MGID

BERGAMBAR : SIAPA WAKIL RAKYAT YANG TIDAK MENYOKONG BAJET UNTUK MEMBANTU GOLONGAN OKU, ORANG TUA DAN KANAK-KANAK DI PARLIMEN SEMALAM?



Mendukacitakan, sewaktu kerajaan membentangkan usul penambahan bajet bagi golongan OKU, Orang tua dan kanak-kanak di Parlimen semalam, beberapa Wakil Rakyat yang tidak berhati perut dan lebih kepada dendam kesumat jahat politik mereka, sanggup mereka menolak dan tidak menyokong bajet yang dikemukakan.

Peliknya, sewaktu kerajaan bawa usul untuk memberi peruntukan kepada pejabat semua Ahli Parlimen, laju sahaja mereka menyokong kerana itu menguntungkan mereka.  Apakah bajet untuk OKU, orang tua dan kanak-kanak ini tidak menguntungkan mereka maka mereka bertindak menolaknya?  

Siapakah mereka ini?  Saya senaraikan nama Wakil Rakyat/Ahli Parlimen yang menolak bajet tersebut agar para pengundi di kawasan mereka kenal hati budi mereka ini.  Mereka adalah:

1.  YB Siti Zailah (Pas - Rantau Panjang)
2.  YB Hj Wan Hassan (Pas - Dungun ) 
3.  YB Ahmad Terizi (Pas - Sik) 
4.  YB Mahazir Khalid (Umn0 - Padang Terap)
5.  YB Anuar Musa (Umno - Ketereh)
6.  YB Reezal Merican (Umno - Kepala Batas) 
7.  YB Ahmad Jazlan (Umno - Machang)
8.  YB Hj Ahmad Hamzah (Umno - Jasin) 
9.  YB Halimah Sadique (Umno - Kota Tinggi)
10.  YB Mohd Nizar Zakaria (Umno - Parit) 
11.  YB Hj Mohd Salim (Umno - Jempol) 
12.  YB Mastura (Umno - K.Kangsar) 
13.  YB Ismail Sabri (Umno - Bera) 
14.  YB Wee Ka Siong (MCA - Ayer Hitam) 
15.  YB Saravanan (MIC - Tapah) 
16.  YB Noh Omar (Umno - T.g Karang) 
17.  YB  Noraini Ahmad (Umno - Parit Sulong) 
18.  YB Dr Shamsul Anuar (Umno - Lenggong) 
19.  YB Hj Ismail Said (Umno - K.Krau) 
20.  YB Ahmad Maslan (Umno - Pontian) 
21.  YB Hj Abd Rahman Mohamad (Umno-Lipis)
22.  YB Abd Azeez Rahim (Umno - Baling) 
23.  YB Hasbullah Osman (Umno - Gerik) 
24.  YB Ahmad Nazlan Idris (Umno - Jerantut) 
25.  YB Jalaludin Alias (Umno - Jelebu) 
26.  YB Adham Baba (Umno - Tenggara)
27.  YB Shahar Abdullah (Umno - Paya Besar) 
28.  YB Ramli Mohd Noor (Umno - Cameron Highland) 

Inilah senarai Wakil Rakyat yang sanggup menolak bajet untuk bantuan kebajikan bagi golongan OKU, orang tua dan kanak-kanak.  Adakah di kawasan mereka tidak diperlukan bantuan dari kerajaan ini?  Mengapa dendam politik boleh mengatasi peri kemanusiaan? Mengapa bajet untuk pejabat mereka, tahu pula mereka menyokongnya? 

Alhamdulillah, di Parlimen semalam MP dari PH sudah cukup untuk menyokong bajet ini dan beberapa MP dari Pembangkang yang berhati perut turut menyokongya.   

WFAUZDIN NS

ERA PH: SAHAM FGV MELONJAK LEBIH 100% Era PH: Saham FGV melonjak lebih 100%

SEBELUM TUDUH DAP, LIHAT DULU APA KATA MCA TENTANG ABU MAYAT CHIN PENG



Petikan kenyataan MCA pada tahun 2013 lagi;

Putrajaya perlu membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai, kata MCA.

Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Gan Ping Siew menegaskan, masyarakat antarabangsa akan memandang serong terhadap Malaysia sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng di bawa masuk ke negara.

"Kubur Karl Marx sekali pun ditempatkan di tengah ibu kota London walaupun empayar British menderita akibat ideologi Komunis yang dibawanya," kata Gan merujuk kepada pengasas ideologi komunis itu.

Tindakan diambil Putrajaya itu menurut Gan hanya akan menambah derita negara ketika pendudukan komunis di negara ini dan rakyat akan terus terseksa dengan bisa peperangan terdahulu.

"Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," kata Gan lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, meskipun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu, negara ini tetap mengadakan hubungan diplomatik dengan negara itu dan mengapa tidak dengan Chin Peng.

Semua agama tegas Gan menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.

Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU PADA KONGRES AMK?*


Via..wassap


🤔 *APA SEBENARNYA YANG BERLAKU PADA KONGRES AMK?* 

1.💢 *Apa Ceritanya?*. Majlis Pimpinan AMK melalui mesyuarat 20 Oktober 2019 memutuskan untuk menjemput YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perasmi Kongres Nasional Tahunan AMK 2019. 

2.💢 *Berbeza dengan Tradisi*. Ini sedikit berbeza dengan tradisi sebelum ini yang menyaksikan Timbalan Presiden akan menjadi perasmi kongres AMK. Tetapi apakah berbeza dengan tradisi ini salah? Jawapannya tidak. Malah tidak ada apa-apa peraturan bertulis yang menetapkan perasmi Kongres AMK mesti Timbalan Presiden. 

3.💢 *Kenapa AMK tidak mahu Timbalan Presiden jadi perasmi Kongres?*. Jawpannya mudah. Semua orang nampak bagaimana Timbalan Presiden tidak patuh pada organisasi dan Presiden. Tidak hadir mesyuarat secara berterusan dan membuat kenyataan yang menyerang kepimpinan parti. Timbalan Presiden juga kerap membuat tindakan yang bertentangan dengan disiplin organisasi. Membuat perjumpaan sulit dengan pemimpin UMNO tanpa pengetahuan parti. 

4.💢 *Apa Reaksi Pasukan Azmin (Kartel)?*. Sudah pasti mereka marah. Malah bermacam-macam perkara mereka susun sebagai serangan balas. Dunia seperti sudah hampir kiamat untuk mereka. Anak-anak kartel diketuai Hilman tekad untuk menyertai Majlis Perasmian Kongres Wanita kerana Wanita Keadilan masih menjemput Azmin sebagai perasmi. Hilman menyeru semua anggota AMK untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Perasmian Kongres Wanita, semata-mata kerana mahu menjulang dan memuja Azmin. 

5.💢 *Pengangkutan, Hotel, Makan Minum, semua Kartel tanggung?*. Untuk memastikan ramai orang menyertai Perasmian Kongres Wanita, maka semua urusan pengangkutan, penginapan, makan dan minum orang yang hadir ini akan ditanggung. Beginilah tegarnya mereka demi Bos Kartel. Tetapi mereka ini memang terkenal dengan mewah dan duit berlebihan. Jadi tak hairan mereka sanggup buat semua ini

6.💢 *Kartel mahu Undi Tak Percaya pada Ketua AMK dan Presiden?*. Hilman juga sedang menyusun undi tidak percaya kepada Akmal Nasir. Selepas beramai-ramai menyertai Kongres Wanita, mereka akan tetap hadir ke Kongres AMK pada Jumaat pagi. Tujuannya ialah mereka ingin memenuhkan dewan dan membuat undi tidak percaya kepada Akmal Nasir dan Presiden Parti Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka juga akan membuat _walk-out_ dari dewan sebagai hilang kepercayaan kepada  Parti. 

7.💢 *Kongres Pintu Belakang?*. Selepas walk-out dari Kongres AMK, mereka akan ke sebuah Hotel di Kuala Lumpur di mana tempat mereka mengadakan sebuah program berasingan. Semua geng kartel akan berkumpul di hotel ini. Program ini adalah seperti Kongres Pintu Belakang anjuran Kartel. Dalam Kongres Pintu Belakang ini mereka akan membuat undi tidak percaya kepada Presiden dan kononnya mereka mahu mengambil kembali parti yang telah dipesongkan oleh Presiden. Mereka ini cukup tidak sedar diri. Merekalah sebenarnya yang sudah lama terpesong. Mabuk dengan kuasa dan kemewahan. 

8.💢 *Pengikut bawah tak tahu perancangan jahat?*. Ramai pengikut Hilman tidak tahu perancangan ini. Mereka hanya ikut atas dasar arahan dan ikut-ikutan. Akhirnya mereka sendiri akan terkejut apabila tiba-tiba nanti akan ada usul menyerang (undi tidak percaya) terhadap Ketua AMK dan Presiden Parti. 

9.💢 *Kenapa Kartel marah sangat?*. Sebab tindakan AMK ini mengganggu perancangan Azmin yang mahu jadi Perdana Menteri. Untuk jadi Perdana Menteri, mereka perlu tunjukkan yang Azmin ini kuat dalam parti. Azmin ini tidak boleh diusik dan Azmin mengawal segala-galanya dalam parti. Oleh itu apabila AMK tidak mahu Azmin merasmikan Kongres AMK, ini tamparan memalukan buat Azmin. Azmin menjadi orang yang tidak relevan dalam parti sendiri. Bagaimana orang begini boleh jadi Perdana Menteri.

10.💢 *Betulkah Azmin nak jadi PM?*. Untuk apa Azmin buat perjumpaan sulit dengan pemimpin UMNO? Apa perancangan sulit Azmin dan Hishamuddin Hussein yang terkantoi baru-baru ini? Mengapa Azmin begitu ghairah mengatakan Tun M perlu dibiar memerintah sepenggal sedangkan Persepakatan Pakatan Harapan menetapkan yang Tun M perlu serah kuasa kepada DSAI dalam masa dua tahun?. Azmin memang tidak menyebut dia mahu jadi PM sama seperti dia tidak menyebut dia mahu jadi MB Selangor suatu ketika dahulu. Tetapi akhirnya Kabilah Pintu Belakang ini cukup pandai bermain helah. 

10. Oleh itu terima kasih AMK, terima kasih Akmal Nasir kerana jadi anggota pemberani. Kami anggota akar umbi akan mempertahankan apa yang benar dan merobohkan apa yang bobrok.

Sekian. 

*#Sebarkan*
*#DemiKeadilan*

KARTEL BAJA KUASAI PASARAN MALAYSIA





Industri Baja di Malaysia Kartel Menguasainya, kini mereka nak rampas pula 8% dalam pasaran yang dijaga oleh Pertubuhan Peladang.

92% dikuasai oleh Kartel-Kartel Besar, terutamanya dalam Industri Sawit dan Getah.

Persoalannya kenapa mereka nak masuk dalam Industri Padi? Mudah sahaja, sebab utama nya kejatuhan komoditi sawit, menyebabkan Ladang utama dan pekebun kecil mengurangkan penggunaan Baja. Hasil mereka merosot.

Mereka bukan kaya pun asalnya, tapi dasar kerajaan dulu bagi ruang besar pada mereka hingga mengusai pasaran baja di Malaysia.

Dalam Sektor pertanian, baja adalah kos Operasi paling tinggi.

Mereka menuduh NAFAS monopoli baja, monopoli apa jika cuma 8%?

Sedikit coretan fakta untuk pembaca, nanti saya akan buat satu penulisan ilmiah macamana Kartel menguasai Pegawai Kerajaan dulu.

Syam Ghaz

#KartelBaja #LindungiPeladang

ADOIII...AWAT LA HANGPA JAWAB LAGU TU....MAT MASLAN BOLEH DEMAM...



Untuk kesekian kalinya, isu ketidakhadiran Ahli-Ahli Parlimen kerajaan ketika persidangan Dewan Rakyat terus berlaku lagi.
Ketika sesi kali ini saja sudah beberapa kali loceng terpaksa dibunyikan berikutan kehadiran tidak cukup kourum sehingga Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut memberi teguran mengenainya, baru-baru ini.
Apabila ia terus berlaku lagi, meskipun selepas teguran dibuat, bermakna teguran Perdana Menteri tidak memberi apa-apa erti bagi mereka.
Dalam hal ini, meskipun teguran Perdana Menteri berkenaan ketidakhadiran itu penting untuk diberi perhatian, tetapi yang lebih penting lagi ialah persepsi atau penilaian rakyat tentang sikap Ahli-Ahli Parlimen kerajaan tersebut.
Dengan mengambil lewa soal itu, sedangkan mereka diberi elaun kehadiran bersama penginapan dan elaun belanja harian lagi, sepatutnya tidak timbul masalah dalam hal ini.
Lagi pun, sidang Parlimen hanya diadakan empat kali dalam setahun dan empat hari saja dalam seminggu, takkanlah tidak boleh memberi keutamaan kepadanya?
Meskipun sebelum ini, pelbagai alasan serta hujah cuba diberikan berkenaan kehadiran yang buruk itu, jawapan beberapa Ahli Parlimen kerajaan kali ini nampaknya lebih menyakitkan hati rakyat mendengarnya.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul memberi alasan keletihan sebagai punca perkara itu berlaku.
Katanya, selain Ahli Parlimen terikat dengan program tertentu, mereka juga selalunya balik lewat malam sekitar pukul 12.00 sama ada kerana sidang Parlimen berlarutan sampai ke malam atau disebabkan mereka ada urusan lain.
Dengan itu, katanya, mereka jadi keletihan dan biasanya akan lewat sampai ke Parlimen pada sesi sebelah pagi.
Dalam keadaan tertentu, alasan Johari itu barangkali boleh jugalah diterima, tetapi alasan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, rasanya bukan saja mengarut, malah tidak masuk akal sama sekali.
Kata beliau, adalah sukar bagi Ahli Parlimen untuk berada lama dalam Dewan kerana suhunya yang terlalu sejuk.
“Bukan mudah untuk kami duduk dalam jangka masa yang lama. Ada ketikanya ia sangat sejuk.
“Di mana-mana sahaja di (Parlimen) negara lain, anda tidak boleh jangka Ahli Parlimen terus duduk lama dalam dewan,” katanya.
Aduhhhh….apa punya alasan ni YB?
Bagaimana kalau Dewan Rakyat panas tanpa hawa dingin dan hanya menggunakan kipas saja?
Apa pula alasannya ketika itu?
Soalnya, kenapa setelah jadi kerajaan saja alasan sejuk ini kedengaran, sedangkan sewaktu dalam pembangkang dulu elok pula selalu hadir tanpa banyak rungutan?
Apa pun hujah yang mahu diberikan, Ahli-Ahli Yang Berhormat kerajaan ini janganlah sampai mengeluarkan alasan yang tak masuk akal, mengarut serta menyakitkan hati rakyat mendengarnya.
Mereka sudah dipilih sebagai pemimpin dan tiada alasan untuk meremehkan tanggungjawab yang telah diberi serta diamanahkan.
Jika sebelum menang, macam-macam janji boleh diucapkan, termasuk kononnya akan menyuarakan apa saja masalah rakyat di dalam Parlimen, kenapa setelah menang, tiba-tiba ada alasan letih, sejuk dan sebagainya?
Di mana nilai perjuangan dan kesungguhan mereka bekerja untuk rakyat kalau begitu mudah tewas hanya kepada keletihan dan kesejukan? (ShahbudinHusin 28/11/2019)


