HEBAT APA KALAU SEKADAR MENUMPANG KEMENANGAN ORANG LAIN. LAINLAH KALAU BERSENDIRIAN HEBAT..INI SEKADAR MENUNGGU KEMENANGAN ORANG LAIN SAJA..

 


Panas! Timbalan Presiden Pas puji parti Pas hebat berpolitik

Panas! Timbalan Presiden Pas puji parti Pas hebat berpolitik

Tuan Ibrahim Tuan Man memuji parti pas dengan berkata tidak ada parti yang lebih berpengalaman dalam menjalin kerjasama politik di negara ini selain PAS.

“Kita punya pengalaman panjang dalam politik negara, dan saya tengok tak ada parti yang ada pengalaman muafakat politik sehebat PAS.

“Kita boleh sanggup kompromi luar biasa, yang jarang orang lain sanggup kompromi sedemikian,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, sejarah menunjukkan semasa melakukan kerjasama politik, PAS satu-satunya parti yang sanggup bertolak ansur terhadap hal-hal yang mungkin tidak boleh diterima oleh parti lain untuk dikompromi.

Beliau juga memberikan contoh bagaimana PAS pernah menyerahkan kerusi parlimen Kuala Terengganu kepada Presiden Parti Negara, Onn Jaafar selepas pengasas Umno itu meninggalkan parti asalnya.

Sambungnya lagi, PAS juga pernah bekerjasama dengan pemimpin veteran Umno merangkap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, apabila ahli politik terbabit meninggalkan Umno lalu menubuhkan Semangat 46.

PAS kini menjalinkan hubungan kerjasama dengan Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) – bersama parti komponen lain walaupun Bersatu dan Umno kini mempunyai hubungan yang kesat, meskipun bersama-sama dalam kerajaan memerintah kini.

KE MANA AKHIRNYA KETETAPAN PAU2020, APAKAH KATA NAFSU PEMIMPIN LEBIH TINGGI DARIPADA SUARA AKAR UMBI?

 

Perkara terbesar yang menjadi pertaruhan, malah mungkin dijadikan korban berikutan keputusan mesyuarat MT UMNO memberi mandat kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk berunding dengan parti-parti dalam kerajaan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRN Melaka ialah ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Ketetapan PAU 2020 ialah UMNO sebulat suara memuktamadkan putus hubungan dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Maksud mandat untuk Ismail Sabri berunding dengan parti-parti dalam kerajaan itu pula tentulah dengan Bersatu dan Pas.

Mengadakan rundingan dengan Pas barangkali bukan menjadi masalah buat UMNO kerana tiada sebarang ketetapan menghalangnya, meskipun Pas adalah anggota rasmi PN bersama Bersatu, tetapi cuba berunding dengan Bersatu adalah suatu kesalahan bagi parti itu.

Ini berikutan PAU 2020 telah membuat ketetapan yang jelas iaitu UMNO akan memutuskan hubungan dan tidak sama sekali bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.

Memang benar yang ingin dirunding itu hanyalah berkaitan PRN Melaka dan bukannya PRU15, tetapi kita juga tahu bahawa kerjasama UMNO dengan Bersatu, jika berlaku dalam PRN Melaka, ia pasti akan meleret sehingga kepada PRU15.

Sepatutnya apabila sudah ada ketetapan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15, UMNO tidak harus sama sekali ada sebarang rundingan lagi atau cuba membentuk kerjasama dengan parti pimpinan Mahiaddin Md Yasin itu, baik dalam mana-mana PRK atau PRN.

Untuk apa ditetapkan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 jika dalam apa-apa pilihanraya, baik PRK dan PRN sebelum tibanya tarikh PRU15, UMNO masih boleh berunding dan ingin bekerjasama dengan Bersatu?

Adakah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan lain-lain pemimpinnya yang membuat keputusan memberi mandat kepada Ismail Sabri itu benar-benar faham dengan ketetapan PAU 2020 serta menjiwai semangat ketetapan tersebut?

Begitu juga dengan Ismail Sabri yang nampaknya seronok diberi mandat berunding dengan Bersatu itu, adakah beliau juga faham dengan ketetapan PAU 2020 serta semangatnya?

Apatah lagi, Ismail Sabri yang dilantik untuk berunding itu pula adalah pemimpin UMNO yang mempunyai kepentingan paling besar iaitu takut kehilangan jawatan Perdana Menterinya jika rundingan menemui jalan buntu.

Kedudukan beliau boleh jatuh jika Bersatu atau PN mengambil tindakan menarik sokongan atau membuat keputusan tidak menyokong Belanjawan 2022 di Parlimen.

