SEMUA NAK POLITIK.


 

KEH.. KEH. KEH.. BIJAK CG BARD NI

 


DANA UNTUK MEMBANTU YANG LAIN.

 

Hampa perasan dak, takdak projek mega diumum dalam belanja pembangunan Belanjawan 2025?


Abih tu, belanja pembangunan nanti pi mana?


Dana tu nanti akan ke baik pulih kuarters kakitangan kerajaan (askar, tentera, etc), baik pulih sekolah, baik pulih klinik daif, dan sebagainya.


Direct untuk kesejahteraan rakyat di akar umbi.


Lagipun, dah banyak mercu tanda tinggi di Malaysia. 


Apalah gunanya satu lagi bangunan tertinggi mencecah langit ke tujuh kalau masih ada dinding dan lantai sekolah reput berlubang seperti di pedalaman Sabah Sarawak.



IIUM, IM4U, UTM,

 

𝗣𝗹𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗵𝗮𝘀 ni bukan benda baru. Berdekad dah diamalkan. Paling awal 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 plat 𝗦𝗨𝗞𝗢𝗠 sempena 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝗼𝗻𝘄𝗲𝗹 1998.




Selain tu ada banyak lagi plat lain. Nama universiti pun ada macam 𝗨𝗧𝗠 dan 𝗜𝗜𝗨𝗠. Paling tak masuk akal plat 𝗜𝗠4𝗨. Tapi tak jadi isu pun sebelum ni.


Sebab apa? Sebab masa tu pembangkang kita rasional dan ada otak. Benda temeh begini tak menguntungkan rakyat pun kalau dimainkan sebagai isu.


Tapi tengok sekarang ni. Bila pembangkang berfikiran tak waras, semua nak dijadikan isu. Isu yang sebenar macam 𝗚𝗜𝗦𝗕𝗛 dia sokong pulak.


Plat 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 pun walaun nak buat isu. Sibuk pulak dimainkan sana-sini. Sakit betul hati lebai dan walaun dengan Madani. 𝗖𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝗮.


Bila mereka main isu ni, dah nampak sangat mereka tu 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶. Hati mereka 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗱 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗸𝗶. Ini yang orang kata 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗱𝘂 ni.


Entah apa yang didengkikan sangat. Mungkinlah juga walaun pun minat tapi nak beli 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂. Dah kalau tak mampu tu, diam je la. Apa dapat dengki kat orang?


Biarlah orang nak bida. Dorang ada duit. Dorang minat. Walaun dan lebai memang 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻. Dia je betul.


Plat khas begini memang cara kerajaan buat duit. Duit tu nanti akan masuk poket 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂 gak melalui 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶, 𝗦𝗧𝗥, 𝗦𝗔𝗥𝗔 dan sebagainya.


Duit korang nak. Tapi kerajaan tak sudah-sudah korang caci maki dan cerca. Siap reka cerita palsu dan sebar fitnah. Tak sokong dah la tapi tak payah buat 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 begitu.


Kita doalah tiap hari agar Allah kurniakan kecerdikan kepada walaun ni. Sikit pun jadilah. Agar mereka boleh bersifat macam 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻. Moga Allah tunaikan doa kita satu hari nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SABAR... JANGAN DOK BUAT QAMAI..


 Kaedah pelaksanaan penyasaran semula yang dicadangkan khususnya untuk golongan 15 peratus yang tidak layak menerima subsidi bahan api RON95 atau T15 sudah dibentang dan dibincangkan di pelbagai peringkat.



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri sebelum pelaksanaannya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews


PMX BERTEMU SU MAJLIS HAKAMA MUSLIM.

 

Susulan Lawatan Rasmi Syeikh al-Azhar dan juga Pengerusi Majlis Hukama’ Muslimin, al-Imam al-Akbar Prof Dr Ahmad Mohamed al-Tayyeb pada Julai lalu, hari ini saya telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin, Muhamed Abdul Salam di Putrajaya.






Kami telah berbincang mengenai rancangan pertemuan seterusnya bersama Imam Besar Al-Azhar, Fadhilatul Imam Al-Akbar Dr Ahmed Al-Tayeb dalam masa yang terdekat dalam mengembangkan lagi perbincangan mengenai tema ucapannya di Kuala Lumpur sebelum ini bertajuk “Kesederhanaan Umat Islam, Pengajaran dari Masa Lalu dan Cabaran Masa Hadapan”.


