BAHAGIAN II BALA:PENJARA TANPA JARING BESI

BALA MEMBUAT AKUAN BERSUMPAH KE 2 NYA DAN DI "TENDANG" KE LUAR NEGERA.SEJAK ITU BELIAU DI PERHATIKAN DAN TIDAK LAGI BEBAS UNTUK BERCAKAP APA YANG DIMAHUKANNYA.DIA MERASAKAN BAHAWA SEOLAH-OLAH BERADA DALAM PENJARA ;TIDAK BERKUNCI ,TETAPI MERASAKAN HIDUPNYA DI KONGKONG SEUMUR HIDUPNYA.

TEMURAMAH BERSAMA BALA-MALAYSIA TODAY PART 1




Q 23. Apa terjadi seterusnya?


A. Deepak memberikan arahan kepada Dinesh unutk membuat tempahan sebuah bilik di Hotel Hilton KL Sentral.Saya bersama ASP Suresh kerumah saya di Rawang untuk melihat anak siteri saya dan menerangkan apakah yang sebenarnya yang terjadi.Saya hanya ingatkan akan keselamatan keluarga saya. Deepak mahukan saya mengubah kenyataan akuan bersumpah saya yang pertama dan kemudinnya segera meninggalkan negara ini bersama keluarga saya.Saya agak terkejut dengan keadaan seperti ini.Saya dapat menjangkakan akan di tahan dengan mengeluarkan kenyataan akuan bersumpah saya yang kedua ini dan terkejut perkara seperti ini berlaku kepada keluarga saya dan tidak bersedia untuk menghadapinya.Dengan terlibatnya datuk ini, saya menjangkakan bahawa kes ini sangat serius.


Q 24. Pukul berapa kah anda sampai di rumah setelah meninggalkan The Curve?



A. ASP Suresh dan saya sampai dirumah pada jam 2.00pagi hari tersebut .Saya telah jelaskan semuanya kepada isteri saya apa yang telah berlaku dan menyruh beliau mengemaskan barang untuk segera meninggalkan negara ,sebagaimana saya di arahkan.Saya juga menjelaskan kepada beliau supaya bersiap sedia ke jabatan imigresen pada pagi itu unuk memohon passport anak-anak saya dan juga memperbahrui passport untuk beliau juga.Saya telah menguruskan semuanya dengan seorang kawan yang bernama Christopher unutk menjemput mereka sekitar jam 8.30 pagi dan mmebawa mereka ke pusat Jabatan imigresen Pusat Damansara dengan semua barang keperluan mereka.

Q 25. Kemana anda pergi kemudiannya?



A. ASP Suresh kemudiannya membawa saya ke tepat di mana beliau pembakaran wayar-wayar terpakai dan mengarahkan pekerja pekerja untuk dimuatkan ke dalam trak 3 tan ,kami kemudiannya meninggalkan tempat tersbut dan ke Hotel Hilton Central Kuala Lumpur.


Q 26. Pukul berapa anda sampai ke Hilton Hotel?


A. Kami sampai jam 3.00 pagi. ASP Suresh memanggil Dinesh mencari bilik hotel. Deepak dan Dinesh berjumpa kami di bahagian lobby hotel dan kami kemudiannya ke bilik hotel.Kami di beritahu kemudinnya bahawa saya dan keluarga akan di bawa ke Hong kong Saya katakan bahawa saya tidak suka ke Hong Kong dan sanggup lagi untuk ke Chennai.Deepak kemudiannya setuju dengan cadangan saya.Beliau kemudiannya cuba untuk menguruskan sebuah pesawat persendirian untuk kami.Kemudiannya semua ini terpaksa di batalkan kerana kami perlu melalui jabatan imigresen melalui lapanganterbang. Deepak kemudiannya mencadangkan agar kami ke Singapura melalui jalan darat dengan kereta , dan kemudiannya terbang ke Bangkok untuk ke Chennai.saya setuju.Mereka kemudiannya membicarakan tentang betapa seriusnya akuan bersumpah saya yang pertama dan menyuruh saya menukarnya dan tidak akan mendapat jaminan keselamatan jika saya gagal untuk melakukannya dan jika semua rancangan ini gagal.Dinesh kemudiannya balik kerumah untuk berehat tidur sebentar.


