TIGA BULAN LAGI, ADAKAH NAJIB MASIH DIINGATI?

 

Setakat ini, setelah Najib Razak dipenjarakan pada 23 Ogos lalu, hanya ada dua majlis solidariti daripada UMNO terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Pertama, majlis taklimat UMNO di WTCKL pada 27 Ogos yang diadakan atas inisiatif Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan dihadiri oleh barisan kepimpinan UMNO bahagian-bahagian daripada seluruh negara.

Kedua, majis solidariti untuk Najib yang diadakan di Dataran Pekan, Pahang pada petang semalam.

Ini bermakna, dalam tempoh dua minggu setelah Najib dipenjarakan, hanya ada dua program untuk membela dan mempertahankan Najib, itu pun kedua-duanya tidak menampakkan impak serta kesan yang jelas ke mana kesudahannya.

Taklimat di WTCKL pada mulanya digembar-gemburkan sebagai medan tekanan terakhir daripada UMNO untuk memaksa Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar menyegerakan PRU15 secepat yang boleh.

Malangnya, meskipun pada malam berkenaan diadakan mesyuarat khas MT UMNO, tetapi tiada apa-apa yang berlaku akhrinya, bahkan kenyataan media pun tidak dikeluarkan selepas itu.

Yang ternampak kemudiannya hanyalah Azalina Othman Said yang berdegar-degar berucap di majlis di WTCKL terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

Begitu juga dengan majlis solidariti di Pekan semalam, walaupun kehadiran Zaid Ibrahim sebagai bekas peguambela Najib ada kewajaran untuk didengar hujah-hujahnya, pemimpin UMNO yang hadir sekadar bertaraf “ lightweight” saja iaitu Lokman Adam dan Isham Jalil.

Lokman, bekas Ahli MT UMNO dan Isham, baru dilantik sebagai Ahli MT, kedua-duanya adalah bekas pegawai Najib Kementerian Kewangan dan PMO sebelum ini.

Mereka itu, selain sudah diketahui memang penyokong kuat Najib, tanpa ada jemputan pun, akan tetap mempertahankan Najib melalui media sosial masing-masing.

Maknanya, tiada apa-apa yang luar biasa dengan kehadiran kedua-duanya di Pekan itu.

Persoalan paling pokok di sini, kenapa tiada pemimpin UMNO Pusat dengan kedudukan yang lebih tinggi sedia hadir di Pekan semalam?

Begitu juga dengan pimpinan utama UMNO Pahang, kenapa tiada yang kelihatan sama?

Adakah mereka sudah lupa kepada Najib dan tidak mengenang lagi budi-budinya?

Dengan hanya dua program solidariti diadakan untuk Najib setelah dua minggu beliau dipenjarakan, jauh benar untuk beliau mendekati bagaimana Anwar Ibrahim dibela dan dipertahankan sebelum ini.

Dengan demikian, tentulah lebih jauh kalau nasib Najib mahu disamakan dengan Nabi Yusof atau Nelson Mandela.

Di mata pemimpin dan ahli UMNO, terutama mereka yang pernah dikayakan, diberi projek dan diberi jawatan, Najib seolah-olah tiada nilai lagi setelah dirinya kini dipenjarakan.

Di mana mereka sekarang dan kenapa tiada kedengaran ada pemimpin UMNO, terutama yang pernah dikayakan oleh Najib, mahu merancang program solidariti yang seterusnya?

Di kalangan 191 Ketua UMNO Bahagian pula, hanya kedengaran Dr Puad Zarkashi dari Batu Pahat yang menyatakan rindu dengan coretan Najib di laman sosial FBnya.

Di mana yang lain-lain?

Begitu juga dengan ahli UMNO yang diketahui merupakan penyokong dan pentaksub Najib sebelum ini, mereka juga kini kelihatan sudah senyap sunyi daripada menulis apa-apa mengenai Bossku di dinding media sosial masing-masing.

Kenapa jadi demikian, sudah mahu melupai Najib atau kerana tiada lagi elaun bulanan?

Apa nasib Najib seterusnya, apakah semua orang dalam UMNO sudah meredai pemenjaraan Najib dan tak kisah berapa lama pun beliau dipenjarakan?

Dengan semua perkembangan suram ini, jika saya jadi Najib, kebimbangan paling besar dalam kepala saya ialah tiga bulan lagi, adakah saya masih diingati? – ShahbudinHusin 05/08/2022.


NAJIB FAIL PENGAMPUNAN, STATUS AHLI PARLIMEN KEKAL

 

Bekas perdana menteri, Najib Razak sudah memfailkan permohonan pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun.

