GAME AZEEZ

 GAME AZEEZ




Hari ni game Azeez on kembali. Kita tunggu jam 9.30-10 nanti. Minggu lepas, dia mintak postpone sebab gastrik. Harap hari ni dipermudahkan segalanya. Dah lama tertangguh jua. Saya bagi latar belakang kes dulu, untuk tuan puan update diri sendiri. 


LATAR BELAKANG KES


1. Kes ini berkaitan dengan Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Baru (Teluk Intan- Kampung Lekir, Perak)


2. Azeez kena tuduh dengan 13 pertuduhan:

(i) 3 pertuduhan terima rasuah sebanyak RM5.2juta

(ii) 10 pertuduhan penggubahan wang haram (money laundering) sebanyak RM13.9 juta

 

3. Azeez dituduh bawah Akta SPRM. Kalau bersalah boleh kena penjara sampai 20 tahun dan kena denda sampai 5 kali nilai rasuah. 


PERJALANAN DAN INTIPATI KES


4. Kes mula pada 19 Ogos 2020. Hakim dia namanya Hakim Azura Alwi. Peguambela Azeez, namanya Amer Hamzah Arshad.


5. Kes masih berjalan di peringkat Mahkamah Sesyen. Masih lagi peringkat ke-dua iaitu Peringkat Pendakwaan. DPP sudah panggil 7 orang saksi setakat ini.


GAME PLAN


Kes dah berjalan sejak tahun 2020. Namun sementara kes besar berjalan, dia buat side game. Untuk batalkan kes ini secara total. Kalau ini diterima Mahkamah, dia akan dilepas dan bebas jua.


Permohonan nak batal kes dibuat kepada Mahkamah Tinggi pada Mac lalu. Alasannya, DPP dakwa dia tanpa merit dan juga dia cakap dakwaan ni berniat jahat, atau cakap latinnya: mala fide.


Mahkamah Tinggi dah tolak permohonan batal kes ini. Pada mereka, DPP ada asas untuk dakwa dan bolehlah teruskan kes macam biasa. Namun, pakcik ni merayu pulak keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ni ke Mahkamah Rayuan. 


Mahkamah Rayuan dah dengar hujah Azeez. Dan patutnya pada 26 Ogos lalu, 3 Hakim Mahkamah Rayuan beri keputusan.


Tapi pakcik ni tak datang. Katanya gastrik sejak 2 pagi lagi. Mahkamah dah sound jangan lengah2 lagi. Dah banyak sangat bagi muka, asyik2 nak tunda. Makanya hari ni ditetapkan, untuk Hakim bagi tahu keputusannya.


Nak tambah juga, Lawyer dia cakap, diaorg pun ada bagi plea bargain/ atau rayuan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). AGC tak balas2 lagi. Plea bargain ni macam side deal la dengan AGC, mintak tarik kes atau bagi kes lagi ringan.


Makanya, hari ni kita tengok apa lagi akai dia.


Salam hormat,

Liyana Marzuki


No comments: