Angkatan Tentera Malaysia umum perolehan 263 buah kenderaan mobiliti tinggi bernilai RM164.91 juta.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) umum pada 27 Ogos lalu perolehan 263 buah kenderaan mobiliti tinggi bernilai RM164.91 juta untuk Tentera Darat Malaysia (TDM).
Perolehan ini terbahagi kepada dua kontrak,
1. 163 buah Tedung 4x4 - Pembawa Senjata - RM92.91 juta. Nama Tedung bermaksud Ular Tedung Sawa (Cobra). Berasaskan model Marrua AM250 dwi-kabin (double-cab) keluaran syarikat Brazil, Agrale.
Pecahan 80 buah untuk pembawa pelancar bom tangan automatik dan 83 buah untuk pembawa mesingan berat.
Boleh dikonfigurasi ikut keperluan misi sebagai platform senjata, kenderaan komunikasi dan kenderaan pemerintah.
2. 100 buah Kala - Kenderaan Peninjau Mobiliti Tinggi (HMRV) - RM72 juta
Nama Kala bermaksud Kala Jengking (Scorpion). Jenis buggy / kenderaan lasak semua rupa bumi, dikenali juga sebagai Can-Am Maverick.
Enjin 900cc Rotax ACE turbo berkuasa 200hp, boleh operasi 4x2 / 4x4. Boleh membawa 3 anggota bersenjata penuh selain pemandu. Ini merupakan kenderaan pertama yang direka khas untuk elemen tinjau infantri TDM.
Kedua-dua platform ini telah dipamerkan dalam warna hijau tentera darat yang muktamad semasa majlis penamaan yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin. Di belakang pentas kelihatan logo syarikat industri tempatan yang berpangkalan di Wangsa Maju iaitu High Point Worldwide yang merupakan rakan industri bagi projek ini.
Tujuan utama perolehan, untuk meningkatkan keupayaan mobiliti taktikal dan peninjauan TDM. Tedung akan ditempatkan di kompeni bantuan batalion infantri sebagai pengangkut senjata, manakala Kala akan memberi kelebihan pantas, ringan dan senyap untuk pasukan tinjau masuk ke kawasan sukar.
Setakat ini jadual penghantaran belum diumumkan secara rasmi.
Setakat itu sahajalah ya,
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG



No comments:
Post a Comment