Katanya, Najib memfailkan permohonan itu pada 2 Sept lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes itu.

Beliau berkata, Najib hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan, sekiranya petisyen pengampunan itu ditolak.

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan sejak 1976.

Menurut Perkara 48 Perlembagaan, seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika sabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan.

1MDB: Saksi asyik jawab ‘tak ingat’

 

Bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan Siti Zauyah Mohd Desa. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau “tidak ingat” mengenai beberapa bahagian dalam pernyataan saksinya membabitkan pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwanya berkomunikasi terus dengan Pejabat Perdana Menteri bagi mengelak daripada disoal oleh Kementerian Kewangan.

Bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan Siti Zauyah Mohd Desa, 63, memberikan jawapan itu kepada beberapa soalan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed pada perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi oleh Najib Razak.

Memandangkan saksi berulang kali menjawab ‘tidak ingat,’ Wan Aizuddin bertanya sama ada kenyataan mengenai komunikasi terus di antara pegawai 1MDB dan pejabat perdana menteri itu merupakan kenyataan beliau sendiri dan saksi menjawab “ya.”

Wan Aizuddin: Sekarang ini jika benar ia adalah kenyataan daripada Datuk sendiri, saya nak tanya bagaimana Datuk tahu pihak 1MDB berhubung terus dengan pejabat perdana menteri?

Zauyah: Saya tidak ingat.

Wan Aizuddin: Adakah Datuk diberitahu oleh seseorang atau pernah lihat sebarang dokumen mengenai komunikasi mereka? (1MDB dan pejabat perdana menteri)

Zauyah: Saya tidak ingat.

Wan Aizuddin: Saya cadangkan kenyataan yang Datuk buat mengenai perkara ini (komunikasi terus antara 1MDB dan pejabat perdana menteri) tidak berasas. Saya katakan Datuk tiada bukti untuk sokong kenyataan itu.

Zauyah: Saya tidak ingat.

Kepada soalan Wan Aizuddin mengapa saksi tidak memaklumkan sendiri kepada Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu mengenai masalah komunikasi terus antara 1MDB dan pejabat perdana menteri, Zauyah berkata “Saya hanya melapor kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.”

Bagaimanapun, Zauyah berkata, beliau juga tidak ingat sekiranya pernah memberitahu Irwan mengenai masalah komunikasi terus itu.

Sementara itu, Zauyah mengakui beliau berasa pelik apabila menerima arahan Irwan untuk menyegerakan pengeluaran memorandum daripada Kementerian Kewangan mengenai syarikat usaha sama yang ditubuhkan bagi tujuan khusus oleh 1MDB dan Aabar Investment PJS.

Dalam pernyataan saksinya, Zauyah berkata, dokumen mengenai syarikat usaha sama antara 1MDB dan Aabar itu diarah disediakan dengan pantas supaya ia boleh dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Feb 2013.

Katanya, beliau juga berasa pelik kerana permintaan untuk menyegerakan pengeluaran sesuatu dokumen tidak pernah dilakukan di kementerian itu sebelum ini.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.


AMBOI..BIASA TU...LEN KALI JANGAN CURI DUIT RAKYAT TAU....

 

Masa nak ambil rasuah tak pula rasa sedih bila dah didakwa & diarah bila diri barulah sedih tengok anak². 😂





RAPAT UMUM KEADILAN*

 Assalamualaikum wbt.


*RAPAT UMUM KEADILAN*

Tarikh : 11hb Sep 2022

Lokasi : Tapak Bazar Ramadan, Taman Melawati

Masa : 7mlm - 1130mlm


Objektif : *UNTUK MENONJOLKAN KEADILAN SEBAGAI PENARAJU UTAMA DALAM PH PADA PRU15 NANTI*


Program ini anjuran Penerangan PKR Pusat.


Para Penceramah utama:-

DS Anwar Ibrahim

Sdr Rafizil Ramli

DS Saifuddin Nasution

DS Amiruddin Shari

YB Nurul Izzah 

DAN SEMUA NAIB²*


program jam 5.00 hingga 11.00 mlm termasuk khemah khemah untuk pendaftaran beberapa produk Iltizam Selangor, Food truck dan Pusat Khidmat /Penyelaras DUN / Parlimen dr Gombak dan Ampang.


Target kehadiran seramai 5000 pengunjung.


Mohon panjangkan kpd semua ahli2 kita..Terima kasih



AMPUN TUANKU..TERBAIK TUANKU....SEMOGA ALLAH PELIHARA NEGARA DARI KLEPTOKRASI YANG MENJAHANAMKAN


 

MAH...INILAH HADIAH UNTUKMU ...SEMOGA KEINSAFAN ITU KEKAL ABADI



 Zunar cartoonist fan club.


