KES BALA.PART 3 : PIHAK POLIS BERTEMU BALA.

Pihak polis Malaysia telah berjumpa Bala di Bangkok dan berusaha untuk menyoal siasat beliau.Bagaimana pun mereka hanya berminat untuk membincangkan soal berhubung dengan Surat Akuan bersumpah beliau yang pertama .Pihak polis Malaysia sebenarnya tahu akan perkara sebenar dan yang berhubung dengan apa yang telah berlaku , cuma mahu ianya di kuburkan dari cuba mendedahkan perkara sebenar.



TEMURAMAH BERSAMA BALA-MALAYSIA TODAY PART 1



THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Q 41. Kemanakah anda pergi sElepas anda berada di Bangkok?

A. Deepak seharusnya menguruskan seseorang bagi berjumpa saya dan keluarga di lapangan terbang Bangkok, tetapi tiada sesiapa pun di situ .Dalam keadaan keletihan, saya mengambil keputusan bersama keluarga saya ke Shangrila Hotel Bangkok .Kami mendaftar dan tidor.

Q 42. Adakah sesiapa yang menghubungi anda semasa berada di Shangri Hotel?

A. Tidak , sebab tidak ada sesiapa pun yang mengetahui no telefon saya untuk menghubungi dan saya pula tidak punya SIM card Thailand untuk menguhungi sesiapa pun.


Q 43. Apakah yang anda lakukan pada keesokan harinya (Julai 5)

A. Saya membawa keluarga dan anak saya untuk membeli belah pakaian kerana kami kekurangan pakaian .Saya juga mengambil keputusan untuk membeli sim kad Thailand dan berhubung dengan ASP Suresh untuk memberitahu beliau yang kami berada disini.

Deepak telah memberitahu saya bahawa semua perhubungan haruslah hanya dengan ASP Suresh dan adik beliau , Rajesh yang akan mengaturkan segalanya untuk kami ketika di Bangkok.

Q 44.Apakah yang anda lakukan pada hari berikutnya (Julai 6)

A. Pihak pengurusan Shangri La memberitahu saya bahawa hotel telah di tempah untuk tujuan acara perkahwinan dan saya beserta keluarga harus meninggalkan hotel . Saya kemudiannya menempah bilik di Hotel Hilton berdekatan bersama keluarga saya.

Rajesh telah menguruskan sesorang untuk berhubuung dengan kami dengan seseorang yang akan menguruskan kami dengan visa ke India.Orang hubungan kami ialah seorang wanita Thai , yang kemudiannya datang ke bilik kami untuk mengutip semua passport kami dan juga yuran visa dari kami.


Q 45.Apakah yang terjadi pada 7 Julai ?

A. Saya menerima panggilan dari bilik saya oleh bahagian unit khas (SB) . Mereka berada di bawah iaitu kawasan lobby hotel dan mahu bertemu saya.Saya turun dan mengenali mereka kerana beliau pernah bekerja dengan saya suatu ketika dahulu semasa saya dalam unit khas .Beliau adalah salah seorang pegawai di pejabat kedutaan Malaysia di Bangkok.

Q 46. Apakah yang anda berdua bincangkan.?

A. Dia menanyakan kepada saya adakah saya membenarkan pihak polis Malaysia merakam sessi perbualan dan jika saya bersetuju, mereka akan menghubungi pihak polis di Kuala Lumpur.Saya kemudiannya meminta beliau agar tunggu sebentar dan saya menghubungi ASP Suresh untuk memberitahu beliau akan perkembangan yang terbaru ini.

Q 47. Adakah anda menghubungi ASP Suresh?

A. Ya. ASP Suresh memberitahu saya bahawa saya harus memberitahu butir-butir yang di tanya oleh mereka.Beliau juga mahukan supaya nama-nama Deepak, Dinesh dan beliau tidak di sebut.


Q 48.Jadi , apakah yang diarahkan untuk anda terangkan?

A. Pada permualaannnya , beliau memberitahu saya , supaya memberitahu pihak polis bahawa selepas membuat akuan bersumpah kali yang pertama ,saya seolah-olah merasa bersalah dan mahu ianya di ubah semula , dan saya kemudiannya memanggil seorang peguam bernama Arunapalam untuk mengubah akuan bersumpah saya yang pertama, yang sepatutnya saya menemui beliau melalui kredibili saya sebagai seorang penyiasat perendirian ,dan mahu berjumpa beliau di sebuah restoran yang bernama Lotus bersebelahan dengan hotel Nikko di jalan Binjai.

Bila saya bertemu beliau, atas nasihat nya juga saya mahu mengubah akuan bersumpah saya yang pertama dan beliau merangka untuk saya . Saya juga di arahkan untuk berkata bahawa saya diarahkan ke pejabat beliau dan merangka di sana dan membuat akauan bersumpah ke 2 dan disana juga saya tandatanganinya , dan saya kemudiannya ke Prince hotel keseseokannya untuk membuat sidang akhbar .

Inilah yang saya harus katakan kepada pihak polis dan mereka merekod semua kenyataan saya berdasarkan arahan ASP Suresh.