APA NASIB NOR SALWANI JIKA BN MENANG?



Oleh: Armada ppbm

Nor Salwani menggemparkan negara apabila mendedahkan bagaimana beliau telah meletak alat perakam suara secara senyap untuk mendapatkan butiran mesyuarat yang mahu menutup rahsia skandal 1MDB. Di samping, beliau juga menyelamatkan beberapa dokumen yg menjadi bukti penting jenayah 1MDB.

Keberanian beliau mendapatkan banyak pujian dari rakyat yang menanti-nantikan saat hukuman dijatuhkan ke atas Najib Razak dan kroninya.

Namun, tak kurang juga yang menyimpan dendam kesumat terhadap perbuatan baik Nor Salwani. Mereka ini sudah tentu akan menanti saat bila BN kemali berkuasa di negara ini.

Oleh itu, kita mesti pertahankan kemenangan rakyat menentang BN. Kita mesti bersatu di antara semua komponen Pakatan Harapan. Jangan bagi peluang untuk BN berkuasa semula. Mereka makan duit rakyat senyap2, dan mereka tutup jenayah mereka menggunakan kuasa & kedudukan mereka sbg kerajaan.


LEBIH RAMAI PEGAWAI KANAN AKAN DIPINDAHKAN

Ahmad Lutfi

Lebih ramai pegawai kanan akan dipindahkan untuk atasi daulah terpendam

Laporan TMI

PEMINDAHAN besar-besaran beberapa orang ketua setiausaha kementerian (KSU) akan berlaku, dalam usaha pentadbiran Pakatan Harapan menangani masalah didakwa berpunca daripada daulah terpendam perkhidmatan awam, kata sumber.
Beberapa sumber berkata terdapat sekurang-kurangnya lapan pemindahan akan dibuat menjelang Disember apabila kerajaan bertindak ke atas dakwaan wujud sabotaj dalam pelbagai kementerian.
Ia adalah rombakan besar-besaran yang akan dibuat sejak 18 bulan PH menjadi kerajaan persekutuan, dan ia berlaku apabila banyak skandal tercetus berkaitan kelulusan projek atau tender yang dibuat tanpa pengetahuan menteri terbabit. 
Antara yang terkait adalah tender padi bernilai RM1.4 bilion dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Tender itu yang kini sudah dibatalkan didakwa diberikan kepada sebuah syarikat melalui proses terbuka. Pembatalan dipercayai dilakukan selepas Menteri Salahuddin Ayub menulis surat sokongan kepada perdana menteri mengesyorkan ia diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).
Salahuddin bagaimanapun berkata beliau tidak membuat sebarang kesalahan kerana tender belum dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan.
Kata sumber daripada parti Salahuddin, Amanah, menteri itu disabotaj oleh seorang pegawai tinggi kerajaan. 
Sumber kerajaan juga berkata, isu pegawai tinggi mensabotaj seperti tindakan membocorkan komunikasi rasmi kementerian juga sudah dibangkitkan beberapa orang menteri lain dalam mesyuarat Kabinet. 
Disebabkan itu, beberapa orang menteri sudah meminta KSU atau pegawai kanan terbabit dipindahkan atau ditukar.




Menurut sumber lagi, lapan kementerian terlibat ialah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Usahawan.
“Mungkin akan ada lagi, kerana ada lagi desakan untuk penukaran pegawai tertentu,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Isnin lalu, The Malaysian Insight difahamkan mengenai peralihan kedudukan empat pegawai kanan kementerian termasuk KSU Kementerian Pertanian dan Asas Tani Mohd Sallehhuddin Hassan yang diarah pindah ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Dua lagi yang turut dipindahkan ialah KSU Kementerian Industri Utama Dr Tan Yew Chong ke JPA dan KSU Kementerian Pelancongan Isham Ishak ke Kementerian Pengangkutan.
Manakala TKSU Kementerian Dalam Negeri Jamil Rakon pula dinaikkan pangkat kepada KSU kementerian sama.
Menurut sumber, pemindahan ke JPA bermaksud jawatan baharu pegawai terlibat masih belum diputuskan. Mereka akan tetap menerima gaji bulanan tetapi tiada elaun diberikan sementara menanti keputusan tempat baharu mereka.
Dakwaan wujudnya daulah terpendam perkhidmatan awam sudah banyak kali dibangkitkan oleh beberapa orang menteri tetapi masih tidak dapat dipastikan sama ada ia sebuah pergerakan teratur atau sekadar individu tertentu yang setia dengan Barisan Nasional atau pegawai terbabit masih belum dapat menyesuaikan diri dengan pentadbiran kerajaan PH. 
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini dilapor berkata yang penjawat awam bebas mempunyai pendirian politik sendiri, tetapi mereka tidak boleh mensabotaj pentadbiran Putrajaya. – 27 November, 2019.