TUUUU DIAAAAA....NALA PUNYA KAYA




 

PULAK..PONG PANG PONG PANG DAP KAPIAQ..TAK GUNA- DAP ADA 42 KERUSI KOT...NAK PERINTAH DAN BERJIHAD LAWAN DAP....NU...PEE LAWAN DAP GUAN ENG KAPIAQ SANA NU....BARU INI MACIAM PUNYA BAIK....

 

Belum muktamad tanding 80 kerusi Parlimen pada PRU15, kata pemimpin PAS



Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS hanya memantau 80 kerusi Parlimen yang berpotensi dimenangi mereka, ia bukannya jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU15.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menjelaskan parti itu hanya memantau 80 kerusi Parlimen yang berpotensi dimenanginya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), ia bukannya jumlah kerusi yang akan ditandingi mereka.

Ini kerana, katanya, Perikatan Nasional (PN) belum membuat keputusan berhubung pembahagian kerusi bagi PRU15.

“Itu bukan jumlah kerusi kita akan bertanding, itu kerusi yang kita pantau, jumlah kerusi kita akan bincang di peringkat parti,” katanya selepas menghadiri Simposium Perubahan Iklim di Bangunan Parlimen.

Beliau berkata, setiap parti akan membuat pemantauan ke atas kerusi yang dirasakan boleh dimenangi mereka terlebih dahulu.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, parti itu menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU15, sekali ganda berbanding 40 kerusi yang ditandinginya pada PRU14.

Beliau berkata, pihaknya sedang menganalisis kawasan yang mencapai indeks prestasi utama (KPI) untuk dimasukkan dalam senarai 80 kerusi Parlimen itu.

Katanya, kawasan yang tidak mencapai KPI akan digugurkan dan digantikan kawasan lain yang mempunyai peningkatan prestasi baik, dari segi persiapan jentera mahupun keperluan lain, untuk menghadapi PRU15, dengan sasaran PAS memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen.


BARU DUDUK JEL 2-3 MALAM DAH MINTA PENGAMPUNAN....KEKAL PULAK SEBAGAI AHLI PARLIMEN CAWANGAN JEL KAJANG GAMAKNYA? TAK TAHU LA PULAK BAB PENGAMPUNAN NI. MANA LA NAK TAU MALAYSIA NI SUKA JUGA PECAH REKOD DUNIA....

 

Najib fail petisyen pengampunan, status Ahli Parlimen kekal, kata Azhar




Azhar Harun berkata, Najib Razak hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan, sekiranya petisyen pengampunan itu ditolak.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak sudah memfailkan permohonan pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun.

Katanya, Najib memfailkan permohonan itu pada 2 Sept lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes itu.

Beliau berkata, Najib hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan, sekiranya petisyen pengampunan itu ditolak.

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan sejak 1976.

Menurut Perkara 48 Perlembagaan, seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika sabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan.

Lepas Najib masuk penjara, PN mahu ambil alih peranan 'kaki pusing' politik?





 Kenyataan berputar belit Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sejak beberapa hari lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan pemerhati politik apakah selepas bekas Perdana Menteri Najib Razak yang terkenal 'berbelit' di media sosial masuk penjara tempatnya mahu diambilalih oleh pemimpin PN.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Chua Wei Kiat, tidak sampai seminggu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, kelmarin beliau bertukar sikap pula dan berkata sedia menolak kerjasama.


"Adakah Muhyiddin ingin ambil alih kerja Najib sebagai kaki pusing di arena politik tanah air?


"Najib dikenali kaki pusing di media sosial kerana kebolehan beliau memutarbelitkan segala fakta untuk menutup kekurangan atau kesilapannya, malahan para penyokong beliau akan menyokong secara membabi buta tanpa berfikir sama ada kenyataan tersebut betul atau tidak.


"Kerjasama yang ditawarkan oleh PN telah ditolak mentah-mentah oleh PH, melalui Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli yang berkata Majlis Presiden PH memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PN serta menyatakan gabungan itu perlu fokus kepada persiapan rapi menghadapi PRU-15.


"Sebaliknya, sikap Muhyiddin yang masih belum 'move on' berikutan ingin meneruskan kerjasama dengan PH menunjukkan keterdesakan dan ketidakyakinan PN dalam menghadapi pilihan raya akan datang," kata Wei Kiat dalam satu kenyataan.


ADUN Rawang itu juga mengingatkan Muhyiddin rakyat semakin bijak dalam politik dan tidak akan menerima alasan beliau bahawa kerjasama dengan PH adalah untuk memerangi kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa.