Insya-Allah, saya akan kembali bertemu dan turut bersama Syeikh Al-Azhar dalam program yang akan datang sebagai salah satu ikhtiar membangun kefahaman dan tradisi keilmuan yang boleh membugar kekuatan dalaman umat.


#MalaysiaMADANI



BERTABAH LAH.

 

Cc: Kepada Semua pemain bola sepak Kedah, 



“Ketepi soal gaji, percaya rezeki Allah”


Yang benar

Untit.


Crdits#NurLisa



T15

 

Makang ikan kelah buiii...




ANWAR AKAN BERTEMU SHIEKH AZHAR.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar iaitu Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dalam masa terdekat.



Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, ini sebagai ikhtiar untuk membangunkan kefahaman dan tradisi keilmuan yang boleh membugar kekuatan dalaman umat Islam.


Anwar berkata, rancangan itu dibincangkan pada perjumpaan beliau dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin Muhamed Abdul Salam di Putrajaya pada Isnin.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

#AWANInews



PESANAN BUAT UMMAT

 


PERNIAGAAN MENGGUNAKAN VIDEO


 Ahmad Mohammad. 


Dalam dunia perniagaan hari ini, pemasaran menggunakan video semakin mendapat tempat. Bagi perniagaan percetakan, mungkin sukar untuk melihat bagaimana video boleh menjadi alat yang kuat dalam menarik pelanggan.



Namun, sebenarnya, video adalah satu cara yang amat efektif untuk memperkenalkan perkhidmatan percetakan kepada audien dengan cara yang lebih kreatif dan menyentuh emosi mereka.

.

Bayangkan kita menjalankan perniagaan percetakan. Kita tahu hasil cetakan kita berkualiti dan perkhidmatan kita memuaskan. Tapi, bagaimana kita mahu menyampaikan mesej ini kepada orang ramai, apatah lagi dalam dunia digital yang penuh sesak dengan pelbagai jenis kandungan?

.

Di sinilah video Content Marketing boleh memainkan peranannya (dan saya bangunkan 7 sub modul khas kepada usahawan, dari tak pandai buat video sampai layak menjadi content creator).

.

Sebagai contoh, bayangkan kita menghasilkan video pendek yang membawa audien melihat proses percetakan yang teliti dan profesional.

.

Daripada pelanggan menyerahkan reka bentuk, memilih kertas yang sesuai, hingga melihat hasil akhir yang memukau, video ini boleh membantu memperlihatkan betapa telitinya kita dalam memastikan kepuasan pelanggan.

.

Dengan cara ini, pelanggan bukan sahaja melihat perkhidmatan yang kita tawarkan, tetapi juga merasa yakin bahawa kita mampu memberikan hasil yang berkualiti.


Contohnya, satu video yang menunjukkan proses mencetak buku program acara boleh disusun dengan naratif yang menarik. Kita boleh bermula dengan menunjukkan pelanggan masuk ke kedai, disambut mesra oleh kakitangan, dan berbincang mengenai keperluan cetakan mereka.

.

Selepas itu, tunjukkan bagaimana proses mencetak dijalankan bermula dari pemilihan bahan, hingga proses mesin yang canggih beroperasi, sehingga akhirnya, pelanggan menerima hasil cetakan yang menakjubkan.

.

Selain itu, testimoni daripada pelanggan juga boleh dijadikan elemen penting dalam video. Bayangkan pelanggan berkongsi pengalaman mereka mengenai servis yang mereka terima.

.

Wajah yang puas dan kata-kata tulus mereka boleh menjadi bukti nyata bahawa perniagaan percetakan kita boleh dipercayai. Ini bukan sekadar membina keyakinan kepada pelanggan baru, tetapi juga mencipta hubungan yang lebih erat dengan audien.

.

Namun, untuk mencapai impak yang maksimum, konsistensi dalam menghasilkan video konten adalah kuncinya. Video yang dihasilkan sekali-sekala mungkin tidak memberi kesan yang mendalam.

.