Dengan yang demikian, Ismail Sabri hampir pasti akan melakukan apa saja untuk memastikan rundingan dengan Bersatu itu menemui kejayaan.

Sebagai tambahan, Ismail Sabri turut merupakan antara pemimpin UMNO diketahui umum pro kepada Bersatu sejak era Mahiaddin jadi Perdana Menteri lagi dan tidak bersama dengan keputusan MT UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri sebelum ini.

Bahkan, beliau ketika itu sibuk mengatur perjumpaan bersama pemimpin kluster kabinet dalam UMNO untuk mempertahankan Mahiaddin dan kerajaan PN.

Dengan latar belakang Ismail itu, selain UMNO membuat keputusan memberi mandat kepadanya untuk berundung dengan Bersatu, apa jadi akhrinya kepada ketetapan PAU 2020?

Apakah suara akar umbi masih ada harga dan nilainya dalam UMNO jika ketetapan PAU sendiri begitu senang diperleceh, bahkan cuba dibuang ke dalam bakul sampah begitu saja?

Apa juga makna dan nilai suara akar umbi itu sendiri yang mana selama ini pemimpin-pemimpin UMNO begitu meletakkannya sebagai sumber kekuatan parti?

Kalau suara akar umbi sudah tiada nilainya lagi, lebih baik dimansuhkan saja peraturan yang mengatakan ketetapan PAU adalah keputusan yang tertinggi sekali dalam UMNO.

Lebih munasabah diletakkan peraturan baru – keputusan tertinggi dalam UMNO ialah nafsu pemimpinnya sendiri. – ShahbudinHusin 01/11/2021.



"Warga asing 'maha kaya' hanya dikenakan denda RM3,000" - Syed Saddiq persoal amalan 'double standard'

 

Hasimi Muhamad
"Warga asing 'maha kaya' hanya dikenakan denda RM3,000" - Syed Saddiq persoal amalan 'double standard'
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan seolah-olah mengenakan hukuman tidak sama rata khususnya kepada golongan 'maha kaya'.
KUALA LUMPUR: Isu wanita warga asing yang dikenali sebagai 'Karen' dikompaun RM3,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) mendapat perhatian di Dewan Rakyat pada Isnin.
Perkara itu dibangkitkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) ketika membahaskan Bajet 2022, dengan menyifatkan berlaku amalan 'double standard',
Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, kerajaan seolah-olah mengenakan hukuman tidak sama rata khususnya kepada golongan 'maha kaya'.

Sebaliknya, kata Syed Saddiq, apabila melibatkan rakyat tempatan dari golongan sederhana atau bawahan dan warga asing dari negara tertentu, denda yang dikenakan adalah terlampau 'maha kaya'.
"Kenapa saya bangkitkan isu ini kerana apabila ada seorang anak muda yang hanya menurunkan mask dalam tempoh masa yang singkat terus dikenakan sama RM10,000.
"Peniaga Melayu di luar bandar dikenakan saman RM50,000. Saya tahu akan ada pihak kerajaan berkata, 'Syed Saddiq ini adalah undang-undang, kita bukan lagi dalam situasi darurat'.
"Tetapi ini adalah perbezaan yang besar. Kalau kita lihat tahun lepas warganegara Bangladesh atau Nepal berkulit hitam apabila mereka ingkar SOP, bukan sahaja dikenakan denda yang untuk orang 'maha kaya', tetapi terus diusir keluar dari Malaysia.
"Tetapi apabila kena kepada seseorang warga asing yang mungkin datang dari kalangan maha kaya, terus dibela hanya dikenakan RM3,000. Tetapi warga negara lain atau rakyat Malaysia sendiri, tindakannya jauh lebih teruk," katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata wanita warga tersebut dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM1,500 di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021 bagi dua kesalahan.
Sebelum itu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang 'Minah Saleh' yang dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan selepas cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.
Itu merupakan kejadian kedua selepas wanita yang sama sebelum ini turut didakwa tidak memakai pelitup muka dan menimbulkan kekecohan di sebuah butik mewah di pusat beli-belah KLCC.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kerajaan mempunyai hak dan wajar mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang ingkar SOP.
Bagaimanapun, realitinya di Malaysia ia berbeza-beza mengikut 'darjat', tambahnya.
"Jika kamu rakyat Malaysia golongan pertengahan dan bawahan, pembelaan tidak akan ada sewajarnya. Jika kamu warga asing, diskriminasinya ikut kulit kamu atau negara mana kamu datang.
"Perkara ini jelas salah dan harus ditentang habis-habisan. Apa signal yang kita cuba hantar kepada komuniti antarabangsa ialah di Malaysia, peraturan perundangan adalah berbeza mengikut individu. Ini berkait rapat dengan bajet kerana ini isu good governance," ujarnya lagi..

