ADA BETOI CARA DIA JAWAB
MB SENTAP DALAM DUN KEDAH ISU IKAN PUYU
Sudah menjadi gaya dan style MB Kedah mudah sentap dan koyak
bila berhujah.
Beliau memilih untuk menjawab dengan 'mengenakan dan
memperlekehkan' peribadi seseorang untuk mengalih isu yang sebenar.
Sememangnya ramai rakyat di bawah sana mengail puyu untuk di
buat lauk bagi menjimatkan perbelanjaan harian. Perkara ini hanyalah satu
contoh manifestasi kesusahan rakyat pasca PKP Covid 19 ini.
Isu yang sebenar adalah bagaimana Kerajaan Negeri patut
bertindak dengan kesusahan rakyat di pasca pkp Covid 19 ini tidak terjawab
kerana Mb berhati tissu yang cepat koyak.