Sebaliknya, apabila kita konsisten memaparkan hasil kerja kita, audien mula mengenali jenama kita, mereka mula menanam kepercayaan yang lebih mendalam terhadap perniagaan kita. Bukan sekadar mahu jualan naik sekelip mata, tetapi usaha yang berterusan ini akan meletakkan kita di hadapan pesaing yang lain.

.

Jika kekangan seperti peralatan atau masa menjadi alasan untuk tidak menghasilkan video baru, mungkin kita perlu melihat perkara ini dari sudut yang lain.

.

Telefon pintar yang lama masih boleh digunakan untuk membuat video yang kreatif dengan sedikit usaha dalam penyuntingan. Masa pula boleh dijadualkan dengan lebih efisien dimana mungkin kita boleh melibatkan kakitangan untuk mengambil bahagian dalam proses penggambaran atau menyediakan skrip video yang ringkas tetapi padat.

.

Apa yang penting adalah usaha berterusan untuk memastikan mesej kita sampai kepada audien.


Dalam dunia yang penuh persaingan ini, video Content Marketing bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Ia bukan sahaja membantu memperkenalkan perkhidmatan kita, tetapi juga memberi peluang kepada kita untuk memaparkan nilai dan kualiti kerja kita dengan cara yang lebih peribadi dan kreatif.

.

Bila video-video ini sampai kepada audien yang tepat, kita akan lihat bagaimana jenama kita mula mendapat perhatian, dan pelanggan mula melangkah masuk yang bukan sekadar hendak melihat, tetapi juga untuk mencuba perkhidmatan kita buat kali pertama.



SEMOGA RUU MUFTI MENGUATKAN PENYATUAN UMMAH

MSO





Forum penjelasan RUU Mufti Wilayah: Pengaruh atau Maslahat yang menampil Menteri Agama Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang yang disiarkan secara langsung menerusi TV Hijrah sekejap tadi memberi pencerahan dan penjelasan cukup tuntas sekaligus menafikan persepsi jelek terhadap RUU berkenaan yang sengaja dimainkan mereka berkepentingan yang kontang semangat ukhwah dan muzakarah.


Yang jelas RUU Mufti Wilayah ini bukan perkara baru, sebaliknya suatu pengemasan dan pembaikan kepada akta yang sedia untuk memperkasa Islam dan kedudukan institusi Mufti dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan. 


Tanggapan jika RUU ini dilulus dan menjadi undang-undang ia mengikat orang Islam, tidak benar sama sekali, kerana ia terpakai kepada masyarkat Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.


Sebenarnya apa yang menjadi intipati RUU ini sudah pun dilaksanakan di beberapa buah negeri seperti Sabah dan Kedah menerusi eknakmen yang diguna pakai di negeri berkenaan.


Pembentangan RUU ini kononnya dibuat secara tergesa-gesa juga meleset sama sekali, lebih kepada fitnah, sebab jawatankuasa teknikal untuk mengkaji penggubalannya sudah lama wujud, sejak tahun 2021 lagi yang dibentuk dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dimana Jakim telah mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak bersangkutan.


Istimewanya RUU Mufti Wilayah 2024 ini juga sudah mendapat perkenan oleh Yang diPertuan Agong.


Sebenarnya kalau dilihat secara tawaduk dan penuh muhasabah RUU itu tidak perlu dipertikai dan dijadikan polemik pun, sebaliknya jika menghayati maudunya, perlu diskong sepenuhnya atas semangat ukhawah Islamiah dan tanggunngjawab bersama untuk memperkasakan agama Islam. 


Menutup forum itu Mentega Dr Mohd Na'im berharap semua pihak akan menerima dengan baik RUU ini, dan perbahasan nanti juga dibuat secara beradab dan sopan atas semangat ukhawah Islamiah.


Dalam pada itu beliau dengan rendah hati sekali lagi, menyeru mana-mana pihak yang ingin membuat teguran atau mempertikaikan dan memberi pandangan terhadap RUU itu buatlah dengan baik dan tertib dan tidak melampau batas apa lagi angkuh.


Dr Mohd Na'im berulang menekan semoga RUU ini menajdi penyatuan umat Islam seluruhnya, kerana itulah cita-cita dan iltizam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga menjadi roh kerajaan Madani. Trims.