ADAKAH PH GAGAL? JAWAPANNYA TIDAK.

Oleh: Horas

ADAKAH PH GAGAL? JAWAPANNYA TIDAK.

CPI menurun menunjukkan inflasi terkawal.

FDI meningkat 127% pada tahun 2018 dan 79% pada suku pertama 2019 berbanding tahun sebelumnya.

Harga kelapa sawit meningkat melepasi paras RM400 per tan bermula awal November 2019.

Kadar peratusan hutang keseluruhan berbanding KDNK menurun dari 79.3% kepada 75.4%, penurunan sebanyak 3.9 mata.

Kedudukan kewangan Tabung Haji mengukuh selepas penstrukturan semula. Sebelum ini liabiliti melebihi aset sebanyak RM4 bilion. Selepas setahun setengah pentadbiran baru, aset mengatasi liabiliti sebanyak RM1.8 bilion.

Pembangkang hanya bermain persepsi ...

UM UNIVERSITI KE-13 TERBAIK ASIA

BENDERA LIMA BUCU: KEMARAHAN MERENTASI POLITIK, AGAMA

SIAPA JUARA KENCING SELAMA 60 TAHUN...


Oleh NIZAM AKA

Bila masuk PRU 14,barulah puak2 Pasmno perasan nk jadi cerdik..Baru reti ttg manifesto?Sblm ini buta dan rabun ttg manifesto,walaupun dah berbaldi2 kna kencing dgn UMNO-BN..Skrg baru nk terpekik terlolong ttg manifesto..Cuba perhatikan betul2,siapa sebenarnya JUARA KENCING DUNIA 60 THN BERTURUT2..
 Antara janji janji utama Najib selama mana BN memerintah Malaysia. Contohnya:

