
By MOHD ALI
HASHIM / March 29, 2022
Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikatakan ‘naik angin’ apabila
isu konsultan minta yuran daripada kontraktor dibangkitkan di sidang DUN Kedah
baru-baru ini.
Beliau
tiba-tiba ‘naik angin’ selepas isu yuran perunding kepada kontraktor
dibangkitkan oleh ADUN Kota Siputeh yang Dr Salmee Said.
Difahamkan
terdapat dakwaan konsultan didakwa meminta wang RM4 juta bagi pembinaan asrama
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di
Kuala Ketil.
Kontraktor
terbabit juga telah menghubungi Dr Salmee sebulan yang lalu bagi memaklumkan
mengenai dakwaan tersebut dan meminta ianya dibangkitkan dalam sidang Dun
kerana ia turut melibatkan kepentingan rakyat.
ADUN Kubang Rotan, Asmirul Anuar
Aris hairan mengapa menteri besar tiba-tiba melenting apabila terdapat
pendedahan ini di sidang DUN.
“Kami tidak pernah
berhasrat untuk memfitnah mana-mana pihak. Apa yang kami mahukan ialah
penjelasan yang sewajarnya dari kerajaan berhubung isu pendedahan mengejut
konsultan universiti meminta ‘consultant fees’ atau yuran perunding daripada
kontraktor.

“Soalan tersebut telah pun
dibangkitkan dalam sidang Dun Kedah oleh Dr Salmee Said baru-baru ini,
sebaliknya MB secara tiba-tiba naik angin serta menempelak beliau dengan
pernyataan fitnah.
” Apa yang kami mahukan ialah
memohon penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai dakwaan kontraktor terbabit
dan kami bersedia pada bila-bila masa dengan keperluan untuk memberikan
kenyataan di Mahkamah sekiranya dipanggil,” ujar beliau melalui laman
Facebooknya.
Dewan Undangan Negeri
adalah tempat ADUN berbahas, berhujah dan melakukan ‘check n balance’. Hujah di
balas hujah, pertanyaan di balas jawapan.
Namun sikap tidak
profesional MB Kedah amat dikesali, melenting apabila diaju dengan pertanyaan
yang sensitif.
Ini bukan pertama kali tapi sudah banyak kali MB Kedah bersikap begini.
No comments:
Post a Comment