Dedahkan kenamaan, syarikat yang terlibat dalam kontrak 5G, kata Anwar

inderjeet Kaur

 -
Anwar Ibrahim berkata, kos pelancaran perkhidmatan telekomunikasi 5G dikatakan meningkat daripada RM11 bilion kepada RM28 bilion. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjelaskan kos sebenar perkhidmatan telekomunikasi 5G kerana dilihat semakin meningkat, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, angkanya dikatakan antara RM11 bilion hingga RM15 bilion, malah hingga RM28 bilion dan meminta penjelasan kerana rakyat yang perlu membayarnya.

“Kita perlu tahu kenapa syarikat itu dipilih dan mengapa kosnya meningkat?

“Rakyat menderita, rakyat tiada pekerjaan, sekolah tiada kemudahan dan komputer riba juga tidak mencukupi tetapi kita mahu berbelanja berbilion-bilion (untuk 5G),” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, proses tender itu sepatutnya telus dan orang ramai mesti tahu “syarikat mana yang telah diberikan tender dan ejen atau kenamaan mana yang terlibat”.

Sebuah syarikat bertujuan khas (SPV), Digital Nasional Berhad (DNB) ditubuhkan untuk melaksanakan projek itu dan Malaysia telah membuat perjanjian dengan Ericsson selama 10 tahun untuk pelancaran 5G.

Anwar seterusnya bertanya sama ada sasaran 6% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2022 minggu lalu adalah realistik.

Beliau berkata, negara maju seperti AS, Eropah, China dan Singapura mengumumkan sasaran yang lebih rendah sebanyak 4% hingga 5%.

“Sasaran kita 6% adalah yang tertinggi di dunia,” dakwanya.

“Malah unjuran hasil kerajaan sebanyak RM234 bilion adalah tidak realistik,” katanya sambil mempersoal bagaimana pendapatan itu boleh setinggi 2019 ketika negara masih dilanda krisis kesihatan.

Pada 2019 katanya, ia adalah sebanyak RM264 bilion dengan dividen khas RM30 bilion daripada Petronas.

Anwar juga bertanya tentang jumlah pekerjaan yang diwujudkan tahun lalu selepas berjuta-juta ringgit wang dibelanjakan. Beliau berkata, pada Ogos 2020, pengangguran dilaporkan pada paras 4.5% dan pada bulan berikutnya ia meningkat kepada 4.6%.

Di bawah Bajet 2021, kerajaan berkata, ia akan mewujudkan 500,000 pekerjaan. Tahun ini, ia berkata ia akan mewujudkan 600,000 lagi pekerjaan di bawah Bajet 2022.

“Apakah kejayaannya pada tahun lepas?” tanya Anwar.

Beliau seterusnya berkata, kadar upah tidak berubah walaupun kos hidup selama ini meningkat.

Peruntukan khas untuk tuala wanita dalam kumpulan B40 juga menunjukkan tahap kemiskinan di Malaysia, katanya sambil menambah mana-mana ibu bapa yang berpendapatan RM2,000 dengan lima anak memerlukan bantuan.


Belanja off budget tiada kaitan kerajaan, hutang 1MDB siapa bayar?

 


Perbelanjaan off budget atau perbelanjaan yang disembunyikan dalam Belanjawan perlu diteliti secara rapi.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa perbelanjaan off budget yang tidak dimasukkan ke dalam Belanjawan memang mengurangkan jumlah hutang tetapi sekiranya syarikat berkaitan kerajaan tersebut gagal maka hutang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.


"Dalam menangani Covid dan memacu ekonomi yang segar perlu ada suntikan dana tambahan, sebab itu kita menyokong dana Covid dan Kementerian Kesihatan.


"Namun ada pertimbangan dengan perbelanjaan off budget. Ini jangan dipandang ringan sebab selalunya menteri atau PM menyebut hal ini tidak melibatkan dana kerajaan. Ini satu hal yang mengelirukan kerana tidak benar sama sekali berbelanja berbilion itu tidak menjejaskan dana kerajaan. Dia akan balik kepada kerajaan.


"Saya sentuh off budget kerana ada anggapan ini dana tambahan, tak ada kena mengena dengan kerajaan. Saya sebut ini satu kesilapan.


