MENERIMA KUNJUNGAN DELIGASI BANK OF JAPAN.



 Saya kemudian menerima kunjungan hormat delegasi Japan Bank for International Cooperation (JBIC) yang diketuai Pengerusi JBIC merangkap Penasihat Khas kepada Kerajaan Jepun, saudara Tadashi Maeda.






Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

 

Pertemuan ini membolehkan kami bertukar pandangan terkait pembangunan tenaga hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pasaran tenaga, serta pembinaan pusat-pusat data serta pelaburan di dalam industri pendigitalan.

 

JBIC telah menyatakan komitmen mereka terhadap usaha meningkatkan pelaburan sedia ada dengan menarik lebih ramai pelabur dari Jepun ke Malaysia. JBIC juga sedang giat mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat tempatan daripada pelbagai industri.

 

Saya tekankan kepentingan memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Jepun untuk terus meneroka lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi bagi memastikan kerjasama pelaburan, khususnya di dalam sektor tenaga ini direalisasikan demi kepentingan rakyat.


#MalaysiaMADANI