1. Membina 1 juta rumah mampu milik diseluruh negara. Termasuk sebanyak 500,000 buah rumah PRIMA.(bina rebang ayam kot?)
2. Memberi peluang pekerjaan sebanyak 3.3 juta pekerjaan kepada rakyat Malaysia.(bkn peluang pekerjaan tp peluang pengangguran brtambah)
3. Mengurangkan kadar tol dalam bandar secara  berperingkat-peringkat serta menghapuskan Tol. (Berapa banyak tol sudah diturunkan harga?)😄🤣
4. Mengurangkan harga kereta murah sehingga 30% daripada harga pasaran.(kereta sorong pun naik harga)
5. Mengurangkan harga minyak kenderaan mengikut harga pasaran semasa.(myk urut brg kot?)
6. Menangani Kos Sara Hidup serta mengurangkan harga barang barang keperluan dibandar bandar besar.(Sebut 1 brg yg tlh turun harga?1 brg pun dah cukup,kalau ada)
7. Memperluaskan bekalan air bersih ke seluruh negara.(Pekan sendiri tk pernah selesai masalah air,penipu)
8. Mewujudkan 2 juta status rakyat berpendapatan tinggi.(2 juta penerima BR1M)
9. Menambah anggota polis sebanyak 4,000 anggota setahun.
10. Menyiapkan Pan Borneo dari Sarawak ke Sabah. ( 2 pakej sahaja berjaya disiapkan ada 23 pakej lagi yang belum bermula )
11. Mewujudkan sekolah satu sessi pengajian sahaja.(bkn sekolah tp wujudkan papan tanda buat sekolah tp buatnya tidak)
12. Mewujudkan program SafeCAM.
13. Menambah keupayaan tempur ATM.
14. Menambah 50,000 kekuatan anggota Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia.( PVR )
15. Dasar 1 Negara 1 Harga termasuk diSabah & Sarawak.
16. Menurunkan kadar WIFI sebanyak 20%.
17. Unjuran kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 3% setahun.😋
18. Mewujudkan WIFI percuma disemua Universiti Awam( UA ) diseluruh negara.
19. Mengurangkan sebanyak 20%  harga rumah PRIMA di seluruh  negara.(ini comfirm menipu)
21. Menjadikan Malaysia antara kedudukan "3 tempat" terbaik peringkat dunia dalam bidang pendidikan.(lps PH ambil alih baru UM naik tangga 13 Asia)🤣🤣🤣
22. Menaikkan pangkat seramai 420,000 guru diseluruh negara.(hanya penjilat2 UMNO naik pangkat)
23. Memberi rumah percuma kepada pekerja estet dan memperbaiki rumah estet.(estet di Timor Leste kot?)
24. Memperbaiki rumah bagi mereka yang berpendapatan rendah secara percuma diseluruh negara(terang2 menipu)
25. Menyediakan skim perumahan yang teratur dikawasan setinggan.
26. Membina semula semua projek perumahan awam yang terbengkalai(bkn bina tp semakin terbengkalai)
27. Membina perumahan awam bagi golongan yang mencari pekerjaan ( rumah bagi penganggur konon..Hakkkk tuiiii).
28. Membina kemudahan awam seperti dewan serbaguna, padang futsal, surau, pusat asuhan atau tadika serta fasiliti awam lain disemua tempat diseluruh  negara.
29. Membina pusat pusat Kanser diseluruh negara termasuk Sabah & Sarawak.
30.  Membina pusat pusat  rawatan Jantung di seluruh negara.
31. Membina pusat pusat rawatan Dialisis buah pinggang diseluruh  negara.
32. Memberi kad rawatan prihatin percuma kepada rakyat(bila PH ambil alih barulah wujud skim peka b40 dan MySalam)
33. Mewujudkan Bas Rapid disemua ibu negeri diMalaysia.
34. Memperluaskan sistem pengangkutan awam LRT dan Monorel kesemua di bandar bandar besar.
35.  Membina stesen baru bagi bas dan teksi diseluruh bandar dan pekan diMalaysia. 
36. Membina stesesn Rel keretapi baru disemua bandar.
37. Melaksanakan aku janji, akuan bersumpah dan integriti termasuk pendedahan harta peribadi untuk semua ahli parlimen dan wakil rakyat.
38. Membina Mahkamah khas Rasuah.
39. Membina 6,300 km jalan bertar disemenanjung serta 2,500 km bertar diSabah dan 2,800 km bertar di Sabah.
40. Menyelesaikan serta membekalkan bekalan air terawat di Kelantan, Selangor dan Wilayah persekutuan.
41. Membina dan melaksanakan Kampung Moden Abad ke-21 diseluruh negara.
42. Akujanji memelihara Hutan dan penanaman semula hutan diseluruh  Malaysia.
43. Penjagaan dam pemulihan sungai diseluruh negara.
44. Penguatkuasaan yang ketat kepada pencerobohan dan penerokaan haram.
45.  Menyelesaikan isu isu pribumi seperti tanah adat dan lain lain.
46. Mengurangkan cukai individu dan cukai korporat.
47. Menarik Pelaburan bernilai RM1.3 trillion.🤣🤣🤣🤣.
48. Mewartakan semua Tanah Adat. ( contoh kes dikelantan  )
49.Yg paling best NAK BANTU PULIHKAN EKONOMI AMERIKA..KAHKAHKAHKAH😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Kepada yang rasa musykil atau sangsi dengan penulisan ini, bolehlah anda klik google janji janji MANIFESTO BN bermula pru- 12, 13 & 14




BELANJAWAN KERAJAAN TERENGGANU DEFISIT? SALAHKAN KERAJAAN DULU JUGA.



Mohd Asri Abu Bakar

Selepas prestasi kewangan Terengganu merosot, PAS tampil dgn menyalahkan KERAjaan UMNO/BN yg memerintah Terengganu sebelum ini. Yang Peliknya, belanjawan tahun sebelum-sebelum ni, takde pula bunyi pasal hutang-hutang  ni, kan? Sekarang bila kewangan dah lemas, tiba- tiba jer salahkan kerajaan terdahulu..🤣 Dulu Lebai-lebI duk maki KERAJAAN PH kerana sering menyalahkan KERA Najib padahal apa yang KERA Najib buat tu, mmg betul2 berlaku pun dan perbuatan dia tu mmg jahat sangat2. 

Oiiiii Lebai!!! Mengaku jerlah ko bai yg korang mmg dah BERJAYA melingkupkan kewangan negeri Terengganu. Mana taknya, perbelanjaan utk mengurus sahaja mencecah RM1.832 billion. Sedangkan perbelanjaan utk pembangunan negeri hanya RM700juta shj. Jauh sangat bezanya tu. Mengurus apa kebendanya sampai banyak cam tu sekali?? Belanjawan tu pun defisit 10%😭. Bodoh punya lebai2 PASik. Patutlah korang sanggup jilat bontot MCA, kan? semata-mata nak dapatkan DANA dari MCA la tu!!!. "Sanggup jadi fasik dan munafik..asal keluar dalam masalah kewangan yg meruncing dan menyempit".


APAKAH AZMIN MENGAMBIL LANGKAH MENUJU JALAN MATI? (baca dengan serius sampai habis)



Oleh: ZUKRI AKSHAH

Baru-baru ini persada politik negara heboh dengan pertemuan Azmin Ali bersama 17 orang Ahli Parlimen Umno dan beberapa orang dari kalangan Parti Keadilan Rakyat sendiri di rumahnya di Putrajaya. Apa yang saya boleh katakan, Azmin telah memulakan gerak-langkahnya, gerak langkah yang sangat berani.