"Contoh terbesar dan terkenal seantero dunia adalah 1MDB. Ini dirangka oleh kerajaan yang dikatakan off budget tetapi sebagaimana kita tahu sehingga akhir Jun 2021, baki hutang 1MDB kekal pada RM30 bilion. Siapa bayar? Syarikat bayar? Kerajaan. Kerajaan telah menjelaskan RM12 bilion ringgit termasuk bayaran khidmat hutang (faedah).


"RM10 bilion dijelaskan melalui pinjaman manakala bakinya dari akaun amanah. Ada orang kata 1MDB ini fitnah. Fitnah apa, wang dibayar. Sebab itu saya ingin tekankan pertanggungjawaban kepada kerajaan bila ada projek besar," katanya dalam perbahasan Belanjawan 2022 pada sesi pagi Dewan Rakyat hari ini.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengaitkan peristiwa kegagalan 1MDB berkenaan dengan syarikat baharu yang akan dibentuk untuk menjalankan perkhidmatan spektrum 5G.


Syarikat berkenaan, katanya disokong kerajaan dan diperuntukkan dana RM15 - 20 bilion dan sekiranya gagal maka akan menambah hutang kerajaan.


"Misalnya projek 5G yang kabur. Ada kata kos RM11 bilion, ada kata RM15 bilion, ada kata mungkin mencecah RM28 bilion untuk tambah baik 4G, kita kata negara mana yang pernah lakukan ini? Saya nak tahu syarikat mana terlibat, agen dan VIP mana yang terlibat?" tanyanya.


Selain itu, Anwar juga membangkitkan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara terbaharu yang mencatat hampir RM1 bilion ketirisan.


Beliau memberi peringatan tindakan perlu diambil sama ada di peringkat kementerian atau jabatan bagi mengelakkan hal tersebut berulang.


"Laporan Ketua Audit Negara terbaharu menyebut Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh PM pun bocor. Kalau ini tak dapat kita kawal.... belanja RM100 kepada guru, mereka tepuk tangan, belanja RM200 kepada pekerja itu baik tetapi yang bilion dan ratusan juta yang bocor ini, patut ditangani terlebih dahulu.


"Laporan Ketua Audit perlu diambil tanggungjawab oleh Menteri Kewangan atau PM. Sama ada Menteri, KSU atau pengarah jabatan mesti dipertanggungjawabkan. Kalau tidak tahun depan keluar lagi laporan yang sama," kata Anwar.


Mungkin dah dapat cop halal bila penyertaan ulama - Mahfuz


Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, Bajet 2022, Perbahasan Peringkat Dasar, Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14, SisiTVParlimen

Anwar, Syed Saddiq persoal isu peranti


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membangkitkan isu peranti di Dewan Rakyat hari ini.

Lesen Judi | Anwar desak dedah penglibatan orang Islam


Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mendesak agar PDRM menyiasat penglibatan seorang individu dikenali sebagai Douglas Chan daripada syarikat GPL Group, yang didakwa bergerak secara bebas dan memiliki jumlah syarikat perjudian yang besar di negara ini.


Penambahan pusat perjudiaan mengejutkan - Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terkejut apabila mendapat maklumat mengenai penambahan pusat perjudiaan oleh kerajaan Melayu Islam ketika ini dan jumlah itu mengejutkan

1.11.2021 - FOKUS 4.45 | BERSATU DAN UMNO SALING MENUDING JARI


Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa

Tiada Istilah Kayangan Yang Dikecuali SOP, Polis Cari Pemandu Myvi #MGFlash


Tiada Istilah Kayangan Yang Dikecuali SOP, Polis Cari Pemandu Myvi #MGFlash *Tiada Siapa Yang Kebal *Dos Penggalak *COVID-19 Di Penjara *Culik Rakan Senegara *Provokasi Atas Jalanraya *Joker Tikam Penumpang Keretapi

Kerajaan sekali lagi ditegur MP pembangkang isu pusat judi, nombor ekor

 


Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / November 1, 2021

Kerajaan sekali lagi ditegur berhubung isu nombor ekor apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) membangkitkan berkenaan pertambahan pusat-pusat judi dan kegiatan judi yang semakin berleluasa dalam negara.

Beliau berkata, seolah-olah ada usaha dari pihak kerajaan yang mahu menutup fakta bahawa hampir 45 peratus daripada individu yang terbabit dalam aktiviti tersebut adalah mereka yang beragama Islam.

