BERGAMBAR : SIAPA WAKIL RAKYAT YANG TIDAK MENYOKONG BAJET UNTUK MEMBANTU GOLONGAN OKU, ORANG TUA DAN KANAK-KANAK DI PARLIMEN SEMALAM?



Mendukacitakan, sewaktu kerajaan membentangkan usul penambahan bajet bagi golongan OKU, Orang tua dan kanak-kanak di Parlimen semalam, beberapa Wakil Rakyat yang tidak berhati perut dan lebih kepada dendam kesumat jahat politik mereka, sanggup mereka menolak dan tidak menyokong bajet yang dikemukakan.

Peliknya, sewaktu kerajaan bawa usul untuk memberi peruntukan kepada pejabat semua Ahli Parlimen, laju sahaja mereka menyokong kerana itu menguntungkan mereka.  Apakah bajet untuk OKU, orang tua dan kanak-kanak ini tidak menguntungkan mereka maka mereka bertindak menolaknya?  

Siapakah mereka ini?  Saya senaraikan nama Wakil Rakyat/Ahli Parlimen yang menolak bajet tersebut agar para pengundi di kawasan mereka kenal hati budi mereka ini.  Mereka adalah:

1.  YB Siti Zailah (Pas - Rantau Panjang)
2.  YB Hj Wan Hassan (Pas - Dungun ) 
3.  YB Ahmad Terizi (Pas - Sik) 
4.  YB Mahazir Khalid (Umn0 - Padang Terap)
5.  YB Anuar Musa (Umno - Ketereh)
6.  YB Reezal Merican (Umno - Kepala Batas) 
7.  YB Ahmad Jazlan (Umno - Machang)
8.  YB Hj Ahmad Hamzah (Umno - Jasin) 
9.  YB Halimah Sadique (Umno - Kota Tinggi)
10.  YB Mohd Nizar Zakaria (Umno - Parit) 
11.  YB Hj Mohd Salim (Umno - Jempol) 
12.  YB Mastura (Umno - K.Kangsar) 
13.  YB Ismail Sabri (Umno - Bera) 
14.  YB Wee Ka Siong (MCA - Ayer Hitam) 
15.  YB Saravanan (MIC - Tapah) 
16.  YB Noh Omar (Umno - T.g Karang) 
17.  YB  Noraini Ahmad (Umno - Parit Sulong) 
18.  YB Dr Shamsul Anuar (Umno - Lenggong) 
19.  YB Hj Ismail Said (Umno - K.Krau) 
20.  YB Ahmad Maslan (Umno - Pontian) 
21.  YB Hj Abd Rahman Mohamad (Umno-Lipis)
22.  YB Abd Azeez Rahim (Umno - Baling) 
23.  YB Hasbullah Osman (Umno - Gerik) 
24.  YB Ahmad Nazlan Idris (Umno - Jerantut) 
25.  YB Jalaludin Alias (Umno - Jelebu) 
26.  YB Adham Baba (Umno - Tenggara)
27.  YB Shahar Abdullah (Umno - Paya Besar) 
28.  YB Ramli Mohd Noor (Umno - Cameron Highland) 

Inilah senarai Wakil Rakyat yang sanggup menolak bajet untuk bantuan kebajikan bagi golongan OKU, orang tua dan kanak-kanak.  Adakah di kawasan mereka tidak diperlukan bantuan dari kerajaan ini?  Mengapa dendam politik boleh mengatasi peri kemanusiaan? Mengapa bajet untuk pejabat mereka, tahu pula mereka menyokongnya? 

Alhamdulillah, di Parlimen semalam MP dari PH sudah cukup untuk menyokong bajet ini dan beberapa MP dari Pembangkang yang berhati perut turut menyokongya.   

WFAUZDIN NS

No comments: