Budaya kerja Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Puan Marhamah Rosli selepas beliau melihatnya sendiri sepanjang berada dalam pentadbiran Kerajaan MADANI.
Marhamah berkongsi bagaimana ketika dirinya sudah pulang dari Pulau Pinang dan berehat bersama anak di Putrajaya, beliau menerima gambar memaklumkan PMX masih meneruskan program terakhirnya di negeri itu.
“Aduh. Malu saya. PMX masih bertugas di Penang. Saya sudah baring-baring sama anak,” tulisnya.
Apa yang membuatkannya lebih kagum, Anwar yang berusia 79 tahun masih bergerak dari pagi sehingga malam menghadiri pelbagai program.
Marhamah turut berkongsi pengalaman awal selepas dilantik ke dalam pentadbiran.
Ketika bertemu Anwar, beliau menjangkakan mungkin akan menerima nasihat panjang.
Sebaliknya PMX bertanya:
“Apa yang ustazah lalui? Cerita.. Saya dengar..”
Anwar mendengar segala cabaran yang diceritakannya sebelum memberikan nasihat yang cukup ringkas.
“Terus kerja.”
Dua perkataan saja.
Namun menurut Marhamah, semakin lama berada dalam kerajaan, semakin beliau memahami beratnya maksud dua perkataan tersebut.
Ada orang puji, terus kerja.
Ada orang kritik, terus kerja.
Kena serang politik, terus kerja.
Marhamah juga mengakui rakyat bebas berbeza pandangan politik dan perkongsiannya bukan bertujuan meminta semua orang menyukai Anwar.
Tetapi katanya:
“Jangan kerana kita tidak suka seseorang, kita hilang keadilan untuk mengakui kebaikannya.”
Kadang-kadang falsafah seorang pemimpin tak perlu panjang berjela.
Dua perkataan pun dah cukup.
Terus kerja.