Beliau memberi amaran agar kerajaan tidak berdalih dan menafikan perkara tersebut kerana data dari sistem MySejahtera boleh membuktikan berapa ramai individu Melayu Islam yang terlibat dengan kegiatan judi dan menjadi ahli kelab tersebut.

 “Jangan nafikan kerana memang ada rekod MySejahtera orang Melayu terlibat dalam kes ini. Ini termasuk kelab di Bukit Kiara. Saya minta menteri kewangan dan pihak polis bahagian siasatan jenayah untuk menyemak kerana memang ada laporan polis dibuat.

“Saya cuma menekankan supaya menteri kewangan ambil serius soal cabutan khas dan lesen (judi) kerana saya tahu ia melibatkan dana besar dan bantuan kewangan besar kepada pihak tertentu.

“Tapi untuk mengizinkan perjudian ini bermaharajalela, (tidak boleh diterima). Dan seperti yang saya dapat maklumat, 45 peratus daripada anggotanya yang terlibat dalam perjudian adalah orang Melayu yang diizinkan (kerajaan),” katanya ketika sesi perbahasan Ketua Pembangkang hari ini.

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) kemudian bangkit dan mencelah agar Port Dickson tidak terus menekan pihak kerajaan yang sememangnya tidak mempunyai apa-apa manifesto yang boleh dilakukan.

“Janganlah tekan sangat kerajaan ini. Mereka bukan ada manifesto. Mereka bukan ada apa yang boleh dijanjikan Oleh itu, apa yang boleh dapat duit, mereka buat sahajalah. Jadi janganlah Port Dickson duk tekan kerajaan yang tak ada manifesto ini,” sindirnya.

 Pada masa sama, Datuk Seri Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) juga bangkit berdiri dan berkata, kemungkinan kerajaan memberikan sedikit ruang kebebasan untuk berjudi kerana pihak-pihak tertentu sudah mendapat cop halal selepas ramai ulama Pas duduk di dalam kerajaan Melayu Islam.

“Besok pula ada cabutan khas. (Jarak) dia 70 meter daripada tangga ibu pejabat Parti Islam seMalaysia (Pas). Ada satu kedai judi yang akan buat cabutan khas,” katanya.

Justeru itu, Anwar menggesa agar satu tindakan tegas perlu diambil terhadap isu pusat-pusat judi yang berleluasa dan kenaikan cabutan nombor ekor yang sudah beberapa kali dibahas di Parlimen.

Menurutnya, hal ini bukan sahaja untuk dibincangkan, tetapi memerlukan respon dari menteri kewangan, perdana menteri dan seluruh jemaah menteri dari parti Islam untik bersuara mengambil tindakan tegas.

 

MB Perak perlu jelaskan penerokaan kolam udang 200 ekar di Sungai Betul Bawah – Mujahid

 


MB Perak perlu jelaskan penerokaan kolam udang 200 ekar di Sungai Betul Bawah – Mujahid


Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad perlu menjelaskan status tanah seluas 200 ekar di Sungai Betul Bawah milik SADC (Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak) ) yang dipajak kepada sebuah entiti untuk dibangunkan untuk projek kolam udang.

Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk seri Dr Mujahid bin Yusuf Rawa meminta Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad menjelaskan kepada rakyat khususnya para nelayan di Sungai Betul Bawan dan kawasan sekitar kerana implikasi penerokaan tersebut akan mengancam kehidupan nelayan pantai dan membahayakan penduduk.

“Menteri Besar Perak perlu jelaskan apakah projek ini tetap diluluskan sedangkan saya mendapati notis pemberhentian kerja-kerja laluan jalan telah dikeluarkan oleh Pejabat Galian dan Tanah Daerah kepada pemaju.

“Kedua, apakah telah dibuat EIA (environmental impact assesment) sebelum projek diluluskan dan ketiga kawasan penerokaan adalah di bawah status zon penampan yang diwartakan oleh Rancangan Tempatan Daerah 2025” katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu ditemui semasa melawat pencerobohan sungai di Sungai Betul Bawah untuk pembinaan jalan masuk dan sebuah jambatan ke tanah seluas 200 ekar milik SADC.

Pencerobohan ini telah menyekat laluan para nelayan pantai untuk mencari hasil laut sebagai sumber pendapatan harian mereka.

Turut bersama ialah Mohd Faizal Mohd Zabri , Timbalan Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) , Azrul Faizal Muhamad , wakil Sahabat Alam Malaysia dan penduduk kampung Sungai Betul Bawah.