Q 49. Apakah yang anda lakukan kemudiannya?

A. Selepas berbincang dengan ASP Suresh , saya memberitahu ASP Suresh bahawa saya setuju dengan cadangan beliau , dan kemudiannya saya memberitahu pegawai cawangan khas tersebut yang dari kedutaan Malaysia di Bangkok dan beliau memaklumkan di Kuala Lumpur dan beliau seterusnya akan datang menjemput saya keseesokan paginya dan membawa saya ke kedutaan Malaysia .Kemudian kami keluar untuk makan bersama pada petang tersebut.


Q 50. Kemanakah anda di bawa ke esokkan paginya?

A. Ya, pegwai cawangan khas ini telah datang ke hotel keesokan paginya dan menurunkan saya di kedutaan Malaysia di mana kami sampai sekitar jam 9.00 pagi. pada pukul 9.30 pagi 3 orang pagawai polis pun sampai. Mereka baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur sebelah petang semalam. Selepas mendapat pengesahan dari pihak saya mengenai rakaman perbualan tersebut.

Q 51. Adakah anda mengenali antara pegawai polis tersebut???

A. Ya,mereka ialah ACP Muniandy dari Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, yang lain nya ialah salah seorang pagawai India dan seorang pegawai berbangsa melayu , yang mana saya mahu rahsiakan sementara waktu.

Q 52. Baagaimanakah layan mereka terhadap anda?

A. Mereka baik terhadap saya .ACP Muniandy bertanya kepada saya yang mana satukah akuan bersumpah yang benar.Saya katakan bahawa akuan yang pertama.Dia kemudinnya memegang tangan saya dan berkata saya seorang yang budiman.

Q 53. Adakah mereka merakam kenyataan anda?

A. Ya. Mereka menyoal saya selama 6 jam.Mereka nampaknya tidak berminat berkaitan dengan akuan bersumpah saya yang ke 2 dan bertanyakan soaan berhubung kaitan akuan bersumpah yang pertama .

Mereka mahu mengetahui sama ada sesiapa yang menjadi ketua berkaitan dengan rancangan untuk melakukan akuan bersumpah ini.

Saya menjelaskan segalanya iaitu bermula dari saya menemui peguam saya Americk Siddhu di sebuah pub pada satu malam bersama ASP Suresh ,M Puravalen dan Sivarasah Rasiah pada bulan April atau May 2008 dimana akuan bersumpah saya yang pertama.

ACP Muniandy bertanyakan soalan kepada saya, manakala 2 lagi rakannya merekod kenyataan saya.

Q 54.Adakah mereka memberikan komen mengenai apa yang mereka lakukan.

A. Tidak .Saya cuma mengulangi kenyataan apa yang ASP Suresh sentiasa memberitahu saya supaya saya sentiasa sahaja mengulangi apa yang telah saya jelaskan sebelum ini dan mengulaginya mengenai akuan bersumpah yang kedua.

TO BE CONTINUED


TERJEMAHAN WRLR

MALAYSIA MAKIN TERUK DENGAN RASUAH

KUALA LUMPUR, Nov 17 - Malaysia kini dilihat sebagai sebuah negara yang teruk kerana indek rasuah .Badan bebas antarabangsa menjelaskan kedudukan sebenar bagi tahun ini dimana Malaysia menduduki di tangga ke 58 berbanding 47 pada tahun lepas.Malaysia kini dilihat lebih teruk dengan dasar rasuah yang berlaku dalam berbagai sektor.INi dijelaskan oleh badan trasperansi antarabangsa mengenai korupsi(CPI) yang di lancarkan hari ini.


Malaysia kini di tangga ke 56 dari 180 buah negara dengan indek rasuahnya menjangkau sebanyak 4.5 dari 10, dimana index 10 adalah paling teruk dengan rasuah.Tahun lepas Malaysia berada pada rangking ke 47 dengan skor sebanyak 5.1.

Cara yang digunapakai oleh TI CPI ialah dengan mengkaji unjuran yang terdapat pada sektor awam dan juga dari data undian berasingan dan juga kajian dari badan bebas selama tempoh 2 tahun. Tiga negara yang bebas dari rasuah ialah Singapura ,New Zeralkand, dan juga Denmark.

Dalam satu reaksi ,Ahli parlimen DAP , Sdr Lim KIt Siang menyatakan bahawa rangking Malaysia sejak 15 taun lepas merupakan yang paling teruk dan ini memberikan kesan kepada pentadbiran Datuk Najib Tun Razak.

“ini adalah satu yang amat memalukan negara dengan indek rasuahnya dan memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Najib" jelas Lim Kit Siang dalam kenyataan media beliau.


"Apa yang paling membimbangkan saya ialah apabila badan bebas yang beribu pejabat di Berlin ini menunjukkan data yang semakin teruk iaitu dari 47 pada tahun lepas dan kini ditangga ke 57"katanya...

Beliau juga menjelaskan bahawa kes kematian Teoh Beng Hock adalah antar punca kes dan masalah rasuah ini dilihat meningkat dan harus di beri perhatian oleh perdana Menteri.


Terjemahan:WRLR