Q 27. Apa lagi yang anda bincang semasa berada dalam bilik hotel??


A. Deepak kemudiannya menceritakan bahawa Rosmah adalah rakan baik beliau dan seringkali ke kedainya di Jalan Tunku Abdul Rahman .Deepak tidak memberi peluang kepada saya untuk melelapkan mata, kerana seringkali dan sentiasa sahaja berbual.


Q 28. Apa lagi yang berlaku pada pagi tersebut?


A. Dinesh kemudiannya kembali ke hotel dan kelihatan segar.Pada jam 7.45 pagi seseorang telah mengirimkan draf satu salinan akuan bersumpah ke 2 ke hotel.Deepak kemudinnya turun ke loby hotel setelah menerima pangilan dari telefon bimbitnya . Seketika kemudiannya seorang pesuruhjaya sumpah tiba di hotel .Dia adalah seorang lelaki Melayu .Saya kemudiannya di arahkan untuk menandatangi akuan bersumpah tersebut di hadapan beliau dan dia juga mengesahkannya .Dia kemudiannya bertanyakan kepada saya adakah saya tahu di mana pejabatnya dan saya katakan bahawa saya tidak mengetahuinya . Dia kemudiannya meminta Deepak menunjukkan pejabatnya beliau dimana terletak dalam perjalanan ke Prince hotel.Saya langsung tidak di benarkan melihat apakah isi kandungan akuan bersumpah kedua tersebut.



Q 29. Adakah anda tahu pada tahap ini anda akan di bawa ke Prince Hotel?


A. Ya. Deepak telah memaklumkan kepada saya bahawa satu kenyataan/sidang akhbar akan di adakan di Prince Hotel pada pagi tersebut dan akan memastikan bahawa ada peguam bersama saya.Saya di beritahu bahawa tidak perlu merasa bimbang dan tidak perlu berkata apa-apa ,dan biarkan sahaja peguam tersebut bercakap bagi pihak saya.


Q 30. Pada jam berapakah anda meninggalkan Hilton Hotel?


A. Pada jam 8.45 pagi . Deepak, Dinesh dan saya bergerak bersama . saya bersama Dinesh dengan kereta BMW nya sementara Deepak bergerak dengan kereta sendiri .Dinesh tidak menunjukkan kepada saya di mana pejabat pesuruhjaya sumpah tersebut semasa dalam pejalanan ke Prince hotel.

Q 31. Pukul berapa anda sampai ke Prince Hotel?


A.Kami tiba pada jam 9.15 pagi dan terus ke bahagian letak kereta dan menungu arahan lanjut dari Deepak yang kemudiannya berada di bawah pada masa tersebut.Sementara Dinesh menerima panggilan telefon dan mengringi saya yang ke tingkat atas menampakkan seolah-olah sebuah lobby di bahagian tingkat atas.


Q 32.Adakah anda bertemu sesiapa di tingkat lobby tersebut?

A. Ya. Deepak sedang menunggu di bahagian lobby hotel dengan seorang lelaki india.Lelaki india ini kemudiannya di perkenalkan kepada saya sebagai Arunampalam,seorang peguam .Peguam ini kemudiannya menjelaskan kepada saya supaya saya hanya perlu berdiam diri semasa diadakan sidang akhbar dan akan diuruskan di lobby utama hotel .Dia juga mengingatkan saya supaya tidak bercakap dengan sebarang wartawan yang berada di situ dan beliau yang akan menguruskannya.Deepak kemudiannya memberitahu Arunapalam supaya tidak menjawab lebih dari 3 soalan dari wartawan yang sedang menunggu dibawah dan menyerahkan kepada Arunapalam beberapa keping salinan akuan bersumpah kedua yang akan di edarkan kepada para wartawan.

Q 33. Apa yangber laku seterusnya?