Dalam satu tulisan saya, bagi menjawab persoalan Ragu Perianan dan Mohdkamal Yusof, saya ada mengatakan bahawa jika Azmin meneruskan strateginya, ia adalah strategi "do or die." Memandangkan ia sudah terbuka, strategi itu hari ini memang bersifat begitu, menang atau mati!

Dalam siri penganjuran #KonvensyenKeadilan2019 di setiap negeri termasuk di Sarawak hari ini, ia memang boleh menunjukkan sokongan majoriti anggota Parti Keadilan Rakyat masih terhadap Anwar Ibrahim. Tetapi kalau penanda ini mahu digunakan bagi memperleceh gerakan Azmin, ia tidak berguna, sebab matlamatnya berbeza. Matlamat Azmin bukan pembentukan kepimpinan parti, tetapi pembentukan kabinet kerajaan, sekurang-kurangnya untuk jangka masa pendek ini. Jadi buat masa ini, bagi Azmin sokongan anggota parti kurang penting, yang lebih dan paling penting adalah sokongan Ahli Parlimen, dari kiblat politik mana sekalipun.

Bayangkan senario ini. Keadilan sekarang mempunyai 50 kerusi parlimen, Umno mempunyai 37 kerusi parlimen. Andai kata Azmin, katakan dengan kerjasama Hishammuddin Hussein seperti diwar-warkan berjaya memperoleh sokongan sama 22 kerusi dari Keadilan dan Umno, ia sudah menjadi 44 kerusi, dan ini akan menjadikan Keadilan hanya punya 28 kerusi! Dengan 44 kerusi ia pastinya memberi Azmin keberanian yang cukup bagi mengatur langkah seterusnya, membentuk parti baru atau mengambil-alih parti politik sedia ada. Kemudiannya melalui parti baru ini akan memohon kepada Dr. Mahathir bin Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan untuk bersama-sama dengan Pakatan Harapan sama ada sebagai ahli atau sekutu. Jika cara ini berjaya, Azmin bukan sekadar boleh mengekalkan jawatannya, tetapi juga akan memberinya lebih kuasa tawar-menawar. Ketika itu Keadilan sudah tidak cukup kuat untuk membantah, sebab akan dihadapkan dengan dua pilihan sahaja, kekal kerajaan sedia ada atau tumbang di tengah jalan (bahkan kalau Keadilan mahu berundur dari Pakatan Harapan, Azmin masih ada PAS dan GPS yang boleh dipujuk bersama). Kalau Azmin berjaya dengan cara ini, masa depan politik beliau akan cerah.

Itu kalau berjayalah... kalau gagal seperti saya katakan Azmin berisiko menuju jalan mati. Kalau tidak menang karier politik Azmin berkemungkinan mati terus.

Kenapa dalam kemelut ini, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti endah tak endah? Paling tidak pun beliau menjawab itu masalah PKR! Memang Azmin bukan dari Parti Pribumi BERSATU Malaysia, tetapi Azmin juga adalah pemimpin Pakatan Harapan yang Tun adalah pengerusinya. Sebabnya mudah, darihal pertelingkahan dalaman Keadilan ini, sama ada kesudahannya Azmin menang atau kalah, ia tetap memberi kelebihan kepada Mahathir.

Mahathir sengaja membiar, melihat sahaja percakaran berlaku, paling kurang ia akan merosakkan nama baik Anwar di mata rakyat, mencalar kewibawaan kepimpinan Anwar, membina keraguan akan keupayaan Anwar untuk memimpin dalam skala yang lebih besar, memimpin negara sebagai Perdana Menteri. Akhirnya ia memberi Mahathir kemampuan untuk membeli lebih masa bagi menduduki kerusi nombor satu negara dalam tempoh yang lebih lama.

Azmin mengambil langkah memulakan gerakan berani, menang atau mati! Azmin secara politiknya berkemungkinan mati. Tetapi kalau Azmin tidak mati, Anwar pastinya dalam zon bahaya...

#keadilan20tahun
#kekaltenang #lawantetaplawan


AGAK AGAK...RAKYAT PERCAYA KAH CAKAP DAIM?



