GAMBAR-GAMBAR ANWAR di NYU Global Center, New York.

Sdr Anwar Ibrahim bercakap mengenai 'Reform and Revival In Muslim Societies' di NYU Global Center, New York.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalamanImej mungkin mengandungi: 1 orang, dudukImej mungkin mengandungi: 12 orang, orang duduk

Anak muda PH, warga emas BN ‘bersilat’ di Semenyih



Anak muda PH, warga emas BN ‘bersilat’ di Semenyih
Pakatan Harapan (PH) menampilkan anak muda berusia 30 tahun sebagai calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih, 2 Mac depan.
Bendahari Bersatu Hulu Langat, Muhammad Aiman Zainali yang merupakan seorang jurutera diumumkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, di Taman Pelangi petang tadi.
Muhammad Aiman yang juga menantu bekas Adun Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Bapa kepada seorang anak itu bakal ‘bersilat’ dengan calon BN, Zakaria Hanafi, 58, yang merupakan bekas Pengerusi Tetap Umno Cawangan Kampung Sesapan Kelubi, Beranang.
Nama bekas pegawai pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu diumumkan Pemangku Pengerusi BN, Mohamad Hasan hari ini.
Kerusi Dun Semenyih yang terletak di bawah Parlimen Hulu Langat terdiri daripada 68 peratus pengundi Melayu.


TUN NAK TUKAR KE MANA?



"Kadang-kadang kita kena tukar pendirian mengikut apa yang berlaku di sekeliling kita.

"Saya dulu parti UMNO, saya join dengan parti DAP, Keadilan (PKR) dan Amanah tapi kalau DAP, Keadilan (PKR) dan Amanah membelot dan tidak lagi setia kepada negara, saya akan tukar kepada parti lain."

Petikan di atas adalah sebahagian daripada kata-kata yang dilafazkan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam sidang media di Putrajaya, Selasa lalu ketika menerima kemasukan enam Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu.

Apakah mesej yang Pengerusi PH itu mahu sampaikan?

Adakah ini bermakna Bersatu tidak lagi mempunyai yang baik dengan DAP, PKR dan Amanah?

Kalau berpisah dan tanpa sokongan tiga parti itu, bagaimanakah Tun Mahathir mahu mengekalkan jawatan Perdana Menterinya?

Adakah ini menandakan Tun Mahathir bakal berundur dan tidak lagi akan bersama PH sebaik saja Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri?

Tetapi, kalau Tun Mahathir mahu bertukar haluan, kepada parti manakah beliau akan pergi?

Adakah mungkin beliau akan kembali semula ke pangkuan UMNO?

Hehehehe....

Bagaimana dengan Pas? 

Masihkah Pas mahu terus bekerjasama dengan UMNO jika ada Tun Mahathir di dalam parti tersebut? (ShahbudinHusin 14/02/2019)

KALAU BERSATU SUDAH JADI UMNO 2.0, APA RELEVANNYA LAGI PH TERUS WUJUD?




Matlamat utama perjuangan PH dalam PRU14 lalu, selain mahu menyingkirkan Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, juga ialah untuk mengenepikan UMNO daripada puncak kuasa.

Alasannya kerana UMNO bukan lagi dilihat sebagai parti yang memperjuangkan orang Melayu, tetapi telah bertukar menjadi parti yang digunakan untuk membela Najib semata-mata.

Di ketika yang sama didendangkan pula bahawa Bersatu adalah wadah baru yang akan menjadi pengganti kepada UMNO.

Apabila akhirnya PH diberikan kemenangan melalui peti-peti undi, maksud yang mudah difahami ialah rakyat telah menolak UMNO bersama para pemimpinnya sekali.

Dalam ertikata lain, rakyat tidak percaya lagi kepada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negara ini, sebaliknya mahu mereka diganti dengan pemimpin-pemimpin baru yang tiada liabiliti atau skandal sebagaimana sebelumnya.