Dr Mujahid berkata Dasar Perak Lestari yang dibawa Menteri Besar Perak, dipampang besar-besaran di papan-papan tanda kelihatan tidak konsisten dengan isu penerokaan projek akuakultur kolam udang di Sungai Betul Bawah dalam Parlimen Parit Buntar.

“Dasar Perak Lestari adalah bertujuan untuk memastikan alam sekitar diberi tumpuan untuk mengimbangi kesan perubahan iklim yang mengancam dunia dan bagi memelihara ekosistem habitat yang turut mengancam sumber hasil laut. Dasar ini disambut baik oleh rakyat khususnya di Parlimen Parit Buntar.

“Walaubagaimanapun dasar ini kelihatan tidak konsisten dengan isu penerokaan projek akuakultur kolam udang di Sungai Betul Bawah yang akan menjejaskan ekosistem habitat kawasan hutan paya kayu bakau dan bakal mencerobohi zon penampan tsunami” kataya.

Menurutnya, ekosistem habitat ketam, kerang dan spesis lain yang bergantung kepada persekitaran hutan akan menjejaskan tangkapan nelayan di laut selain kebergantungan nelayan mencari sumber rezeki mereka di kawasan hutan paya disekelilingnya yang akan menjadi terhad.

“Kesan penerokaan kolam udang turut menjejaskan zon penampan dari tsunami dan akan membahayakan penduduk dan sawah disekeliling akibat angin yang tiada penampan.

“Saya telah beberapa kali turun padang mendengar aduan penduduk sekitar supaya pihak MB mengambil kira implikasi kelulusan projek ini”.

Tambahnya, usaha menanam spesis kayu bakau di kawasan tersebut yang diusahakan oleh NGO alam sekitar dan komuniti setempat menjadi sia-sia jika penerokaan hutan paya bakau seluas 200 ekar diteruskan sekaligus mengancam nyawa penduduk terdiri dari nelayan dan pesawah di kawasan sekitar.

Perkara sama berulang-RAFIZI RAMLI.





Semasa rundingan permohonan BERSATU nak masuk PH dulu tahun 2016, saya dan sahabat-sahabat yang mewakili PKR dalam Majlis Presiden berkeras BERSATU hanya diterima sebagai sekutu pilihanraya (bukannya anggota PH) supaya keputusan PH tidak kacau bilau.


Yang berkeras mahukan BERSATU sebagai anggota PH adalah pimpinan AMANAH dan DAP, dengan alasan PKR tidak kuat dan berpecah. Perangai Azmin dijadikan alasan PH perlukan pimpinan baru dari BERSATU kerana kononnya kami tidak kuat untuk mendisiplinkan Azmin yang mahu bersama-sama PAS.


Pada satu ketika, kata dua diberikan kalau PKR tetap berkeras, wajarlah PKR tidak lagi bersama PH kerana AMANAH dan DAP sudah buat keputusan menerima BERSATU.


Demi mengekalkan PH, kami terpaksa bersetuju dengan syarat ada perjanjian ketat.


Itulah latar belakang kacau bilau. Perjanjian ke laut, strategi “lonjakan yang dibawa BERSATU” juga ke laut sebab BERSATU melonjak katak 🤣


Sekarang alasan yang sama digunakan pimpinan AMANAH, konon Idris Harun dan lain-lain akan bawa lonjakan di Melaka.


Masalahnya mereka berkokok di dalam mesyuarat PH kerana dalam PH, parti besar mana pun bila menjadi anggota ada undi yang sama.


Diluar mereka senyap kerana sudah jadi amalan yang akan kena hentam PKR yang selalu kena jawab diluar.


Sudah sampai masanya Presiden AMANAH dan Pengerusi AMANAH Melaka pula cuba meyakinkan pendokong PH diluar ini kot belah mana kemasukan katak-katak politik akan memberi lonjakan yang boleh memenangkan PH di Melaka. 


Ini hujah kuat berdegar-degar dalam mesyuarat PH tapi tidak cukup berdegar-degar di luar.


