PKR TETAP MAHUKAN ANWAR SEBAGAI PM SUATU HARI NANTI. UMUR BUKAN PENGHALANG.

 

Hamdan Taha.


Mutamar Pas baru saja selesai dan umno atau ph tak perlu marah pada Pas kerana Pas bukan Agama tetapi Parti Politik yang pendaftarannya sama saja dengan semua parti di malaysia


Apa juga keputusan pas dan perbahasnya jika kita dengar dan faham sama saja dengan perbahasan dalan perhimpunan agung umno,pkr,dap atau apa juga parti


Keutamaan mereka juga sama iaitu Politik dan untuk Berkuasa dan jadi pemerintah di negara kita


Pas umno pkr amanah atau apa juga parti yang di kaitkan dengan islam dan melayu tidak akan boleh di jadikan asas sebagai penyatuan umah,tak akan berlaku kerana mereka ahli politik bukan ulama atau agamawan cuma mengunakan agama sebagai asas perjuangan apa pun asasnya keputusan akhirnya ialah Kekuasaan


Kita tunggu saja kedatangan imam mahadi kata guru saya baru akan ujud penyatuan umah dan bersama dalam semua hal


Di zaman imam mahadi singa dan rusa pun boleh tinggal di kandang yang sama dan tidak akan berbalah


Jadi bagi umno jangan le geram bila tengok pembahas pas dan kenyataan Hadi 


Dap pula pasti gembira bila pas menyerang mereka kerana bila Dap di serang oleh Pas dan Umno mereka ada bukti dan bahan untuk melawan dan ada isu kepada penyokongnya terutama orang cina


Pas dan umno juga akan gembira jika Dap menyerang mereka kerana serangan itu penting untuk umno dan pas dedahkan pulak pada orang melayu


Jadi kita orang biasa dan rakyat biasa ni tengokkan je lah kenyataan orang orang politik ini


Tetapi bagi saya orang biasa ni Hadi Awang dah boleh berhenti dari jadi MP dan Presiden Parti keadaan dah tak mampu,tenaga dah berkurangan rasullah wafat umur 63 kita pula nak sokong pemimpin yang dah umur 70 ke 100 tahun nak buat apa tak ikut sunah namanya tu jalan pun dah bertongkat dan dah tak mampu servis rakyat dah pun jadi wakil rakyat ni kena servis rakyat tak cukup sekadar ceramah atas pentas saja bukan saja hadi muhidden anwar sebaya belaka tu udah udah lah...kita doakan mereka menikmati waktu waktu tua ni bukan dengan politik,politik ni tentu terlibat pecah belah umat,dr m tu kita doakan dia pun rehat lah juga

No comments: