BANYAK DUIT SONGLAP


 

ANWAR TAKUT SAMAN YUSOF ? DAK KOT. KITA MINTA NIA BUAT PENERANGAN JELAS ISU INI.


 

PERMOHONAN IMUNITI DIBATALKAN.


 

JIKA ADA KERAGUAN MAHKAMAH AKAN PUTUSKAN

 


ULAMAK COVER SANUSI


 

YANG NI UPSEREYNAPETEY..


 

NOHHHH HAAAAIHHH...


 

TU DIA NOH... DEPA TAKUT ORANG MELAYU TAU.. SEMASA JADI KERAJAAN APA PUN TAK BUAT.


 

[Rafizi Ramli] Aset negara yang tersingkir

Zahid Zahid, Umno makan fish & chip, PKR hirup gulai temenung......

BUAT LAH SELAGI ADA SOKONGAN. JANGAN SAMPAI JATUH TIDAK LAGI BANGUN BANGUN.


Hamdan Taha


 RR dan Nik dah berhenti dari kabinet dan saya jangka akan ada rombakan Kabinet dari umno dah tentu kena rujuk Umno walaupun lantikan menteri hak PM tapi dia bukan lah besor sangat ada berapa je kerusi dah tentu kena tanya Presiden umno...


Nurul Izah akan di lantik Senator dan Menteri kemungkinan akan gantikan Saifuddin Nasution di KDN dan Saifuddin mungkin di pindahkan atau di gugur sebagai Menteri, Menteri KDN kena bagi kepada orang yang PMX paling percaya, sekarang dah ada iaitu Timbalan Presiden... Hujah nak buang saifuddin tak lah susah sebab pegawai dia ada yang di tahan SPRM sebelum ini.... Sama macam Silvakumar Menteri sumber manusia kena... Tak lekat Menteri lepas tu


Ramanan tu dah confirm menteri sebab Naib Presiden Kanan tak logik tak jadi Menteri dan PMX bukan lah suka india ni tapi dia suka india yang boleh dia gunakan seperti satu ketika Nalakarupan..


MB Selangor pun nampaknya ada masalah tersendiri dengan negeri selangor dan Sultan mungkin nak orang baru boleh jadi dan jalan keluar bagi amir ialah pergi ke Pusat walaupun jadi MB selangor lagi seronok dan boleh untung lagi besar dari menteri pusat... Tapi jalan amir lebih cantik dia ke pusat, dan MB selangor akan di ganti orang baru yang lebih dengar cakap pmx... Amir ni dia nampak setia tapi ada sejarah berkawan dengan azmin tak berapa lah nak setia... Dan dia memang ada tersimpan dalam Diri dia meletakkan tidak percaya pada pmx, sebaik baik azmin dan anwar pun berpisah dan bermusuh inikan dia.... Hubungan azmin dan anwar bukan hubungan politik tapi melangkaui dari itu pun boleh putus....azmin ada beri nasihat kepada amir tentang pmx dan amir pegang ayat tu sampai sekarang... 


Cuma tiga nama ini iaitu Nurul Izah, Ramanan dan amir belum ada pengalaman menjadi menteri pusat, amir tu boleh di kira ada pengalaman mentadbir kira ok lah... Tapi yang lain dalam PKR tak ada pengalaman, sekarang pun menteri dari PKR nampak tidak berjaya berbanding dari Umno... Menteri dari sabah pun sama juga tak ada yang berpengalaman...


Apa pun selepas 17 hb baru kita tahu siapa yang akan di lantik... KJ ada cubaan barangkali tapi sudah tentu bukan dari umno tapi dari PKR ada kemungkinan tapi hati Zahid Hamidi kena jaga...


Tulisan saya ni pandangan saya je itu pun berdasarkan maklumat dan kabar kabar angin dari ahli mereka juga.



ZAMAN KAMU JADI MENTERI PUN MENGARUT... KAMU LAGI PENING NAK CETAK DUIT

 Syam Ghaz


Wan Ahmad Fayhsal zaman kamu jadi kerajaan 33 bulan, Parlimen bukan setakat tangguh tapi GANTUNG TERUS tahun 2021!






Alasan Muhyiddin bagi sebab Covid, tapi yang sebenarnya kecut perut nak hadap YB2 PH masa tu, PN bentuk Kerajaan Tebok Atap hingga tumbang Kerajaan sah dipilih rakyat tahun 2020. Sebab sibuk sangat berpolitik nak berkuasa!! 