Tun Daim Zainuddin berkata, beliau tidak akan masuk campur dalam soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.
“Saya tak ingin masuk campur dalam hal itu, biar mereka selesaikannya.
“Kami tak mahu masuk campur,” katanya lagi.
Bolehkah sesiapa percaya pengakuan Tun Daim ini?
Atau pengakuan ini merupakan isyarat terbalik daripadanya iaitu beliau memang masuk campur berkenaan perkara itu?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Tun Daim bukan saja paling rapat dengan Tun Mahathir, malah merupakan sahabat kepercayaan Perdana Menteri.
Ketika Tun Mahathir mula berbaik dengan Anwar sebelum PRU14, Tun Daim adalah orang kepercayaannya yang dihantar ke penjara Sungai Buloh untuk berunding dengan Presiden PKR itu.
Pernah diakui oleh Tun Daim sendiri, beliau terpaksa menghidupkan lesen guamannya bagi memudahkan urusan berjumpa Anwar di penjara itu.
Dalam pengakuannya juga, Tun Daim menyebut beliau pergi sebanyak enam kali ke penjara untuk berjumpa dan berunding dengan Anwar bagi urusan melicinkan gerakan menumbangkan UMNO dan BN pada waktu itu.
Oleh itu, di ketika isu peralihan kuasa terus menjadi isu serta teka-teki dan Tun Mahathir masih lagi keberatan menetapkan tarikh pengundurannya, munasabahkah pengakuan Tun Daim itu untuk diterima begitu saja? (ShahbudinHusin 27/11/2019)

Dana rumah mampu milik BNM bernilai RM597 juta diluluskan setakat 31 Oktober – Guan Eng



Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meluluskan lebih daripada 3,100 permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) yang bernilai RM597 juta setakat 31 Oktober 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, institusi kewangan dan BNM telah menubuhkan Dana Rumah Mampu Milik dengan peruntukan berjumlah RM1 bilion sebagai langkah untuk mengurangkan kos sampingan pemilik rumah sejak Januari tahun ini.

“Penambahbaikan telah berkuat kuasa pada 1 Sept, 2019. Penambahbaikan yang dilaksanakan termasuklah pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan sehingga RM4,360 dan harga maksimum hartanah dinaikkan kepada RM300,000,” katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Gaun Eng menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PKR-Pasir Gudang) tentang sejauh mana kemajuan yang telah dicapai oleh BNM untuk membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik.

Tambah Guan Eng, golongan muda yang mahu memiliki rumah pertama mereka akan menerima pembiayaan daripada institusi kewangan pelaksana dengan kadar pembiayaan konsesi yang lebih murah daripada pasaran semasa, iaitu sebanyak 3.5 peratus setahun dan tempoh pembiayaan yang lebih panjang selama 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun.

“Kadar pembiayaan yang rendah berserta tempoh pembiayaan yang lebih panjang dapat meningkatkan kemampuan peminjam melalui pengurangan pembayaran bulanan pembiayaan, seterusnya merangsang daya beli dan meningkatkan akses kepada pembiayaan,” katanya..


NAFAS: MELAYU JANGAN JADI KHADAM MCA

RANKNG UNIVERSITI DUNIA...UM,USM,UITM MENJADI NADI UNIVERSITI MALAYSIA

Semenjak PH pegang pemerintahan Malaysia, ranking universiti tempatan kita pun jelas naik sekali. Tahniah Universiti Malaya. Universiti lain juga naik bertakuk-takuk.. nikmat manakah lagi yang kamu mahu dustakan?


PEMINDAHAN BESAR-BESARAN KSU KEMENTERIAN?



PEMINDAHAN BESAR-BESARAN KSU KEMENTERIAN?

Berita panas hari ini adalah laporan The Malaysian Insight yang memetik beberapa sumber sebagai berkata bahawa pemindahan besar-besaran beberapa orang Ketua Setiausaha Kementerian akan dibuat menjelang Disember bagi mengatasi masalah sabotaj dan daulah terpendam (deep state) perkhidmatan awam.

Lapan kementerian yang didakwa terlibat ialah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Disebabkan jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sememangnya sudah kosong sekarang, maka yang didakwa bakal terlibat oleh sumber-sumber The Malaysian Insight ialah:
(1) Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus.
(2) Kementerian Sumber Manusia yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Amir Bin Omar.
(3) Kementerian Pendidikan yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Dr. Mohd Gazali Bin Abas.
(4) Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad.
(5) Kementerian Kerja Raya yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan.
(6) Kementerian Pembangunan Usahawan yang Ketua Setiausahanya ialah Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi.

Dua ayat yang dikira penting dalam laporan ini adalah:
(1) Pertukaran ini adalah dibuat atas permintaan Menteri: “As such, a few ministers have asked that their secretary-general or those in senior posts be transferred out.”
(2) Mungkin akan ada lebih banyak lagi pertukaran: “There may be more, as there are demands for the dismissal of some officials.”

Ini adalah satu perkembangan yang agak mengejutkan jika laporan ini benar.

Dakwaan sabotaj oleh pegawai tinggi kerajaan adalah perkara yang serius.

Semoga tidak akan ada mana-mana pihak yang teraniaya dalam perkara ini.

LAPORAN BERKENAAN:
1. “More changes in civil service as Pakatan takes on ‘deep state’”, boleh dibaca di sini: https://www.themalaysianinsight.com/s/200773
2. “Lebih ramai pegawai kanan akan dipindahkan untuk atasi daulah terpendam”, boleh dibaca di sini: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/200778

(function() { var d = document, w = window; w

Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara

MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF 3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berker...