Di peringkat awal kemenangan, Tun Mahathir Mohamad sendiri tegas mengatakan PH tidak akan menerima mana-mana pemimpin UMNO yang mahu menyertai Bersatu atau lain-lain parti dalam gabungan yang sudah menjadi kerajaan itu.

Dengan peredaran masa apabila ada beberapa Ahli Parlimen UMNO keluar parti, Tun Mahathir kemudian berkata, mereka yang terbabit itu mestilah menjadi Ahli Parlimen Bebas dalam tempoh tertentu terlebih dahulu atau tempoh bertenang sebelum boleh diterima menyertai Bersatu.

Apabila disebut ada tempoh bertenang sebelum boleh memohon menjadi ahli, tempoh yang biasanya ditetapkan ialah sekurang-kurangnya enam bulan, setahun atau lebih daripada itu.

Sayangnya, Tun Mahathir nyata mungkir janji dengan kata-katanya sendiri. Mustapha Mohamad, Ahli Parlimen Jeli tiba-tiba diterima menjadi ahli Bersatu hanya kira-kira sebulan selepas beliau mengumumkan keluar UMNO.

Begitu juga dengan enam Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti pada Disember lalu, kemasukan mereka ke dalam Bersatu telah disahkan semalam, sambil terus diberikan kad keahlian.

Di Sabah pula, para pemimpin UMNO yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini masih tidak henti-henti berusaha dan melobi untuk membawa Bersatu ke negeri tersebut.

Meskipun sudah ada perjanjian dengan Warisan, Tun Mahathir dalam perkembangan terbaru, juga dinyatakannya semalam, pihaknya tidak terikat dengan pendirian parti tersebut sama ada memutuskan mahu melebarkan sayapnya ke Sabah atau tidak.

Dalam waktu yang sama, dikhabarkan juga ada lagi beberapa Ahli Parlimen UMNO bakal menyeberang untuk menyertai Bersatu dalam waktu terdekat ini.

Selain difahami bahawa tujuan utama Tun Mahathir menarik satu demi satu gerombolan pemimpin UMNO menyertai Bersatu adalah untuk menguatkan kedudukannya dan sekaligus membolehkannya memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, persoalan lain yang timbul ialah apa jadi akhirnya kepada parti serpihan UMNO itu?

Tidakkah Bersatu perlahan-lahan akan bertukar menjadi UMNO 2.0 sudahnya?

Jika Bersatu sudah bertukar menjadi UMNO 2.0, bukankah perjuangan menumbangkan UMNO sebelum ini hanya sia-sia belaka?

Sebab itu, sudah sampai masanya Majlis Presiden PH mengambil satu ketetapan tegas dalam hal ini. Membiarkan Tun Mahathir menjadikan Bersatu sebagai UMNO 2.0 dan PKR, DAP serta Amanah terus bekerjasama dengan parti itu tentu saja mengundang rasa kecewa tak terperi kepada rakyat yang telah memenangkan PH dalam pilihanraya umum lalu.

Tun Mahathir selaku Pengerusi PH seterusnya mesti disedarkan bahawa PH bukanlah BN 2.0 di mana beliau selaku Perdana Menteri  boleh bertindak sesuka hati dan semua orang lain mesti menurut kata-katanya sebagaimana beliau berkuasa selama 22 tahun sebelum ini.

Malah, kiranya Majlis Presiden gagal mengawal Tun Mahathir dan membiarkan UMNO 2.0 berada dalam PH, sejujurnya PKR, DAP dan Amanah tidak relevan lagi untuk terus berada dalam gabungan kerajaan itu. (ShahbudinHusin 13/02/2019)

MENGAPA BERSATU TERIMA SAMPAH UMNO? – RONNIE LIU

KES DITUNDA, NAJIB TAKUT KE MAHKAMAH? – NG SUEE LIM

NIK ABDUH KATA BOLEH BOHONG DEMI JAGA PAS?