Muhyiddin waktu tu PM yang juga Presiden Parti BERSATU khianat!



MELAYU MUDAH LUOA.. UUUPPPSSSSS

 


SEKADAR MENGINGATKAN....


W. Fauzidin






Banyak hari aku tengok ada di kalangan ahli2 Keadilan yang sering ungkit soal mengapa YB Ramanan, MP Sg Buloh boleh dicalonkan bertanding pilihanraya, sedangkan dia tokoh baru dalam Keadilan.  


Ada pula yang salahkan Presiden kerana Presiden yang keluarkan watikah calon.  Hinggakan YB Ramanan bertanding jawatan Naib pun dipertikaikan atas alasan yang sama.  Sanggup berkata mahu buang kuasa Presiden yang boleh mengizinkan orang yang baru sertai Keadilan boleh bertanding.  


Aku terpaksa jelaskan agar dapat mengurangkan kebebalan dari kalangan mereka yang taksub itu.  Lupakah kamu, suatu ketika ada promosi untuk sesiapa sahaja mahu bertanding pilihanraya, isi saja borang.  Tidak kira berapa lama kamu dalam parti, atau tidak berparti atau tidak pegang jawatan dalam parti.  Lupa ke?  


Lupakah kamu siapa yang membawa calon parlimen di Putrajaya sebelum ini?  Seorang pensyarah wanita kurang upaya yang diperkenalkan dan mengikut data dia boleh menang di kawasan majoriti kakitangan kerajaan tersebut.  Waktu dia diperkenalkan sebagai calon, apa partinya dan jika ada parti pun, berapa lama dia dalam parti? 


Mengapa kita lupa semua ini dan hari ini kita mahu tuding jari kepada pihak lain?  Kita buat boleh, orang lain buat tak boleh?  Apa beza calon parlimen Putrajaya tersebut dengan Ramanan?  Bezanya, Ramanan menang dan calon di Putrajaya tewas.  Itu saja.  


Hendaklah berlaku adil di dalam menghukum.    


WFAUZDIN NS



POLITIK ITU TIPU MUSLIHAT

 



Credit:

Saudara Hamdan Taha ✍️


ZAMAN RUNTUHNYA KEPERCAYAAN


Sejak Merdeka 1957, belum pernah rakyat Malaysia hilang kepercayaan sedalam ini.

Kini tahun 2025 — kita hidup dalam zaman kosong.

Tiada pemimpin dijulang.

Tiada parti dipercayai.

Tiada janji diyakini.


💔 Ini bukan sekadar krisis politik. Ini krisis jiwa bangsa negara.


1️⃣ Pemimpin bukan lagi bayang tokoh silam.

Semua parti pernah berdolak-dalik.

Semua tokoh pernah berpaling tadah.

Yang tinggal hanyalah persembahan  lakonan bukan perjuangan sejati.


2️⃣ Pilihan raya bukan lagi medan suara rakyat.

Ia jadi pentas sandiwara.

Rakyat undi selepas menang tapi janji tingal janji

Kerajaan tumbang tanpa mandat rakyat.

Rakyat sedar — undi mereka tak ubah apa pun balik cerita yg sama..yaa sama belaka..


3️⃣ Lompat parti jadi budaya. Khianat jadi biasa.

Memerangi rasuah hanya penyedap kata..

Rakyat tak tahu siapa musuh, siapa kawan.

Dulu lawan kini kawan.

Dulu kawan kini fitnah.

Politik jadi lautan penuh bisa  patukkan yang menenggelamkan harapan.


4️⃣ Gen Z? Mereka ketawa.

Mereka tiada idola. Mereka tak percaya sistem.

TikTok mereka penuh sindiran.

Mereka tonton politik bukan untuk faham — tapi untuk hiburan telingan se-mata


5️⃣ Dan yang paling menakutkan — rakyat sudah tidak peduli.

Bukan sebab mereka bodoh. Tapi sebab mereka kecewa.

Dan dari kecewa… lahirlah satu ruang kosong kerana..

Hakikat apa pun situasi negara ia harus ada kerajaan melalui proses undi pilihanraya..


🤔 Siapa bakal isi ruang undi ini?

Bukan orang politik.

Bukan bekas menteri.

Bukan ahli parti yg sokong membuta tuli..

Bukan parti lama berwajah baharu.

💥 Yang akan bangkit ialah suara dari rakyat sendiri.

Yang tak gila kuasa.

Yang tak menjual agama.

Yang tak ulang janji basi.