A. Pada jam 10pagi,Mr Arunapalam dan saya telah mengambil lift hotel dan turun ke bawah dan kami ke lobby utama hotel dan kami bertemu dengan 4-5 orang wartawan di loby hotel .Mr Arunapalam berbual dengan mereka dan memberikan mereka salinan akuan bersumpah ke dua nya .Beliau kemudiannya menegaskan bahawa saya telah di paksa untuk menandatangi akuan bersumpah yang pertamanya dan dan sekarang mahukan pembetulan di lakukan ke atas akuan besumpah yang kedua .Dia juga tidak mahu menjawab sebarang soalan yang wartawan bertanyakannya..

Q 34. Dimana Deepak dan Dinesh semasa sidang akhbar tersebut di adakan?


A. Saya jangkakan mereka meninggalkan hotel semasa sidang akhbar sedang dijalankan kerana mereka tidak ada bersama semasa sidang berlangsung.

Q 35. Apa yang terjadi selepas sidang akhbar tersebut?

A. Mr. Arunampalam kemudiannya membawa saya dan meninggalkan saya di hotel Hilton dengan kereta beliau. Dia menurunkan saya di lobi bawah dan saya tidak melihat beliau lagi selepas itu.


Q 36. Adakah anda dalam sesetengah atau pernah menggunakan khidmat Mr. Arunampalam sebagai peguam anda dalam dalam sidang akhbar?

A. Tidak. saya tidak pernah melihat dan menggunakan khidmat beliau .Deepak lah yang meguruskan beliau untuk mewakili saya dalam sidang akhbar tersebut.Saya tidak pernah menyuruh beliau bercakap untuk saya ,dan saya juga tidak menyuruh beliau mewakili saya .Semua nya diuruskan oleh Deepak.dan bukan nya saya.

Q 37.Apakah yag anda lakukan setelah anda di lepaskan di hotel Hilton?


A. Saya kemudiannya kembali ke bilik hotel dan mengetuk pintu .Deepak dan Suresh membuka pintu bilik. Saya menunggu di bilik sementara Deepak membuat panggilan telefon kepada Ms Wong ,yang pada pandagan saya adalah kerani beliau .Ms Wong pada masa itu bersama anak dan isteri saya di Imigresen Pusat Damansara, membantu isteri saya dan juga mengenai pungurusan pasport dan memperbahruinya .Dalam masa yang sama saya di berikan RM20,00 duit Hong . Kong Dollar untuk kegunaan saya Deepak memberitahu saya dia sedang meguruskan sebuah van pelancong untuk saya dan keluarga saya untuk membawa saya ke Singapura dan untuk mendapatkan penerbangan ke Bangkok.


Q 38. Pukul berapa anda meninggalkan hotel Hilton?

A. Pada jam 1.00 petang Deepak menerima panggilan dari Ms Wong memberitahu beliau bahawa semua urusan pasport telah siap dan saya meniggalkan hotel tersebut dengan van ke Pusat imigresen Damansara dengan seorang pemandu berbangsa India.Van ini kemudiannya membawa saya ke jabatan imigresen tersebut Pemandu itu kemudiannya berbual dengan Ms Wong dalam perjalanan dan kemudiannya membawa saya bertemu dengan anak dan isteri saya di jaDatan imigresen di Pusat bandar damansara , kami bertemu dan membawa masuk semua barang ke dalam van untuk perjalanan ke Singapura.

Q 39. Apa yang berlaku ketika anda sampai ke Singapura??

A. Pemandu tersebut memberhentikan kami di jabatan imigresen Malaysia dan kami perlu keluar dari van tersebut untuk di semak semua dokumen dan passport di kaunter .Semua passport kami tidak di cop .Kami kemudiannya di benarkan melalui jambatan dan kemudiannya di bawa terus ke lapangan terbang Changi.


Q 40. Apa pula yang berlaku di Lapangan terbang Changi?

A. Saya menukar sedikit wang dengan dollar singpura dengan syiling ,jadi saya mampu membuat panggilan kepada Deepak untuk mengetahui jadual penerbagan kami ke Bangkok.Deepak kemudiannya memberitahu saya bahawa tiket telah di sediakan di kaunter Silkair .Saya kemudiannya ke kaunter dan mengambilnya. Kami kemudiannya mengambil penerbangan pada petang tersebut(senja) dan kami meninggalkan Singapura pada jam 8.00 malam.


TO BE CONTINUED

TERJEMAHAN WRLR