khas bagi Khairy mengemukakan penjelasan penuh dan memuaskan, dan Ahli Parlimen membahaskan isu itu membabitkan tindakan seterusnya yang boleh diambil demi menyelesaikannya,” katanya.

“SPRM mesti menyiasat dan merungkai jika terdapat sebarang bentuk korupsi dan pelanggaran undang-undang sehingga kepada keputusan dibuat Kabinet,” kata C4.

C4 juga menggariskan isu itu perlu diselesaikan, termasuk alasan di sebalik keputusan kerajaan menswastakan perkhidmatan kesihatan dimandatkan oleh rakyat, termasuk kriteria pemilihan dalam perolehan MySejahtera.

Hari ini, Khairy mengumumkan beliau akan memberi penjelasan terperinci berhubung pelantikan MySJ sebagai sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera di Dewan Negara Khamis ini.


ORANG PUN MELUAT- DULU PAS BANTAH ISA- TAKKAN NAK SOKONG SOSMA.APA LA PAS NIH....

 

Pas tempelak Ahli Parlimen pro-kerajaan tak hadir sokong usul Sosma – Takiyuddin


Pas tempelak Ahli Parlimen pro-kerajaan tak hadir sokong usul Sosma – Takiyuddin



Pas berdukacita dengan tindakan ahli Parlimen pro-kerajaan yang tidak hadir ke persidangan Dewan Rakyat bagi menyokong usul untuk melanjutkan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) pada Rabu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, hal ini kerana salah satu tanggungjawab ahli Parlimen ialah mengambil bahagian dalam mana-mana proses membuat undang-undang di Dewan Rakyat.

“Oleh sebab itu, ahli Parlimen tidak boleh mempunyai sebarang alasan untuk tidak hadir ke Dewan Rakyat,” katanya selepas diminta mengulas gesaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah supaya menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir ketika sesi pengundian usul kerajaan untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Sosma itu wajar dipecat.

Sebelum itu, Takiyuddin merasmikan Hari Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Kota Bharu di sini pada Ahad.

Menurutnya, Pas sentiasa menitik beratkan ahli Parlimen dari parti tersebut untuk hadir ke sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata, tindakan ke atas ahli Parlimen itu boleh diambil berpandukan kepada parti masing-masing.

Takiyuddin berkata, ketua whip setiap parti mempunyai kuasa untuk berbuat demikian sama ada memberikan amaran atau sebaliknya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa beberapa ahli Parlimen kerajaan bertindak keluar Dewan Rakyat ketika pengundian usul tempoh kuat kuasa Sosma kerana ‘tidak suka’ melihat wajahnya.

Sidang Dewan Rakyat pada Rabu melakar sejarah buat blok pembangkang apabila buat pertama kalinya menang dalam penentuan undi belah bahagi.

Melalui undi yang dijalankan hanya 84 ahli Parlimen bersetuju berbanding 86 yang tidak bersetuju, manakala seramai 50 orang lagi tidak hadir.

Dalam hal ini, subseksyen yang membenarkan suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret tidak lagi akan berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022.


TNB nasihat guna suhu aircond 24-26 darjah celsius masa cuaca panas, ini sebabnya

 TNB nasihat guna suhu aircond 24-26 darjah celsius masa cuaca panas, ini sebabnya


Walaupun sudah ada beberapa tempat di landa hujan lebat pada sebelah tempat, masih ada juga kawasan-kawasan lain yang mengalami panas kering.

Cuaca panas tersebut membuatkan orang ramai terpaksa mencari tempat yang dingin dan memasang aircond di dalam rumah adalah salah satu tindakannya.

Ramai yang tekan sehingga 16 darjah celcius

Bagi mendapatkan suasana yang benar-benar sejuk, kebanyakan pengguna gemar menurunkan suhu sehingga 16 darjah celcius.

Benar, ia memang mampu memberikan suasana yang cukup sejuk tetapi sebenarnya, ia menggunakan tenaga elektrik dengan lebih banyak.

Nasihat TNB

Memandangkan masalah pembaziran elektrik boleh dilakukan, syarikat utiliti elektrik terbesar Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna agar mengamalkan penggunaan pendingin hawa secara bijak.

Guna 24 hingga 26 darjah celcius

Caranya, memadai dengan menggunakan suhu di antara 24 hingga 26 darjah celcius sahaja kerana kesannya tetap sama iaitu mampu menyejukkan sesuatu ruang untuk keselesaan pengguna.

Selenggara penghawa dingin

TNB turut menasihatkan agar pengguna menyelenggara pendingin hawa atau tukar pendingin hawa yang lama dengan model yang lebih baru kerana ia lebih jimat tenaga.

Dalam masa sama jika ikut nasihat TNB ini, pasti bayaran bil bulanan anda juga akan berkurangan kerana anda sudah jimat elektrik dengan bijak!


Jangan bentang semula rang pindaan Sosma


Penahanan mereka yang disyaki terlibat dengan jenayah atau kegiatan keganasan memerlukan penilaian mahkamah bagi mengelakkan salah guna kuasa


Kerajaan pada 23 Mac ada membawa usul di Parlimen bagi mengekalkan kuasa untuk menahan suspek tanpa bicara sehingga 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ini diperlukan kerana kuasa untuk menahan suspek tanpa bicara akan berakhir pada 31 Julai. Undang-undang ini memerlukan kerajaan hari ini untuk mendapatkan persetujuan majoriti menerusi sidang parlimen setiap lima tahun bagi menyambung penggunaan akta kejam ini. Di dalam undian usul itu, 86 ahli parlimen mengundi untuk menentang usul, manakala 85 ahli parlimen menyokong, dengan 49 ahli parlimen yang lain tidak hadir. Usul ini kalah dengan satu undi.

Aliran menyokong sepenuhnya 86 ahli parlimen yang mengundi untuk menentang usul ini. Sebagai sebuah organisasi yang meraikan kebebasan, keadilan, hak asasi serta proses yang sepatutnya, kami pastinya menolak segala bentuk penahanan tanpa bicara.

Kuasa yang sewenang-wenangnya bagi menahan suspek tanpa mengira tempoh masa akan mudah disalah guna, seperti yang kita saksikan menerusi akta kejam – yang mujur sekarang ini sudah dimansuhkan – Akta Keselamatan Dalam Negeri. Malangnya, perundangan yang menggantikannya, Sosma, juga membenarkan penahanan cukup lama, sekaligus meletakkan tahanan berada dalam risiko untuk didera secara fizikal atau dilayan dengan buruk ketika dalam tahanan.

Penahanan suspek melibatkan jenayah atau disyaki terlibat kegiatan keganasan sepatutnya memerlukan penilaian mahkamah bagi mengelakkan salah guna kuasa serta memastikan kawal imbang yang menyeluruh. Semua tahanan perlu dibenarkan ke mahkamah dan mempunyai akses bagi wakil serta nasihat perundangan.

Kami menggesa kerajaan untuk mengangkat hak asasi dan demokrasi dengan tidak membentang semula usul ini. Kami juga menggesa semua ahli parlimen untuk mengundi mengikut hati nurani serta menggunakan undi mereka untuk meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

 Terjemahah oleh: Zikri Rahman

CONTOH PAK LEBAI TUNGGANG AGAMA





JABATAN NETIZEN MALAYSIA
 
Join
Salah Satu Contoh Penungang Agama dengan NIAT pic ini boleh menyucikan dosa menyamun hareeeyyy — feelin
Salah Satu Contoh Penungang Agama dengan NIAT pic ini boleh menyucikan dosa menyamun hareeeyyy — feeling amused.
4
Like
Comment
Share