Yang tak jual nama BANGSA ,AGAMA,REFORMASI..apa ntah lagi janji palsu..janji tak ditepati..


📣 Inilah masa untuk ADA GERAKAN BARU.

Bukan untuk jadi kerajaan tapi jadi neraca timbangan

Bukan untuk bertanding — tapi untuk membersih dan memadamkan budaya sokong tanpa usul periksa..

Tulisan ini bukan untuk minta sokongan menjadi YB— tapi minta rakyat celik dan menilai dan sekata sederap memberi tekanan..


🌪️ Zaman ribut sedang tiba. Tapi ini juga peluang.

Daripada runtuhan kepercayaan agar lahir sebuah ombak kesedaran untuk kita bersama sekata..

📍Jika kamu pernah undi dan kecewa…

📍Jika kamu ingin lihat negara yg lebeh dihormati

📍Jika kita mahu tingalkan warisan yg lebeh baik

Maka mungkin ini seruan untuk kamu bangkit.

Bukan sebagai penyokong — tapi sebagai penentu.


#GAP GolonganArasPenentu

#SuaraRakyatBebas

#ZamanBangkitYangBaru



BANYAK HARTA

 


LATEST CORRUPTION CASE OF ISMAIL SABRI, JOVIAN WILL BE TAKEN BY MACC!


The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has confirmed that Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob's former son-in-law, Datuk Jovian Mandagie, will be questioned next week in Jakarta, Indonesia. It is understood that the questioning will last for two days. Sources said that the MACC has made an appointment and set a location to take a statement from the 39-year-old fashion designer. "Investigating officers will fly to Jakarta next week and be there for two days to meet him," he told BH, today.




'PANGLIMA PERANG' MESTI LEBIH HEBAT DARI YANG LAMA

MANE RADZI PERGI ? HARI TU KAN MENJERIT KUAT DALAM PARLIMEN ?

AKU RASA KALAU DITAWAR PUN, RAFIZI TAK TERIMA- TIADA TAWARAN TIMBALAN PRESIDEN KEPADA RAFIZI - KAMIL MUNIM | Sah PKR ti...

INI JASA RAFIZI YANG DILUPAKAN - DEMI UNTUK BEBASKAN ANWAR DARI SG BULOH

Baru saja hang ni- zaman 98 hang ada ka dak lagi ni? Tik Tokers Jkom hina Rafizi, rasa payment sangkut nih......

KJ bakal jadi menteri?

KOTA MADANI


Faridzul Asyraf Mat



.

Tengok kat fb PMX hari ni ada perbentangan pembinaan Kota MADANI di Putrajaya

.

Lewat Jun ni dah pecah tanah dah tu dengan jangkaan 2027 siap fasa pertama

.

Takde info siapa developer

Takde info siapa akan jadi penduduk awal

.

Katanya apabila siap akan ada 10k unit kediaman dengan 30k penduduk. Siap akan ada sekolah dan kemudahan asas lain macam bank, masjid, balai bomba dan sebagainya

.

Tengok kepada gambar tu mostly tempat kediaman adalah apartment/kuarters

.

Model ni ikut model CHASE City

- Clean

- Healthy

- Advance 

- Safe

- Eco friendly

.

Idea bagus dah ni, harap boleh dijadikan model untuk pembinaan unit rumah mendatang di lokasi lokasi lain



KUATNYA KO BODEK RAMANAN

Nek Burn AII


 Panglima Perang DAMAI dah bersuara Nampak gayanya keDAMAIan yang di cari masih tak kunjung tiba.

#RAFIZIRAMLI

#RR




DARI CYTRO TAK BIJAK SAMPAI MP TAK BIJAK.... TU MASAALAH DIA


 

PAS TAK MAKAN RASUAH


 

BERDOA LAH


 Ustaz Al Asri


Langkah Madinah 


NIA 4 MB Selangor ‼️


Doa lah bnyk² Amir,

Rasain lo.




OWHHHH.... LUPA.. SAYA TAK INGAT

 


AHMAD MASLAN BAKAL JADI MENTERI GANTI KOUTA TENGKU ZAFRUL?



2 June 2025


Berikutan tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO untuk menyertai PKR, ia secara langung juga membawa kepada beralihnya kerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri daripada milik UMNO kepada PKR.


Selain Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri secara terbuka meminta Perdana Menteri memberi satu lagi  kerusi menteri kepada UMNO bagi menggantikan tempat Tengku Zafrul itu, beberapa pemimpinya yang lain, termasuk Ketua Pemuda, Dr Akmal Salleh turut menyokong penuh tuntutan tersebut.