Kalau saya, kena sekali cukuplah. Sampai mati saya takkan lupa pengajaran itu sebab kalau kena dua tiga kali atas kesilapan sama, namanya ”kurang cerdik” 🤣

🔴 Konsensus #KAMIMALAYSIA [Siri 10] POLITIK & EKONOMI RAKYAT



Bagi mereka yang tidak sempat dan berminat untuk mendengar bual bicara yang saya kemudi semalam mengenai Politik dan Ekonomi Rakyat, saya sertakan video youtube di bawah.
Banyak yang saya belajar semalam:
1. Ekonomi negara kita tidak lagi segah dulu. Sekarang Thailand dan Vietnam sudah meninggalkan kita. Indonesia pula makin menghampiri dan boleh memintas kita bila2 masa saja.
2. Betapa dasyat nya kacau ganggu politik dalam membentuk polisi ekonomi, dan selalunya bukan untuk kepentingan negara tetapi “survivability” dan “popularity” parti yang memerintah.
3. Pentingnya rakyat cakna dan kritis untuk mendesak orang politik melakukan perkara yang betul bagi negara.
Yang paling penting untuk kita:
Tinggalkan sikap hyper-partisan.
Jangan totok parti. Jangan taksub pemimpin.
Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah.
Moga2 ada sinar baru untuk Malaysia.


KENALI DIA- JIWA HAMBA







GAMBAR INI DARI TWEET NGA KOR MENG-LIHAT HANYA RM 5 SAHAJA NILAI YANG TERIMA DUIT INI...MURAH KAN.PAK LEBAI PUN BAGI RASUAH ?ATAU SEDEKAH ?






ADAKAH ANDA RINDUKAN INI ?

 HAMZAH RIE NA


Negara dah rosak dan nama Malaysia dah busuk satu dunia kerana 1MDB, ada lagi rakyat Malaysia rindu pentadbiran BN ??!

Rakyat M'sia mana tu?
SR
May be an image of 2 people and text that says "Rakyat Malaysia rindukan pentadbiran BN: Ahmad Zahid RINDU ZAMAN PENYANGAK KLEPTOKRASI BN? 29 Oktober 2021 PREMIUM NASIONAL Hutang terkumpul 1MDB RM32 bilion setakat akhir Jun 2021 Oleh BERNAMA Oktober 29,2021 4:57pm SR HUTANG IMDB RM32 BILION SIAPA NAK TANGGUNG?"

ADLY ADALAH CALON TERBAIK SEBAGAI KM

 

NORMAN RADZUAN


Kita semua ada peranan bantu rakyat Melaka

Walaupun pengundi PH Melaka dan kerusi terbanyak adalah PKR , tetapi atas semangat permuafakatan dan demi kemenangan PH kita sewajarnya bersetuju untuk memilih Adly Zahari sebagai calon KM Melaka. Ia penting kerana Adly Zahari adalah pemimpin karismatik dan terbukti kewibawaannya.
Adly Zahari dilihat lebih menyakinkan dan popular di kalangan org Melaka. Kita fokus kepada kempen bersepadu dari parti-parti di dlm PH dengan menonjolkan beliau sebagai calon KM Melaka.
Kerana kempen SOP yg mengikat kita... pada umumnya kita pecahkan 2 team. Pemimpin-pemimpin yang bertanding bersama pasukannya dan mereka yg turun ke Melaka bantu menaikkan bendera, banting dan menghantar flyers kepada pengundi kawasan masing-masing.
Flyers sgt penting kerana kita difahamkan internet jalur lebar di Melaka masih ditahap sederhana. Flyers adalah suara calon dan parti dalam menyampaikan maklumat terutama kpd penduduk luar bandar.
Manakala pemimpin pusat dan penyokong-penyokong PH di seluruh negara yang tidak dapat turun kerana pelbagai sebab anda masih boleh membantu rakyat Melaka dan parti dengan menggunakan platform medsos masing-masing dengan satu hari satu artikel.
FB, IG, Youtube, Whatsapp dan Tik Tok adalah media sosial yang relevan utk sampaikan maklumat kpd pengundi-pengundi Melaka. Anak-anak muda fokus kod IG dan Tik Tok. Org dewasa gunakan Whatsapp dan FB. Mereka yang biasa komentar secara live teruskan saban malam.
Gunakan idea kreatif masing agar maklumat yg ingin disampaikan itu dilihat menarik untuk didengar atau dibaca. Mesti ada pasukan penyerang dan mesti ada pasukan pertahanan ( membalas serangan lawan ).
Saya berharap team penerangan dan komunikasi PH telah duduk semeja berbincang untuk perang saraf di medsos dari sekarang. Fikirkan apa isu yang benar-benar terkesan di hari org Melayu dan yang penting jangan terlalu teknikal. Kita hanya ada 7 hari sahaja lagi...ingat pesanan saya strategi kena tepat.

May be an image of 1 person and text

KEH..KEH...

 Hahaha...