Katanya, rakyat lebih maklum terdesaknya PN terutama apabila kemungkinan Bersatu mengalami kekalahan teruk berdasarkan prestasi Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor serta kebangkitan kesedaran politik rakyat selepas akta anti lompat parti diluluskan Parlimen.


"Rakyat sangat faham kenapa idea PN mahu bekerjasama dengan PH akan timbul.


"Hal ini kerana Muhyiddin bimbang dengan perkembangan politik yang tidak menguntung PN. Mereka mengetahui risiko kalah besar termasuk kerusi Pagoh yang dipegang oleh Muhyiddin. Ini disebabkan sentimen rakyat menolak gabungan 'katak' ini semakin kuat," katanya lagi.




Bye..bye Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan berakhir esok

 

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun berkata, status Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan akan berakhir esok.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu hari ini.

“Status akan berakhir esok,” katanya selepas menghadiri Simposium Perubahan Iklim di Bangunan Parlimen.

Sebelum ini, Azhar dilaporkan berkata, Najib akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh berkenaan.

Katanya, ia selaras Perkara 48 Perlembagaan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.

ALLAH DAH TENTUKAN BAHAWA TIADA PERLINDUNGAN KEPADA KAKI RASUAH

 

Azeez gagal batal tuduhan rasuah, ubah wang haram




Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim berdepan 13 tuduhan
 membabitkan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram.
 (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadapnya.

Hakim Kamaluddin Md Said berpegang bahawa ketiga-tiga tuduhan rasuah itu tidak cacat.

Hakim lain yang bersidang ialah Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Azeez untuk membatalkan empat daripada 10 tuduhan pengubahan wang haram kerana lokasi didakwa yang dinyatakan bawah empat tuduhan itu “terlalu luas”.

Mahkamah memerintahkan perbicaraan Azeez diteruskan di hadapan Mahkamah Sesyen.

Azeez didakwa pada 2019 atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Beliau juga berdepan 10 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta berhubung dana daripada sebuah syarikat, Menuju Asas Sdn Bhd.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu memohon untuk membatalkan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haramnya dengan mendakwa ia dibuat dengan niat jahat.


HEBATNYA SEORANG PRESIDEN. BUKAN PRESIDEN PAS.

 



Apa yang anda lihat di gambar di atas ini adalah seorang yang berpakaian ihram sedang tidur di lantai Masjid Al Haram.


Tahukah anda siapa lelaki yang sedang tidur di lantai di tengah para jamaah Umrah lainnya?


Ia adalah *Alhasan Watara* Presiden Negara : Côte d'Ivoire,  ( Ivory coast) Negara “Pantai

Gading” di Afrika Barat. 


Beliau pergi menunaikan Umrah dengan wang peribadinya, dan menolak untuk tinggal di Istana yang disediakan oleh pemerintah kerajaan Saudi berdasarkan protokol.


Pertanyaan yang muncul, di mana pengawalnya? 

Jawapannya : dia datang tanpa pengawal. 


Alhasan semenjak menjadi Presiden Côte d'Ivoire, negaranya stabil dari segi keamanan dan politik.


Dalam jangka waktu setahun pemerintahannya pendapatan perkapita rakyatnya meningkat 5,000 dolar.


Pemimpin yang memimpin dengan penuh keadilan, maka tidurnya pun aman sejahtera.


Gambar ini tersiar di media masa dunia bagi seorang hamba yang penuh dengan keikhlasan.... 


ALLAHU AKBAR... 🕋🤲💚


Saya ingin bertanya : “Di manakah atau bilakah kita akan mendapat pemimpin yang cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada dunia penuh protokol ?”……


PKR TETAP MAHUKAN ANWAR SEBAGAI PM SUATU HARI NANTI. UMUR BUKAN PENGHALANG.

 

Hamdan Taha.


Mutamar Pas baru saja selesai dan umno atau ph tak perlu marah pada Pas kerana Pas bukan Agama tetapi Parti Politik yang pendaftarannya sama saja dengan semua parti di malaysia


Apa juga keputusan pas dan perbahasnya jika kita dengar dan faham sama saja dengan perbahasan dalan perhimpunan agung umno,pkr,dap atau apa juga parti


Keutamaan mereka juga sama iaitu Politik dan untuk Berkuasa dan jadi pemerintah di negara kita


Pas umno pkr amanah atau apa juga parti yang di kaitkan dengan islam dan melayu tidak akan boleh di jadikan asas sebagai penyatuan umah,tak akan berlaku kerana mereka ahli politik bukan ulama atau agamawan cuma mengunakan agama sebagai asas perjuangan apa pun asasnya keputusan akhirnya ialah Kekuasaan