Bahkan sebelum itu, Dr Akmal juga menggesa Tengku Zafrul mengosongkan kerusi menteri yang didudukinya kerana ia tegasnya, adalah lantikan atas kouta UMNO.


Azalina Othman Said pula mengingatkan, seseorang itu dilantik menteri adalah atas kouta parti, bukan melalui kapasiti peribadi.


Dalam waktu yang sama, Tengku Zafrul juga nampaknya sedar kerusi menteri yang didudukinya adalah melalui kouta UMNO, lalu beliau menyerahkan kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri untuk memutuskannya.


Makna kata,  kalau Zahid Zahid berani angkat suara tinggi sikit untuk mendesak Anwar Ibrahim agar melantik seorang menteri baru daripada UMNO bagi menggantikan kerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang dibawa lari kepada PKR itu, secara moralnya ia adalah tuntutan yang wajib dipenuhi dan tidak boleh dipandang sepi, bahkan perlu disegerakan.


Dengan adanya satu kerusi menteri daripada UMNO perlu diisi, ruang legar pencatur-pencatur politik UMNO ketika ini turut hangat dengan perbualan siapakah yang paling layak bagi mengisi tempat tersebut.


Secara umumnya, dua nama disebut-sebut oleh para pencatur sebagai paling layak menjadi pemimpin ketujuh UMNO untuk dilantik sebagai menteri dalam kerajaan perpaduan ini.


Calon pertama  ialah Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli MT UMNO.


Sebelum ini, ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri di mana ketika itu UMNO adalah juga sebahagian daripada kerajaan, Shamsul Anuar adalah Menteri Tenaga dan Sumber Asli.


Ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, beliau tidak dilantik sebarang jawatan dan ketika era Anwar ini pula, beliau hanyalah Timbalan Menteri Dalam Negeri.


Dengan pernah menjadi menteri dan kini hanya menjadi timbalan menteri, jika ada kekosongan seperti sekarang, bererti sesuailah beliau dinaikkan pangkat sebagai menteri semula.


Lagi pun, Shamsul Anuar diketahui memang merupakan penyokong setia kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.


Pemimpin UMNO kedua yang layak dijadikan menteri ialah Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia.


Sama seperti Shamsul Anuar, sebelum ini Noraini juga pernah memegang jawatan menteri iaitu Menteri Pengajian Tinggi di bawah era kepimpinan Muhyiddin.


Makanya, jika ada keperluan untuk mengisi jawatan menteri, Noraini adalah calon yang wajar dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat semula.


Tambahan lagi, beliau juga berjawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, sayap penting dalam memeriahkan majlis serta program-program parti.


Begitu pun, di celah-celah dua nama itu menjadi sebutan di kalangan pencatur-pencatur politik UMNO, dikatakan turut muncul nama ketiga yang juga amat berminat untuk menjadi menteri iaitu Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya sekarang.


Diperkatakan di kalangan para pencatur politik UMNO bahawa Ahmad Maslan turut berminat kerana bersandarkan hujah bahawa beliau sudah lama menjadi Timbalan Menteri di pelbagai kementerian sejak era Najib Razak lagi.


Kononnya kini sudah sampailah masanya untuk beliau dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh pula.


Senada dengan keinginan Ahli Parlimen Pontian itu, pencatur-pencatur politik UMNO juga merasakan peluang kali ini lebih memihak kepada Ahmad Maslan.


Ia antaranya kerana beliau dikatakan lebih menonjol dalam memuji Perdana Menteri berbanding Shamsul Anuar dan Noraini, selain sudah tentu tidak pernah ketinggalan berdiri teguh di belakang Ahmad Zahid Hamidi.


Meski Ahmad Maslan sebelum ini agak kerap dan keras menolak Anwar sebagai Perdana Menteri, termasuk menggelarnya sebagai “PM Tepi”, tetapi beliau kini sudah beralih arah dan pujiannya  sekarang tidak dinafikan amat menyenangkan hati Perdana Menteri.


Dalam satu video yang tersebar, beliau ada berkata – nama saya Ahmad dan orang panggil Mad, nama isteri saya Noraini dan orang panggil Ani, bila dicantumkan ia menjadi Madani.


Macam ini punya lambung, takkan tak dapat jadi menteri lagi?, demikian kata pencatur-pencatur politik UMNO membuat kesimpulan. – ShahbudinHusin 02Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/ahmad-maslan-bakal-dilantik-menteri-ganti-kouta-tengku-zafrul/



ELOK DARI BAKAR JAMBATAN

 

Ustaz Al Asri


Ikhlas apo ... Pemilihan belum tamat kau dah offer dia jawatan Timbalan Presiden lantikan.. ..


Kemenangan kamu tu jelas di atur.Result dah tahu siap².




Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, menegaskan keutamaannya kini adalah untuk memulihkan semula perpaduan dalam parti selepas pemilihan baru-baru ini yang menyaksikan beliau menewaskan Rafizi Ramli bagi jawatan nombor dua.



“Saya dengan ikhlas mahu membina jambatan dalam parti,” katanya ketika ditanya berhubung dakwaan beliau menawarkan jawatan timbalan presiden lantikan kepada Rafizi.


Artikel penuh : https://malaysiabangkit.com/saya-dengan-ikhlas-mahu-membina-jambatan-dalam-parti-nurul-izzah/


#malaysiabangkit



PATUT JADI TELADAN


 ISLAH


Seorang akademik sepatutnya menjadi suara yang jernih.





Bijak menilai fakta, teliti dalam hujah, dan berintegriti dalam menyampaikan ilmu.

Namun bila individu bergelar akademik terpalit dengan siri saman fitnah yang berakhir dengan kekalahan, kredibilitinya wajar dipersoal.


Apabila kes demi kes memihak kepada plaintif, wajar diteliti semula apa sebenarnya yang sedang diajar; kebenaran, atau agenda peribadi berselindung di sebalik gelaran.


Allah SWT berfirman:

"Fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan."

(Surah Al-Baqarah, ayat 191)


Moga kita semua terhindar daripada dosa lidah dan pena, dan sentiasa dipelihara dalam berkata yang benar dan beradab dalam menyampaikan pandangan.


#jihadintelekrakyat #ISLAH



MAHATHIR MUDAH LUPA


 Kami Viral


Mahathir sendiri hadir mesyuarat ‘ampun Anwar’ - AGC”





Ini menunjukkan wujudnya percanggahan antara kenyataan Tun Mahathir dan kenyataan dari Jabatan Peguam Negara (AGC), yang mengatakan bahawa beliau sebenarnya telah menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan pengampunan Anwar Ibrahim



CUBAAN DAN DUGAAN


 

5 NEGERI MISKIN DI MALAYSIA


 

LOMPAT LAH... BUKAN MAMPU BUAT KERJA PUN. LAGI PULAK FUNGSI KURANG


 

KISAH GAS MASAK

 


UMNO TAK SUKA ZAFRUL, TAPI MARAH BILA DIA NAK LOMPAT. PELIK TAK






Semua orang tahu – dari AJK cawangan sampai netizen TikTok – ramai dalam UMNO memang tak berapa gemar kat Tengku Zafrul. Katanya naik macam lif ekspres, tak sempat pun berpeluh panjat tangga perjuangan. Dalam bahasa orang lama, “tak sempat merasa tidur atas lantai dewan.”


Tapi bila ada khabar angin Zafrul nak lompat ke PKR, tiba-tiba ramai dalam UMNO meloncat marah. Padahal logiknya, kalau tak suka, biarlah dia pergi. Kenapa tiba-tiba macam orang tercabut nyawa?


Jawapannya: bukan sebab sayang Zafrul, tapi sebab ego UMNO yang tercalar.


Zafrul ni bukan calang-calang. Dia bukan setakat banker dan bekas menteri, dia juga ‘orang dalam’ – dalam istana. Selangor ada, Pahang ada, Johor pun ada jejaknya. Bila ada surat adendum dari Sultan Pahang, siapa yang tengok dulu? Bukan Presiden UMNO. Zafrul.


Jadi bila ‘orang istana’ macam ni nak lompat ke PKR – parti yang dulu asalnya dibaling gas pemedih mata tepi jalan – itu bukan lompat biasa. Itu lompat yang menampar ego dan sejarah UMNO sendiri. Parti yang bangga lahir dari istana Johor, tiba-tiba kena tinggal oleh orang yang paling "istana" dalam kalangan mereka.


UMNO marah bukan sebab Zafrul tu terlalu penting. Tapi kalau dia lompat, apa persepsi rakyat?


“Orang istana pun dah tak percaya UMNO. Habis, siapa yang tinggal?”


Jadi ya. Ini bukan soal Zafrul. Ini soal imej, prestij, dan ego politik. Yang paling rapuh tapi paling keras kepala.


Iswardy