Parti yang zero kerusi di melaka kata partinya jadi rebutan parti umno dan Bersatu. Perasan lebai ..
Biasalah. Kalau maruahnya murah umpama pelacur politik murahan, memang la orang berebut nak kutip untuk dijadikan barua pacak bendera.....
May be an image of 3 people, people standing and text that says "EN BM ZH TA KETUAPENUDA KETUAPEMUDA BERITA mk JKETUAPEMUDA Azneal shak malayslakini.com 'PAS parti rebutan ramai, tak tersepit antara Umno dan Bersatu' Shakira Buang Diterbitkan: Oct 31, 2021 3:44 PM Dikemaskini: 3:53 PM"

NAMPAK GAYANYA PAS TERLALU BANYAK MELANGGAR JANJI SENDIRI KEPADA RAKYAT. ADAKAH INI YANG RAKYAT MAHU UNDI PAS?

 May be an image of 2 people, headscarf and text that says "sainarharian.com EDISIMELAKA&NS RADU JANUARI 2016 2SRABLANAL L:3401 Sinar TELUS TULUS Sinar LEBIH JUTA harian RM1.20 SERTAI dan Setiap Hari! Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PAS tidak Bersama UMNO dan BN 'Dalam mesyuarat majlis syura, telah diputuskan, PAS tidak boleh berkerjasama dengan UMNO kerana melanggar syarak' Majlis Syura Ulamak dalam mesyuaratnya kelmarin putuskan tiada kerjasama dengan Umno PAS TOLAK KERJASAMA kekal dengan keputusan lama iaitu tidak menyertai BN atau bersama dengan Umno. -Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man"

Masihkah kau ingat? Ana masih ingat, beberapa tahun lalu parti lebai mengharamkan kerjasama dengan Umno kerana Majlis Syura Ulamak parti lebai menghukumkan 'haram' bersama Umno kerana melanggar syarak.

Beberapa tahun kemudian, apa yang berlaku? Seperti biasa, hukum yang ana bikin bisa di ubahhhh.....ehehhh
Usahkan Umno, kami juga turut bersekongkol dengan pengkhianat tebuk atap yg mencuri mandat rakyat. Kami juga bersama geng kleptokrasi. Kami sekumpulan dengan kluster mahkamah. Bahkan, kami bersama geng semburit!!
Paling menakjubkan, penyokong2 kami tetap wala' kepada kami kerana mahu masuk syurga
WFAUZDIN NS

AKHIRNYA KAMI BOLEH TERIMA LOGO PH DI PRN MELAKA, TAPI TOLONGLAH TOLAK 4 ADUN KATAK DI MELAKA

 


Siapa sebenarnya yang kemaruk sangat mahu bawa masuk Adun2 katak di Melaka itu ke dalam PH untuk dicalonkan dalam PRN nanti?
Semua keputusan poll yang telah dibuat samada di FB, twitter mahupun media2 sosial yang lain, majoriti menolak kesemua Adun katak tersebut. Atas apa alasan sekali pun, 4 Adun katak tersebut adalah 'pelompat parti' yang merupakan satu perbuatan yang amat tidak disenangi oleh PH khususnya Keadilan, apatah lagi melibatkan jatuhnya sesebuah kerajaan. Dalilnya, PH tegas memperjuangkan undang2 anti lompat.
Meskipun akta lompat parti belum diluluskan, namun semangatnya mesti bermula sekarang. Buktikan kita amat benci katak2 politik tidak kira dari mana datangnya. Jika Adun2 tersebut boleh melompat dari kerajaan sebelumnya, apakah jaminan mereka tidak boleh melompat apabila bersama kita nanti? Jika kena gaya atau tawarannya, mengapa tidak mereka memilih untuk melompat nanti?
Jangan lupa, ada Adun dari kalangan katak2 tersebut telah dibuat laporan polis atas isu pasir sewaktu beliau menjadi KM Melaka dahulu. Apakah kita tidak risau untuk mengambilnya menjadi calon? Apa akan jadi jika PH menang PRN Melaka nanti dengan majoriti tipis bentuk kerajaan, salah seorang dari mereka melompat ke seberang? Atau, tekanan diberikan kerana kes2 yang telah dilaporkan itu?
Pakatan Harapan perlu dengar suara akar umbi di bawah. Pimpinan PH Melaka mesti berani dan tegas tolak katak. Jangan kerana kamu, Anwar pula terpaksa menjawab.
Kami terima logo PH meskipun kami mahu logo Keadilan kerana logo ini lebih dikenali, tetapi amat sukar untuk bayangkan PH terima katak. "KAMI BENCI KATAK KERANA BINATANG INI AMAT MENJIJIKKAN".
WFAUZDIN NS