Kita tunggu saja kedatangan imam mahadi kata guru saya baru akan ujud penyatuan umah dan bersama dalam semua hal


Di zaman imam mahadi singa dan rusa pun boleh tinggal di kandang yang sama dan tidak akan berbalah


Jadi bagi umno jangan le geram bila tengok pembahas pas dan kenyataan Hadi 


Dap pula pasti gembira bila pas menyerang mereka kerana bila Dap di serang oleh Pas dan Umno mereka ada bukti dan bahan untuk melawan dan ada isu kepada penyokongnya terutama orang cina


Pas dan umno juga akan gembira jika Dap menyerang mereka kerana serangan itu penting untuk umno dan pas dedahkan pulak pada orang melayu


Jadi kita orang biasa dan rakyat biasa ni tengokkan je lah kenyataan orang orang politik ini


Tetapi bagi saya orang biasa ni Hadi Awang dah boleh berhenti dari jadi MP dan Presiden Parti keadaan dah tak mampu,tenaga dah berkurangan rasullah wafat umur 63 kita pula nak sokong pemimpin yang dah umur 70 ke 100 tahun nak buat apa tak ikut sunah namanya tu jalan pun dah bertongkat dan dah tak mampu servis rakyat dah pun jadi wakil rakyat ni kena servis rakyat tak cukup sekadar ceramah atas pentas saja bukan saja hadi muhidden anwar sebaya belaka tu udah udah lah...kita doakan mereka menikmati waktu waktu tua ni bukan dengan politik,politik ni tentu terlibat pecah belah umat,dr m tu kita doakan dia pun rehat lah juga

GAME AZEEZ

 GAME AZEEZ




Hari ni game Azeez on kembali. Kita tunggu jam 9.30-10 nanti. Minggu lepas, dia mintak postpone sebab gastrik. Harap hari ni dipermudahkan segalanya. Dah lama tertangguh jua. Saya bagi latar belakang kes dulu, untuk tuan puan update diri sendiri. 


LATAR BELAKANG KES


1. Kes ini berkaitan dengan Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Baru (Teluk Intan- Kampung Lekir, Perak)


2. Azeez kena tuduh dengan 13 pertuduhan:

(i) 3 pertuduhan terima rasuah sebanyak RM5.2juta

(ii) 10 pertuduhan penggubahan wang haram (money laundering) sebanyak RM13.9 juta

 

3. Azeez dituduh bawah Akta SPRM. Kalau bersalah boleh kena penjara sampai 20 tahun dan kena denda sampai 5 kali nilai rasuah. 


PERJALANAN DAN INTIPATI KES


4. Kes mula pada 19 Ogos 2020. Hakim dia namanya Hakim Azura Alwi. Peguambela Azeez, namanya Amer Hamzah Arshad.


5. Kes masih berjalan di peringkat Mahkamah Sesyen. Masih lagi peringkat ke-dua iaitu Peringkat Pendakwaan. DPP sudah panggil 7 orang saksi setakat ini.


GAME PLAN


Kes dah berjalan sejak tahun 2020. Namun sementara kes besar berjalan, dia buat side game. Untuk batalkan kes ini secara total. Kalau ini diterima Mahkamah, dia akan dilepas dan bebas jua.


Permohonan nak batal kes dibuat kepada Mahkamah Tinggi pada Mac lalu. Alasannya, DPP dakwa dia tanpa merit dan juga dia cakap dakwaan ni berniat jahat, atau cakap latinnya: mala fide.


Mahkamah Tinggi dah tolak permohonan batal kes ini. Pada mereka, DPP ada asas untuk dakwa dan bolehlah teruskan kes macam biasa. Namun, pakcik ni merayu pulak keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ni ke Mahkamah Rayuan. 


Mahkamah Rayuan dah dengar hujah Azeez. Dan patutnya pada 26 Ogos lalu, 3 Hakim Mahkamah Rayuan beri keputusan.


Tapi pakcik ni tak datang. Katanya gastrik sejak 2 pagi lagi. Mahkamah dah sound jangan lengah2 lagi. Dah banyak sangat bagi muka, asyik2 nak tunda. Makanya hari ni ditetapkan, untuk Hakim bagi tahu keputusannya.


Nak tambah juga, Lawyer dia cakap, diaorg pun ada bagi plea bargain/ atau rayuan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). AGC tak balas2 lagi. Plea bargain ni macam side deal la dengan AGC, mintak tarik kes atau bagi kes lagi ringan.


Makanya, hari ni kita tengok apa lagi akai dia.


Salam hormat,

Liyana Marzuki